Anda di halaman 1dari 164

UNSUR BUDAYA DALAM

KOLEKSI TERJEMAHAN CERITA JENAKA


BAHASA MELAYU BAHASA JERMAN
SATU ANALISIS

KHAIRUNISAH BT SAYED IBRAHIM

FAKULTI BAHASA DAN LINGUISTIK


UNIVERSITI MALAYA
KUALA LUMPUR

FEBRUARI 2008
UNSUR BUDAYA DALAM
KOLEKSI TERJEMAHANCERITA JENAKA
BAHASA MELAYU BAHASA JERMAN
SATU ANALISIS

KHAIRUNISAH BT SAYED IBRAHIM

DISERTASI INI DISERAHKAN UNTUK MEMENUHI


KEPERLUAN BAGI
IJAZAH SARJANA PENGAJIAN BAHASA MODEN

FAKULTI BAHASA DAN LINGUISTIK


UNIVERSITI MALAYA
KUALA LUMPUR

FEBRUARI 2008

ii
UNIVERSITI MALAYA

PERAKUAN KEASLIAN PENULISAN

Nama: KHAIRUNISAH BT. SAYED IBRAHIM


(No.K.P/Pasport: 631005076348)
No. Pendaftaran/Matrik: TGA 020035

Nama Ijazah: SARJANA PENGAJIAN BAHASA MODEN


Tajuk Kertas Projek/Laporan Penyelidikan/Disertasi/Tesis ("Hasil Kerja ini"):

UNSUR BUDAYA DALAM KOLEKSI TERJEMAHAN CERITA JENAKA BAHASA MELAYU-


BAHASA JERMAN : SATU ANALISIS

TERJEMAHAN
Bidang Penyelidikan:
Saya dengan sesungguhnya dan sebenarnya mengaku bahawa:

(1) Saya adalah satu-satunya pengarang/penulis Hasil Kerja ini;


(2) Hasil Kerja ini adalah asli;
(3) Apa-apa penggunaan mana-mana hasil kerja yang mengandungi hakcipta telah
dilakukan secara urusan yang wajar dan bagi maksud yang dibenarkan dan apa-apa petikan,
ekstrak, rujukan atau pengeluaran semula daripada atau kepada mana-mana hasil kerja
yang mengandungi hakcipta telah dinyatakan dengan sejelasnya dan secukupnya dan satu
pengiktirafan tajuk hasil kerja tersebut dan pengarang/penulisnya telah dilakukan di dalam
Hasil Kerja ini;
(4) Saya tidak mempunyai apa-apa pengetahuan sebenar atau patut semunasabahnya tahu
bahawa penghasilan Hasil Kerja ini melanggar suatu hakcipta hasil kerja yang lain;
(5) Saya dengan ini rnenyerahkan kesemua dan tiap-tiap hak yang terkandung di dalam hakcipta
Hasil Kerja ini kepada Universiti Malaya ("UM") yang seterusnya mula dari sekarang adalah
tuan punya kepada hakcipta di dalam Hasil. Kerja ini dan apa-apa pengeluaran semula atau
penggunaan dalam apa jua bentuk atau dengan apa juga cara sekalipun adalah dilarang
tanpa terlebih dahulu mendapat kebenaran bertulis dari UM;
(6) Saya sedar sepenuhnya sekiranya dalam masa penghasilan Hasil Kerja ini saya telah
melanggar suatu hakcipta hasil kerja yang lain sama ada dengan niat atau sebaliknya, saya
boleh dikenakan tindakan undang-undang atau apa-apa tindakan lain sebagaimana yang
diputuskan oleh UM.

