Anda di halaman 1dari 1

KATEGORI POSTER

ABSTRAK

SARINGAN KESIHATAN-RUTIN PENTING

Kesihatan merupakan aset paling bernilai kepada seorang insan, malah


kesihatan juga sebuah anugerah kekayaan sebenar bagi setiap individu.
Sebagai langkah-langkah menjaga kesihatan, mengamalkan pemakanan
sihat dan melakukan senaman adalah penting selain yang paling utama
adalah saringan kesihatan secara berjadual perlu dilakukan.

Saringan kesihatan sebenarnya boleh mengesan masalah kesihatan dari


awal lagi, terutamanya penyakit-penyakit yang dianggap sebagai Silent
Killer. Hasil daripada keputusan ujian saringan ini dapat membantu doctor
untuk mengesan tanda-tanda awal sebelum simptom penyakit bertambah
parah. Saringan kesihatan juga penting kerana biasanya banyak penyakit
dapat dikesan hanya apabila sampai peringkat kritikal.

Saringan kesihatan yang dijalankan dikawasan kampung Poring Ranau,


dengan kerjasama sukarelawan adalah inisiatif untuk memperkasakan
komuniti dalam penjagaan kesihatan kendiri bagi mengurangkan beban
penyakit serta mempertingkatkan kesedaran tentang kepentingan kesihatan.

Pemeriksaan atau saringan kesihatan yang menyeluruh dijalankan biasanya


merangkumi saringan tekanan darah, saringan diabetes serta ujian
Electrocardiogram.

Hasil daripada program ini menunjukkan penglibatan yang amat


menggalakkan serta yang lebih utama adalah dapat meningkatkan
kesedaran tentang kepentingan menjaga kesihatan.

Anda mungkin juga menyukai