Anda di halaman 1dari 13

SISTEM KOMPUTER DAN RANGKAIAN 2012

BAB 7 : KEPERLUAN PERISIAN RANGKAIAN

TOPIK PEMBELAJARAN 7.17.1 Perisian Pelayan Keperluan Pelayan 7.27.2 Perisian Pelanggan Keperluan Pelanggan

HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir pembelajaran topik ini, pelajar dapat: 1. Menulis definisi sistem pengoperasian rangkaian dengan betul. 2. Menulis kebaikan dan keburukan jenis senibina sistem pengoperasian pelanggan dengan baik 3. Menulis definisi perisian pelayan dengan betul. 4. Menulis contoh-contoh perisian pelayan mengikut jenis dengan tepat. 5. Menulis definisi perisian pelanggan dengan betul. 6. Menulis jenis-jenis perisian pelanggan dengan tepat. 7. Menulis contoh-contoh perisian pelanggan dengan baik.

SISTEM KOMPUTER DAN RANGKAIAN 2012


Isi Kandungan 7.0 Pengenalan ...........................................................................................................3 7.1 Perisian Pelayan (Server Software) .....................................................................6 7.1.1 Perisian Server bagi Client/Server .................................................................6 7.1.2 Perisian Server bagi Peer-to-Peer (P2P) ........................................................8 7.2 Perisian Pelanggan (Client Software) ................................................................10 7.2.1 Perisian Pelanggan .......................................................................................10 7.2.2 Jenis-jenis Perisian Pelanggan .....................................................................11 7.2.2.1 Pelayar Web (Web Browser) .................................................................11 7.2.2.2 Email Pelanggan (Email Client) ............................................................11 7.2.2.3 Kemudahan Rangkaian (Network Utilities) ..........................................12 7.2.2.4 Pengurus Fail Rangkaian (Network File Manager) ...............................12 7.2.2.5 Protokol Pemindahan Fail .....................................................................12 Rujukan ....................................................................................................................13

SISTEM KOMPUTER DAN RANGKAIAN 2012


7.0 Pengenalan

Hasil Pembelajaran 1. Menulis definisi perisian rangkaian dengan betul 2. Menulis kebaikan dan keburukan jenis senibina sistem operasi rangkaian dengan baik.

Perisian rangkaian (Network Software) bermaksud perisian yang digunakan untuk mewujudkan hubungan antara anturcara pengguna dengan rangkaian. Perisian ini juga membina tanda pengenalan untuk setiap komputer yang terangkai kepada komputer utama. Perisian rangkaian ini menjadi pengawal kepada semua stesen kerja yang berada dalam rangkaian. Perisian ini berfungsi menyebarkan segala perisian atau data yang dikehendaki sama rata kepada semua stesen kerja. Dengan adanya perangkaian internet dan sistem rangkaian, ia merupakan satu sistem operasi yang mampu menjalankan kerja-kerja rangkaian dengan baik dan stabil. Bagi mengawal sesebuah komputer, sistem operasi akan digunakan seperti DOS, Windows dan MAC. Manakala untuk rangkaian pula, Sistem Pengoperasian Rangkaian yang juga lebih dikenali sebagai NOS (Network Operation System) beroperasi dalam komputer pelayan yang digunakan untuk mengawal dan menguruskan semua aktiviti seperti mengurus data dan fungsi oleh pelbagai komputer di sepanjang rangkaian. NOS ini bertindak sebagai pengarah bagi memastikan perjalanan rangkaian ini dapat berjalan dengan sempurna dan sistematik. NOS berada dalam firewall router atau perkakasan yang beroperasi fungsi dalam lapisan rangkaian (lapisan 3) model OSI. NOS ini dapat dibahagikan kepada dua jenis yang utama iaitu Pelayan/Pelanggan (Client/Server) dan Sesama-Pelanggan (Peer-to-peer). A) Sistem Pengoperasian Rangkaian Sesama Pelanggan (Peer-to-peer) Sistem Pengoperasian Rangkaian Sesama Pelanggan (Peer-to-peer) membenarkan pengguna berkongsi sumber-sumber dan fail-fail yang terdapat pada komputer peribadi masingmasing dan membuka, mencari serta mengambil data atau sumber maklumat yang terdapat dari komputer-komputer orang lain. Namun begitu, sistem ini tidak mempunyai fail pelanggan atau sumber pengurusan secara berpusat kerana dalam sistem ini, semua komputer dianggap sama

