Anda di halaman 1dari 2

.............................................................

.............................................................
.............................................................

Kepada, Tarikh :20 Mei 2017


Pengarah,
Unit Pendaftaran
SektorPengurusan
IPTS
Jabatan Pengajian
Tinggi,
Kementerian
Pendidikan Tinggi
(u/p: En. Nafiz )

PERMOHONAN LANJUTAN TEMPOH PEMBAHARUAN PENDAFTARAN


INSTITUSI PENDIDIKAN TINGGI SWASTA

Dengan segala hormatnya, merujuk kepada perkara di atas adalah berkaitan.

2. Untuk makluman pihak tuan, saya ingin memohon lanjutan tempoh masa bagi
urusan memperbaharui perakuan pendaftaran institusi pendidikan tinggi swasta
yang sepatutnya berakhir pada 25 Mei 2017 ini.Pihak kami memohon tempoh
pembaharui dilanjutkan sebulan lagi sehingga 25 Jun 2017.

3.Permohonan lanjutan tempoh pendaftran ini terpaksa dilakukan dengan alasan


seperti berikut:-

a) Permohonan pembaharuan perakuan pendaftaran telah dikemukakan pada 10


Disember 2016 melaui surat no rujukan KJ/SQ/KPT (9). Surat makluman balas
dari Unit Pendaftaran pada 6 Januari 2017 dengan no rujukan JPT/BPP(D)1000-
701/29 yang memaklumkan bahawa permohonan tidak diproses atas sebab
kegagalan kami mengemukakan :

=Surat salinan kelulusan memorandum dan perkara-perkara persatuan (M&A)


syarikat daripada Kementerian Pendidikan Tinggi.

=salinan surat kelulusan perubahan modal berbayar senarai pemegang saham


pengarah daripada Kementerian Pendidikan Tinggi.

=salinan pelan lantai yang diluluskan oleh pihak berkuasa tempatan.

b) Surat susulan untuk perkara 1 dan 2 telah kami kemukan kepada unit pendaftaran
pada 23 Januari 2017 melalui surat no rujukan KJ/SQ/KPT (11)
c) Manakala untuk perkara yang ke 3 iaitu salinan kelulusan pelan lantai dari pihak
berkuasa tempatan , untuk makluman pihak tuan, perkara yang ke 3 merupakan
factor paling major yang mendorong pihak kami memohon lanjutan tempuh
pembaharuan. Hal ini kerana, kami telah melantik perunding iaitu arkitek berdaftar
untuk melukis dan membuat kembali pelan lantai. Kerja-kerja melukis pelan lantai
ini mengambil masa yang sangat panjang dan hanya selesai di lakukan pada 18
mei 2017. Sebaik sahaja selesai kerja-kerja melukis pelan lantai ini, pihak kami
perlu mengemukakan kepada Pihak Berkuasa Tempatan untuk kelulusan, dan
kami dimaklumkan mesyuarat PBT untuk kelulusan pelan lantai hanya dilakukan
sekali sebulan sahaja, justeru tarikh terdekat untuk mesyuarat ialah pada 6 Jun
2017.Kami menjangkakan dalam mesyuarat tersebut pelan lantai untuk kolej ini
akan dapat diluluskan oleh PBT, dan seterusnya dapat kami kemukakan kepada
unit pendaftaran.

3. Oleh yang demikian kami memohon tempuh pelanjutan pembaharuan sebulan lagi
dari tarikh tamat iaitu sehingga 25 Jun 2017. Kami sangat berharap dengan
pelanjutan tempuh pembaharuan ini, pihak kami akan dapat mengemukan semua
dokumen permohonan dengan selengkapnya.

4. Kerjasama daripada pihak tuan amatlah diharapkan.Segala jasa baik pihak


tuan kami dahulukan dengan ucapan jutaan terima kasih

Sekian, terima kasih

Yang benar,

...............................................................

Anda mungkin juga menyukai