Anda di halaman 1dari 2

Pelajar Kolej Vokasional

Layak Menyambung
Pengajian ke Peringkat
Ijazah Sarjana Muda di
Universiti Awam
Baru-baru ini timbul kebimbangan dalam kalangan ibu bapa
tentang masa depan pendidikan anak-anak mereka yang
bersekolah di Kolej Vokasional. Kebimbangan tersebut timbul,
ekoran berita yang dikeluarkan oleh beberapa akhbar tempatan
yang menyatakan, pelajar Kolej Vokasional tidak layak
melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi walaupun
memiliki Diploma Vokasional Malaysia (DVM). Ini kerana, pelajar
KV tidak memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), maka mereka
perlu mengambil kursus peralihan atau pra-ijazah selama satu
atau dua semester sebelum layak melanjutkan pengajian ke
peringkat seterusnya.

Memahami akan kebimbangan ibu bapa tersebut, kerajaan


menerusi Kementerian Pendidikan Malaysia, Bahagian Pendidikan
Teknik dan Vokasional (KV), meredakan kebimbangan tersebut
dengan memaklumkan bahawa pelajar KV layak untuk
menyambung pengajian ke peringkat ijazah sarjana muda dengan
syarat mereka perlu memenuhi beberapa kriteria yang telah
ditetapkan iaitu pertama mempunyai pengalaman kerja sekurang-
kurangnya dua tahun atau memiliki Sijil Program Akreditasi
Pembelajaran Berasaskan Pengalaman Terdahulu (APEL).

Pengarah Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional (BPTV)


Kementerian Pendidikan, Zainuren Mohd Nor, berkata selain dua
kriteria itu, pelajar KV juga boleh terus memohon program sarjana
muda ditawarkan universiti dengan syarat memperoleh
keputusan cemerlang dalam akademik.
Pelajar perlu mendapat kepujian dalam mata pelajaran Bahasa
Melayu, purata nilai gred keseluruhan (PNGK) akademik sekurang-
kurangnya 3.33 dan PNGK vokasional 3.67. Selain itu, pelajar itu
juga perlu melengkapkan semua modul vokasional yang
ditawarkan dan memohon kepada Kementerian Pendidikan dan
Kementerian Pendidikan Tinggi, sebelum program KV mendapat
akreditasi penuh daripada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA),
katanya.

Dalam kenyataan yang lain, Rangkaian Universiti Teknikal


Malaysia (MTUN) menyatakan, graduan DVM perlu mengambil
beberapa subjek teras iaitu Sains dan Matematik ketika mengikuti
kursus pra-ijazah itu di universiti bagi memantapkan pengetahuan
dalam bidang berkenaan dan sebagai persediaan memohon
program sarjana muda. Diharapkan dengan kenyataan balas ini,
ibu bapa tidak perlu lagi bimbang untuk menghantar anak mereka
ke Kolej Vokasional kerana peluang pekerjaan sangat terbuka luas
kepada mereka yang memiliki kemahiran tertentu berbanding
graduan institusi lain yang masih lagi menganggur.

Anda mungkin juga menyukai