4 Boneka
4 Boneka
BONEKA
Disediakan oleh:
AHMAD FIRDAUS BIN AHMAD SHATER
FAZIAH BINTI SULAIMAN
MOHD PISOL BIN AHMAD
1
Langkasuka, LANGKAWI 14 17 APRIL 2009
BONEKA
Definisi:
- Apa sahaja objek yang diberikan watak dan digerakkan untuk sesuatu
cerita atau menyampaikan masej.
- Boneka boleh di katakan salah satu permainan yang paling tua, kerana
permainan ini telah wujud pada zaman Yunani, Romawi ataupun Mesir
lagi.
Sejarah Boneka
- Pada zaman 3000 2000 sm, boneka umumnya dibuat daripada tanah
liat, tulang, maupun patahan kayu, ataupun potongan kain. Bentuknya
masih amat sederhana dan memiliki fungsi ritual. Contohnya di Yunani
dan Romawi kuno. Setiap anak perempuan harus memiliki boneka,
kemudian dibuatkan bajunya, dan wajib menyimpannya hingga menjelang
pernikahan. Saat menjelang pernikahan, boneka itu wajib diletakkan di
2
Langkasuka, LANGKAWI 14 17 APRIL 2009
altar Artemis (untuk orang Yunani) ataupun altar Diana (untuk orang
Romawi) untuk upacara keagamaan. Di Mesir kuno, boneka digunakan
sebagai pengganti korban manusia.
- Pada zaman 600 sm mulai ada boneka yang bajunya sering di tukar ganti,
dan kaki serta tangannya boleh digerakkan. Fungsi boneka masih sama
seperti pada zaman sebelumnya, iaitu untuk upacara ritual. Boneka
merupakan gambaran humanis.
- Abad ke-5 merupakan abad pertengahan. Bahan boneka dari kayu mula
terhasil. Fungsi ritual boneka masih terasa pada zaman ini. Seperti di
Mexico, bonekanya digunakan untuk perayaan Natal. Bagi suku Indian
Hopi, boneka menjadi sumber penting dalam upacara kesuburan
(memohon supaya diberikan kesuburan atau kemakmuran).
3
Langkasuka, LANGKAWI 14 17 APRIL 2009
- Pada abad ke-16 bahan dan mutu boneka terus diperbaiki. Pada tahun
1636 mulai tercipta boneka yang rambutnya dibuat daripada rambut
wanita sebenar.
- Pada abad ke-17 pula, boneka bukan hanya berbentuk wanita anggun,
tetapi juga bentuk lain seperti bayi dengan baju tidur atau patung kecil
dengan kostum kelasi. Penampilan boneka tidak lagi sekaku dulu.
Bahannya juga tidak lagi menggunakan kayu atau tanah liat, tetapi dari
kulit lembut (soft leather) dan lilin supaya kulitnya tampak seperti manusia.
Selain dari mata yang sudah boleh digerakkan, boneka juga sudah mula
boleh mengeluarkan suara tangisan dan berjalan.
- Pada abad ke-18 sudah mulai tercipta boneka yang boleh menyebut
perkataan "Papa" dan "Mama" apabila ditekan. Bunyi Ini terhasilkan dari
kotak suara rekaan Johann Nepomuk Maelzel pada tahun 1827. Selain
itu, bahan yang digunakan untuk membuat boneka semakin variatif.
Selain lilin dan soft leather, porselin, seramik dan sebagainya.
4
Langkasuka, LANGKAWI 14 17 APRIL 2009
semakin lengkap. Ada yang ditambah bulu mata, lesung pipi, mulutnya
dibuka sehingga giginya terlihat, kukunya diberi pewarna kuku,
- Pada abad ke-20, boneka di pasaran kebanyakan dibuat dari plastik dan
vinil. Kelebihan boneka tidak hanya dalam ekspresi tetapi juga style.
Contohnya Barbie yang muncul tahun 1959 diciptakan oleh Ruth Handler.