Tandatangan Calon Tarikh : 30 JANUARI 2008

Diperbuat dan sesungguhnya diakui di hadapan,

Tandatangan Saksi Tarikh : 30 JANUARI 2008

Nama : SAKINA SAHURI BINTI SUFFIAN SAHURI


Jawatan : PENSYARAH / PENYELIA

iii
ABSTRAK

Penghasilan teks terjemahan berkualiti yang mampu mewujudkan kesan seperti teks

sumber adalah isu yang sangat penting di dalam bidang penterjemahan. Atas kesedaran

ini, kajian terhadap terjemahan sastera rakyat Melayu dari genre cerita jenaka ke dalam

bahasa Jerman dilakukan. Bahasa Melayu dan bahasa Jerman yang merupakan dua

bahasa berbeza dari rumpun keluarga bahasa yang berlainan telah menyumbang kepada

perbezaan budaya akibat dari pandangan dunia yang berlainan. Justeru itu, fokus kajian

ini adalah terhadap teknik pengalihan budaya yang digunakan dalam menghasilkan

teks-teks terjemahan ini. Penyelidikan ini adalah berdasarkan kepada penelitian

terhadap cerita rakyat Melayu iaitu Lebai Malang dan Pak Belalang yang diterjemahkan

sebagai DerUnglcks-Geistliche dan Vater Heuschreck. Penelitian dan perbincangan

menggupas peratus kejayaan pendekatan pengalihan budaya yang digunakan oleh

penterjemah. Ia juga akan menggariskan panduan yang boleh dipertimbangkan ketika

melakukan penterjemahan yang melibatkan dua bahasa yang berbeza bagi

menghasilkan teks terjemahan yang baik.

iv
iii
ABSTRACT

Producing translated texts of quality which can successfully deliver the message as

intended by the source text is crucial in the field of translation. With this in mind, a

research on Malay folk tales translated into German from the genre of satire was carried

out. German and Malay being two different languages from different language families

contribute towards cultural differences due to differing world views. Thus, the focus of

this research is on the cultural translation method used in translating these texts. This

study is based on a comparison of the Malay satire Lebai Malang and Pak Belalang

which are translated as DerUnglcks-Geistliche and Vater Heuschreck. The

observations and discussions will focus on the percentage of success in the cultural

translation method used by the translator. It will also provide a guide that can be

considered by translators when translating two different languages in order to produce a

good translation.

v
iv
PENGHARGAAN

Bissmillah Arrahman Arrahim, bersyukur ke hadrat Allah s.w.t kerana dengan izin dan

limpah kurniaNYA penulis dapat menghabiskan kajian ilmiah ini. Sekalung

penghargaan dan setinggi-tinggi terima kasih kepada penyelia, iaitu Dr. Sakina Sahuri

Bt Suffian Sahuri kerana dengan bimbingan dan tunjuk ajar beliau penulis dapat

menghabiskan kajian ilmiah ini dengan jayanya. Kepada individu yang terlibat dalam

membantu penulis Dr. Zubaidah Ibrahim dan rakan-rakan, budi anda tetap terpahat

dalam ingatan. Kepada suami Azmi Abu Bakar dan anak Muhammad Fazriq, terima

kasih, pengertian dan sokongan yang berterusan telah membantu kejayaan ini. Tidak

lupa kepada kedua ibu bapa Sayed Ibrahim dan Latifah serta keluarga, doa kalian

menjadi pembakar semangat dalam mengenggam cita-cita ini.