SISTEM KOMPUTER DAN RANGKAIAN 2012


rata, serata dan seimbang. Hal ini membawa maksud kesemua komputer yang terdapat dalam sesuatu rangkaian yang menggunakan sistem ini mempunyai kelayakan dan kebolehan untuk menggunakan sumber yang terdapat dalam komputer yang berada dalam rangkaian tersebut. Rangkaian ini dicorakkan untuk memenuhi keperluan suatu kawasan kecil hingga sederhana besar dan amat sesuai bagi Rangkaian Kawasan Setempat (LAN). Antara kebaikan menggunakan NOS sesama pelanggan ialah kos dapat dikurangkan kerana fail pelayan tidak diperlukan dan sistem operasi yang ingin digunakan telah dipasangkan ke dalam sistem pengoperasian komputer. Manakala, keburukan rangkaian sesama pelanggan ialah ia tidak berpusat bermaksud tiada keselarasan bagi fail dan aplikasi setiap komputer yang bersambung dalam rangkaian yang sama dan juga dari segi keselamatan kerana ia tidak menyediakan ciri-ciri keselamatan bagi komputer dalam rangkaian tersebut.

Rajah 1 Senibina Rangkaian Sesama Pelanggan

B) Sistem Pengoperasian Rangkaian Pelanggan/Pelayan (Client/Server) Sistem Pengoperasian Rangkaian Pelanggan/Pelayan pula membenarkan

rangkaian ini memusatkan fungsi dan aplikasi di dalam satu atau lebih fail pelayan. Fail pelayan ini menjadi pusat kepada sesebuah sistem, menyediakan laluan ke pelbagai sumber dan turut menyediakan ciri-ciri keselamatan. Stesen kerja individu yang terdapat dalam rangkaian boleh menggunakan sumber-sumber yang terdapat dalam fail pelayan. Sistem ini turut menyediakan

SISTEM KOMPUTER DAN RANGKAIAN 2012


mekanisma yang membolehkan integrasi antara semua komponen dan membenarkan ramai pengguna berkongsi sumber maklumat yang sama walaupun berada di tempat yang berbeza. Antara kebaikan menggunakan sistem Pelayan/Pelanggan ialah sistem ini diadakan secara berpusat iaitu keselamatan sumber dan data dikawal oleh fail pelayan. Sistem ini juga memenuhi keperluan iaitu mana-mana elemen dan dokumen boleh dialihkan secara berasingan mengikut tahap keperluan yang meningkat. Sistem ini fleksibel kerana teknologi perisian yang terkini mudah diadaptasi ke dalam sistem. Namun begitu, apabila berlakunya interoperasi bermaksud sekiranya fail pelayan mengalami masalah dan gagal berfungsi, segala operasi akan turut terjejas. Sistem Pengoperasian Rangkaian (Network Operation System NOS) mempunyai fungsi tambahan yang membenarkan komputer dan peranti berhubung dalam rangkaian.Sistem pengoperasian secara spesifik membolehkan rangkaian berjalan dengan lancar. NOS berperanan dalam mengarahkan lalu lintas data pada rangkaian, membenarkan dan menghalang pemindahan data antara stesen kerja, mengelolakan aliran data antara pelbagai stesen kerja yang berbeza, mengelolakan permintaan printer pelayan, mengelola permintaan dan pesanan antara pengguna rangkaian dan mengelolakan hubungan antara jaringan dan lokasi jarak jauh.

Rajah 2 Senibina Rangkaian Pelanggan/Pelayan

SISTEM KOMPUTER DAN RANGKAIAN 2012


7.1 Perisian Pelayan (Server Software)

Hasil Pembelajaran 1. Menulis definisi perisian pelayan dengan betul 2. Menulis dua contoh perisian pelayan mengikut senibina rangkaian dengan tepat.

