Anda di halaman 1dari 24

1.

MULTIMETER
Meter pelbagai atau multimeter adalah satu alat yang amat berguna dalam
kerja-kerja elektrik dan elektronik seperti mengukur bacaan voltan arus
terus (AT), voltan arusulangalik (AU), mengukur nilai rintangan dan juga
mengukur arus di dalam sesuatu litar Ia juga digunakan untuk tujuan
pengukuran dan pengujian sesuatu alat atau komponen.Di samping itu ia dapat
menentukan samada komponen itu berada dalam keadaan baikatau tidak sebelum
digunakan dan dapat mengesan kerosakkan apabila digunakanuntuk mengesan
kerosakan di dalam litar. Ia terbahagi kepada 2 jenis iaitu:i. jenis analogii.
jenis digital

1.1. Jenis analog


Jenis ini adalah banyak sekali digunakan tetapi bacaan yang
diperolehikurang tepat kerana ianya adalah bergantung kepada kemahiran
seseorang itumengendalikannya. Kemahiran dalam menentukan bacaan dan cara
memegangamat penting kerana semua ini akan mempengaruhi bacaan yang
diperolehi.Salah satu contoh multimeter analog.]

1.2. Jenis Digital


Jenis ini adalah amat sesuai digunakan untuk memperolehi bacaan yangtepat
kerana ianya dalam bentuk digital atau berdigit yng dipamerkan pada
skrin.Bacaan yang diperolehi adalah setepat bacaan sebenar.Memandangkan
harganyayang lebih mahal, maka penggunaan multimeter jenis ini amat jarang
digunakan.Salah satu contoh multimeter digital.
1.3. Bahagian-bahagian utama sesuatu multimeter

1.3.1. Skala bacaan


Menunjukkan skala bacaan yang akan diukur iaitu pengukuran voltanarus terus, voltan arus
ulang alik, arus elektrik dan nilai rintangan.
1.3.2. Julat pemilih
Julat pemilih adalah satu tombol di mana tempat untuk memilih unitsukatan yang
dikehendaki.

1.3.3. Terminal keluaran


Pada sesebuah multimeter mempunyai 2 keluaran iaitu terminal positif dan negatif
di mana ianya akan disambungkan pada litar atau kakikomponen yang
akan disukat. Ia adalah sebagai punca untuk menyukatsesuatu kuantiti
atau nilai.

1.3.4. Pelaras 0 ohm


Merupakan satu tombol yang membolehkan pelarasan dibuat
untukmendapatkan bacaan yang tepat dan jarum penunjuk akan berada tepatpada
kedudukan 0 sebelum sesuatu pengukuran dilakukan. Kedudukan 0 inibermaksud 0
pada bahagian sebelah kanan skala bacaan. Pelarasan 0 ohmini mesti dilakukan
setiap kali julat pemilih menukar unit sukatan ohm pada julat pemilih.

1.3.5. Pelarasan sifar


Ianya untuk memastikan kedudukan berada betul-betul padakedudukan 0
iaitu pada keadaan asal untuk mendapatkan bacaan yangtepat. Kedudukan 0 ini
bermaksud 0 pada bahagian sebelah kiri skalabacaan.

1.4. CARA MENGUKUR PADA MULTIMETER


Meter pelbagai mempunyai pelbagai fungsi yang tersendiri untuk mengukur dan
membuat pengujian terhadap komponen atau peralatan. Antaranya adalah:-a.
Menyukat nilai rintangan ( ) b. Menyukat voltan arus terus ( DCV)c.
Menyukat voltan arus ulangalik (ACV)d. Menyukat arus terus (DCmA)

1.4.1. Menyukat rintangan ()


Garisan atas sekali digunakan untuk menyukat nilai rintangan dalamohm.
Untuk mendapatkan bacaan yang tepat dan pelarasan pada julatpemilih yang
sesuai adalah penting. Julat ini ditandakan dengan julat 0hingga infiniti ().
Setiap kali pengukuran hendak dilakukan, pelarasan sifar perlu dilakukan iaitu
untuk memastikan kedudukan jarum penunjuk beradabetul-betul pada
kedudukan kosong atau sifar. Setkan julat pemilih padakedudukan julat
yang paling tinggi dan tentukan nilainya. Jika bacaan yangditunjukkan
besar, setkan juga julat pemilih pada julat yang sesuai iaitu padanilai yang
lebih besar.Pelarasan sifar perlu dilakukan sekali lagi bagimendapatkan
bacaan yang tepat. Bacaan yang diambil adalah dari kanan kekiri skala bacaan.
1.4.2. Menyukat voltan arus terus
Garisan skala yang kedua digunakan untuk menyukat voltan DC iaituyang
ditandakan dengan DCV. Skala ini ditandakan dengan beberapa angkaiaitu 0.1,
0.25, 2.5, 10, 50, 250 dan 1000. Julat ini diplotkan bagi
membuatpengukuran untuk julat yang disetkan pada unit kawalan. Setkan
julatpemilih pada kedudukan DCViaitu pada julat yang paling tinggi
untukmengelakkan bacaan yang diperolehi melebihi skala yang telah
ditetapkan.Sekiranya bacaan yang diperolehi kecil dan tidak dapat dibaca dengan
tepat,laraskan julat pemilih kepada julat yang kecil sedikit. Bacaan yang
diambiladalah dari kiri kanan pada skala bacaan.