-Terima Kasih-

vi
v
ISI KANDUNGAN

Halaman

ABSTRAK iii

ABSTRACT iv

PENGHARGAAN v

ISI KANDUNGAN vi

SENARAI RAJAH x

SENARAI JADUAL xi

BAB SATU

PENGENALAN

1.1 Pendahuluan 1

1.2 Pernyataan Masalah 4

1.3 Objektif Kajian 7

1.4 Kepentingan Kajian 8

1.5 Batasan Kajian 10

1.6 Definisi Konsep 13

1.6.1 Bahasa Melayu 13

1.6.2 Bahasa Jerman 16

1.6.3 Terjemahan 19

vii
vi
1.6.4 Sastera Rakyat 20

1.6.5 Cerita Jenaka 21

1.6.6 Budaya 23

1.6.7 Teks Sumber 23

1.6.8 Teks Sasaran 24

BAB DUA

PEMBACAAN BERKAITAN

2.0 Pendahuluan 25

2.1 Terjemahan 27

2.1.1 Syarat Penterjemahan 29

2.1.2 Jenis Terjemahan 31

2.1.3 Proses Penterjemahan 33

2.2 Budaya dan Kebudayaan 34

2.2.1 Definisi 34

2.2.2 Sifat Kebudayaan 36

2.2.3 Fungsi Kebudayaan 37

2.3 Budaya dan Penterjemahan 37

2.4 Pandangan Dunia 42

2.5 Genre 44

2.6 Dapatan Kajian Lepas Yang Berkaitan 47

vii
BAB TIGA

METODOLOGI KAJIAN

3.0 Pendahuluan 49

3.1 Persampelan Data 50

3.2 Analisis Data 52

3.3 Prosedur Kajian 53

3.4 Kesimpulan 57

BAB EMPAT

ANALISIS DAN PENEMUAN

4.0 Pendahuluan 58

4.1 Analisis Kaedah Menterjemahkan Unsur Budaya 59

4.1.1 Unsur Budaya Dikekalkan 59

4.1.2 Unsur Budaya Dihilangkan 64

4.1.3 Unsur Budaya Disesuaikan Semula 76

4.1.4 Lain-Lain 85

4.2 Jumlah dan Peratus Penggunaan Teknik Terjemahan Budaya 87

BAB LIMA

PERBINCANGAN DAPATAN DAN PENUTUP

5.0 Pendahuluan 90

5.1 Perbincangan Dapatan 91

5.1.1 Adakah pengalihan ciri-ciri budaya dari teks

sumber ke teks sasaran berjaya dilakukan ? 91

viii
5.1.2 Adakah pengalihan budaya merupakan

masalah dalam penterjemahan yang

dilakukan? 97

5.1.3 Apakah fungsi atau kesan teks terjemahan

sama seperti fungsi sebenar Cerita Jenaka

Melayu ? 101

5.1.4 Dapatkah satu panduan diperoleh untuk

membantu mereka yang ingin berkecimpung

dalam bidang penterjemahan teks seperti ini ? 102

5.2 Penutup 107

BIBLIOGRAFI 109

LAMPIRAN

Lampiran 1 113

Lampiran 2 114

Lampiran 3 115

Lampiran 4 117

Lampiran 5 121

Lampiran 6 126

Lampiran 7 144

ix
SENARAI RAJAH

Halaman

1. Rajah 1.1 : Rumpun bahasa Austris 14

2. Rajah 1.2 : Bahasa-bahasa Austronesia 15

3. Rajah 1.3 : Carta pohon bahasa Proto-Indo-Eropah 18

4. Carta 3.1 : Carta aliran prosedur kajian 57

5. Graf 4.1 : Peratus Penggunaan Teknik Terjemahan

Unsur Budaya 89

x
SENARAI JADUAL

Halaman

1. Jadual 3.1 : Contoh jadual analisis 52

2. Jadual 4.1 : Analisis 1 60

3. Jadual 4.2 : Analisis 2 62

4. Jadual 4.3 : Analisis 3 62

5. Jadual 4.4 : Analisis 4 63

6. Jadual 4.5 : Analisis 5 65

7. Jadual 4.6 : Analisis 6 66

8. Jadual 4.7 : Analisis 7 68

9. Jadual 4.8 : Analisis 8 70

10. Jadual 4.9 : Analisis 9 71

11. Jadual 4.10 : Analisis 10 72

12. Jadual 4.11 : Analisis 11 73

13. Jadual 4.12 : Analisis 12 73

14. Jadual 4.13 : Analisis 13 74

15. Jadual 4.14 : Analisis 14 75

16. Jadual 4.15 : Analisis 15 76

17. Jadual 4.16 : Analisis 16 77

18. Jadual 4.17 : Analisis 17 78

19. Jadual 4.18 : Analisis 18 79

20. Jadual 4.19 : Analisis 19 81

21. Jadual 4.20 : Analisis 20 82


xi
22. Jadual 4.21 : Analisis 21 82

23. Jadual 4.22 : Analisis 22 84

24. Jadual 4.23 : Analisis 23 85

25.Jadual 4.24 : Analisis 24 86

26. Jadual 4.25 : Analisis 25 87

27. Jadual 4.26 : Analisis keseluruhan 88

28. Jadual 5.1 : Penyesuaian semula unsur budaya (LM) 92

29. Jadual 5.2 : Unsur yang dikekalkan (PB) 93

30. Jadual 5.3 : Penyesuaian semula unsur budaya (PB) 94