Berdasarkan eksiklopedia PCMag.com, definisi bagi perisian pelayan ialah perisian yang di`install pada pelayan dan menyediakan perkhidmatan kepada pelbagai pengguna dalam rangkaian. Pelayan merupakan komputer fizikal yang khusus untuk menjalankan satu atau lebih perkhidmatan dimana pelayan sebagai hos untuk memenuhi keperluan komputer lain dalam rangkaian. Dalam konteks pelayan/pelanggan, komputer pelayan beroperasi untuk memenuhi permintaan program lain. Oleh itu, pelayan akan melakukan tugas bagi pelanggan yang disambungkan kepada rangkaian yang sama. Jenis pelayan bergantung pada perkhidmatan yang ditawarkan seperti pelayan pangkalan data (Apache), pelayan fail dan pelayan pencetak (SAMBA), pelayan mel (PostFix, SendMail), pelayan web dan pelayan permainan.

7.1.1 Perisian Server bagi Client/Server


Komputer pelayan merupakan pusat sistem rangkaian yang membolehkan capaian kepada sumber dan menyediakan ciri-ciri keselamatan bagi menjalankan pengurusan pusat untuk melayan pengguna-pengguna. Perisian bagi komputer pelayan ini adalah berbeza mengikut jenis perkhidmatan. Sistem ini menyediakan mekanisma untuk mengintegrasikan semua komponen dalam rangkaian bagi membolehkan pengguna berkongsi sumber yang sama secara serentak tanpa mengira lokasi fizikal. Komputer pelayan ini perlu dipasangkan program atau perisian bagi menjalankan perkhidmatan yang diperlukan. Antara contoh pelayan yang digunakan bagi Pelayan/Pelanggan ialah Windows Server, Unix dan Novell Netware.

SISTEM KOMPUTER DAN RANGKAIAN 2012


Microsoft Windows Server dikeluarkan oleh Microsoft Corporation. Perisian ini menambahkan kecekapan versi Windows 2000 yang menyediakan program perisian berkuasa tinggi. Perisian ini berupaya memenuhi pelbagai tugas melibatkan perangkaian. Antara contoh perisian keluaran Microsoft ialah Microsoft Windows 2000 Server dan Microsoft Windows NT Server.

Rajah 3 Contoh Tetingkap bagi Windows Server 8 dan Windows NT Server

Unix mula dibangunkan pada awal 1970an oleh para saintis dari makmal Bell. Unix adalah satu sistem operasi yang berkuasa tinggi dimana ia berupaya mengendalikan jumlah transaksi yang banyak dalam satu persekitaran pelbagai pengguna(multi-user) dan bekerja dengan pelbagai sistem pemprosesan unit (CPU) menggunakan multiprocessing. Oleh itu, Unix banyak digunakan untuk stesen kerja dan pelayan. Novell Netware merupakan program yang paling popular di pasaran bagi

Pelayan/Pelanggan. Program ini mempunyai sokongan teknikal yang baik serta mampu menguruskan hampir semua saiz rangkaian. Antara ciri fungsi bagi program ini adalah fail

SISTEM KOMPUTER DAN RANGKAIAN 2012


dipadatkan (file compressed) dimana ia membenarkan sistem fail menghimpun lebih banyak data atas talian. Disk Duplexing dan Disk Mirroring pula merupakan ciri istimewa yang melindungi data daripada kegagalan fungsi dengan cara menulis dan menyalin maklumat ke dalam dua pemacu (drive) yang berbeza dalam rangkaian. Antara kebaikan penggunaan pelayan/pelanggan ialah sistem rangkaian yang dipusatkan adalah lebih stabil, ciri keselamatan disedia dan diseliakan oleh pelayan, perkakasan dan teknologi yang terkini dapat diintegrasikan dengan mudah ke dalam sistem serta ianya boleh dicapai secara jarak jauh dari lokasi yang berbeza. Keburukan penggunaan sistem rangkaian pelayan/pelanggan ialah kos untuk membeli dan mengoperasikan pelayan adalah tinggi, kebergantungan terhadap lokasi pusat untuk beroperasi dan ia memerlukan penyelenggaraan dan dikemaskini secara berkala.

