Anda di halaman 1dari 6

BORANG TEMU BUAL

Soalan 1: Apakah faktor yang mendorong anda menggunakan perkhidmatan bas


RapidKL?
Responden X: Saya menggunakan bas RapidKL kerana tiada pilihan pengangkutan awam
yang lain.
Soalan 2: Adakah anda menggunakan perkhidmatan bas RapidKL untuk
mengelakkan kesesakan lalu lintas?
Responden X: Ya, saya dapat menjimatkan tenaga kerana tidak perlu memandu kereta.
Soalan 3: Adakah keselesaan merupakan antara faktor memilih perkhidmatan bas
RapidKL?
Responden X: Tidak. Saya selalu berdiri di dalam bas kerana tak cukup tempat duduk.
Soalan 4: Adakah tambang bas yang murah mendorong anda memilih perkhidmatan
bas RapidKL?
Responden X: Ya.
Soalan 5: Adakah anda berpuas hati dengan ketepatan masa bas RapidKL?
Responden X: Tidak. Bilangan bas selalu tidak mencukupi. Bas tidak bergerak pada masa
yang dijadualkan. Frequensi bas tidak teratur.
Soalan 6: Adakah tempat menunggu bas RapidKL selesa?
Responden X: Tempat duduk tidak cukup kerana selalu dibanjiri oleh banyak orang.
Stesen
bas pula berhabuk kerana di tepi jalan.
Soalan 7: Adakah tempat duduk yang disediakan di dalam bas RapidKL mencukupi?
Responden X: Tidak, saya selalu berdiri apabila waktu puncak kerana terlalu banyak
penumpang.
Soalan 8: Adakah loceng di dalam bas RapidKL berfungsi dengan baik?
Responden X: Ya.
Soalan 9: Adakah pemandu bas RapidKL mematuhi peraturan jalan raya?
Responden X: Ya, pemandu bas tidak melanggar lampu isyarat. Malah tidak
menghentikan kereta di tempat berbahaya.
Soalan 10: Adakah tempat duduk khas untuk golongan orang kurang upaya
disediakan di dalam bas RapidKL?
Responden X: Ada.
Soalan 11: Adakah penghawa dingin di dalam bas berfungsi dengan baik?
Responden X: Penghawa dingin adalah yang paling memuaskan.
BORANG TEMU BUAL

Soalan 1: Apakah faktor yang mendorong anda menggunakan perkhidmatan bas


RapidKL?
Responden Y: Saya memilih perkhidmatan bas T772 kerana ia merupakan satu-satunya
bas yang bergerak daripada Bukit Subang ke Pekan Subang.
Soalan 2: Adakah anda menggunakan perkhidmatan bas RapidKL untuk
mengelakkan kesesakan lalu lintas?
Responden Y: Tidak. Bas bergerak dengan lebih lambat waktu kesesakan lalu lintas.
Penumpang terbaksa berada di dalam bas dengan lama malah bertiba
lewat.
Soalan 3: Adakah keselesaan merupakan antara faktor memilih perkhidmatan bas
RapidKL?
Responden Y: Kereta lagi selesa daripada bas RapidKL.
Soalan 4: Adakah tambang bas yang murah mendorong anda memilih perkhidmatan
bas RapidKL?
Responden Y: Ya, ia telah meminimumkan perbelanjaan saya.
Soalan 5: Adakah anda berpuas hati dengan ketepatan masa bas RapidKL?
Responden Y: Saya selalu menunggu bas lebih dari 30 minit. Ada kalanya bertiba lewat
di tempat kerja akibat kelewatan bas.
Soalan 6: Adakah tempat menunggu bas RapidKL selesa?
Responden Y: Ya. Tempat itu berteduh. Bangku juga selesa.
Soalan 7: Adakah tempat duduk yang disediakan di dalam bas RapidKL mencukupi?
Responden Y: Ya.
Soalan 8: Adakah loceng di dalam bas RapidKL berfungsi dengan baik?
Responden X: Ya. Cukup kuat untuk memberikan signal kepada pemandu bas.
Soalan 9: Adakah pemandu bas RapidKL mematuhi peraturan jalan raya?
Responden X: Ya. Saya yikin terhadap pemandu bas.
Soalan 10: Adakah tempat duduk khas untuk golongan orang kurang upaya
disediakan di dalam bas RapidKL?
Responden X: Ya tetapi selalu diduduki oleh penumpang bukan OKU.
Soalan 11: Adakah penghawa dingin di dalam bas berfungsi dengan baik?
Responden X: Ya. Keadaan yang sejuk di dalam bas sangat selesa.
BORANG TEMU BUAL

Soalan 1: Apakah faktor yang mendorong anda menggunakan perkhidmatan bas


RapidKL?
Responden Z: Tiada mod pengangkutan awam yang lain ke Bukit Subang. Hanya boleh
bergantung kepada bas T772.
Soalan 2: Adakah anda menggunakan perkhidmatan bas RapidKL untuk
mengelakkan kesesakan lalu lintas?
Responden Z: Tidak. Selalunya ada kesesakan lalu lintas, bas jalan lambat dan tiba
lambat juga.
Soalan 3: Adakah keselesaan merupakan antara faktor memilih perkhidmatan bas
RapidKL?
Responden Z: Tidak selesa apabila waktu puncak kerana terpaksa berhimpit-himpit
dengan penumpang lain.
Soalan 4: Adakah tambang bas yang murah mendorong anda memilih perkhidmatan
bas RapidKL?
Responden Z: Murah sebab adanya kadar konsesi pelajar, iaitu 50 peratus diskaun.
Tetapi tambang bas tidak sekata sebab murah untuk jarak jauh tetapi
mahal untuk jarak pendek.
Soalan 5: Adakah anda berpuas hati dengan ketepatan masa bas RapidKL?
Responden Z: Masa menunggu bas sangat panjang. Saya selalu menggunakan masa yang
lama untuk sampai rumah lepas sekolah.
Soalan 6: Adakah tempat menunggu bas RapidKL selesa?
Responden Z: Tidak.
Soalan 7: Adakah tempat duduk yang disediakan di dalam bas RapidKL mencukupi?
Responden Z: Tidak. Kalau boleh, asingkan tempat duduk wanita dan lelaki supaya tidak
perlu berhimpit-himpit dengan penumpang lelaki bila waktu puncak.
Soalan 8: Adakah loceng di dalam bas RapidKL berfungsi dengan baik?
Responden Z: Ada loceng yang tak ada bunyi dan menyebabkan penumpang terlepas dari
destinasi.
Soalan 9: Adakah pemandu bas RapidKL mematuhi peraturan jalan raya?
Responden Z: Tidak. Kadang-kadang pemandu tidak suka dan marah apabila dipotong
kenderaan lain.
Soalan 10: Adakah tempat duduk khas untuk golongan orang kurang upaya
disediakan di dalam bas RapidKL?
Responden Z: Ada tetapi tak cukup dan tak dilabel dengan jelas.
Soalan 11: Adakah penghawa dingin di dalam bas berfungsi dengan baik?
Responden Z: Baik sehingga menyebabkan saya tertidur kerana terlalu selesa.

Anda mungkin juga menyukai