31. Jadual 5.4 : Rumusan keseluruhan 95

xii
BAB SATU

PENGENALAN

1.1 Pendahuluan

Penduduk di atas muka bumi ini bertutur dan menggunakan pelbagai jenis

bahasa di dalam kehidupan seharian mereka. Bahasa merupakan kunci ilmu, dan bahasa

juga membuka ruang untuk memulakan interaksi sosial di antara satu sama lain. Selain

daripada itu bahasa juga berperanan sebagai alat komunikasi oleh manusia untuk

pelbagai tujuan.

Penterjemahan merupakan operasi yang dilakukan pada bahasa, iaitu satu proses

menggantikan teks dalam satu bahasa kepada satu teks dalam bahasa lain (Catford,

1996:1), dari itu terjemahan adalah juga satu cara manusia berkomunikasi. Maka para

penterjemah juga berperanan sebagai pembuka ruang lingkup pergaulan ke peringkat

global serta berperanan dalam menyampaikan ilmu. Bidang penterjemahan menjadi

lebih penting dalam dunia moden yang mengalami ledakan maklumat pada masa kini.

Bidang terjemahan kini tidak lagi hanya menjadi perhatian ahli linguistik dan

para penterjemah yang memberi tumpuan kepada teks agama, sastera, sains dan

falsafah. Sebaliknya perkara-perkara yang diterjemahkan kini telah meliputi

keseluruhan khazanah pengetahuan manusia, dengan penekanan khusus pada

pembaharuan-pembaharuan teknologi yang terpenting dalam hubungan politik dan

komersil antara satu negara dengan negara lain, serta juga bidang sastera kreatif.
1
Justeru, secara tidak disedari ianya telah melibatkan pakar dalam pelbagai bidang

menceburkan diri dalam bidang penterjemahan.

Perbincangan tentang perterjemahan bermula berkurun-kurun lamanya dengan

bermulanya penterjemahan kitab Injil dalam zaman penyebaran agama Kristian di

Eropah, diikuti dengan penterjemahan Al-Quran semasa zaman penyebaran dan

kegemilangan Islam. Penterjemahan pada masa dahulu tertumpu kepada kitab-kitab atau

bahan bacaan umum yang diperlukan dalam penyebaran agama, penaklukan dan

penjajahan kawasan-kawasan baru. Penterjemahan kini terus berkembang dan tumpuan

telah berubah meliputi pelbagai isu seperti terjemahan sebagai satu seni atau satu sains,

kesetiaan kepada penulis, teks atau pembaca, jenis-jenis terjemahan dan kaedah yang

berkesan.

Sejak kemunculan linguistik moden maka muncul pendapat-pendapat seperti

Catford (1965:20), yang mentakrifkan terjemahan sebagai : The replacement of

textual material in one language (SL) by equivalent textual material in another language

(TL). Apa yang dimaksudkan dengan SL dalam petikkan ini adalah Source

Language iaitu bahasa sumber. Manakala TL pula adalah Target Language yang

bermaksud bahasa sasaran. Manakala Nida (1974) pula menyatakan : Translating

consists in reproducing in the receptor language the closest natural equivalent of the

source language message, first in terms of meaning and secondly, in terms of style. Era

ini telah mendorong kepada kemunculan dua aliran dalam bidang penterjemahan, iaitu

terjemahan semantik (makna) dan terjemahan komunikatif (dinamis).

2
Terjemahan semantik (makna) pada asasnya adalah terjemahan yang

menghuraikan makna konteks setepat-tepatnya seperti yang terdapat di dalam teks asal

atau bahasa sumber setakat yang dibenarkan oleh struktur semantik dan sintaksis bahasa

sasaran. Manakala terjemahan komunikatif (dinamis) adalah bertujuan untuk

menghasilkan pada pembaca teks sasaran kesan yang sehampir mungkin seperti yang

diperoleh oleh pembaca teks asal (Newmark, 1981).