7.1.2 Perisian Server bagi Peer-to-Peer (P2P)


Sistem ini tidak melibatkan komputer pelayan dan ia membenarkan perkongsian perkakasan dan fail. Setiap komputer dapat mengirim, menerima dan memproses data kerana setiap komputer mempunyai potensi yang sama. Contoh perisian bagi p2p ialah AppleShare, dan Windows for Workgroups. Sistem ini sesuai digunakan untuk organisasi kecil seperti sekolah dan pejabat. A) AppleShare untuk Apples Computer AppleShare merupakan produk Apple Computer yang melaksanakan pelbagai perkhidmatan rangkaian. Tujuan utama perisian ini ialah perisian ini bertindak sebagai pelayan fail dengan menggunakan protokol AFP (Apple Filing Protokol protokol rangkaian bagi perkhidmatan fail bagi MAC OS). AppleShare digunakan untuk menghubungkan rangkaian yang menyokong produk Apple. AppleShare dikeluarkan oleh Apple Computers Solution dimana perisian ini memuatkan dua program perisian termasuk pelayan dan stesen kerja. Perisian ini dapat menyokong pelbagai tugasan dan perkhidmatannya dapat memenuhi keperluan setiap pengguna secara serentak. AppleShare menyediakan tiga protokol untuk perkhidmatan lapisanaplikasi iaitu Fail Pelayan AppleShare, Pelayan Pencetak AppleShare dan Komputer Peribadi AppleShare. Keperluan sistem bagi perisian ini ialah menyokong komputer yang menggunakan pemproses MAC.

SISTEM KOMPUTER DAN RANGKAIAN 2012

Rajah 4 Contoh Tetingkap Perisian AppleShare

B) Windows for Workgroups Windows for Workgroups (WFW) pula digunakan untuk mewujudkan rangkaian peer-topeer dengan komputer lain dalam rangkaian yang sama. WFW versi Windows 3.1 adalah serba lengkap termasuk semua perisian rangkaian yang diperlukan untuk berkongsi fail, pencetak, objek OLE dan data DDE dengan komputer lain yang dilengkapi dengan WFW atau Microsoft LAN Manager yang sesuai dengan rangkaian pelanggan atau pelayan. WFW mengandungi antaramuka pengguna yang lebih baik termasuklah pilihan konfigurasi untuk penggunaan LAN Manager atay pelayan Netware dengan pelayannya sendiri. Antara ciri perisian ini ialah ia disediakan untuk rangkaian sesama pelanggan, penjadualan elektronik, menambah baik pengurusan fail, pengurusan cetak dan panel kawalan. Keperluan perisian WFW ini ialah: i. ii. MS-DOS 3.3 atau selepasnya (5.0 atau selepasnya disyorkan). PC dengan 80.286 atau lebih tinggi (386SX atau lebih tinggi yang diperlukan untuk fail dan cetak berkongsi). iii. 3 MB RAM (4 MB disyorkan) dan 386SX atau lebih tinggi untuk perkongsian fail dan pencetak perkongsian. iv. 2 MB RAM dan 80286 atau lebih tinggi tanpa perkongsian fail dan cetak (standard mod).

SISTEM KOMPUTER DAN RANGKAIAN 2012

Rajah 5 Contoh Tetingkap Windows for Workgroups

Antara kebaikan penggunaan Peer-to-peer ialah mudah untuk disediakan dan tidak banyak perkakasan diperlukan kerana komputer pelayan tidak perlu disediakan.Kelemahannya pula ialah tiada lokasi pusat bagi tujuan penyimpanan dan kurang keselamatan yang ditawarkan berbanding pelayan/pelanggan.

7.2 Perisian Pelanggan (Client Software)

Hasil Pembelajaran 1. Menulis definisi perisian pelanggan dengan betul. 2. Menulis jenis-jenis perisian pelanggan dengan tepat. 3. Menulis contoh perisian pelanggan dengan baik.

7.2.1 Perisian Pelanggan


Perisian pelanggan merupakan program yang digunakan oleh pengguna untuk melakukan interaksi dalam sesebuah rangkaian. Perisian ini perlu dipasang pada komputer pelanggan bagi membentuk hubungan dalam rangkaian tersebut. Perisian pelanggan dikategorikan mengikut fungsi dan perkhidmatan yang ditawarkan. Antara contoh perisian tersebut adalah Pelayar Web, Email Client, Network Utilities, Network File Manager dan File Transfer Protocol.