Boneka remaja tersebut memiliki aksesoris, baju dan perlengkapan yang
bermacam-macam, dan rambutnya boleh dicuci, disikat sama seperti
rambut manusia.
JENIS-JENIS BONEKA
Boneka Tangan
Contoh 1
Boneka jari wajah (manusia)
5
Langkasuka, LANGKAWI 14 17 APRIL 2009
Langkah 1 Langkah 2
Potong sarung tangan pada bahagian Gambar berbagai ekspresi muka pada
jari stiker label.
Langkah 3 Langkah 4
Buat pelbagai jenis rambut Tampalkan stiker wajah pada
daripada benang wool hujung sarung jari
6
Langkasuka, LANGKAWI 14 17 APRIL 2009
Langkah 5 Langkah 6
Contoh 2
Boneka Jari Wajah (haiwan)
Cara membuat:
1. Buat pola pada kain flanel sesuai dengan haiwan yang hendak dihasilkan
2. Gunting pola dan tampalkan di sarung tangan
3. Tambahkan mata dan hidung dengan menggunakan manik atau butang
7
Langkasuka, LANGKAWI 14 17 APRIL 2009
Langkah 1 Langkah 2
Langkah 3 Langkah 4
Langkah 5 Langkah 6
8
Langkasuka, LANGKAWI 14 17 APRIL 2009
Contoh 3
Boneka Jari
Sarung tangan boleh digubah menjadi badan dan anggota boneka. Semasa
menggunakan boneka jenis ini jari dimasukkan ke dalam sarung tangan itu dan
gerakkan untuk menghidupkan anggota boneka.
Hand Puppet atau boneka tangan boleh berbentuk binatang untuk diperkenalkan
kepada kanak-kanak tentang binatangseperti lembu, kuda, ayam, kambing dan
sebagainya. Dibuat dari bahan yang lembut dan dapat dicuci. Hand puppet atau
boneka tangan, boleh menghiburkan kanak-kanak. Selain mengeratkan
hubungan kekeluargaan dapat juga melatih mereka berekspresi dan membantu
kanak-kanak bertutur dengan lebih cepat.
BONEKA LIDI
9
Langkasuka, LANGKAWI 14 17 APRIL 2009
Boneka ini diperbuat daripada bahan yang keras atau tebal. Kemudian lidi
panjang diletakkan pada badan boneka termasuk pada anggota-anggota tertentu
yang akan digerakkan semasa menggunakannya, boneka dijulang pada lidi
utama dan lidi-lidi yang lainnya digoyangkan untuk menggerakkan anggota
badan boneka tersebut.
Boneka Tali
10
Langkasuka, LANGKAWI 14 17 APRIL 2009
Wayang gantung dibawa ke Singkawang dari China daratan pada tahun 1929.
Boneka Bertali
BONEKA TANGAN
11
Langkasuka, LANGKAWI 14 17 APRIL 2009
Diperbuat daripada:
Stokin
Beg Kertas
Kain
12
Langkasuka, LANGKAWI 14 17 APRIL 2009
WAYANG KULIT
PENGENALAN
Wayang Kulit adalah satu bentuk teater tradisional yang menggunakan prinsip
cahaya dan bayang. Bayang-bayang daripada patung-patung kulit yang terdiri
dari pelbagai watak methologi dan khayalan dilarikan oleh seorang Dalang.
Persembahan wayang kulit selalunya diiringi oleh satu kumpulan muzik paluan
atau gamelan dan juga alat tiupan (serunai) atau alat bertali (rebab).
13
Langkasuka, LANGKAWI 14 17 APRIL 2009
iii) Wayang Purwo (disampaikan dalam dalam bahasa Jawa dan diselit
dengan dengan bahasa Melayu tempatan).
iv) Wayang Gedek (lazimnya disampaikan dalam bahasa Thai dan
bahasa Melayu loghat tempatan).
