Anda di halaman 1dari 2

Ustaz khairul nizam- sk alor janggus tahun 2

Set induksi
1. lihat syasyah, ada lirik lagu nasyid bersama-sama maza talabu fi shobah
ada kuratul qidam, kuratul silah, kuratul yadi(set induksi) tentang permainan
Langkah 1
2. ustaz sebut bola sepak, bola takraw, bola keranjang(sillati), bola tampar(yadi)
dengan menggunakan bola sebenar yang dibawa masuk ke kelas. Kemudian,
ustaz mempamerkan kertas yang bertulis perkataan-perkataan yang telah
disebut sebentar tadi. Iaitu perkataan bola sepak, bola keranjang, bola takraw
dan bola tampar. Setiap satu perkataan yang dipamerkan kepada murid-murid
akan disebut terlebih dahulu oleh guru dan diikuti oleh murid-murid secara
berjemaah, kumpulan dan individu. Setiap fasa diulang sebanyak tiga kali
dengan tingkatan suara yang berbeza.
Setelah itu, guru menunjukkan semula bola-bola yang ada tanpa menyebutnya.
Hal ini adalah untuk melihat kefahaman dan ingatan murid-murid terhadap nama
bola tersebut. Aktiviti ini dilakukan secara berjemaah dan setelah habis
peringkat ini, guru mula bertanya kepada seseorang individu tentang nama bola
tersebut.
Langkah 2
3. guru menunjukkan gambar-gambar bola di slide tanpa tulisan nama bola
tersebut. Kemudian guru memanggil seorang murid untuk ke hadapan kelas bagi
menjawab soalan yang terdapat pada skrin. Murid tersebut perlu memadankan
nama bola dengan betul menggunakan kad(bitokoh). Setelah selesai, guru
memanggil murid yang lain, untuk membaca perkataan tersebut dan
menanyakan bahawa jawapan tersebut betul atau salah. Semua jawapan adalah
betul dan guru memberikan tepukan berserta murid-murid kepada mereka yang
menjawab.
4. guru menukar slide seterusnya, unzuru wa la tatakallamu, guru membaca
sepotong ayat daripada lirik nasyid sebanyak 3 kali dan murid hanya mendengar
tanpa berkata apa-apa, setelah itu barulah murid-murid membaca ayat tersebut
secara beramai-ramai dan diulang sebanyak tiga kali dengan penekanan nada
suara yang rendah dan tinggi. Hal ini dilakukan sehingga ayat yang terakhir di
dalam lirik nasyid tersebut. Seterusnya, guru membuat teknik soal jawab. Guru
bertanyakan soalan yang merupakan sebahagian daripada lirik nasyid dan murid
akan menjawab jawapannya. Hal ini dilakukan secara individu. Sekiranya murid
tersebut menyebut dengan betul, guru akan memberikan peneguhan positif
dengan menepuk tangan.
Langkah 3
5. guru meneruskan slide dan tiba masanya untuk murid-murid bermain.
Permainan yang disediakan adalah berbentuk kuiz yang meminta murid-murid
untuk memilih nombor soalan di komputer dan menjawab soalan tersebut di
hadapan kelas. Jawapan telah disediakan dan hanya memerlukan murid untuk
membaca jawapan tersebut. Setelah itu, slide soalan yang sama ditunjukkan
tetapi pada kali ini, jawapan tidak ditunjukkan sekali. Hal ini, untuk menilai
kefahaman dan ingatan murid-murid. Aktiviti ini diulang beberapa kali dan
dilakukan secara berjemaah dan berkumpulan serta individu.
6. seterusnya, guru melakukan aktiviti pengukuhan melalui kuiz. Guru telah
membahagikan murid-murid kepada tiga kumpulan yang besar. Setiap kumpulan
menghantar wakil dan cabut undi. Soalan akan muncul dan kumpulan tersebut
akan menjawabnya. Soalan yang diberikan adalah berkenaan gambar sebuah
permainan. Murid-murid harus menjawab permainan apakah yang dipamerkan di
dalam gambar tersebut. Jawapan dijawab oleh murid-murid secara berkumpulan
berdasarkan gambar rajah tersebut. Murid akan menyambung ayat
...........
7. pada akhir pengajaran, guru telah memberikan lembaran kerja kepada murid-
murid. Setelah itu, guru mengulang semula nasyid dan menyanyi bersama-sama.

Anda mungkin juga menyukai