Salah satu isu lain yang dipentingkan ialah bagaimana sesuatu teks sumber

dipindahkan atau diterjemahkan kepada teks sasaran mengikut proses dan kaedah

tertentu. Oleh itu banyak sistem penggolongan kaedah terjemahan diperkenalkan dalam

usaha memahami konsep penterjemahan (Nida, 1964). Walaupun terdapat banyak

kaedah terjemahan yang diutarakan, namun faktor-faktor seperti jenis teks, latar

belakang penterjemah, pembaca sasaran serta laras bahasa turut mempengaruhi

pemilihan kaedah terjemahan yang digunakan, samada secara disedari atau pun tidak

oleh penterjemah.

Mengikut Asmah Hj. Omar dalam Mohd. Taib Osman (1985), language is

an index to culture. This means that language reflects the culture of its speakers the

way of life they lead as well their physical and social enviroment. Justeru,

terjemahan bukan sekadar mengalihkan bahasa tetapi juga menyampaikan maklumat-

maklumat kebudayaan yang terkandung dalam teks asal. Oleh itu seandainya sesuatu

teks yang diterjemah itu terpisah daripada konteks masyarakatnya maka sukar untuk

menghasilkan proses komunikasi yang berkesan. Isu atau aspek kebudayaan inilah yang

menjadi fokus perbincangan pengkaji dalam meneliti koleksi terjemahan cerita jenaka

3
dalam buku Matahari oleh Albert Hoffmann, Albert Lehmenkhler, Bert Nentwich,

Dagmar Hahn dan Zaini Zahari.

1.2 Pernyataan Masalah

Penterjemahan selalunya didefinisikan dengan merujuk kepada makna yang

sama dengan teks asal. Larson (1984), mendefinisikan penterjemahan sebagai

transferring the meaning of the source language into the receptor language. Ini jelas

menunjukkan bahawa makna menjadi ukuran kepada hasil kerja terjemahan.

Penghasilan teks terjemahan yang berkualiti serta mewujudkan kesan yang

sehampir mungkin seperti teks sumber adalah menjadi ukuran. Maka apakah alat atau

bahan ilmu serta kemahiran yang perlu digunakan atau dikenalpasti oleh seseorang

penterjemah dalam usaha melakukan penterjemahan yang melibatkan perkara-perkara

yang berlandaskan budaya teks sumber dalam menghasilkan kesan yang sama kepada

pembaca teks terjemahan. Terutamanya apabila melibatkan dua bahasa dari rumpun

yang berbeza, yang membawa kepada budaya atau gaya hidup yang berlainan. Inilah

yang menarik minat pengkaji untuk melihat bagaimana terjemahan antara dua bahasa

dari rumpun yang berlainan iaitu bahasa Melayu dan bahasa Jerman dilakukan.

Perbezaan bahasa menyebabkan kita wajib melakukan pelbagai penyesuaian

semula dalam terjemahan. Semakin banyak dan semakin luas perbezaan antara budaya

bahasa sumber dan budaya bahasa sasaran, semakin banyak perubahan yang mesti

dilakukan (Ainon Muhammad & Abdullah Hassan, 2005). Justeru, kemahiran dan

4
kepakaran yang tinggi adalah diperlukan dalam usaha menghasilkan teks terjemahan

yang berkualiti serta seiring dengan teks asal.

Isu ini juga menjadi pendorong kepada pengkaji untuk membuat penelitian

dengan penumpuan kepada aspek budaya dalam genre cerita jenaka. Cerita jenaka

merupakan salah satu bentuk sastera rakyat yang begitu bermakna dalam masyarakat

Melayu pada masa dahulu. Selain dari hiburan, ianya juga berfungsi sebagai sindiran

dengan berlatar belakangkan masyarakat Melayu tradisi. Adakah kedua-dua fungsi ini

dapat diambil alih oleh teks terjemahan? Adakah teks terjemahan masih boleh

memainkan peranan yang sama seperti teks sumber itu?