1.4.3. Menyukat voltan arus ulang alik


Garisan skala yang ketiga digunakan untuk menyukat voltan AC yangditandakan
dengan ACV. Seperti juga skala DCV. Skala ini juga ditandakandengan angka yang
serupa untuk membuat pengukuran dan ia jugamempunyai beberapa julat iaitu 10,
50, 250 dan 1000. Setkan julat pemilihpada keadaan kedudukan ACV dan setkan
julat ke nilai yang paling tinggi.Ini adalah untuk memastikan multimeter tidak
rosak akibat voltan lampau.Jika bacaan yang diperolehi kecil dan tidak dapat
dibaca, laraskan julatpemilih pada julat yang sesuai. Bacaan yang diambil
adalah dari kiri kekanan skala bacaan.

1.4.4. Menyukat arus terus


Garisan skala yang kedua digunakan untuk menyukat arus terus(DcmA).
Bacaan yang diambil adalah sama dengan skala voltan arus terus(DCV) dan
menggunakan julat 10, 50 dan 250. Semasa membuatpengukuran arus litar perlu
dipisahkan dari punca bekalan bagimembolehkan bacaan diperoleh adalah tepat.
Setkan julat pemilih padakedudukan DcmA iaitu pada nilai yang paling tinggi.
Putuskan litar daripunca bekalan dan ambil bacaan yang telah ditunjukkan pada
skalapenunjuk. Jika nilai yang diperolehi kecil, laraskan julat pemilih pada
julatyang sesuai untuk mendapatkan bacaan yang tepat. Bacaan yang
diambiladalah dari kiri ke kanan skala bacaan.
2. FUNCTION GENERATOR

Function generators merupakan salah satu peralatan penjana gelombang


yangumum. Peralatan ini digunakan secara meluas bagi mendapatkan
bentuk-bentukgelombang yang diperlukan untuk kerja-kerja pengujian.
Function generator berupayamembekalkan gelombang seperti gelombang
segiempat (square waves), gelombangsegitiga (triangle wave) dan juga
gelombang sinus (sine waves).Gelombang segiempat di hasilkan oleh pengayun
(osilattor), manakala gelombangsegitiga pula terhasil daripada picuan gelombang
segiempat yang melalui litar pengamir (intergrator circuit). Gelombang sinus pula
terhasil daripada gelombang segitiga yangmelalui litar pembentuk gelombang
(waveshapping circuit / sine shaper). Bentukgelombang yang di kehendaki di
pilih, dikuatkan dan di keluarkan pada litar variableattenuator. Selaras dengan
peningkatan teknologi, function generator kini telahmenggantikan peralatan
yang hanya boleh menjanakan gelombang sinus berikutankeupayaannya
mengeluarkan bukan hanya gelombang sinus bahkan gelombang-gelombang yang
lain.Galangan keluaran bagi function generator kebiasaannya antara 50 atau
600ohms dengan 600 ohms lebih terkenal bagi keluaran frekuensi rendah manakala
50ohms bagi keluaran yang melebihi atau mencapai 1 Mhz. Function
generator biasanyamenyediakan pelaras DC offset (DC offset adjustment) yang
membolehkan penggunamenambah arus terus positif atau negative pada
keluaran function generator.
Gambarajah ringkas bagi punca gelombang sinusGambarajah Function generator
berupaya menjanakan frekuensi hingga 1 Mhz.
2.1. Petunjuk dan kawalan :

2.1.1. POWER SWITCH


Suis yang membekalkan kuasa kepada function generator.

2.1.2. POWER ON INDICATOR


LED yang digunakan bagi menunjukkan function generator telahdibekalkan
bekalan.

2.1.3. RANGE SWITCH


Tujuh julat frekuensi tetap di sediakan pada suis tekan yang di
setkansecara interlocked iaitu hanya satu suis sahaja yang boleh di tekan
padasatu-satu masa.

2.1.4. FUNCTION SWITCH


Tiga suis tekan interlock yang membolehkan pemilihan bentukgelombang
keluaran yang dikehendaki.