Dari keempat-empat jenis wayang kulit ini yang pertama dan kedua didapati di
Kelantan dan negeri-negeri Pantai Timur, yang ketiga terdapat di bahagian
Selatan Pantai Barat Semenanjung terutamanya di Johor dan yang keempat
terdapat di negeri Kedah, Perlis dan beberapa negeri utara Pantai Barat
Semenanjung.
Pada asasnya kesemua bentuk atau jenis wayang kulit yang terdapat di
Semenanjung Malaysia mempunyai pengaruh-pengaruh samada dari Jawa atau
Patani (Selatan Thai) tetapi dalam perkembangannya semua pengaruh ini telah
mengalami perubahan dan penyesuaian mengikut penerimaan dan konteks
masyarakat tempatan. Perkara ini berlaku adalah kerana wayang kulit pada
dasarnya merupakan satu alat perhubungan masyarakat di samping satu rupa
pengutaraan kesenian.
Pada asasnya, aliran cerita, bentuk patung-patung dan watak masih lagi
mengekalkan keaslian dan pengaruh asalnya tetapi pada adegan-adegan
kelakar 'comic relief' yang sering terdapat di sepanjang cerita wayang kulit itu,
ianya jelas mengemukakan unsur-unsur tempatan dari segi bahasa dan juga
peristiwa-peristiwa yang digambarkan. Oleh itu, wayang kulit sebenamya boleh
dinikmati (hayati) dalam dua peringkat. Kedua-duanya mempunyai peranan yang
penting.
14
Langkasuka, LANGKAWI 14 17 APRIL 2009
A. WAYANG KELANTAN
Pengenalan
Jenis wayang kulit ini dahulunya dikenali sebagai Wayang Kulit Siam kerana
pemerintahan Melayu Kelantan yang berasal dari Patani di negeri Siam.
Walau bagaimanapun, ia dipercayai berasal dari Kemboja tetapi dibawa masuk
ke Kelantan melalui Patani. Wayang ini tersebar dengan meluas di Pantai
Timur Semenanjung Malaysia.
Isi Cerita
Cerita yang dimuat dalam wayang ini berdasarkan cerita dalam Hikayat Seri
Rama. Hikayat Seri Rama merupakan himpunan cerita yang disadur dari epik
Ramayana tradisi India.
15
Langkasuka, LANGKAWI 14 17 APRIL 2009
Wayang Kelantan
16
Langkasuka, LANGKAWI 14 17 APRIL 2009
WAYANG GOLEK
Biasa disebut juga wayang thengul, merupakan wayang yang dibuat dengan
bahan katun yang di bentuk boneka menyerupai tokoh-tokoh perwayangan.
Seperti wayang kulit, wayang golek juga sering dimainkan untuk pertunjukan.
Ketenarannya memang kalah oleh wayang kulit, namun sebenarnya wayang
golek merupakan pendahulu wayang kulit.
Wayang golek dapat dinikmati di siang hari maupun malam hari, selama ada
cahaya untuk melihat boneka-boneka yang dimainkan. Para penontonnya tidak
duduk dan melihat bayangan melalui layar putih seperti wayang kulit, namun
mereka menonton langsung boneka yang dimainkan oleh dalang di atas
panggung. Di depan dalang terdapat plangkan, sejenis meja dengan lubang-
lubang di permukaannya, di mana wayang golek diletakkan, siap untuk
dimainkan.
Pada pertunjukan kesenian wayang golek di Jawa bagian timur dan tengah,
biasanya diangkat cerita yang berasal dari kisah menak, yang juga dikenal
dengan nama Amir Hamzah, paman dari Nabi Muhammad. Sedangkan di Jawa
bagian barat, di mana wayang golek lebih mendominasi dibandingkan dengan
wayang lainnya, cerita yang diangkat berasal dari kisah Mahabarata dan
Ramayana.
