Anda di halaman 1dari 6

NUR HIDAYAH BT ABD MALEK AEL 140014

AEEA 2304: GERAKAN PENENTANGAN DAN PROTES DI MALAYSIA


SOALAN 3: JELASKAN PERANAN YANG DIMAINKAN OLEH KERABAT DIRAJA DAN
PEMBESAR KEDAH DALAM MENENTANG BRITISH DAN SIAM DI KEDAH.

PENGENALAN:
HUBUNGAN KEDAH DAN BRITISH
Penglibatan antara Kedah dan British dalam konflik bertitik tolak daripada pencarian
sebuah pangkalan perdagangan oleh British pada abad ke-18
British mengambil kesempatan masalah dalaman Kedah dan ancaman dari Siam serta
Burma ke atas Kedah.
Siam berperang dengan Burma(1753-1781) selepas perang tamat Siam menjadi kuasa
yang kuat dan menuntut Kedah menghantar bunga emas, wang dan tenaga manusia dan
Kedah mula berasa terancam
Sultan Abdullah (1778-1797) mendapatkan bantuan tentera SHTI, Sultan Kedah
menawarkan Pulau Pinang sebagai hadiah sekiranya SHTI sanggup melindungi Kedah
dari ancaman Siam
Francis Light sedar tentang kepentingan Pulau Pinang sebagai pelabuhan dan
pangkalan tentera dan bersetuju untuk membantu Kedah.
Bila Kedah diancam Siam, British telah memungkiri perjanjiannya (Perjanjian
Inggeris-Kedah 1786) dengan Sultan Abdullah dan enggan membantu Kedah dengan
alasan tidak terlibat dengan perjanjian juga mahu menjaga kepentingan perdagangan
dengan Siam
Sultan Abdullah mendesak Francis Light meninggalkan seberang Prai kerana tidak
menenpati janji.
Francis Light enggan dan menawarkan bayaran ganti rugi tetapi ditolak oleh Sultan
Abdullah
Sultan Abdullah berasa marah dan tertipu dengan tindakan Francis Light.
Sultan Abdullah terpaksa menandatangani Perjanjian Persahabatan dan Keamanan
Inggeris-Kedah pada 1 Mei 1791 kesannya:
1. Sultan Kedah menyerahkan Seberang Perai
2. BRITISH membayar 10 000 dolar Sepanyol setahun bagi Pulau Pinang dan Seberang
Perai
3. British tidak membantu Kedah apabila Siam menyerang Kedah pada November 1821
dan rakyat Kedah terpaksa berjuang sendiri hingga Kedah tewas dan ditakluki Siam
Hubungan pada abad ke 19 : Konflik Kedah dan British pada abad ini berlaku pada
tahun 1821 hingga 1842 yang sangat sangat berkait dengan pendudukan Siam ke atas
Kedah. Ia juga berlaku semasa Kedah berada di bawah pemerintahan Sultan Ahmad
Tajuddin Halim Shah (1804-1843)
Jun 1826 Raja Siam Rama III menandatangani perjanjian dengan Henry Burney di
Bangkok iaitu Perjanjian Burney 1826. Syarat Perjanjian tersebut :
1. British mengiktiraf ketuanan Siam terhadap Kedah
2. Sultan Kedah iaitu Sultan Ahmad Tajuddin II tidak dibenarkan tinggal di Kedah,
Pulau Pinang, Seberang Perai, Perak, Selangor dan Burma
3. British tidak membantu sultan Kedah menyerang Siam dan jajahan takluknya
4. British akan menghantar balik sultan Kedah yang berlindung di Pulau Pinang ke
Kedah
5. Kedah hendaklah membayar ufti bunga emas kepada Siam