2.1.5. MULTIPLIER
Multiplier ialah potentiometer boleh laras yang membolehkan frekuensidi laraskan
di antara julat yang tetap. Walau bagaimanapun tombol ini dicalibrate dari
0.2 hingga 2.0

2.1.6. DUTY CONTROL


Masa simetri bagi gelombang keluaran dan juga keluaran TTL PULSE,di kawal pada
DUTY control. Bila kawalan ini di set pada kedudukan CAL,masa semetri bagi
gelombang keluaran ialah 50/50 atau 100% simetri.Simetri yang boleh ubah ini
membolehkan masa bagi separuh kitar gelombang di ubah manakala separuh kitar
gelombang lagi adalah tetap.Seperti yang disetkan pada RANGE dan
MULTIPLIER.

2.1.7. RAMP / PULSE INVERT


Suis butang tekan ini berfungsi untuk menyongsangkan masa simetriyang dihasilkan
oleh DUTY control.

2.1.8. DC OFFSET (PULL ADJ)


Kawalan DC OFFSET di sediakan bagi membolehkan aras keluaranDC di laras
mengikut nilai yang di kehendaki.
2.1.9. AMPLITUDE
Kawalan AMPLITUDE memberikan pengecilan sebanyak 20db padagelombang
keluaran yang dipilih pada suis FUNCTION.

2.1.10. ATT
Bila suis ditekan, tambahan sebanyak 20db di hasilkan oleh
kawalanamplitude, pengecilan maksimum 40db akan terjadi pada keluaran.

OUTPUTAmplitude 20 Vp-p bagi gelombang segiempat, segitiga,


sinus,songsang (ramp) dan pulse dihasilkan pada keluaran (bila butang
ATT ditarik).Masukkan VCF dan keluaran pulse menggunakan sambungan BNC.

2.1.11. VCF INPUT


Masukkan VCF (voltage-controlled frequency) disediakan untukfrekuensi
sapuan luaran
3. OSILOSKOP
Osiloskop adalah alat uji terpenting yang digunakan didalam
bengkel elektronik. Iadigunakan sebagai penayang bentuk
gelombang voltan elektrik. Bentuk gelombang iniditayangkan pada
permukaan skrin tiub pancaran katod. Rekaan tiub yang
digunakanadalah seperti tiub gambar televisyen , tetapi system
pemesongannya berlainan sedikitdaripada tiub gambar televisyen
kerana osiloskop menggunakan system pesonganelektrostatik ,
manakala tiub gambar televisyen menggunakan sistem
pesonganelektromagnet. Elektron didalam tiub pancaran katod
akan dipancar dari bahagian katoddalam alur ke permukaan
skrin. Alur elektron ini akan menghasilkan titik cahaya
padapermukaan skrin.Walau bagaimana pun , alur ini boleh
dipesongkan dengan membentukberbagai-bagai bentuk gelombang
voltan elektrik yang diukur Rajah 1 menunjukkancontoh sebuah
osiloskop .

Pada permukaan tiub pancaran katod, tempat tertayangnya


bentuk-bentukgelombang, ditapiskan pula dengan lapisan lutsinar
yang mempunyai bentuk petak-petak segiempat yang kecil.
Petak-petak ini merupakan graf yang disebut gratikul.Segala
bacaan dan ukuran yang dilakukan ke atas bentuk gelombang dirujuk
padagratikul ini. Gratikul terdiri daripada paksi Y dan paksi X.
Bentuk gratikul ini ditunjukkan pada Rajah 1.2.
Paksi X dilaraskan untuk masa dan paksi Y
dilaraskan untuk voltan. Segala graf dalam bentuk gelombang elektrik
ditayangkan pada permukaan skrin. Dengan ini bentukgelombang ini
digunakan untuk mengukur voltan elektrik, frekuensi dan
sebagainya.Selain daripada itu, osiloskop juga merupakan alat
bantu bagi mempelajari danmengenali bentuk-bentuk gelombang
dalam memahami fungsi litar atau bagi mengesankerosakan semasa
membaiki alat-alat elektrik atau alat-alat elektronik.

Rajah 1.3 menunjukkan bentukbentuk gelombang yang ditayangkan


pada permukaan skrinosiloskop.
3.1. BINAAN OSILOSKOP
Rajah 1.4 menunjukkan binaan asas osiloskop dalam bentuk
gambarajahblok. Merujuk gambarajah blok ini, binaan osiloskop boleh
dibahagikan kepadabeberapa bahagian litar asas seperti tiub pancaran
katod bersama kawalannya,litar penjana pesongan dan litar penguat Y
serta pemilih

