Anda di halaman 1dari 4

MEMBUAT PERSEMBAHAN

MEMBUAT PERSEMBAHAN

A. PENDAHULUAN
Dalam sistem pendidikan, para pelajar banyak didedahkan dengan pelbagai aktiviti yang
memerlukan mereka tampil bercakap di khalayak ramai. Di MRSM sendiri misalnya, banyak
pertandingan yang dianjurkan melibatkan kemahiran persembahan ini seperti Pertandingan
Tunas Saintis dan Minggu Ko-Kurikulum.

Untuk membuat persembahan, keberkesanan penyampaian adalah bergantung kepada


kemahiran persembahan lisan penyampai (presenter). Kemahiran lisan ini memerlukan
kemahiran komunikasi selain daripada ilmu yang sedia ada serta bakat dan personaliti
penyampai. Pembentangan lisan adalah berbeza daripada membaca manuskrip seperti penyampai
berita di televisyen atau radio. Bagi menjadi penyampai yang baik, adalah sangat penting untuk
kita mempelajari teknik penyampaian yang betul disamping mempunyai persiapan rapi dan
maklumat yang mencukupi.

B. OBJEKTIF

Ketika membuat persembahan, penyampai seharusnya memastikan supaya dua objektif tersebut
tercapai:

Menarik minat pendengar mendengar persembahan


Penyampai hendaklah bersedia dengan segala maklumat atau ilmu yang relevan dengan tajuk
persembahan untuk menarik minat pendengar sepanjang tempoh masa yang telah ditetapkan.
Masa yang diberi hendaklah diperuntukkan dengan baik agar perkara yang hendak disampaikan
dapat difahami dan pendengar tidak berasa bosan. Penyampai hendaklah mampu menjelaskan,
menerangkan dan mengulas dengan baik hasil rekaan atau penyelidikan mereka kepada para
pendengar.

Mengiklankan atau memperkenalkan hasil kerja


Kebolehan penyampai mengiklankan hasil kerja mereka dengan baik memungkinkan
hasil/produk tersebut dikomersialkan pada masa akan datang. Malah untuk pembentangan yang
diwajibkan untuk digredkan pula, pasti akan mendapat markah yang baik jika disampaikan
secara berkesan dan meyakinkan pemeriksa/penemuduga.
C. PERANCANGAN

1. Maklumat tentang pendengar/penemubual


Penyampai hendaklah memahami tugasnya supaya pendengar tidak bosan. Penyampai
mesti sentiasa berada dalam situasi yang menyeronokkan ketika penyampaian. Senda gurau
boleh disertakan tetapi haruslah terkawal dan tidak slap-stick jokes.
Maklumat awal tentang pendengar dapat membantu penyampai untuk menarik minat
pendengar. Penyampai perlu mengetahui khalayak yang akan dihadapinya kerana setiap
pendengar mempunyai tujuan yang berbeza-beza. Adakah pendengar tersebut terpaksa
mendengar persembahan kita untuk memberi markah? Adakah pendengar itu memang berminat
dengan hasil kerja kita?
MEMBUAT PERSEMBAHAN

Pembentang lisan juga perlu peka terhadap gambaran awal reaksi pendengar
persembahan tersebut. Adakah mereka berpengetahuan dengan perkara yang dibentangkan?.
Sekiranya tidak, mulakan dengan perkara-perkara yang asas agar pendengar mendapat sedikit
kefahaman dan seterusnya menghayati pembentangan tersebut.

2. Kemudahan Fizikal / Tugasan


Biasanya pihak penganjur akan menyediakan beberapa keperluan asas sama ada diminta
atau tidak. Sekiranya keperluan itu tidak dapat disediakan pengajur, pembentang hendaklah
mengambil keputusan segera untuk membuat perubahan agar persembahan dapat berjalan
dengan lancar. Justeru, penyampai harus memastikan setiap keperluan yang diperlukan lengkap
agar pembentangan berjalan lancar. Elakkan dari membuat persediaan di saat-saat akhir untuk
mengelakkan kucar-kacir dan boleh mengganggu emosi penyampai sendiri. Sebaiknya,
penyampai dapat membuat senarai semak (check list) berkenaan keperluan asas untuk
persembahan.

3. Abstrak ringkas
Abstrak ringkas hendaklah disediakan dan diedarkan kepada pendengar untuk gambaran
awal.

D. ISI PERSEMBAHAN

i. Mengapakah projek ini dijalankan


ii. Bagaimana dilakukan (metodologi)
iii. Apakah hasil/keputusan diperolehi
iv. Rumusan yang dibuat hasil projek tersebut dalam jangka panjang dan pendek.