SISTEM KOMPUTER DAN RANGKAIAN 2012


7.2.2 Jenis-jenis Perisian Pelanggan
7.2.2.1 Pelayar Web (Web Browser) Pelayar web membenarkan pengguna agar mudah dan cepat dalam mengakses maklumat dari pelbagai halaman web. Selain itu, pelayar web juga membenarkan pengguna memapar dan berinteraksi dengan dokumen HTML (hypertext markup language) yang diterima dari pelayan web (web server). Teks dan imej dalam satu-satu laman web boleh mengandungi hiper rangkai (hyperlink) kepada laman web yang sama atau berlainan. Banyak contoh aplikasi pelayar web yang boleh dimuat turun secara percuma.Antaranya ialah Google Chrome, Mozilla Firefox, Internet Explorer, Opera, Safari dan Netscape.

Rajah 6 Contoh Perisian Pelayar Web

7.2.2.2 Email Pelanggan (Email Client) Email Pelanggan merupakan sejenis aplikasi yang menguruskan komunikasi dalam talian dengan membolehkan pengguna untuk menghantar, menerima, menyimpan dan menguruskan e-mail. Antara contoh bagi email pelanggan ini ialah MS Outlook, Thunderbird dan Netscape Communicator.

Rajah7 Contoh Perisian Email Pelanggan

SISTEM KOMPUTER DAN RANGKAIAN 2012


7.2.2.3 Kemudahan Rangkaian (Network Utilities) Traceroute merupakan kemudahan rangkaian yang digunakan untuk menunjukkan haluan yang diambil oleh paket data melalui rangkaian Protokol Internet (IP).Antara contoh bagi traceroute ialah variasi IPv6 dan traceroute6 yang boleh didapati secara meluas. 7.2.2.4 Pengurus Fail Rangkaian (Network File Manager) Pengurus Fail Rangkaian merupakan sistem yang melaksanakan perkhidmatan fail dan peranti di mana data disimpan. Sistem ini menyediakan akses yang lebih cepat untuk mencapai data, pentadbiran data yang lebih muda dan konfigurasi pelayan fail. Antara contohnya ialah My Network Places dan Network Neighborhood.

Rajah 8 Contoh Perisian Pengurus Fail Rangkaian

7.2.2.5 Protokol Pemindahan Fail File Transfer Protocol (FTP) adalah protokol rangkaian piawai yang digunakan untuk memindahkan fail dari satu hos atau kepada hos lain melalui rangkaian berasaskan TCP, seperti Internet. Untuk melakukan pertukaran fail dengan selamat, Secure Shell Transfer Protocol (SSH FTP) digunapakai. Protokol ini memerlukan pengguna memasukkan pengenalan ID dan kata laluan sebelum melakukan aktiviti pertukaran dan capaian fail.

SISTEM KOMPUTER DAN RANGKAIAN 2012


Rujukan
Ahmad Sabri Saad, N. M. (n.d.). Perisian Perangkaian Komputer. Retrieved December 1, 2012, from http://ihashimi.aurasolution.com/networking/Perisian%20perangkaian%20Komputer.pdf Forouzan, B. A. (2007). Data Communication dan Networking Fourth Edition. McGraw Hill Higher Education. Jenis-jenis LAN. (n.d.). Retrieved November 30, 2012, from Pengenalan Kepada Sistem dan Rangkaian Komputer: http://foxtain.tripod.com/network.html Network Security Technologies. (n.d.). Retrieved December 1, 2012, from Windows Server: http://mustbehero.wordpress.com/windows-server-2012/ Retrosoftware: Visual Software Museum. (n.d.). Retrieved November 30, 2012, from The History of Windows NT: http://www.retrosoftware.net/museum/windowsnt.htm Sistem Rangkaian Komputer. (n.d.). Retrieved November 30, 2012, from Perisian dan Sistem Pengoperasian: http://tienee.tripod.com/sistem_rangkaian_komputer.htm Timothy J O'leary, L. I. (2000). Asas Pengkomputeran. McGraw-Hill.

Anda mungkin juga menyukai