Tidak dapat dinafikan bahawa perkara-perkara seperti laras bahasa, teknik

pengolahan, cara penyampaian serta juga pemilihan perkataan merupakan aspek penting

dalam menghasilkan sesuatu teks terjemahan. Namun begitu dalam membicarakan

genre cerita jenaka ini, aspek kebudayaan pula adalah lebih penting dan menarik untuk

dikaji kerana ianya melibatkan penterjemahan dua bahasa dari rumpun yang berbeza

yang mengamalkan gaya hidup yang amat berlainan. Apatah lagi genre ini juga banyak

mengenengahkan unsur budaya sebagai teknik dalam penyampaian mesejnya.

Selain itu menurut Ainon Muhammad (1985), penterjemahan yang

menumpukan kepada bentuk-bentuk maklumat untuk mengekalkan ciri-ciri luaran

seperti bentuk stilistik, rima, rentak, mainan perkataan dan lain-lain lagi, boleh

menjurus kepada terjemahan yang mengelirukan dan menimbulkan salah faham. Dari

itu kerja-kerja terjemahan juga harus memberi tumpuan kepada isi kandungan teks

5
sumber. Ini menunjukkkan pentingnya kita memberi fokus kepada aspek budaya yang

berperanan dalam menyumbang kepada penyampaian mesej teks sumber.

Kesedaran terhadap aspek budaya ini juga amat penting kerana tidak semua

penterjemah peka terhadap permasalahan ini, lebih-lebih lagi apabila melibatkan

penterjemah yang tidak mahir dalam bidang ini. Contoh yang begitu jelas dapat dilihat

dalam Lampiran 2 (m.s 114) yang merupakan terjemahan surat di Lampiran 1

(m.s 113), iaitu surat jemputan menerusi e-mail ke Bengkel Penterjemahan Cerita-cerita

Pendek Malaysia ke bahasa Jerman. Tawaran ini terbuka kepada sesiapa sahaja (guru

dan pensyarah) yang berminat, dengan syarat individu tersebut boleh berbahasa Jerman

dan Melayu.

Di sini jelas menampakkan bengkel penterjemahan ini hanya bergantung kepada

minat dan kebolehan berbahasa sahaja tanpa menitik beratkan soal kemahiran dan

pengetahuan terjemahan. Persoalan yang timbul adakah aspek budaya ini turut diberi

perhatian dalam menghasilkan teks sasaran yang berkualiti, jika penterjemah sendiri

tidak sedar akan kepentingan dan peranan unsur budaya yang terdapat dalam sesebuah

teks. Ini seterusnya menjurus kepada penghasilan teks terjemahan yang tidak tepat

apatah lagi terjemahan yang melibatkan aspek budaya akibat daripada tiada kemahiran

mahu pun pengetahuan serta pengalaman.

6
1.3 Objektif Kajian

Kajian ini dijalankan bagi mendapat jawapan terhadap persoalan-persoalan

berikut :

a. Adakah pengalihan ciri-ciri budaya dari teks sumber ke teks sasaran berjaya

dilakukan ?

b. Adakah pengalihan budaya merupakan masalah dalam penterjemahan yang

dilakukan ?

c. Apakah fungsi atau kesan teks terjemahan sama seperti fungsi sebenar Cerita Jenaka

Melayu ?

d. Dapatkah satu panduan diperoleh untuk membantu mereka yang ingin

berkecimpung dalam bidang penterjemahan teks seperti ini ?

Kajian terhadap persoalan-persoalan di atas adalah berlandaskan kepada teks

cerita jenaka Melayu yang bertajuk Lebai Malang (sila lihat Lampiran 4, m.s 117) yang

telah diterjemahkan ke dalam bahasa Jerman Der Unglcks-Geistliche (sila lihat

Lampiran 3, m.s 115 ) dan Pak Belalang (sila lihat Lampiran 6, m.s 126 ) diterjemahkan

sebagai Vater Heuschreck (sila lihat Lampiran 5, m.s 121) di dalam buku Matahari,

iaitu koleksi teks terjemahan sastera Melayu oleh Albert Hoffmann, Albert

Lehmenkhler, Bert Nentwich, Dagmar Hahn dan Zaini Zahari yang diterbitkan pada

1996.