3.2. Kawalan Anjakan.


Tiub pancaran katod yang digunakan dalam osiloskop
menggunakan sistempesongan elektrostatik. Terdapat dua pasang
plat logam didalam tiub ini.Sepasang daripadanya disebut plat Y dan
yang sepasang lagi plat X. Kedua-duapasang plat ini disambung pada
punca beza upaya yang tetap. Nilai bezakeupayaan yang dikenakan
pada plat ini akan menentukan kedudukan alur elektron dan
kedudukan titik cahaya pada skrin. Secara praktik plat X
akanmempunyai keupayaan yang membolehkan titik cahaya berada
pada sebelah kiripermukaan skrin. Plat Y pula akan menentukan
kedudukan titik cahaya dipertengahan satah pugak.Oleh yang
demikian kawalan anjakan ini digunakanuntuk menentukan awal garis
surih di permukaan skrin tiub pancaran katod.
3.3. Litar Penjana Pesongan
Litar pada peringkat ini biasanya boleh menghasilkan
keluaran bentukgelombang gerigi. Keluaran ini dibekalkan kepada plat
X dan bukannya kepadakawalan anjakan. Gelombang gerigi ini
dapat member tindakan kepada titikcahaya supaya bergerak dari
bahagian kiri skrin ke bahagian kanan skrin . Dengankadar
pergerakan yang laju apa yang dapat kita lihat hanyalah jalur
cahayamelintang pada skrin. Jalur cahaya atau garisan ini dikenali
sebagai garis surih.Frekuensi kelajuan gerakan titik boleh berubah-
ubah dengan melaraskan kawalanpesongan.

3.4. Penguat Y
Setiap isyarat elektrik yang hendak diuji ukur dengan
osiloskop disalurkankepada plat Y. Jika isyarat yang hendak diuji, ukur
didapati terlalu lemah ataukecil, isyarat ini akan diperbesarkan pada
penguat Y. Sebaliknya pula jika isyarattersebut terlalu kuat atau
terlalu besar nilainya yang boleh menyebabkan
osiloskopterlampau beban, ia boleh dikurangkan oleh pengecil Y jika
plat Y dikenakan pada
punca isyarat ini, titik cahaya akan bergerak dari atas ke bawah
dan alur cahayadalam keadaan memugak dapat dilihat pada skrin.

3.5. KENDALIAN TIUB PANCARAN KATOD


Litar penjana pesongan berfungsi menggerakkan titik
cahaya merentaspermukaan skrin. Pada masa yang sama juga
isyarat yang dimaksudkan ke tiubpancaran katod akan menyebabkan
pergerakkan titik cahaya dalam keadaanmemugak. Kombinasi kedua-
dua tindakan ini akan menghasilkan bentuk sebenar gelombang isyarat
yang diuji ukur.Dengan adanya tiub pancaran katod ini, kitadapat
mempelajari bentuk-bentuk gelombang dan ukurannya didalam sesuatu
litar.Oleh itu osiloskop amat penting dalam kaedah mengesan
kerosakan alat-alatelektrik atau elektronik. Bentuk gelombang
hendaklah diwujudkan terlebih dahuludi atas skrin sebelum
menguji sesuatu litar tanpa bentuk gelombang diatas layar
,pengujian tidak boleh dilakukan.
3.6. KEGUNAAN OSILOSKOP

3.6.1. Titik-titik praktik


Kawalan kecerahan termasuk juga suis ON / OFF
sepatutnyadilaraskan serendah yang mungkin apabila terdapat
hanya suatu titik sahajapada layar, jika tidak layar akan terbakar dan
boleh menyebabkan kerosakanposfar. Jika dapat, eloklah keluarkan
titik dari fokus atau jadikan ia satu garisdengan melarikan asas
masa.

3.6.2. Pengukuran voltan


Setiap osiloskop mempunyai galangan yang tinggi dan
bolehdigunakan sebagai meter volt A.T / A.U, jika bezaupaya
yang hendak diukur dikenakan merentasi pangkalan-pangkalan
masukan Y. Dengan A.T. , titik (asas masa dimatikan ) atau garis
( asas masa dihidupkan ) akandipesongkan menegak, rujuk rajah 2.1
( a ) dan ( b ). Dengan A.U ( asasmasa dimatikan ) titik tersebut
bergerak ke atas dan ke bawah menghasilkansatu garis menegak
jika gerakannya cukup deras ( rajah 2.1c ).
Apabila kawalan gandaan bagi penguat Y dihidupkan, contohnya
1V /div, pesongkan sebanyak 1 bahagian pada layar akan
memberi 1V voltanarus terus. pada kedudukan 0.5V / div pula,
masukan Y sebanyak 0.05Vakan menghasilkan pesongan sebenar 1
div. Osiloskop juga mempunyaikebolehan mengukur beza upaya ulang-
alik pada frekuensi-frekuensi megahertz yang lebih tinggi.

