Anda di halaman 1dari 2

Tepid Sponging - Tips sejukkan badan bayi

yang demam
Assalamualaikum semua...

Memandangkan sekarang ni cuaca tak menentu.. panas dan bahang je rasa


kan..
Bila cuaca macam ni, kita rasa xlarat nk buat apa2.. bdn kurang air.. apath
lagi budk2.. ank2 la plg senng kena penyakit demam, btuk n selsema
musim2 cmni..

So, mari kita kongsi cara ni..

Menyejukkan badan bayi yang demam (Cara ini dikenali


sebagai TEPID SPONGING)

Anak kecil mudah mendapat demam disebabkan cuaca dan jangkitan


kuman. Ketahui teknik untuk meredakan suhu badan anak yang demam.
Teknik ini dapat membantu anda dengan menyediakan langkah demi
langkah menyejukkan badan bayi.

Demam bukannya penyakit tetapi hanya gejala yang sering dihidapi oleh
bayi. Suhu badannya yang normal ialah 36 hingga 37 darjah celcius. Suhu
badannya yang melebihi 37 darjah celciusmenandakan anak anda
demam. Bagi anak yang dibawah usia enam bulan, suhu badan melebihi
37 darjah celsius adalah serius. Jika ia kekal tinggi sehingga boleh
mencecah 40 darjah celcius, ia berisiko berlakunya konvulsi (kekejangan)
atau sawan kepada bayi anda.

Tindakan Anda:

* Lap pada anggota badannya, berikan parasetamol.


* Galakkan anak anda minum air yang banyak
* Berjumpa doktor untuk rawatan lanjut jika suhu badan naik mendadak
dan bayi masih demam

Ubat Demam
Beri ubat demam mengikut dos pada label yg disarankan doktor dan secara
konsisten supaya suhu badannya berkurangan. Ini untuk mengelakkan suhu
daripada meningkat kepada 40 darjah celcius yang boleh mengakibatkan
bayi berisiko mendapat sawan. Ubat demam yang diberi melalui dubur
boleh diberi sekiranya suhu badannya hampir mencecah 40 darjah celcius.
Segera berjumpa doktor untuk rawatan lanjut. Termometer digalakkan
sentiasa berada di dalam simpanan anda.

Mesti Tahu
Jika berlaku serangan sawan (kekejangan otot), basahkan badan bayi anda
umpama anda memandikannya. Waktu kecemasan ini, ambil air untuk
basahkan seluruh badannya. Jangan biarkan situasi ini berlaku lebih satu
minit. Ketika ini badannya akan mengeras dan anak matanya akan naik ke
atas disebabkan suhu badannya sudah mencecah 40 darjah celcius, bayi
akan kembali normal setelah badannya kembali sejuk. Pastikan anak
anda menangis kerana tanda dia sudah sedar. Segera masukkan ubat
yang diberi melalui dubur (jika ada). Segara ke hospital untuk rawatan
lanjut. Jika situasi ini pernah berlaku pada anak anda, kemungkinan ia akan
berulang lagi jika anda mengabaikan pengambilan ubat demam secara
konsisten walaupun ia sudah berusia enam tahun. Situasi ini akan berlaku
sehingga anak berusia tujuh tahun. Serangan sawan boleh
mengakibatkan kecacatan otak dan jika dibiarkan terlalu lama
serangan sawan ini boleh mengundang maut. Waspadalah jika anak
demam!

Sumber:komuniti anak manja ibu

Anda mungkin juga menyukai