Anda di halaman 1dari 13

TUJUAN PEMBELAJARAN :

1. Mempelajari cara pengoperasian mesin .

2. Mencanai permukaan bongkah logam .

3. Mencanai dan mendapatkan saiz bongkah yang telah ditetapkan.

4. Mempelajari cara mendapatkan ketepatan pencanaian.

Tujuan mesin pencanai permukaan ini digunakan untuk mencanai permukaan bongkah

logam dan mencari ketepatan pengukuran, ia beroperasi dengan meja kerja

menggerakkan benda kerja manakala roda pencanai berputar pada kedudukan yang

tetap. Kertas kerja ini menerangkan langkah-langkah mencanai permukaan bongkah

logam.
MESIN PENCANAI PERMUKAAN

WORK PIECE
LANGKAH KESELAMATAN

SEBELUM MENGGUNAKAN MESIN


1. Pastikan mesin boleh berfungsi dan dalam keadaan yang selamat.
2. Pastikan langkah S.O.P mesin difahami sebelum memulakan kerja.
3. Pastikan pakaian yang dipakai sesuai untuk mengoperasikan mesin.
4. pastikan meja kerja, sistem magnatik, sistem hidraulik berfungsi dengan baik.
5. Jangan bergurau senda berdekatan mesin.

SEMASA MENGGUNAKAN MESIN


1. Pastikan penutup hidung dipakai(mask) dalam keadaaan yang kemas dan selesa.
2. Patuhi langkah kerja untuk memesin benda kerja seperti yang telah digariskan
pengajar.
3. Pastikan jarak stopper dilaraskan mengikut kesesuaian pemesinan.
4. Jangan bergurau senda sewaktu menjalankan operasi pencanaian.
5. Peastikan benda kerja dicengkam kemas oleh meja menggunakan sistem magnatik.
6. Semasa melakukan proses touching, pastikan roda canai dalam keadaan berpusing
(on).
7. Pastikan nilai hantaran yang dimasukan sesuai dengan keadaan pencanaian dan
sesuai dengan kedudukan mata roda pencanaian.
8. Pastikan coolant dihidupkan semasa operasi dijalankan.

SELEPAS MENGGUNAKAN MESIN


1. Pastikan roda pencanai dan sisitem magnatik pada meja dihentikan(off) sebelum
benda kerja dikeluarkan dari mesin.
2. Pastikan semua suiz pada mesin ditutup(off).
3. Bersihkan mesin dan periksa jika terdapat kerosakan pada mesin.
4. Laraskan sifar pada semua skala untuk memudahkan operasi pemesinan akan datang.
BAHAN DAN PERALATAN:

1. Mesin canai permukaan dan peralatan.

2. Bongkah segi empat keluli lembut.

3. Vernier caliper dan mikrometer.

4. Parallel.

5. Cry stone.
LANGKAH KERJA

BIL GAMBARAJAH LANGKAH KERJA

1. Cara menghidupkan mesin.

i) Main Circuit Breaker yang berada di


belakang mesin pencanai permukaan
dihidupkan.

ii) Electric Circuit Breaker Switch pada


mesin pencanai permukaan
dihidupkan ( ON ).

iii) Butang emergency dilepaskan butang.

iv) Start Hydraulic Pump dihidupkan


dengan memusingkan ke arah kanan
butangnya ditekan.
2. langkah kerja wheel dressing i) Diamond Dresser diletakkan pada
kedudukan tengah ragum magnet.

ii) Magnetic Chuck Switch dipusingkan ke


kanan bagi menghasilkan daya
magnetik.
iii) Wheel dihidupkan dengan
memusingkan butang ke arah kanan
dan ditekankan.

iv) Dekatkan Diamond Dresser dengan


menurunkan roda pencanai kira kira
5 mm daripada Mata Diamond
Dresser.

v) Kemudian, roda Pencanai diturunkan


secara manual sehingga parameter
roda pencanai menyentuh dengan
Mata Diamond Dresser. Selepas itu,
skala pada Dial Vertical Feed
Handwheel ziro set.

vi) Diamond Dresser dijarakkan dengan


roda pencanai.kemudian, butang
Coolant dhidupkan dengan
memusingkan ke arah kanan dan
ditekankan. Pastikan kedalaman
dressing (0. 0150.025) diturunkan
pada Dial Vertical Feed Handwheel.
Selepas itu meja mesin digerakkan ke
arah menegak dengan kadar suapan
meja yang seragam. Langkah diulang
sehingga bunga api tidak dihasilkan.
vi) Butang Spindle Wheel dan Butang
Coolant dipadamkan.

vii) Kemudian, Diamond Dresser


dijarakkan dengan roda pencanai.