Kisah Amir Hamzah menyebar seiring dengan penyebaran Islam pada abad ke
16. Tokoh-tokoh yang biasa dimainkan adalah sahabat Amir Hamzah yang
bernama Umar Maya (Umarmaya), Alam Daur, istri pertamanya yang bernama
Putri Muniggarim, ayah mertuanya Nursiwan, dan raja-raja yang berhubungan
dengannya, serta kekuatan jahat beserta istri-istrinya. Bagian dari kisah ini
menggunakan setting sebelum kelahiran Nabi Muhammad, karenanya dapat
17
Langkasuka, LANGKAWI 14 17 APRIL 2009
mengakomodir tak hanya tema-tema Islami, namun juga tema animistik dan juga
kisah yang berlatar belakang Hindu.
Wayang Golek
Pengenalan
Wayang Gedek tersebar di bahagian Utara Pantai Barat Malaysia,
terutamanya Kedah dan Perlis. Wayang ini dimainkan oleh orang MeIayu dan
juga Siam tempatan. Ia dipercayai berasal dari sejenis wayang kulit siam yang
18
Langkasuka, LANGKAWI 14 17 APRIL 2009
dikenali sebagai Nong Talung dan sebab inilah patung serta alat muziknya
mahupun corak paluannya mirip Siam.
Isi cerita
Isi cerita wayang Gedek mempunyai banyak persamaan dengan Nong Talung.
Walau bagaimanapun, berlaku beberapa pengubahsuaian dalam wayang ini
yang menyaksikan penerapan unsur-unsur setempat. Cerita Wayang Gedek
banyak diselitkan babak-babak cerita yang popular pada masa kini.
Patung-Patung
Secara umumnya, ia menunjukkan pengaruh Nong Talung baik dari segi
ukiran, pakaian, hiasan dan seumpamanya. Patung-patung wayang ini diukir
mengadap ke hadapan.
Alat Muzik
Alat muzik wayang ini terdiri daripada sepasang gedombak, sepasang gong,
sepasang kerincing, sebiji geduk dan sebatang serunai.
Bahasa
Biasanya wayang ini disampaikan sama ada dalam loghat Siam mahupun
dialek Melayu Kedah.
Babak dalam wayang gedek
19
Langkasuka, LANGKAWI 14 17 APRIL 2009
20
Langkasuka, LANGKAWI 14 17 APRIL 2009
Nyata sekali pada hari ini, permainan wayang kulit Gedek atau Nang
Thalung masih diminati ramai oleh kebanyakan masyarakat muda di Kedah.
Situasi ini dilihat hasil sambutan masyarakat muda sewaktu festival berkenaan
berlangsung. Ini kerana pemaparan jalan cerita (plot), dialog (pengucapan
komunikasi) dan muzik (alat dan bunyian muzik) telah diadun dengan ramuan
yang terkini tanpa menghilangkan identiti wayang kulit yang sebenar. Tujuan
pembentukan ramuan ini adalah menggalakkan generasi muda kini untuk lebih
mendekati permainan tradisi dengan lebih dekat lagi. Ini menjadikan wayang kulit
sebagai unsur hiburan masa hadapan.
21
Langkasuka, LANGKAWI 14 17 APRIL 2009
22
Langkasuka, LANGKAWI 14 17 APRIL 2009
23
Langkasuka, LANGKAWI 14 17 APRIL 2009
tradisional seperti gaya promosi, publisiti dan pengurusan pentas yang sempurna
dan profesional. Akhirnya seni persembahan Wayang Kulit Gedek negeri Kedah
berupaya mengorak langkah lebih dinamis ke arah peningkatan apresiasi seni
serta memulihkan rasa keupayaan terhadap persembahan tradisional tempatan.
Ini menandakan satu pemula yang positif yang perlu diteruskan untuk seni
persembahan Wayang Kulit Gedek negeri Kedah berbanding dengan negeri-
negeri yang lain dalam proses mendedahkan ruang lingkup wayang kulit sebagai
teras integrasi antara penggiat seni, masyarakat dan pemerintah.
24