Anda di halaman 1dari 20

Ingin TAHU Mengenai

tibi
Kementerian Kesihatan Malaysia
Ingin Tahu Mengenai TIBI?

2
Apakah
PENYAKIT TIBI?
TIBI atau batuk kering adalah sejenis
penyakit berjangkit yang BERBAHAYA dan
boleh membawa maut jika tidak diubati.

Penyakit ini disebabkan oleh sejenis KUMAN


yang dikenali sebagai MYCOBACTERIUM
TUBERCULOSIS.

Kuman TIBI boleh menjangkiti mana-mana


bahagian tubuh badan tetapi kebiasaannya
menjangkiti bahagian PARU-PARU.

3
Cara-cara
MEREBAK?
Kuman TIBI merebak melalui udara.

Pesakit TIBI yang mengidap penyakit ini


akan mengeluarkan berjuta-juta kuman
TIBI semasa BATUK atau BERSIN.

Kuman ini sangat ringan dan boleh


terapung-apung di udara.

Sesiapa yang berada dalam kawasan


kuman terapung-apung ini terdedah untuk
dijangkiti penyakit TIBI.

Pesakit mengeluarkan kuman semasa


batuk atau bersin boleh merebakkan kuman
TIBI dan mungkin menjangkiti mereka yang
tinggal bersama.

4
Ingin Tahu Mengenai TIBI?

Pesakit TIBI
menyebarkan bakteria
kepada individu yang
rapat dengannya.

5
Ingin Tahu Mengenai TIBI?

6
Tanda & gejala
PENYAKIT TIBI?
Batuk melebihi 2 minggu.

Kurang selera makan.

Susut berat badan.

Demam

Berpeluh di waktu malam.

Batuk berdarah.

7
Cara-cara mengesan
PENYAKIT TIBI
Sesiapa yang batuk berterusan selama DUA
MINGGU ATAU LEBIH hendaklah menjalani
pemeriksaan kahak bagi mengesan kuman
TIBI.

Pemeriksaan kahak boleh dilakukan


di KLINIK-KLINIK KESIHATAN atau
HOSPITAL yang berhampiran.

Pemeriksaan X-ray dada boleh digunakan


oleh doktor untuk mengesan penyakit TIBI.

8
Ingin Tahu Mengenai TIBI?

9
Ingin Tahu Mengenai TIBI?

10
Rawatan
TIBI DOT
DOT (Directly Observed Treatment)
atau penyeliaan langsung oleh anggota
kesihatan/perubatan atau individu terlatih
ke atas pesakit TIBI dengan melihat dan
memastikan pesakit memakan ubat anti
TIBI.
Prinsip-prinsip DOT adalah:
P
 esakit perlu mengambil ubat
sekurang-kurangnya selama 6 bulan.
P
 esakit perlu menelan ubat setiap
hari dengan diawasi oleh penyelia DOT
yang telah dilatih sepanjang tempoh
rawatan.

11
Cara-cara
MENCEGAH
B
 ayi yang baru lahir hendaklah mendapat
SUNTIKAN IMUNISASI BCG. Imunisasi
BCG diberi di fasiliti kesihatan kerajaan dan
swasta.

SUNTIKAN BCG diberi percuma di KLINIK


KESIHATAN dan HOSPITAL KERAJAAN
bagi WARGANEGARA MALAYSIA kepada
semua bayi yang baru lahir.

Sesiapa yang batuk selama DUA MINGGU


ATAU LEBIH, hendaklah SEGERA berjumpa
doktor untuk pemeriksaan kahak.

Sekiranya disahkan sebagai pesakit


TIBI, Dapatkan RAWATAN SEHINGGA
TAMAT untuk mengelakkan penyakit TIBI
menjangkiti ahli keluarga anda.

A
hli-ahli keluarga ataupun sesiapa yang
BERDAMPINGAN dengan pesakit TIBI
juga perlu menjalani pemeriksaan lanjut
di KLINIK-KLINIK KESIHATAN atau
HOSPITAL yang berhampiran.

12
Ingin Tahu Mengenai TIBI?

13
Ingin Tahu Mengenai TIBI?

14
Nasihat AM
TEMPAT KEDIAMAN hendaklah sentiasa
dijaga dengan bersih. Tentukan cahaya
matahari dapat memancar ke dalam rumah
kerana cahaya matahari boleh membunuh
kuman TIBI yang terapung di udara.

S
emua tingkap mestilah DIBUKA pada
siang hari supaya aliran udara berlaku.

J
 ANGAN MELUDAH merata-rata kerana
mungkin air ludah mengandungi kuman
TIBI.

15
KEMUDAHAN
yang disediakan
Rawatan adalah PERCUMA bagi
warganegara Malaysia.

Pesakit yang menerima rawatan luar boleh


mendapatkannya di KLINIK KESIHATAN
yang berdekatan.

16
Ingin Tahu Mengenai TIBI?

17
Ingin Tahu Mengenai TIBI?

18
BATUK? Lebih dari
2 minggu?
PASTIKAN ANDA mendapat PEMERIKSAAN
KAHAK di KLINIK-KLINIK KESIHATAN atau
HOSPITAL berhampiran.

PENGESANAN AWAL mengurangkan


PENDERITAAN PESAKIT dan MENCEGAH
daripada MAUT!

19
Diterbitkan oleh Sektor Tibi/Kusta,
Bahagian Kawalan Penyakit dengan kerjasama
Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia

www.infosihat.gov.my www.myhealth.gov.my
JKWPKL/BM/10,000/2015

Anda mungkin juga menyukai