Anda di halaman 1dari 4

Karangan Jenis Cereka / Pengalaman / Melengkapkan Cerita

Karangan jenis ini berbentuk cerita. Soalan jenis ini lazimnya meminta calon memulakan atau
menyudahkan sesuatu cerita. Sedutan peristiwa yang diberikan pada awal atau akhir cerita mestilah
dijadikan PANDUAN untuk melengkapkan cerita kamu itu. Soalan haruslah dianggap sebagai suatu
masalah yang harus kamu tangani dan selesaikan di akhir cerita. SEMUA persoalan harus dijawab dan
SETIAP watak yang dikenalkan harus dikembangkan.

2 Biasanya sesuatu karangan haruslah mempunyai unsur-unsur seperti:


a) WATAK
b) LATAR TEMPAT
c) LATAR MASA
d) PERKEMBANGAN CERITA --> PERISTIWA, AKIBAT KEJADIAN, PLOT ATAU JALAN CERITA
e) PENYUDAH
f) PENGAJARAN

3 Setiap isi cerita harus mempunyai kaitan antara satu sama lain.

4 Plot untuk karangan jenis cereka mempunyai TIGA tahap yang utama, iaitu tahap permulaan,
klimaks/suspens, dan penyelesaian.

5 PENTING!! Dalam peperiksaan, karanglah cerita yang menarik dan memberi kesan serta
kreatif. NAMUN, JANGAN MENULIS tentang plot-plot yang TIDAK LOGIK dan berunsur cerita LUCAH atau
HANTU. Kamu tidak akan mendapat markah yang tinggi dari segi ISI.

6 Teknik penulisan memainkan peranan yang penting dalam karangan jenis ini. Seelok-eloknya
masukkan unsur-unsur ketegangan, dialog, diari, imbas kembali, imbas ke hadapan dan sebagainya
supaya cerita anda tidak membosankan pembaca.

7 Untuk menjadikan cerita lebih istimewa dan berkesan, pelbagaikanlah penggunaan ayat dalam
karangan.

.8 Selain itu, gunakanlah unsur-unsur bahasa yang kreatif seperti kiasan,peribahasa, dialog dan bahasa
berbunga untuk menimbulkan gaya bahasa yang menarik dan sesuai dengan isi cerita. Anda juga boleh
menggunakan deria untuk menambahkan keberkesanannya karangan seperti karangan jenis gambaran.

9 Jika boleh, selitkan nilai-nilai murni dan memberikan pengajaran kepada pembaca.
Contoh Soalan

Jam di dinding menunjukkan hampir pukul 9.30 pagi. Pada hari Ahad begini lazimnya kami sekeluarga
pergi berjalan-jalan. Namun, ketika duduk bersarapan di meja makan, aku keseorangan. Hatiku
tertanya-tanya manatah perginya ahli keluarga yang lain? Aku terus menyapu seri kaya pada
sekeping roti lalu menyuapnya ke mulut. Air kopi panas yang disediakan oleh Mak Munah kuhirup
perlahan-lahan. Mulakan perenggan seterusnya untuk menyambung cerita anda berdasarkan
perenggan di atas.

Rangka Jawapan

Sebentar kemudian kelihatan kakak keluar dari bilik tidurnya aku bertanyakan ayah dan ibu serta adik-
adik yang lain kakak hanya tersenyum simpul memberitahu mereka telah keluar awal pagi tadi
hatiku memberontak kerana tidak diajak bersama malah, aku turut berasa hairan apa yang
menggelikan hati kakak sehingga dia tidak habis-habis tersenyum sendirian.

Aku menghabiskan masa membaca novel di dalam bilik jam sudah pun menunjukkan pukul 2.30
petang hatiku panas tidak terkira memikirkan tindakan mereka meninggalkan aku bersendirian di
rumah bersama kakak puas aku memujuk kakak supaya membawa aku berjalan-jalan pelbagai alasan
yang diberikan aku terpaksa beralah.

Aku mula naik angin apabila mereka tidak pulang-pulang walaupun sudah petang aku mengetuk pintu
bilik kakak dengan kuat perasaan marahku tidak lagi mampu disembunyikan kakak meminta aku
bersabar aku tidak peduli sama ada dia bawa aku keluar berjalan-jalan atau aku akan merajuk
sepanjang hari kakak akur dengan permintaanku aku tersenyum girang.

Menaiki teksi menuju ke sebuah bukit kelihatan sebuah hotel tersergam di atas puncak bukit itu dalam
kawasan yang terjaga rapi aku mengingatkan kakak bahawa makanan di hotel mahal kakak masih
belum bekerja aku ketawa besar apabila dia mengatakan dia telah menang loteri pintu hotel terbuka
luas satu sorakan kedengaran seluruh ahli keluargaku berada di situ rupa-rupanya mereka telah
menempah beberapa meja untuk meraikan hari jadiku aku terkedu - sambil memeluk ayah dan ibu, air
mata kegembiraan mengalir di pipiku.
Karangan Jenis Cereka / Pengalaman / Keperihalan / Gambaran / Situasi

memerlukan kekuatan imaginasi dan daya kreatif yang tinggi.

