Anda di halaman 1dari 9

MODUL: Kemagnetan

Sesi Intervensi
Panduan Mengajar

Pengenalan

Sesi 1 jam intervensi ini telah direka bentuk untuk membantu anda berlatih menjawab soalan
gaya pentaksiran TIMSS yang mentaksir idea utama menggunakan kerangka TIMSS yang
merangkumi komponen Kemagnetan. Ini juga akan membantu anda berlatih menerangkan
konsep utama dan mengaplikasikan pengetahuan anda.

Idea utama disenaraikan seperti yang ditunjukkan di bawah. Sebagai langkah pertama berikan
murid-murid masa untuk menjawab soalan 1-8, dan kemudian bincangkan jawapan dan
berikan penerangan yang bersesuaian.

Soalan 9 telah direka bentuk untuk menguji murid kefahaman idea utama.

Peringatan: Adalah penting untuk meluangkan masa untuk menerangkan jawapan kepada
item pentaksiran apabila anda berbincang bersama-sama murid.

Idea Utama Keelektromagnetan

Semua bahan-bahan bermagnet akan menyebabkan jarum kompas terpesong


Besi, kobalt, nikel dan juga aloi adalah elemen yang bermagnet.
Kesan magnet boleh dihasilkan melalui proses menggosok atau dengan menggunakan
arus elektrik.
Sesetengah magnet adalah sementara, dan yang lain-lainnya adalah kekal.
Apabila bahan menjadi bermagnet, domain bermagnet dalam bahan akan berada dalam
arah garisan yang selari, menyebabkan pembentukkan kutub Utara dan Selatan pada
hujung bahan
Magnet sementara hilang kemagnetannya apabila domainnya tidak selari. Kekuatan
magnet kekal boleh dikurangkan sekiranya domain bermagnet tidak selari. Ini boleh berlaku
sekiranya magnet terjatuh, dipanaskan atau diketuk dengan objek berat.
Bumi mempuyai kutub Utara bermagnet dan kutub Utara geografi. Medan magnet
disebabkan oleh arus elektrik zarah-zarah bercas dalam teras bumi, di mana kutub Utara
geografi adalah sebahagian daripada paksi pusingan bumi. Jarak antara kedua-dua kutub
adalah dekat.
Kompas awal telah digunakan oleh kelasi pada masa dahulu dengan mengapungkan
sekeping batu magnet kecil pada gabus dalam baldi air. Batu magnet yang selari dengan
medan magnet bumi dan menunjuk arah Utara-Selatan
Law of poles atau Hukum kutub menyatakan bahawa dua kutub bermagnet yang sama
akan menolak antara satu sama lain, dua kutub yang berlainan akan menarik satu sama
lain. Medan magnet di sekeliling magnet boleh dilukis dengan menggunakan serbuk besi
atau kompas bidik (plotting compasses).

1
Garis medan akan dilukis untuk menunjukkan kekuatan dan jarak medan magnet
Garis medan akan sentiasa menunjukkan haluan dari kutub Utara ke Selatan
Dawai yang membawa arus mempunyai corak medan magnet yang membentuk bulatan
berpusat disekelilingnya
Gegelung dawai mempunyai medan magnet yang mempunyai bentuk yang sama seperti
medan magnet disekeliling magnet bar.
Sekiranya bahan bermagnet diletakkan dalam gegelung dawai dan arus elektrik mengalir
melalui dawai, bahan tersebut menjadi bermagnet. Ini adalah elektromagnet.
Kekuatan elektromagnet bergantung kepada:
i) bilangan gegelung dalam dawai
ii) jumlah arus dalam gegelung
iii) jenis bahan bermagnet
Kebaikkan elektromagnet termasuk: elektromagnet biasanya lebih kuat daripada magnet
kekal dan ianya boleh dihidupkan atau dimatikan dengan memutuskan litar
Kebanyakan peranti/alat menggunakan elektromagnet: pembesar suara, motor, pengimbas
MRI dan sebagainya.