HUBUNGAN KEDAH DAN SIAM


Hubungan antara Kedah dengan Siam yang terjalin semenjak kurun ke-17 mula
tergugat apabila Kedah mula menghadapi ancaman dari Siam dan Burma pada akhir
kurun ke-18.
Apabila Siam kuat, Kedah akan diminta untuk membantunya, dan jika Burma kuat,
Burma pula yang akan memaksa Kedah membantunya. Keadaan ini begitu menekan
Kedah sehingga kerajaan ini terpaksa menghantar Bunga Emas dan Bunga Perak
kepada kedua-dua kuasa besar tersebut sebagai usaha mengelakkan dari dijajah atau
ditakhluki
pada tahun 1767, Kedah menghantar Bunga Emas dan Perak ke Burma kerana
kekalahan Siam kepada Burma yang ketika itu diperintah oleh Raja Hsinbysin. Namun,
setelah Phraya Thaksin berjaya menentang Burma, pihak Siam mula mengancam
negeri-negeri Melayu yang memberi sokongan kepada Burma dan hal ini menyebabkan
Kedah terpaksa berbaik dengan Siam dengan menghantar Bunga Emas dan Bunga
Perak kepada Siam
melalui Maharaja Rama I pada tahun 1782 hingga 1802 melancarkan dasar perluasan
wilayahnya di negeri-negeri Melayu Utara yang diketuai oleh Wang Na Surasi. Antara
salah satu sebab Kedah menerima pertuanan Siam adalah disebabkan ingin
mempertahankan negerinya daripada diserang dan ditakhluki terutamanya Burma
abad ke-19, Siam sering menjadi tempat bergantung kepada para pembesar dalam hal
ehwal pentadbiran
Kedah di bawah tampuk pemerintahan Sultan Ahmad Tajuddin II (1803-1842). Zaman
pemerintahan baginda, Kedah membantu Siam dalam banyak perkara seperti membekal
anggota tentera, makanan dan membantu Siam menyerang wilayah lain
Tujuan baginda berbuat demikian adalah bagi menyelamatkan Kedah daripada
penjajahan oleh tentera Siam. Siam pula akan membalas jasanya itu dengan
dianugerahkan gelaran Chao Phraya.
Walau bantuan dan permintaan Siam ditunaikan oleh Sultan Ahmad Tajuddin II, namun
kesetiaan baginda tetap dipandang sepi malah merasa curiga kerana dikatakan Kedah
berkomplot dengan Burma sekitar tahun 1820-an
Kedah akhirnya tercalar lewat tahun 1821 apabila Kedah akhirnya ditakhluk oleh
Siam.