(a) Voltan A.T (b) Voltan A.T (c) Voltan A.U


(Asas masa dimatikan) (Asas masa dihidupkan) (Asas masadimatikan)
Rajah 2 : Pengukuran-pengukuran voltan A.T dan A.U
3.7. Pengukuran masa
Setiap osiloskop mesti mempunyai satu masa yang
tertentukur. Contohnya1ms/div - titik alur electron tersebut akan
mengambil 1 millisaat untuk bergerakdari kiri ke kanan sebayak 1
bahagian , dan jika ia bergerak sebanyak 10 bahagianbermakna titik
tersebut akan mengambil 10 milisaat. Kala dan frekuensi
sesuatubentuk gelombang boleh dikirakan dengan cara yang tersebut
tadi.

3.8. Paparan bentuk gelombang


Voltan arus ulang-alik yang bentuk gelombangnya
dikehendaki dikenakanpada masukan Y dengan asas masa
dihidupkan. Apabila frekuensi asas masaadalah sama dengan masukan,
satu gelombang yang penuh dipaparkan, jikahanya separuh daripada
masukan dipaparkan dua gelombang akan dihasilkan.
Lihat rajah 2.2.
3.9. Hubungan Fasa
Jika dua gelombang sinus yang mempunyai frekuensi-
frekuensi yang samadan amplitud-amplitudnya dikenakan terus
ke masukan-masukan X dan Y ( asasmasa dimatikan ) bentuk-
bentuk surihan seperti pada Rajah 2.3 akan diperolehi.Kaedah tersebut
dapat digunakan bagi menentukan hubungan fasa antara
bezaupaya dan arus didalam litar-litar A.U.

3.10. CRT circuit :


i. POWER ............................................ 3
Main power switch of the instrument. When this switch is turned on, theLED 2 above the switch is also
turned on.

ii. INTEN ............................................ 4


Control the brightness of the spot or trace.

iii. B INTEN ............................................ 15


Semi - fixed potentiometer for aadjusting trace intensity when in Bsweep mode.

iv. FOCUS ............................................ 6


For focusing the trace to the sharpest image.

v. ILLUM ............................................ 8
Graticule illumination adjustment

vi. TRACE ROTATION ............................................ 7


Semi-fixed potentiometer for aligning the horizontal trace in parallelwith garticule lines.

vii. Bezel ............................................ 35


For installing a camera mount in one - touch operation
viii. Filter ............................................ 36
Blue ilter for ease of waveform viewing. Can be removed in one- touchoperationVertivcal axis :
ix. CH1 (X) input ............................................ 11
Vertical input terminal of CH1. When in X-Y operation, X-axis(abscissa) input terminal

x. CH2 (Y) input ............................................ 18


Vertical input terminal of CH2. When in X-Y operation ,Y-axis(ordinated) input terminal.

xi. AC-GND-DC ............................................ 10 19


Switch for selecting connection mode between input signal and verticalamplifier.

AC
: AC coupling
GND
: Vertical amplifier input is grounded and input terminals aredisconnected
DC
: DC coupling

xii. VOLT/DIV ............................................ 12 16


Select the vertical axis sensitivity, from 5mV/DIV to 5V/DIV with 10ranges

xiii. VARIABLE ............................................ 13 17


Fine adjustment of sensitivity, with a factor of 1 / 2.5 or over of panel - indicated value. When in the CAL
position, sensitivity iscalibrate to panel-indicate value. When this knob is pulled out (x5MAG state), the
amplifier sensitivity is mutliplied by 5 times

xiv. POSITION ............................................ 9 20


Vertical positioning control of trace or spot.

VERT MODE
Selects operation modes of CH1 and CH2 amplifiers. Also selectinternal triggering source signal.
CH1
: The osilloscope operates as a signal-channel instrumnet withCH1 alone. The CH1 input signal is used
as the internal triggeringsource signal.
CH2
:The osilloscope operates as a signal - channel instrument withCH2 alone. The CH2 signal is used as the internal
triggering source.
TV V
: 0.5 sec/DIV - 0.1 msec/DIV.
TV H
: 50sec/DIV - 0.2sec/DIV.
SLOPE
Select the triggering slope + : Triggering occurs when the triggeringsignal crosses the trriggering level in
positive-going direction.- :Triggering occurs when the triggering signal crosses the triggeringlevel in negative-
going direction

xv. HOLDOFF ............................................ 21xvi. LEVEL ............................................ 22


These double knob controls are for holdoff time adjustment andtriggering level adjustment. The holdoff
time control is used when thesignal waveform is complex and stable triggering cannot be attainedwith
LEVEL knob 22 alone. The LEVEL knob is for displaying asynchronized stationary waveform. As this knob is
turned in