Jawapan item pentaksiran:

1. Guru anda memotong magnet kekal kepada dua bahagian yang sama besar. Pilih
jawapan yang betul?

A. Satu bahagian sahaja mempunyai kutub Utara sahaja manakala yang satu lagi
mempunyai kutub Selatan.

B. Kedua-dua magnet akan mempunyai arah Utara dan Selatan.

C. Magnet tersebut akan hilang kemagnetannya.

D. Magnet hanya menjadi bermagnet pada hujungnya sahaja sekiranya ia dipotong


separuh kekuatan magnet juga akan berkurang sebanyak separuh.

2
2. Litar ini digunakan untuk membuat elektromagnet;

Bagaimanakah elektromagnet boleh dijadikan lebih kuat?

Baca pernyataan ini dengan berhati-hati. Pilih yang mana satu betul atau salah.

1. Meninggikan voltan bekalan

2. Mengurangkan bilangan lilitan gegelung dawai dalam gegelung

3. Mengubah pusingan paku

4. Menggunakan paku yang diperbuat daripada keluli

Berdasarkan pernyataan di atas, pilih jawapan yang tepat.

A. Semua pernyataan adalah betul.

B. Pernyataan 1, 2, dan 4 adalah betul.

C. Pernyataan 1 dan 4 adalah betul

D. Hanya pernyataan 4 adalah betul.

3
3. Satu magnet kekal akan hilang daya kemagnetan sekiranya tidak dijaga dengan baik.
Baca setiap pernyataan dengan berhati-hati. Tentukan yang mana satu betul atau salah.

1. Magnet kekal yang jatuh akan menjadi kurang bermagnet

2. Magnet kekal yang dipukul dengan penukul akan menjadi kurang bermagnet.

3. Magnet kekal yang dipanaskan akan menjadi kurang bermagnet.

a) Berdasarkan pernyataan di atas, pilih jawapan yang tepat.

A. Semua pernyataan adalah betul.

B. Pernyataan 1 and 2 adalah betul.

C. Pernyataan 2 and 3 adalah betul.

D. Pernyataan 1 and 3 adalah betul.

b) Bagaimana seseorang dapat menguji kekuatan magnet sebelum dan selepas rawatan
dijalankan? .

Terima respon yang memberikan perbandingan antara magnet sebelum dan selepas rawatan:

Ini boleh merangkumi; membuat pemerhatian atau mengukur jisim serbuk besi yang akan
melekat pada kutub magnet/membuat pemerhatian atau mengira kuantiti klip kertas (atau yang
sama dengannya) yang boleh diangkat oleh magnet.

c) Terangkan perkara yang berlaku dalam magnet sekiranya kekuatan magnet semakin
berkurangan.

Dalam magnet yang asli semua domain bermagnet (zarah-zarah bermagnet) akan berada
dalam satu garisan yang selari yang membentuk magnet yang kuat dan kekal. Setiap rawatan
akan menyebabkan perubahan posisi dan arah domain bermagnet, yang akan mengurangkan
kekuatan keseluruhan magnet.

4
4. Di gudang pembuangan, elektromagnet digunakan untuk mengasingkan besi dan keluli
daripada logam yang lain.

Baca pernyatan berikut dengan berhati-hati, Pilih yang mana satu betul atau salah.

1. Elektromagnet dapat digerakkan dengan mudah

2. Elektromagnet jauh lebih kuat berbanding lain-lain jenis magnet.

3. Semua logam boleh dikitar semula tertarik kepada elektromagnet

4. Elektromagnet boleh dihidup dan dimatikan.

Berdasarkan pernyataan di atas, pilih jawapan yang tepat.

A. Tiada pernyataan yang betul.

B. Pernyataan 2, 3 dan 4 adalah betul.

C. Pernyataan 2 dan 4 adalah betul.

D. Pernyataan 1 dan 2 adalah betul.

5. Rajah dibawah menunjukkan dua magnet. Satu adalah magnet kekal yang kuat dan satu
lagi adalah magnet kekal yang lemah.

Lukiskan medan magnet disekeliling setiap satu magnet.

[Perbezaan mesti dalam kuantiti garisan medan.]

5
6. Bumi mempunyai kedua-dua kutub bermagnet dan kutub Utara geografi.

Apakah yang berlaku pada kompas di;

a) kutub Utara bermagnet?

Jarum kompas akan mengarah ke bawah secara menegak dengan kutub berada di bawahnya.
Ini mungkin dapat diperhatikan apabila ia berpusing untuk cuba berorientasi dalam semua arah
dengan serentak.

b) kutub Utara geografi?