PERANAN PEMBESAR KEDAH DAN KERABAT DIRAJA DALAM MENENTANG


BRITISH DAN SIAM
1.Gerakan Tentangan Sultan Abdullah Terhadap SHTI
Sultan Abdullah adalah putera Sultan Muhammad Jiwa
Penentangan Sultan Abdullah Mukarram Shah (1778-1798) adalah penetangan terawal
yg dilakukan dalam sejarah perjuangan menentang British
Penentangan Sultan Abdullah ini kerana SHTI Tidak memenuhi syarat yg
dikemukakannya.
Sultan Abdullah menuntut syarat baginda daripada Francis Light. Namun Sultan
Abdullah hanya mendapat jawapan pada tahun 1787 yang menyatakan bahawa British
tidak akan memberi perlindungan kepada Kedah
Walaupun demikian Sultan Abdullah terus berunding mengenai syarat yang
dikemukakannya
Pada 19 Mac 1791, kira-kira 20 buah perahu tiba di Perai dan 20 Mac 1971 pula kira-
kira 90 perahu dibawa oleh Bendahara dan Laksamana bergabung.
Tuntutan dibuat supaya Francis Light membayar $10 000 Sepanyol sebagaimana yang
dijanjikan. Francis Light pula hanya bayar 5 000 Sepanyol
Sultan Abdullah menghantar wakilnya menemui Francis Light mengarahkan membayar
baki $5 000 Sepanyol atau meninggalkan Pulau Pinang
Tahun 1791 - Sultan Abdullah menyediakan angkatan laut di Seberang Perai untuk
menyerang dan mengambil semula Pulau Pinang
Sultan Abdullah mendapat bantuan dari Riau, Siak dan Selangor
Francis Light minta bantuan dari British menyerang kubu Sultan Abdullah di Seberang
Perai
Sultan Abdullah tewas, Pasukan Kedah berundur ke Sungai Perai. Walaupun mereka
cuba menguatkan kedudukan kembali tetapi telah diserang lagi oleh British
Kekalahan ini menyebabkan Sultan Abdullah menandatangani Perjanjian dengan SHTI
pada 1 Mei 1791 dan sanggup menerima bayaran $6 000 Sepanyol setahun. SHTI
mengambil P.Pinang
2. Gerakan Tentangan Oleh Syed Zainal Abidin (Tengku Kudin/Tunku Dhiaudin)
Tunku Dhiauddin ibn Sultan Zainal Rashid I atau lebih dikenali sebagai Tengku Kudin
adalah seorang putera Kesultanan Kedah. Beliau dilahirkan di Pulau Pinang, pada tahun
1821
Tengku Kudin telah berkahwin dengan Tengku Arfah, puteri Sultan Abdul Samad.
Beliau merupakan anak saudara Sultan Ahmad Tajuddin Halim Syah
Tengku Kudin meninggalkan tiga orang putera dan dua puteri hasil perkahwinannya
dengan beberapa orang wanita termasuk Raja Arfah. Anak-anak Tengku Kudin adalah
Tunku Muhammad Bahadur Shah (anakanda Raja Arafah) Tunku Adnan Tunku
Haidar Ali Shah Tunku Mariam Tengku Ampuan
Tunku Kudin, Tunku Long Putih, saudara ipar Sultan Ahmad Tajuddin dan Tunku
Sulaiman melancarkan serangan ke atas pertahanan Siam di Kota Kuala Kedah.
serangan dipatahkan pasukan Siam
1829, Tunku Kudin, bersama pengikutnya, dengan disertai, antaranya Tunku Long
Puteh, Tunku Jaafar dan Tunku Dagang, anak Tunku Long Puteh; panglima Hassan,
Mis, Che Rio, Awang Lahal dan Che Akil melancarkan serangan ke atas tentera Siam
di Kedah tetapi dikalahkan oleh tentera Siam.
Januari 1830, Tunku Kudin Berjaya mengumpulkan kira-kira 5,000 orang mara ke
Kedah melalui Perai. Setelah berada di Kedah, angkatan Tunku Kudin menjadi
bertambah ramai dengan penyertaan penduduk Kedah
Tunku Kudin mengatakan perjuangan mereka adalah jihad menentang orang kafir,
Siam dengan semangat jihad, - melancarkan serangan ke atas pasukan Siam yang
berada di Kota Kuala dan Siam dikalahkan.
Tunku Kudin Berjaya menduduki Kota Kuala Pada 24 April 1831.
Pihak British, Gabenor R. Ibbetson mengeluarkan isytihar, mereka yang terlibat dalam
serangan ke atas Kedah disifatkan sebagai lanun.
Tentera Siam mengundurkan diri ke Alur Ganu, markas pertahanan mereka.
Kira-kira 30 orang tentera Siam ditawan dan disiksa sehingga mati sebagai membalas
dendam di atas tindakan tentera Siam sebelum ini ke atas orang Kedah. Begitu juga
dengan orang Cina yang membantu tentera Siam disiksa hingga mati.
Kejayaan Tunku Kudin ini diketahui Chao Phya Ligor dan Beliau telah mengumpulkan
kira-kira 7,500 orang dengan 3,000 ekor gajah dan mara ke Kedah pada Jun 1830.
Angkatan ini bergerak ke Trang, memasuki Kedah dan bergabung dengan angkatan
mereka yang sedia ada di Alur Ganu. Angkatan Siam telah melancarkan serangan ke
atas pasukan Tunku Kudin di Kota Kuala.
Tunku Kudin dan pasukannya cuba mempertahankan kedudukkannya, tetapi
dikalahkan oleh pasukan Siam
kira-kira 50 orang Melayu termasuk Tunku Kudin terkorban. Pada badan Tunku Kudin
terdapat kesan tembakan peluru.
Orang Melayu Kedah, anggap perjuangan ini adalah perang jihad, menentang kafir;
mati syahid dan masuk syurga.
Tunku Kudin telah dipancung kepala; kepalanya dibawa ke Bangkok. Mereka yang
berjaya melepaskan diri berundur ke Pulau Pinang atau Seberang Perai
3. Gerakan Penentangan oleh Sultan Ahmad Tajuddin Halim Syah
