Anda di halaman 1dari 21

Tajuk : Pengenalan Windows Server 2008

(Siri 1)
Oleh : En. Abdul Hak Bin Mahat
LE 1: Network Operating System Installation
Task 04.04 Install Network Operating System
Task 04.05 Set Up Network Server Services

LE 2: Develop Network Configuration Documentation


Task 04.07 - Develop Network Configuration Documentation

LE 3: Contingency Measures Implementation


Task 06.07 Develop Contingency Measure
Task 03.09 Implement Contingency Measures

LE 4: Supervise Back-Up Activities


Task 06.08 Supervise Data Back-Up
Lebih mudah disebut sebagai OS, ia
membawa maksud Sistem Pengoperasian.
Windows XP adalah sejenis OS, begitu juga
dengan Windows Vista dan Windows 7,
kesemuanya datang dari keluarga Windows
NT.
Terdapat juga OS lain seperti Unix yang selalu
dijalankan di server; Mac OS X yang
dijalankan pada komputer Apple; serta Linux
seperti Ubuntu, Fedora, Suse dan sebagainya.
Dalam sebuah komputer, OS berfungsi
sebagai perantara di antara software dan
hardware. Ia juga bertanggungjawab dalam
mengagihkan sumber komputer seperti
memori dan CPU kepada setiap aplikasi
yang dijalankan.
Katakanlah anda sedang menaip surat
menggunakan MS Word:
Apabila anda ingin mencetak dokumen
tersebut, OS akan bertanggungjawab untuk
menyampaikan arahan dari Microsoft Word
(software) kepada printer (hardware) melalui
NIC.
Interaksi software dan hardware diuruskan
oleh OS dan ia memudahkan kerja
pengaturcara untuk membuat aplikasi.
Berbanding dengan sistem operasi yang
digunakan untuk pengguna individu bagi
mengawal sesebuah komputer, contohnya
DOS dan Windows95, NOS mengawal dan
menguruskan semua aktiviti yang dijalankan
oleh pelbagai komputer di sepanjang
rangkaian.
NOS bertindak sebagai pengarah bagi
memastikan perjalanan rangkaian ini dapat
berjalan dengan sempurna dan bersistematik.
Terdapat dua jenis Sistem Pengoperasian
Rangkaian (NOS) yang utama iaitu:

1. Sesama pelanggan (peer-to-peer)


2. Pelanggan-pelayan (client-server)
Membenarkan pengguna berkongsi sumber
maklumat dan fail yang terdapat pada
komputer peribadi masing-masing.
Walau bagaimana pun, ia tidak mempunyai
fail pelayan atau sumber pengurusan terpusat
kerana di dalam sistem rangkaian ini, semua
komputer dianggap setara dan seimbang.
Ini bermakna kesemua pengguna mempunyai
kelayakan dan kebolehan untuk
menggunakan sumber yang terdapat di
dalam komputer di rangkaian tersebut.
Ia amat sesuai bagi Rangkaian Kawasan
Setempat (LAN).
Sering digunakan bagi memudahkan kerja
perkongsian maklumat di pejabat.
Kos dapat dikurangkan
- fail pelayan tidak diperlukan
Aplikasi sistem yang tersedia
- Satu sistem operasi contohnya Windows 7
sudah semestinya mempunyai aplikasi
peer-to peer bagi membolehkan ianya
beroperasi. Oleh yang demikian, ia hanya
perlu disetkan bagi membolehkan
sistem tersebut digunakan.
Tidak berpusat
- Tidak ada keselarasan bagi fail dan aplikasi
Keselamatan
- Tidak menyediakan ciri-ciri keselamatan
bagi pelayan-pelanggan rangkaian
NOS membenarkan sesebuah rangkaian
disatukan secara fungsi dan aplikasi di dalam
satu atau lebih fail pelayan.
Fail pelayan menjadi nadi kepada sesebuah
sistem, menyediakan laluan ke pelbagai
sumber dan turut menyediakan ciri-ciri
keselamatan.
Stesen kerja individu boleh menggunakan
sumber-sumber yang terdapat di dalam fail
pelayan.
Sistem pengoperasian rangkaian turut
menyediakan mekanisma yang membolehkan
intergrasi di antara semua komponen dan
membenarkan pelbagai pengguna berkongsi
sumber maklumat yang sama walaupun
berada di beberapa kedudukan fizikal yang
berlainan.
1. Berpusat - Keselamatan sumber dan data
dikawal oleh fail pelayan.

2. Memenuhi keperluan - Dokumen boleh


dialihkan secara berasingan mengikut tahap
keperluan yang meningkat.

3. Fleksibel - Teknologi dan perisian yang terkini


dengan mudah dapat dimasukkan ke dalam
sistem.

4. Interoperasi - Semua komponen termasuk


pelanggan, rangkaian dan fail pelanggan bekerja
bersama-sama.
1. Perbelanjaan - Memerlukan pelaburan yang
banyak di dalam mendapatkan fail pelayan
secara cekap.

2. Penyenggaraan Rangkaian yang besar


memerlukan sejumlah staff yang menjamin
kecekapan operasi.

3. Permasalahan - Apabila fail pelayan


mengalami masalah, segala operasi akan turut
terganggu dan bermasalah.
Windows NT (New Technology) adalah
keluarga sistem pengendalian dihasilkan
oleh Microsoft (versi pertama yang
dikeluarkan pada Julai 1993).
Perisian asal sebagai sistem pengendalian
berkuasa berasaskan bahasa tahap tinggi, Ia
bertujuan untuk melengkapi versi-versi
pengguna Windows yang berdasarkan MS-
DOS.
NT adalah versi 32-bit penuh Windows.
Windows 2000
Windows XP
Windows Server 2003
Windows Vista
Windows 7
Windows 8
Windows Server 2008
Windows Server 2012
Windows Server 2008 adalah salah satu
perisian sistem pengoperasian (Pelayan)dari
Microsoft yang telah menggantikan Windows
Server 2003.
Windows Server 2008 memperkenalkan
sebanyak ciri-ciri dari Windows Vista kepada
Windows Server.
Ini serupa perkaitan dengan di antara
Windows Server 2003 dan Windows XP.
Server atau pelayan akan memastikan sistem
pengurusan rangkaian diurus tadbir dengan
baik.
Server juga membolehkan maklumat
disimpan secara berpusat.
Walau bagaimanapun, keselamatan data perlu
menjadi keutamaan.

Anda mungkin juga menyukai