+ direction, the triggering level moves upward on the displayed waveform; as the knob is turned -

the triggering level moves downward.When set in the LOCK position, the triggering level is
automaticallymaintained at an optimum value irrespective of the signal amplitude(from very small
amplitude to large amplitude), requiring no manualadjusment of triggering level.Time Base

xvii. TIME/DIV ............................................ 30


Select the sweep time

xviii. A. TIME/DIV AND DELAY TIME ............................................ 33


Selects the sweep time for the A sweep or the delay time when in thedelayed sweep mode.

xix. VARIABLE ............................................ 31


PULL x 10 MAG
Vernier control of sweep time. The sweep time can be made slower bya factor of 2.5 or more of the
panelindicated value.The panel-indicated values are calibrated with this knob set in the CALposition.The
pulled out position of this knob is for the x10MAG state.

xx. POSITION ............................................ 32


Horizontal positioning control of the trace or spot.

xxi. DELAY TIME POSITION ............................................ 34


Vernier control of the delay time selected by the A TIME/DIV andDELAY TIME switch ti finely select the
portion of the A sweepwaveform to be magnified.

xxii. SWEEP MODE ............................................ 28


Select the desired sweep mode.

AUTO
: When no triggering signal is applied or when triggering signalfrequency is less then 50Hz, sweep runs in
the free run mode.

NORM
: When no triggering signal is applied, sweep is in ready stateand the trace is blanked out. Used primarily
for observation of signal of 50Hz or lower.
SINGLE
: Used for single sweep.
PUSH
: Operation (one-shot sweep operation), and in common as thereset switch. When the
TO
three buttons are in the pushed out state,the circuits is in the single sweep mode.
RESET
The circuit is reset as this button is pressed. When the circuit isreset, the READY lamp 27 turn on. The
lamp goes off when the singlesweep operation is over.

xxiii. HORIZONTAL DISPLAY ............................................ 29


Select A and B sweep modes sa follow :

A
: Main sweep (A sweep) mode for general waveform observation.
A INT
: The sweep mode is used when selecting the section to bemagnified of the A sweep, in preparation for
delayed sweep. The Bsweep section (delayed sweep) corresponding to the A sweep isdisplayed with high
brightness.
B
: Display the delayed sweep (B sweep) alone.
B TRIGD
: Select between continuous delay and triggering delay.: For continuous delay. The B sweep starts
immediately after thesweep delay time set by DELAY TIME switch 30 and DELAY TIMEPOSITION knob
34 has elapsed.: For triggered delay. The B sweepstarts when the triggering pulse is applied after the
sweep delay timeset by DELAY TIME switch and DELAY TIME POSITION knob haselapsed. (The
triggering signal is used in common for both A sweepand B sweep).Others

xxiv. CAL (Vp-p) ............................................ 1


This terminal delivers the calibration voltage of 2 Vp-p, approximately1kHz, positive square wave. The
output resistance is approximately2k
Explanation of Real Panel

xxv. GND ............................................ 32


Ground terminal of oscilloscope mainframe.

xxvi. Z AXIS INPUT ............................................ 37


Input terminals for external intensity modulation signal.

xxvii. CH1 SIGNAL OUTPUT ............................................ 38


Delives the CH1 signal with a voltage of approximately 100mV per 1DIV of graticule. When terminated
with 50 ohms, the signal isattenuated to about a half. May be used frequency counting, etc.

AC Power Input Circuitxxviii. AC Power Input Connector ............................................ 40


Input connector of the AC power of the instrument. Connect the ACpower cord (supplied) to this
connector.

xxix. FUSE ............................................ 41


Fuse in the primary circuit of the power transformer.

xxx. STUDS ............................................ 39


Studs for laying the oscilloscope on its back to operate it in the upwardposture. Also used to take up the
power cord.

4. TACHO GENARATOR DAN TACHOMETER


Di dalam kertas penerangan ini akan diterangkan berkaitan
dengan meter pengukuran iaitu tacho generator. Tacho generator
digunakan bersama motor elektrikuntuk mengukur bacaan
kelajuan dan daya kilas sesuatu motor. Daya kilas
disinibermaksud daya yang diperlukan untuk memulakan
pergerakan bagi sesuatu motor.Tacho generator ini digunakan
bersama multi function machine dan 3 phasependulum machine untuk
membolehkan ianya berfungsi. Tacho generator ini tidak bolehberfungsi
dengan sendirinya. Bacaan kelajuan sesuatu daya kilas itu akan diambil
padatacho meter atau control unit. Segala bacaan kelajuan dan
daya yang dihasilkan melaluipenggunaan tacho generator akan
dipaparkan pada tacho meter ini.Motor yang disambung bersama
dengan tacho generator boleh berfungsi dalamdua keadaan iaitu
motor dan juga generator. Apabila ia berfungsi sebagai generator
,tenaga yang dihasilkan iaitu tenaga mekanikal akan menukar
ditukarkan kepada tenagaelektrikal. Manakala apabila sebagai
motor, tenaga elektrikal yang dihasilkan akanditukarkan kepada
tenaga mekanikal.Contoh alat elektronik yang menggunakan
motor adalah seperti pencetak, kameradan lainlain. Manakala alat
elektrik yang menggunakan motor adalah mesin pengisar,peti sejuk,
mesin jahit elektrik dan beberapa peralatan lain.
4.1. PENGENALAN SETIAP BAHAGIAN4.1.1. Suis utama - suis ON/OFF
untuk kawalan elektronik dan juga bekalanmasukan untuk control unit.4.1.2.
LED - 4 digit seven segment digunakan untuk memaparkan kelajuan dan
koderror.

