Anda di halaman 1dari 2

PANDUAN PENULISAN LAPORAN PROJEK/AKTIVITI

Perkara / Isi Kandungan

a. Nama Projek / Aktiviti


Nyatakan nama projek / program yang telah dijalankan.

b. Pendahuluan
Pendahuluan menerangkan secara ringkas tentang objektif, matlamat dan latar belakang program
yang dirancang. Cara senang, pendahuluan di Laporan Program adalah sama dengan yang di Kertas
Kerja (atau Cadangan) Program ;)

c. Tarikh / Hari
Nyatakan tarikh aktiviti bermula dan berakhir. Jika ada perubahan, boleh nyatakan dalam kurungan.

d. Tempat
Tempat utama aktiviti dilaksana. Tempat bagi setiap aktiviti yang dirancang untuk dijalankan adalah
tidak perlu melainkan yang utama sahaja. Jika berlaku perpindahan tempat atau tempat utama
program lebih dari satu, senaraikan mengikut yang mana dahulu didatangi.

e. Perasmi Pembukaan*
f. Perasmi Penutupan*
*Jika ada / berkaitan

Ceritakan secara ringkas siapa yang datang merasmi, jam berapa dan sedikit intipati ucapan perasmi
serta simbolik perasmian.

g. Penyertaan
Nyatakan peserta yang terlibat atau menyertai program dan aktiviti dan jumlah (penyertaan) yang
disasarkan. Kemudian, nyatakan jumlah yang telah mengikuti program/aktiviti tersebut mengikut
pecahan, yang mana perlu. Contohnya, berapa lelaki berapa perempuan, berapa warga sekolah
berapa orang kampung dan sebagainya.

h. Perjalanan Projek / Aktiviti beserta perincian


Bahagian ini merupakan bahagian yang penting untuk seorang Setiausaha laporkan. Secara mudah,
laporan perjalanan program ini meliputi perkara sebelum, semasa (paling penting), dan sebaik sahaja
program tamat. Penceritaan kronologi perjalanan program sebaiknya adalah ringkas tetapi padat dan
menyentuh aspek-aspek penting (situasi/kejadian) program, contohnya ucapan perasmian, masalah
yang berlaku, aktiviti lewat/ditunda dan sebagainya. Untuk lebih lanjut, boleh lihat di Sampel
Laporan Projek.

i. Penilaian Projek / Aktiviti


- Sama ada mencapai objektif atau tidak
- Masalah yang dihadapi (sebelum, semasa dan selepas)
- Cadangan memperbaiki

Bahagian ini pula bahagian yang penting untuk Ketua AJK atau Bahagian yang diwujudkan dalam
organisasi AJK Pelaksana, untuk rekod (laporan) dokumentasi bagi tujuan post-mortem serta rujukan
akan datang. Ketua perlulah melaporkannya dengan jujur dan tepat untuk memudahkan
perbincangan penambah baikkan pada masa akan datang. Dari sini juga penilaian keseluruhan
tentang kejayaan penganjuran sesuatu program itu diukur, diteliti dan ditentukan.

j. Gambar-gambar terpilih
Gambar-gambar tersebut hendaklah signifikan; iaitu mempunyai perkaitan dan makna yang penting
yang berlaku dalam program. Ia bermula sebelum, semasa dan di penghujung program serta di susun
mengikut tertib tadi.

Anda mungkin juga menyukai