Perjuangan Tengku Kudin diteruskan oleh Sultan Ahmad Tajuddin
Sultan Ahmad Tajuddin Halim Syah juga merancangankan serangan ke atas tentera
Siam di Kedah tetapi tidak dapat dilaksanakan kerana rahsia rancangan baginda
diketahui oleh Siam.
Beliau mengeluarkan pengisytiharan supaya berhimpun di Pulau Langkawi.
Baginda telah mengumpulkan penyokong untuk melancarkan gerakan membebaskan
Kedah dari Beruas.
Sultan Ahmad Tajuddin dikunjungi oleh Raja Muda Perak namun tidak disenangi oleh
British kerana bimbang Raja Muda terlibat dengan gerakan Sultan Kedah. Kapten
James Low juga mengertak Raja Muda Perak supaya tidak terlibat
Kerajaan Benggala menekan supaya memindahkan Sultan Ahmad Tajuddin dari Beruas
ke Melaka
Kapten McCrea gagal mempengaruhi Sultan Ahmad Tajuddin Halim Syah berangkat
ke Melaka, kerana baginda sudah bertekad untuk berangkat ke Kedah.
Namun akhirnya Sultan Ahmad Tajuddin Halim Syah kembali semula ke Melaka
Baginda dikawal supaya tidak mencetuskan serangan ke atas Kedah. Elaun baginda
dikurangkan
4. Gerakan Penentangan oleh Tunku Muhammad Saad
24 Mac 1838, Tunku Muhammad Saad bin Tunku Daud dan Dato' Wan Muhammad
Ali menyibarkan surat jemputan ke Seberang Perai, menjemput datang berkumpul di
Sungai Muda dan Sungai Merbok untuk sama-sama menentang Siam di Kedah
Tunku Muhammad Saad menyeru semua yang ingin menyertai gerakannya dan
mendapat rahmat Allah berkumpul di Sungai Merbok
Tunku Muhammad Saad mendapat sokongan penduduk Kedah dan dibantu Tunku
Muhammad Taib melancarkan gerakannya pada bulan Mei 1838
Angkatan Tunku Muhammad Saad yang berada di Sungai Muda mara ke Kedah setelah
Berjaya mengalahkan tentera Siam yang bertahan di sempadan Seberang Perai
13 Jun 1838, angkatan di bawah pimpinan Tunku Muhammad Saad bergabung dengan
angkatan Tunku Muhammad Taib berjaya mengundurkan pasukan tentera Siam yang
berada di Kuala Sungai Merbok
3 Ogos 1838, Tunku Muhammad Saad dan angkatannya melancarkan serangan ke atas
Kota Kuala
Sekali lagi serangan pada 4 Ogos - Angkatan Siam yang tidak dapat bertahan
mengundurkan diri ke arah Perlis - pasukan tentera Siam menjadi lemah.
Kota Kuala dapat diambil semula oleh Tunku Muhammad Saad. Tentera Siam yang
gagal melarikan diri telah ditangkap dan disiksa hingga mati seperti mana yg dilakukan
ke atas orang Melayu sebelum ini
Dato' Muhammad Ali pula bergerak ke utara dan Berjaya menduduki semula Setul.
Kemudiannya tentera Siam dihalau keluar dari negeri Kedah
Kejayaan angkatan Tunku Muhammad Saad menghalau tentera Siam dari Kedah dan
mendaulatkan kembali kuasa dan politik Melayu telah mengejutkan kerajaan Siam.
Dengan itu, siam merancang strategi untuk melakukan serangan balas balik
Februari 1839, angkatan Siam kira-kira 4,000 orang telah melanggar Kota Kuala yang
dikawal oleh Tunku Abdullah. Tunku Muhammad Saad bergabung di Kota Kuala
selepas angkatannya gagal mengatasi serangan tentera Siam di kubu Alur Ganu.
pasukan Kedah gagal mengalahkan tentera Siam. Dengan itu Tunku Muhammad Saad
berundur.
Wan Muhammad Ali, Haji Mustaffa dn Wan Ismail berjaya mengundurkan diri ke
Langkawi
Tunku Muhammad Saad dilaporkan berundur ke arah Seberang Perai dan kemudiannya
beliau ditangkap oleh British dengan tuduhan sebagai "lanun"
Tunku Abdullah berundur ke Perlis dan kemudiannya menyerah diri kepada Gabenor
S.G. Bonham di Pulau Pinang
Ketika serangan Siam ke atas Kedah, kira-kira 1,000 orang wanita dan kanak-kanak
Kedah berlindung dalam jajahan British.
Siam pula mengibarkan bendera setelah berjaya menawan kubu-kubu pertahanan
Kedah
Tunku Muhammad Saad yang ditahan oleh British dihadapkan ke mahkamah.
Walaupun bebas daripada tuduhan sebagai "lanun"
Tunku Muhammad Saad dibuang ke Culcutta. Beliau kemudiannya dibenarkan pulang
dan meninggal dunia di Pulau Pinang
5.Peranan Tunku Dai mengembalikan takhta kerajaan Kedah kepada Sultan Ahmad
Tajuddin Halim Syah
Sultan Ahmad Tajuddin Halim Syah menghantar puteranya Tunku Dai atau Tunku
Zainal Rashid ke Bangkok pada bulan Mac 1841.
Tunku Dai menjadi wakil Sultan Ahmad Tajuddin Halim Syah memohon maaf
daripada kerajaan Siam
Rama lll memperkenankannya, dan Sultan Ahmad Tajuddin dibenarkan kembali ke
Kedah menduduki takhta kerajaan.
Pada tahun 1841, Sultan Ahmad Tajuddin Halim Syah mendapat persetujuan untuk
menduduki semula takhta kerajaan Kedah.
Sultan Ahmad Tajuddin Halim Syah dibenarkan oleh British tinggal di Pulau Pinang,
sementara menunggu rundingan dengan Siam mengenai kepulangan baginda ke Kedah
selesai
Pada bulan Ogos 1842, Sultan Ahmad Tajuddin Halim Syah pulang ke Kedah.
Sultan Ahmad Tajuddin Halim Syah berkuasa di Kedah