Err 1 - suis off pada ketika pengoperasian 2 sukuan bila mesin


elektriksedang diuji di dalam mod penjana
Err 2 mesin elektrik sedang diuji pada pengoperasian suhu lampau
Err 3 voltan lampau di dalam litar sambungan pada frekuensiconverter
Err 4 mesin pendulum sedang diuji pada pengoperasian suhu lampau
Err 5 control unit sedang diuji pada pengoperasian suhu lampau

4.1.3. Punat tekan untuk paparan limit kelajuan ( n stop )


Suis lampau beroperasi diantara kelajuan henti dan kelajuan semasa.Jika kelajuan henti
dipaparkan, lampu akan menyala. Nilai akan berubahdengan menggunakan punat kawalan
penambahan (6)

4.1.4. LED 3 digit seven segment menunjukkan bacaan daya kilas.4.1.5.


Punat tekan untuk paparan limit daya kilas ( Mmax )
Suis lampu beroperasi diantara kelajuan henti dan kelajuan semasa.Jika kelajuan
henti dipaparkan, lampu akan menyala. Nilai akan berubahdengan mengunakan punat kawalan
penambahan (6) Jika lampu penunjuk(4) menyala, maksima had suis off (daya kilas
mesin > set had daya kilas). M= 0

4.1.6. Tombol pelarasan kawalan (kelajuan @ dayakilas)


Kawalan penambahan atau pengurangan nilai merujuk kepadapelarasan tombol pelarasan.Nilai
bacaan bergantung kepada mod yangdipilih (dayakilas atau kelajuan). Nilai bacaan
pada control unit hanya bolehdibaca pada satu keadaani. Kelajuan tetap - dayakilas
bolehubahii. Dayakilas tetap - kelajuan bolehubah

4.1.7. Operasi 2 sukuan untuk motor sahaja


Jika lampu penunjuk menyala control unit akan automatic off bilamesin elektrik
beroperasi dalam sukuan 2 dan sukuan 4 (pengoperasianpenjana). Fungsinya melindungi kuasa
masukan di mana tidak adaperlindungan pemulihan tenaga, jika mesin elektrik beroperasi
denganmenggunakan bekalan kuasa masukan itu.

4.1.8. Punat tekan untuk rekodkan cirri-ciri beban dan tanpa beban
Jika pengoperasian dalam mod cirri-ciri beban atau ciri-ciri run-upaktif, dengan
menekan punat tekan (8) maka dengan secara automatic ciri-ciri beban dan run-up
akan direkodkan. Jika cirri-ciri beban pada julat
kelajuan, bermula daripada kadar kelajuan seketika dan secara
automaticpengoperasian bertukar kelajuan kepada kelajuan henti (3).

4.1.9. Punat tekan M = 0 digunakan untuk memintas pada mana-mana


keadaanpengoperasian
Pada mana-mana keadaan pengoperasian boleh dipintas denganmenekan punat tekan (9) pada
masa yang sama paparan dayakilasmemaparkan OFF.

4.1.10. Suis mod pengoperasian (MODE)


Suis lampau kepada pengoperasian seterusnya seketika pada setiapmasa bila punat
tekan ditekan. Mod pengoperasian semasa akandipaparkan dengan paparan LED.

Aciri-ciri beban
Putaran kelajuan dapat dikenalpasti dengan menggunakan punattekan kawalan penambahan (6)
atau punat luaran (26) ianya konsisten.Beban pada mesin elektrik yang sedang diuji akan dinilai
dari segi ciri-cirikelajuan atau cirri-ciri dayakilas. Ciri-ciri dayakilas dan ciri-ciri
kelajuan akandirekodkan dengan menekan punat tekan START (8)

Bciri-ciri run-up
Putaran kelajuan dapat dikenalpasti dengan menggunakan punattekan kawalan penambahan (6)
atau punat tekan luaran (26) ianyakonsisten. Beban pada mesin elektrik yang sedang diuji akan
dinilai dari segiciri-ciri kelajuan atau ciri-ciri dayakilas.Ciri-ciri dayakilas dan ciri-
ciri kelajuanakan direkodkan dengan menekan punat tekan.