Dalam isi persembahan ini peringkat ketiga (iii) perlu dalam bentuk yang mudah dilihat dan
difahami. Manakala peringkat keempat (iv) pula mestilah mampu memberi keyakinan yang jelas
kepada pendengar.

E. STRUKTUR PERSEMBAHAN

1. Pendahuluan
Penyampai lisan mestilah jelas menyatakan tajuk dan juga tujuan projek. Nyatakan latar
belakang projek agar dapat memberi pembayang kepada skop persembahan. Adalah perlu kita
memberitahu nama ahli-ahli kumpulan yang terlibat dalam projek tersebut.

2. Kandungan utama
Pengisian bahagian ini hendaklah mengikut urutan. Jika persembahan kita berbentuk
sains dan teknologi atau rekacipta, pada kebiasaannya kita akan mulai dengan teori/bahan/kaedah
dan kemudiannya diikuti dengan data. Akhirnya adalah keputusan/rumusan kepada penyelidikan
atau penyelesaian masalah tersebut. Setiap bahagian tersebut boleh disertakan dengan rajah,
gambar, graf dan sebagainya untuk memudahkan pendengar memahami isi persembahan.
Penyampai juga perlu bersedia untuk menjelaskan mana-mana bahagian dengan lebih terperinci
jika dirasa perlu. Nota-nota kecil boleh disediakan untuk pendengar.
MEMBUAT PERSEMBAHAN

3. Kesimpulan
Isu-isu utama dan perkara penting hendaklah diberi penekanan semula. Setiap data yang
penting yang menyebabkan keputusan atau hasil projek mestilah dipaparkan semula.

4. Penutup
Di bahagian inilah yang akan memberi penjelasan mengenai pencapaian objektif sama
ada mencapai tujuan atau tidak. Ini bermakna objektif hendaklah digariskan semula. Di dalam
bahagian ini juga kita hendaklah memberi penghargaan terhadap guru, pembimbing, ketua, rakan
atau mana-mana yang terlibat secara langsung.

F. PENYAMPAIAN

1. Suara

Tidak terlalu kuat atau perlahan, tidak terlalu cepat atau lambat. Apa yang penting
pendengar/pemeriksa dapat mendengar dengan jelas setiap perkatan yang disampaikan.
Penyampaian hendaklah dibuat secara bersungguh-sungguh supaya kita kelihatan amat berminat
untuk menyampaikan perkara tersebut. Ketinggian nada suara juga hendaklah diubah-ubah
supaya pendengar tidak berasa bosan dan leka.

2. Hubungan mata (eye contact)

Hubungan mata antara penyampai dan pendengar hendaklah ada. Hubungan mata
sedemikian dapat memberi keyakinan kepada pendengar bahawa penyampai betul-betul faham
dan yakin dengan pembentangannya.

3. Penggunaan alat penunjuk

Penggunaan alat penunjuk atau lampu fokus (cth: laser point) adalah pilihan sekiranya
ada kerana lebih sopan daripada menggunakan jari atau pembaris.

4. Gerak-geri penyampai

Penyampai tidak boleh berdiri setempat ketika membuat persembahan, sebaliknya


digalakkan bergerak supaya kelihatan aktif. Bagimanapun pergerakan hendaklah terkawal agar
tidak mengganggu perhatian dan penglihatan pendengar.

5. Kawalan masa

Penyampai perlu membuat latihan sebelum sesuatu persembahan agar dapat membuat
jangkaan masa yang diperlukan ketika penyampaian sebenar.
MEMBUAT PERSEMBAHAN

6. Urutan

Pembentangan hendaklah mengikut urutan perancangan. Penyampai tidak boleh leka atau
hanyut hingga menyebabkan apa yang hendak disampaikan tidak tercapai.

7. Nota kecil

Boleh disediakan untuk meningkatkan keyakinan tetapi bukan membaca nota ketika
persembahan. Nota kecil hanyalah sebagai bahan sokongan dalam melancarkan idea
persembahan. Gunakan nota kecil untuk mencatat perkatan yang penting sahaja dan bukan teks
penyampaian keseluruhan.

Kesimpulan

Lazimnya penyampai diberi satu tempoh masa yang secukupnya sebelum hari
persembahan. Oleh itu persediaan yang rapi dengan kemahiran dan teknik persembahan perlu
dilakukan.

Nota : Kaedah ini adalah diringkaskan dari ceramah yang disampaikan oleh En. Nik Ahmad
Assaidi yang bertajuk Keberkesanan Persembahan Sesuatu Hasil Kajian / Penyelidikan di
MRSM Kuantan.

Anda mungkin juga menyukai