Sesuatu yang ditulis itu mungkin berdasarkan pengalaman , pembacaan, atau perbualan.

cereka

Suatu hari ketika kamu tinggal sendirian di rumah, kamu telah dikejutkan oleh suara riuh-rendah.
Apabila kamu menjenguk ke luar, kamu dapati asap berkepul-kepul naik ke angkasa dari rumah jiran
kamu. Ceritakan peristiwa yang kamu saksikan itu.

1. cerita yang hendak ditulis hendaklah berdasarkan tajuknya.

2. cuba menulis cerita yang dapat menarik minat pembaca.

3. jangan terlalu ghairah mereka-reka cerita yang terlalu banyak khayalan kerana ini akan
menyebabkan kamu tidak dapat menyampaikan maksud dengan jelas.

4. jangan menulis sampai meleret-leret, berhati-hatilah dengan peruntukan masa yang diberikan

Pengenalan :tinggal sendirian baca buku cerita

Perenggan ke-2 :mendengar suara riuh-rendah menjenguk ke luar suatu kebakaran berlaku

Perenggan ke-3 :ramai orang mula berkumpul cuba membantu memadamkan kebakaran membantu
memunggahkan barang

Perenggan ke-4: aku terus menelefon pihak bomba ahli-ahli bomba tiba

Penutup : kebakaran dapat dikawal berasa sungguh gembira

Pada hujung minggu yang lepas, saya terpaksa tinggal sendirian di rumah kerana ibu bapa saya
pergi ke tempat kenduri kahwin. Untuk menghilangkan rasa jemu, saya membaca sebuah buku cerita.

Ketika saya leka membaca , tiba-tiba saya terdengar suara riuh-rendah meminta tolong. Saya
segera menjenguk ke luar. Alangkah terkejutnya saya apabila saya dapati asap berkepul-kepul keluar
dari rumah jiran saya. Suatu kebakaran telah berlaku.

Orang ramai mula berkumpul di situ. Ada yang cuba memadamkan kebakaran dan ada yang
menolong memunggahkan barang-barang. Saya mulai berasa bimbang kalau-kalau api itu merebak ke
rumah saya.

Tanpa berlengah-lengah lagi , saya terus menelefon pihak bomba. Sepuluh minit kemudian,
anggota bomba pun tiba di situ.
Ahli-ahli bomba telah bertungkus-lumus memadamkan api tersebut. Akhirnya kebakaran itu dapat
dikawal daripada merebak. Saya berasa gembira kerana rumah saya terselamat daripada kebakaran
tersebut.

pengalaman

Tajuk : Tulis satu karangan yang bertajuk Pengalaman yang Tidak Dapat Dilupakan

Pada tahun lalu, aku menghabiskan cuti persekolahan di kampung bersama datuk dan nenek.

Pada suatu malam , aku pergi ke rumah Ludin, teman lamaku. Oleh kerana sudah lama tidak
berjumpa, kami seronok bercerita. Bila aku sedar malam sudah larut, aku bergegas pulang.

Dalam perjalanan pulang, hatiku tiba-tiba berasa cemas. Walaupun telah lama berjalan, rumah
nenek masih juga tidak kelihatan. Aku memandang ke kiri dan ke kanan. Tidak ada sebuah rumah pun di
situ. Bulu romaku berdiri tegak. Barulah aku sedar, rupanya aku tersesat jalan.

Tiba-tiba di satu selekoh, aku terpandang satu lembaga menuju ke arahku. Aku berasa amat takut
sekali. Aku cuba membuka langkah. Tetapi belum sempat aku melangkah, kakiku terpijak benda tajam,
lalu terjatuh. Kemudian, aku tidak sedarkan diri.

Bilaku membuka mata, kulihat aku sudah berada di rumah datuk. Menurut nenek, datuk
menemuiku terbaring di tengah jalan ketika keluar mencariku. Aku menceritakan kepada mereka apa
yang terjadi. Datuk dan nenek tersenyum sesama sendiri. Rupa-rupanya lembaga yang aku takutkan itu
adalah datukku sendiri.

situasi

Keputusan UPSR telah diumumkan . Anda mendapat keputusan yang cemerlang. Bagaimanakah
perasaan anda ?

Saya bersyukur dan bertuah kerana usaha saya selama ini telah pun berhasil. Saya membuat
persiapan rapi untuk peperiksaan ini semenjak awal tahun lagi.

Kejayaan ini juga merupakan kejayaan ibu bapa, guru-guru dan rakan-rakan saya. Ini kerana
dorongan dan bimbingan daripada mereka menjadi kunci kejayaan saya.

Saya juga berasa bangga kerana mampu membuktikan kepada orang ramai bahawa seorang anak
kampung daripada keluarga miskin dapat juga berjaya. Saya sedar kemiskinan bukanlah penghalang
untuk seseorang itu mencapai kejayaan.

Saya berharap kejayaan ini akan menjadi pendorong kepada adik-adik saya. Saya berjanji akan
belajar bersungguh-sungguh untuk peperiksaan yang lain.

Anda mungkin juga menyukai