Ckawalan automatic dayakilas (kawalan dayakilas)


Dayakilas dapat dikenalpasti dengan menggunakan punat tekankawalan penambahan (6)
atau punat tekan luaran (26), ianya konsisten.Beban pada mesin elektrik yang sedang
diuji dioperasikan pada nilai bebanyang tetap.

4.1.11. Paparan 4 sukuan

SUKUAN JENIS BEBAN ARAH PUTARAN


Sukuan pertama pengoperasian motor arah ikut jam
Sukuan kedua pengoperasian penjana arah lawan jam
Sukuan ketiga pengoperasian motor arah lawan jam
Sukuan keempat pengoperasian penjana arah ikut jam

4.1.12. Pengantaramuka berangkaian pc (SERIAL PC)


Pengantaramuka ini diasingkan secara elektrik, keluarannya adalahkelajuan, arus
dan dayakilas daripada mesin pendulum 3 fasa 0.1/0.3. Jikasoket (17) dan soket (18)
disambungkan, had arus dan voltan bekalan yangdigunakan oleh mesin dipindahkan.Kawalan
daripada unit kawalan jugaboleh dibawa keluar menggunakan software CBM10V3.

4.1.13. Pengantaramuka berangkaian control unit


Sambungan boleh digunakan daripada unit kawalan ciri-ciri PWM.

4.1.14. Masukan kelajuan digital (TACHO IN)


Masukan untuk penyambungan dari penambahan tacho generator

4.1.15. Keluaran kelajuan digital (TACHO OUT)


Signal daripada tacho generator disambungkan kepada TACHO IN

4.1.16. Masukan kelajuan analog (TACHO


4.1.17. Masukan untuk pengukuran had arus daripada mesin yang sedang
diuji.
4.1.18. Masukan untuk pengukuran voltan yang sedang diuji
4.1.19. Keluaran kelajuan analog
4.1.20. Keluaran dayakilas analog (M out)
4.1.21. Keluaran PEN-LIFT
4.1.22. Alarm pengawalan untuk suhu daripada motor yang sedang
diuji(ALARM)
Masukan ini disambungkan kepada sambungan termal dari mesinelektrik yang sedang
diuji. Penyambungan ini digunakan untuk memastikankawalan pada keadaan tanpa beban
lebihan untuk mesin elektrik yangsedang diuji.

4.1.23. Pesanan kesalahan lebihan suhu TEMP ALARM


4.1.24. Punat tekan RESET
4.1.25. Suis INTERNAL ./ EXTERNAL
4.1.26. Masukan kawalan luaran (EXTERNAL)
4.1.27. Soket penyambungan untuk control unit
4.1.28. Masukan daya kilas ( M in )
Masukan ini disambungkan kepada keluaran dayakilas pada mesinelektrik 3 fasa.
Latihan
Jawab semua soalan yang dibawah
1.Terangkan fungsi atau kegunaan multimeter?
2.Nyatakan empat ruang pengukuran yang terdapat dalam sesebuah multimeter?
3.Nyatakan bahagian- bahagian Utama bagi sesebuah multimeter analog?
4.Mengapakah pelarasan 0 Ohm perlu dilakukan sebelum pengukuran nilai
rintangandilakukan?
5.Apakah tujuan pemilih julat di setkan pada nilai yang besar sebelum pengukuranvoltan dan
arus di lakukan?
6.Apakah yang menyebabkan pesongan songsang belaku pada meter?
7.Apakah yang perlu dilakukan bagi memastikan bacaan yang di tunjukkan oleh
jarumpenunjuk boleh diambil sebagai nilai sebenar ukuran sesuatu unit?
8. Terangkan fungsi atau kegunaan fungtion generator?
9.Lukiskan dan nyatakan tiga jenis bentuk gelombang yang standard bagi
functiongenerator ?
10.Nyatakan bahagian- bahagian Utama bagi sesebuah function generator?
11. Rekaan tiub yang digunakan untuk osiloskop berlainan dengan tiub Televisyenkerana
sistempermesongan osiloskop menggunakan pesongan __________________ manakala
televisyen menggunakan sistem pesonganelektromagnet.
12. Apakah kegunaan paksi-X dan paksi-Y
a.Paksi-X : _______________________________________________________________
b.Paksi-Y : _______________________________________________________________
13.Terangkan fungsi atau kegunaan tacho generator?
14.Lukiskan dan nyatakan tiga jenis bentuk gelombang keluaran yang standard bagitacho
generator ?
15.Nyatakan bahagian- bahagian Utama bagi sesebuah tacho generator?
Nyatakan paparan 4 sukuan beserta jenis beban dan arah putaran.

Anda mungkin juga menyukai