Anda di halaman 1dari 4

MEKANISME beberapa PERNAFASAN MANUSIA

Sistem pernafasan manusia terdiri daripada struktur dan organ yang penting. Bermula daripada mulut dan rongga
hidung, seterusnya bergerak ke trakea (salur pernafasan) dan seterusnya bergerak ke paru-paru.

Pada paru-paru, akan berlaku pertukaran gas oksigen (yang akan digunakan oleh badan) dengan gas karbon dioksida
(yang telah digunakan oleh badan) dalam struktur yang diberi nama alveolus.

Bagi topik ini, adalah penting bagi pelajar untuk:

1) mengingat label pada struktur pernafasan manusia


Kedudukan beberapa struktur penting, seperti trakea, bronkus, paru-paru dan diafragma perlu diingat dengan baik.

2) mengetahui apa yang berlaku semasa mekanisma pernafasan manusia


Pelajar perlu mengetahui apa yang berlaku kepada sangkar rusuk, rongga torasik dan juga diafragma semasa proses
menarik dan menghembus nafas.

SEMASA TARIK NAFAS


Sangkar rusuk akan bergerak ke atas dan ke luar
Rongga torasik membesar
Diafragma bergerak ke bawah
Tekanan udara di luar lebih tinggi daripada tekanan udara di dalam rongga torasik

SEMASA HEMBUS NAFAS


Sangkar rusuk akan bergerak ke bawah dan ke dalam
Rongga torasik mengecil
Diafragma bergerak keatas
Tekanan udara dalam rongga torasik lebih tinggi daripada tekanan udara di luar
3) menggunakan model sistem pernafasan

Pelajar juga perlu mahir mengaitkan model sistem pernafasan manusia dengan sistem pernafasan manusia yang
sebenar. Sebagai contohnya,tiub kaca bertindak sebagai trakea, balang kaca bertindak sebagai sangkar rusuk, belon
bertindak sebagai paru-paru dan kepingan getah bertindak sebagai diafragma.
PENGANGKUTAN OKSIGEN DALAM BADAN MANUSIA

Pengangkutan oksigen dalam badan berlaku melalui 3 cara iaitu:


a) Resapan oksigen dari alveolus ke dalam kapilari
b) Resapan oksigen dari kapilari ke dalam sel-sel
c) Pengangkutan oksigen oleh sel-sel darah merah

Bagaimana oksigen dan karbon dioksida boleh bertukar?


- Kita tarik nafas, jadi udara yang masuk penuh dengan oksigen (kepekatan tinggi)
- Udara itu akan masuk ke alveolus (struktur bola di atas!)
- Oleh kerana kepekatan nya yang tinggi, maka oksigen akan meresap ke dalam kapilari sebab
ada beza cerun resapan..
- Oksigen akan bergabung dengan sel darah merah bagi membentuk OKSIHEMOGLOBIN

- Darah tadi akan bergerak ke sel badan


- Di sana pula, oksigen tadi akan diserap oleh sel badan kerana ada beza cerun resapan juga..

DAN

- Darah pula akan menyerap karbon dioksida yang ada pada sel
- Darah seterusnya akan kembali ke pangkal jalan paru-paru, dan akan tukarkan semula karbon
dioksida dengan oksigen di alveolus

dan proses itu berulangan, dan lagi, dan lagi, dan lagi...
kenapa alveolus sesuai sebagai tempat untuk resapan gas berlaku

1) dinding alveolus hanya setebal 1 sel sahaja dan berada dalam keadaan lembap dan elastik
(sangat nipis)
2) wujud dalam jumlah yang besar dan banyak, berbentuk sfera (luas permukaan yang tinggi)
3) dikelilingi dengan rangkaian kapilari darah yang banyak
pernafasan maknanya proses kita tarik dan hembus nafas. tarik untuk ambil oksigen, hembus
untuk buang karbon dioksida.

respirasi pula adalah proses di mana sel menggunakan oksigen tadi untuk 'bernafas' dan
menghasilkan tenaga, karbon dioksida dan air... respirasi akan berlaku sebab dapat bahan dari
kita bernafas tadi..
apakah perbezaan antara udara sedutan dan udara hembusan ?
Udara sedutan - udara yang kita tarik nafas tu
Kandungan gas juga berlainan
Karbon dioksida - 0.003%
Oksigen - 21%
wap air pelbagai

Udara hembusan- udara yang kita hembus keluar


Karbon dioksida - 4%
oksigen - 16%
wap air tepu

Anda mungkin juga menyukai