Jarum kompas akan menunjukkan arah kutub Utara bermagnet, mengikut garisan medan
magnet bumi.

7. Keretapi Maglev menggunakan keapungan bermagnet untuk menggerakkan keretapi,


menggunakan magnet daripada roda.

Oleh kerana tida geseran antara roda dan jalan keretapi maka keretapi ini boleh berjalan
pada kelajuan yang sangat tinggi dan tidak memerlukan penyelenggaraan yang tinggi, walau
bagaimanapun, ia adalah sangat mahal untuk dihasilkan. Jepun telah memperkenalkan keretapi
Maglev pada tahun 2005. Korea Selatan dan China sedang membina sistem Maglev di Seoul
dan Beijing.

Gunakan pengetahuan anda mengenai magnet untuk menerangkan bagaimana keapungan


bermagnet dihasilkan.

Murid akan mengenal pasti yang keapungan disebabkan oleh daya penolakkan magnet; iaitu
pada landasan keretapi dan yang berada di bawah keretapi.

6
8. Sekumpulan murid telah menguji kekuatan elektromagnet.

Keputusan mereka ditunjukkan dalam jadual dan dipaparkan pada graf;

Panjang dawai yang digunakan untuk Bilangan klip kertas yang boleh diangkat
membuat gegelung (dalam cm) oleh elektromagnet
20 3
40 7
60 9
80 13
100 16

a) Apalah kesimpulan yang anda buat daripada data?

Terdapat korelasi positif yang kuat antara dua data set.

Semakin panjang dawai yang digunakan untuk membuat gegelung, bilangan klip kertas yang
boleh diangkat oleh elektromagnet juga bertambah.

Sekumpulan murid lain menggunakan panjang dawai yang sama tetapi membuat keputusan
untuk mengukur berapa jarak yang diperlukan untuk klip kertas tertarik kepada elektromagnet
tersebut.

Ini adalah keputusan mereka;

Panjang dawai untuk membuat gegelung Jarak sebelum klip kertas bergerak ke arah
(dalam cm) elaktromagnet (dalam cm)
20 0.1
40 0.5
60 1.2
80 ?
100 2.8

b) Ramalkan nilai untuk jarak sekiranya panjang dawai yang digunakan untuk membuat
gegelung adalah 80cm.

2.0cm 0.1cm

7
c) Berikan justifikasi kepada jawapan anda.

Justifikasi memerlukan murid untuk memplot data pada graf, menggunakan garis yang paling
baik untuk dimuatkan menjadi lengkung, Garisan yang bersilang pada 80cm ialah pada jarak
2.0cm.
Bilangan klip kertas yang boleh diangkat
oleh elektromagnet

0 20 40 60 80 100

Panjang dawai yang digunakan untuk membuat gegelung cm

8
9. Seorang murid diberikan magnet kekal yang kuat dan disoal sejauh mana medan
magnet mencapai sekitar magnet.

Terangkan bagaimana murid mencari jawapan kepada masalah ini.

Sekiranya murid telah lengkap memmuridi modul arus elektrik mereka mungkin boleh mengingat
semula satu soalan dalam sesi intervensi untuk modul tersebut dimana penimbang dan dua rod
bercas digunakan untuk mengukur daya penolakkan yang bertindak ke atas kedua-dua rod.
Kaedah itu juga boleh digunakan disini; letakkan magnet di atas penimbang dan ambil bacaan
penimbang. Pegang samada magnet kedua atau satu bahan bermagnet di atas magnet yang
pertama di atas penimbang dan naikkan sedikit demi sedikit sehingga
kedua-dua magnet tidak lagi menarik/menolak. Pada tahap ini bacaan pada penimbang akan
kembali kepada nilai yang asal.

Cadangan lain untuk meletakkan magnet di atas meja dan dengan menggunakan kompas
bidik (plotting compass) untuk melukis arah garisan medan magnet di sekeliling magnet. Diluar
daripada pengaruh medan magnet, kompas akan selari dengan medan magnet bumi. Teknik
yang sama boleh digunakan dengan serbuk besi tetapi ia kurang tepat.

Anda mungkin juga menyukai