Pekeliling

Anda mungkin juga menyukai

Anda di halaman 1dari 3

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

UTHM/PP/100 - 6/3 (68) 31 Disember 2008

PEKELILING PENGURUSAN BIL. 68/2008

TUNTUTAN PEMBAYARAN KEAHLIAN PROFESIONAL


UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

Adalah dimaklumkan bahawa,Mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif Bil.10 /2008


yang diadakan pada 12 November, 2008 telah meluluskan supaya bayaran
balik tuntutan pembayaran keahlian profesional staf diberi kepada staf
dengan mengikut garis panduan di Lampiran A yang dikembarkan.

2. Bayaran balik ini adalah tertakluk kepada kriteria yang ditetapkan dan
tuntutan perlu disertakan dengan resit, mengisi borang Kepakaran/Keahlian
Profesional/Khidmat Masyarakat (UTHM.PP/BPP-22/2007/Pin.1) yang boleh
didapati dilaman web Pejabat Pendaftar dan disahkan oleh Ketua Jabatan
dengan menyatakan keperluan keahlian beserta dokumen sokongan sebelum
dimajukan ke Pejabat Pendaftar.

3. Permohonan hendaklah dikemukakan ke Pejabat Pendaftar tidak lewat


dari tiga (3) bulan pendaftaran keahlian profesional tersebut dibuat.
Tuntutan pembayaran keahlian profesional ini adalah berkuatkuasa mulai
Pekeliling ini dikeluarkan.

Sekian, terima kasih.

DENGAN HIKMAH KITA MENEROKA

Yang benar,

SULAM BIN HAMID


Pendaftar
7100

s.k - Y. Bhg. Dato Naib Canselor


- Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa)
- Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni)
- Dekan-Dekan Fakulti
- Pengarah Pejabat/Pusat
- Ketua-Ketua Pejabat/Pusat/Unit

SH/rk/31122008/PekelilingPengurusan
LAMPIRAN A

GARIS PANDUAN BAGI PEMBAYARAN BALIK


YURAN KEAHLIAN BADAN PROFESIONAL
UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

Pembayaran balik Yuran Profesional adalah tertakluk kepada


staf yang memenuhi kriteria berikut:

(1) Pegawai hendaklah menjawat jawatan mengikut skim


perkhidmatannya yang berkaitan;

(2) Keperluan yang mewajibkan seseorang staf mendaftar dengan


Badan Profesional bagi membolehkan beliau mengamalkan
profesionnya;

(3) Pendaftaran sebagai Ahli Badan Profesional merupakan perkara


yang perlu dibuat oleh staf bagi membolehkan staf menjalankan
tugasnya semasa berkhidmat di Universiti Tun Hussein Onn
Malaysia;

(4) Pendaftaran hanya untuk badan profesional yang diiktiraf


sahaja (sama ada dalam negara atau luar negara) di mana
pengiktirafan perlu ditentukan oleh badan profesional
berkenaan dengan mengemukakan akta atau surat yang
berkaitan sebelum tuntutan dibuat;

(5) Pendaftaran untuk satu badan profesional sahaja yang layak


dituntut sama ada dalam negara atau luar negara;

(6) Hanya yuran pendaftaran sahaja yang layak dituntut.


Bayaran lain seperti keahlian perpustakaan, tempahan buletin
tahunan atau bulanan dan seumpamanya tidak dibayar;
(7) Pendaftaran yang dibuat untuk tempoh lebih dari satu tahun
akan dibayar keseluruhannya. Walau bagaimanapun, staf
dikehendaki membayar balik secara prorata yuran berkenaan
kepada Universiti sekiranya meletakkan jawatan; dan

(8) Yuran Pendaftaran akan dibayar bagi tuntutan pada tahun


semasa sahaja.

Tatacara pembayaran balik Yuran Keahlian Profesional:-

(1) Cara pembayaran balik ialah melalui pembayaran balik kepada


staf terlibat yang dikehendaki menuntut bayaran-bayaran yang
telah dibayarnya terlebih dahulu dengan sokongan resit serta
dokumen berkaitan.

(2) Mengisi borang No.Rujukan Borang UTHM.PP/BPP-22/2007,


Borang Kepakaran / Keahlian Profesional / Khidmat Masyarakat.
Disahkan oleh Ketua Jabatan dengan menyatakan keperluan
keahlian berkenaan beserta dengan dokumen-dokumen
sokongan sebelum dimajukan ke Pejabat Pendaftar

(3) Permohonan hendaklah dikemukakan ke Pejabat Pendaftar tidak


lewat dari 3 bulan pendaftaran keahlian tersebut dibuat.

Anda mungkin juga menyukai