Anda di halaman 1dari 2

LAPORAN AKTIVITI GAJET

Sebelum

Sebelum memulakan membuat projek gajet ini kami membahagikan dua kumpulan.Setiap ahli
kumpulan terdiri daripada 14 orang.Sebelum membuat gejet ahli KRS membuat mesyuarat bagi
menyediakan buluh.Dalam mesyuarat tersebut kami membincangkan bagaimana mendapatkan
buluh untuk membuat gajet.Dalam perbincangan tersebut kami membuat keputusan dimana
beli buluh.Kami mendapat pertolongan daripada ahli KRS kami iaitu kak Nazuah.Beliau
sanggup tolong bagi menyediakan buluh untuk membuat buluh.Selepas itu, selepas dua hari
kami mendapat buluhnya.

Semasa
Ahli kumpulan saya terdiri daripada 14 orang dan diketuai oleh Meor.Beliau sangat dedikasi
bagi menguruskan kerjanya dengan teratur.Pertamanya kami diarahkan membuat dua jenis
gajet.Kami membincang gajet yang mana hendak dibuat.Saya dengan ahli kumpulan saya
memilih dua jenis gajet iaitu rak mangkuk dan meja.Sebelum itu kami melukis lakar gajet
tersebut dan membuat semakan kepada penyelaras kami Major Krs Khairul Albar Bin
Masror.Beliau membantu dan tunjuk ajar kami dalam membuat gajet ini.Kami memgambil
selama 1 minggu bagi mempersiapkan gajet ini.Semasa kami membuat gajet kami telah
mengadapi pelbagai masalahnya seperti masalah dalam memotong buluh, gajet yang kami
membuat tidak kukuh dan ikatanya terputus dan sebagainya.Walaupun kami menghadapi
masalah ini saya dan ahli kumpulan kami tidak berputus asa bagi menyiapkan gajet ini.Saya
dan ahli kumpulan kami bekerjasama dan menumpuhkan sepenuh perhatian kami dalam
membuat gajet ini.Gajet yang pertama kami menyiapkan adalah meja makan dan keduanya
adalah rak pinggang.Ketua kumpulan saya banyak membantu dalam menguruskan masa dan
cara membuat gajetnya dengan betul.

Selepas
Selama satu minggu kami siapkan gajet kami dengan sempurna.Selepas itu kami menceriakan
gajet kami dengan ikatan yang betul.Dengan kerjasama ahli kumpulan saya kami dapat
mempersiapkan kerja kami dengan berjayanya.Secara bekerjasama kami menyiapkan gajet
kami dengan berjayanya.

Anda mungkin juga menyukai