viii) Magnetic Switch dipadamkan dan


Diamond Dresser dialihkan.
3. Langkah kerja mencanai
i) Jarakkan 20 40 mm mata pemotong
permukaan
roda pencanai daripada sisi dan
hadapan / belakang benda kerja.

ii) Parallel digunakan bagi menentukan

kelurusan benda kerja pada meja

ragum dan seterusnya dicengkamkan

pada ragum magnet.

iii) Power, Hydraulic Pump, dan Suis


Spindal Roda Pencanai dibukakan.
iv) Bawa roda pencanai ke bahagian
hujung tengah permukaan benda
kerja dan lakukan proses touching.
v) Feed Knob dipusingkan secara
perlahan-lahan dan Knob dihentikan
berpusing apabila spark dan bunyi
terhasil, ziro set dilakukan.
vi) Bawa roda melalui permukaan benda
kerja untuk memastikan permukaan
sama rata dan tangen mata
pencananai berada ditengah benda
kerja.
vii) Jarakkan semula mata pencanai pada
benda kerja dengan setengah
pusingan Feed Knob.

viii) Kemudian, kadar suapan meja mesin


ke kiri / ke kanan secara automatik
dilaraskan dengan melaraskan
stopper.

ix) Apabila selesai melaraskan


pegerakan, tekan butang merah yang
akan memberhentikan meja
disebelah kanan.

x) Pusingkan Feed Knob kepada keadaan


ziro set kembali dan butang coolant
dihidupkan.

xi) Pusingkan butang menggerakkan


meja secara automatik kesebalah kiri
dan meja akan bergerak secara
automatik seperti mana yang telah
dilaraskan.
xi) Proses mencanai permukaan di
mulakan.

Proses mencanai dilakukan


sehingga hampir dengan ukuran
yang ditetapkan. Untuk
mendapatkan nilai yang tepat,
proses penyudahan dilakukan bagi
mencanai baki ukuran.

Nilai suapan di masukkan apabila


roda pencanai tiba di hujung benda
kerja (pada keadaan bebas).

xii) Pencanai penyudahan dilakukan


(finishing).

Kedalaman mencanai disetkan


0.005 mm 0.010 mm untuk
melakukan mencanai penyudahan.

Roda pencanai dioperasikan


melalui benda kerja 2 3 kali tanpa
pemotongan sehingga bunga api
berhenti.
4. Proses menghentikan mesin dan
Mengeluarkan benda kerja dari
mesin.

i) Butang merah ditekan bagi


memberhentikan meja disebelah
kanan.

ii) Butang Spindle Wheel dan Butang


Coolant dipadamkan.

iii) Naikkan roda pencanai menjauhi


benda kerja.

iv) Magnetic Switch dipadamkan dan


benda kerja dialihkan.

v) Butang emergency ditekan.

vi) Electric Circuit Breaker Switch pada


mesin pencanai permukaan dimatikan
( off ).

vii) Main Circuit Breaker yang berada di


belakang mesin pencanai permukaan
dimatikan ( off ).
PENILAIAN TUGAS

PENGHASILAN PRODUK
1. Membuat persediaan pada benda kerja.(burr dan karat dibuang)
2. Membuat persediaan pada mesin sebelum operasi (memeriksa coolant dan roda canai)
3. Semua peralatan diguna dan dijaga dengan baik.
4. Ukuran pada benda kerja diambil dengan cara yang betul.

PROSES KERJA
1. Mengikut cara kerja yang ditetapkan pengajar.
2. Berkerja dengan cermat dan berhati- hati.
3. Memakai pakaian dan cara kerja yang betul semasa bekerja.
4. Menggunakaan alat yang sesuai semasa berkerja.
5. Mengikut pemesinan masa yang ditetapkan.

SIKAP
1. Sabar semasa menunggu giliran mesin.
2. Menepati masa yang ditetapkan oleh pengajar untuk menyelesaikan benda kerja.
3. Tidak gopoh semasa menjalankan proses ujuan pengukuran pada benda kerja.
4. Berwaspada pada persekitaran berhabuk dengan memakai penutup hidung(mask).
5. Menjaga kebersihan mesin dengan membersihkannya setiap kali selesai
menggunakannya.

KESELAMATAN
1. Tingkap pada workshop dibuka semasa operasi dijalankan untuk tujuan pengudaraan.
2. Menyediakan lampu/ sistem pencahayaan yang baik pada workshop.
3. Keadaan pakaian yang bersih, kemas dan betul.
4. kerja dilakukan mengikut cara yang betul.
5. Mematuhi semua langkah keselamatan yang telah ditetapkan didalam bengkel.

Anda mungkin juga menyukai