Anda di halaman 1dari 2

SOALAN LAZIM JAMU ZURIAT

1. Adakah Jamu Zuriat mempunyai pengesahan KKM?

JAWAPAN : Buat masa ini, jamu ini masih belum mempunyai pengesahan KKM kerana
pemprosesan jamu ini dijalankan secara homemade dan menggunakan 100% herba.
Walaubagaimanapun produk Jamu Zuriat Yusof Zulaikha ini telah menjalani ujian
pengesanan kandungan bahan-bahan merbahaya oleh Pusat Racun Negara (UNISAINS)
dan telah disahkan negatif, sertakan sijil dari Pusat Racun Negara.

2. Adakah wanita hamil sesuai untuk mengambil jamu zuriat ?

JAWAPAN : Untuk wanita hamil disarankan untuk berhenti mengambil produk ini atau
sekurang-kurangnya selepas kandungn berusia 2 bulan. Mana-mana wanita yang
sedang hamil tidak digalakkan untuk mengambil apa-apa supplemen melainkan yang
dibekalkan oleh Doktor Pakar sahaja.

3. Adakah jamu ini juga perlu di ambil semasa datang haid?

JAWAPAN : Semasa datang haid sebaiknya berhenti terlebih dahulu dan apabila darah
haid sudah kering baru sambung semula untuk makan. Ini kerana khasiat jamu akan
keluar bersama darah haid.

4. Bolehkah jamu ini diambil bersama ubat moden atau ubatan tambahan yang lain?

JAWAPAN : Jamu ini boleh diambil bersama ubatan lain. Cuma sebaiknya dijarakkan
masa pengambilan antara dua hingga tiga jam sebelum mengambil ubatan atau jamu
yang lain.

5. Adakah jamu ini mempunyai kesan sampingan?

JAWAPAN : Jamu ini tidak mempunyai sebarang kesan sampingan. Tetapi


bermungkinan bagi sesetengah pengguna kesan dari proses pemulihan seperti rasa
senggugut, pening, sakit kepala serta ketulan kecil darah haid. Kesan ini hanya bersifat
sementara.

6. Jamu ini mempunyai tarikh luput atau tidak?

JAWAPAN : Jamu ini boleh digunakan selama 3 tahun dari tarikh dikilangkan dengan
penjagaan rapi iaitu ia tidak terdedah secara terus kepada cahaya matahari, suhu yang
melebihi suhu bilik, tidak terdedah secara terbuka dan tidak disentuh dengan tangan.
7. Sekiranya pengguna mengamalkan jamu ini, adakah perlu berpantang apa-apa?

JAWAPAN : Semasa pengguna mengamalkan jamu ini, tiada pantang yang perlu
dipatuhi tetapi sebaiknya pengguna harus mengurangkan minuman yang berais kerana
ia akan menyebabkan rahim wanita akan longgar ,berair dan berangin dan kurangkan
pengambilan kaffein kerana kaffien boleh menurunkan tahap kesuburan. Kurangkan
juga pengambilan makanan tajam seperti nenas dan tebu tebu. Bagi suami yang
merokok disyorkan agar kurangkan merokok kerana merokok boleh mengurangkan
tahap kesuburan lelaki.

8. Adakah jamu ini perlu diamal suami isteri?

JAWAPAN : Untuk kesan yang lebik baik adalah disarankan suami isteri untuk
mengambil supaya kedua-duanya berada di tahap kesuburan terbaik.
Walaubagaimanapun, tidak menjadi halangan jika si isteri sahaja yang mahu
mengamalkannnya.

Anda mungkin juga menyukai