6. Peranan dan sumbangan oleh pembesar dan kerabat diraja Kedah yang lain serta
bantuan Rakyat Kedah yang anti-Siam
Antara tokoh lain yang memainkan peranan dalam menentang siam dan British ialah
seperti Dato' Muhammad Ali dari Langkawi, Tunku Muhammad Taib dan Tunku
Muhammad Akib dari Setul, Syed Husin dan Wan Muhammad Arshad dari
kayangan(Perlis), Tunku Abdullah, Tunku Sulaiman, Syeikh Abdul Samad al-
Palembangi, seorang ulama terkenal di Kedah, juga panglima perang, seperti Tok Mo
Ris(Bomoh Idris) dari Perupok, Kubur Panjang, Dato' Syahbandar Wan Daud dari
Pulai, Baling dan Dato' Madi dari Bandar Baru, Dato' Panglima Bukit Gantang juga
menghantar 100 orang dan lima buah perahu ke Kedah membantu gerakan menentang
Siam
Selain itu perjuangan Rakyat Kedah juga banyak memainkan peranan dlm menentang
Siam dan British. Perjuangan mereka ditiup dengan semangat jihad dan demi mendapat
rahmat Allah. Semangat Jihad dan kebencian terhadap penjajah Siam kafir telah
menyebabkan penduduk Kedah bangkit bersama penentangan ini

KESIMPULAN
Sepanjang tahun 1786 hingga 1923 penduduk Kedah menentang pendudukan Siam, dan
menentang kuasa British dalam pentadbiran Kedah
Gerakan Tunku Kudin, 1830-31 dan Tunku Muhammad Saad, 1838-39 memberi kesan
kepada pentadbiran Siam di Kedah. Gerakan dibawah Tunku Muhammad Saad dilihat
lebih berkesan dan Berjaya menentang Siam walaupun akhirnya tewas juga berbanding
Gerakan Tunku Kudin
Akhirnya Siam mengambil langkah untuk menamatkan peperangan ini kerana kerugian
yang banyak yang terpaksa mereka hadapi.
Peristiwa 1838-1839 itu memaksa Siam untuk berunding.
Sultan Ahmad Tajuddin akhirnya dikembalikan takhtanya sebagai Sultan Kedah dan
tentera Siam diundurkan dari Kedah namun Kedah masih dikekalkan sebagai kerajaan
yang dinaungi Siam sehingga tahun 1909.
Kedah dibahagikan kepada empat: Kedah, Kubang Pasu, Perlis dan Setul-Lingu

Anda mungkin juga menyukai