7
1.4 Kepentingan Kajian

Kajian terperinci akan dilakukan ke atas teks terjemahan sastera rakyat Melayu

dari genre cerita jenaka yang terdapat dalam buku Matahari, oleh Albert Hoffman,

Albert Lehmenkhler, Bert Nentwich, Dagmar Hahn dan Zaini Zahari. Teks terjemahan

yang menjadi bahan kajian ialah Der Unglcks-Geistliche (Lebai Malang) dan Vater

Heuschreck (Pak Belalang). Walau pun kajian ini tertumpu kepada dua buah teks ini

sahaja, namun diharapkan dapat menyumbangkan maklumat terhadap penterjemahan

yang melibatkan dua bahasa dari rumpun yang berlainan. Seterusnya ia boleh

menyumbang maklumat dalam perkembangan bahasa Melayu dan bahasa Jerman secara

umumnya dan khususnya terhadap kerja-kerja penterjemahan yang melibatkan bahasa

Melayu dan bahasa Jerman. Ini adalah kerana :

a. penterjemahan bidang sastera samada dari bahasa Melayu ke bahasa Jerman

mahu pun bahasa Jerman ke bahasa Melayu kini semakin diminati. Semakin

banyak teks seperti cerpen dan puisi diterjemahkan. Pada tahun 1996 buku

Matahari yang menjadi sumber kajian ini diterbitkan. Pada tahun 2004 sebuah

antologi puisi Jerman-Melayu yang pertama iaitu Impian dalam Biru Muda

(Trumerei in Hellblau) telah diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka.

Antologi puisi ini yang mengandungi sajak dari abad kedua belas hingga kedua

puluh, hasil lapan puluh tujuh orang penyair. Sejak tahun 2006, kerja-kerja

penterjemahan cerita-cerita pendek bahasa Melayu ke bahasa Jerman semakin

giat dilakukan, sebagai contoh sila lihat Lampiran 2, m.s 114 dan terjemahannya

Lampiran 1, m.s 113, di mana surat ini membuktikan kepada kita kegiatan

terjemahan terus dilakukan. Selain itu juga penterjemahan teks sastera dari dua

rumpun bahasa yang berlainan pada masa kini turut meningkat.


8
b. penggunaan bahasa Jerman yang semakin meningkat di Malaysia, samada di

institusi pengajian tinggi mahu pun di sekolah-sekolah. Pada tahun 1995 bahasa

Jerman mula diperkenalkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia di sepuluh

buah Sekolah Berasrama Penuh dan pada tahun 2004 ianya telah meningkat

kepada 12 buah sekolah. Pada tahun 2005 usaha memperkenalkan mata

pelajaran bahasa Jerman telah diperluaskan ke tiga buah sekolah harian.

Kesinambungan kepada usaha ini, bahasa Jerman turut diperkenalkan di pusat-

pusat pengajian tinggi awam mahu pun swasta, contohnya di Universiti Malaya,

Universiti Pertanian, Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Sains

Malaysia, Universiti Multimedia, German-Malaysia Institute dan lain-lain.

c. kajian ini boleh memberi maklumat kepada pengkaji bidang terjemahan tentang

wujudnya kaitan antara unsur budaya dengan kaedah terjemahan, laras bahasa,

teknik penyampaian dan genre sesuatu teks yang perlu diberi perhatian dalam

menghasilkan teks terjemahan dan implikasi budaya adalah sangat penting

dalam menghasilkan terjemahan yang berkesan (Newmark, 1981).

d. terjemahan yang melibatkan dua rumpun bahasa yang berbeza sudah tentu

melibatkan corak budaya yang berlainan. Sesuatu perkara, terutamanya yang

melibatkan budaya akan ditafsir dengan cara yang amat berlainan kerana

perbezaan pandangan dunia (Ainon Mohd dan Adullah Hassan, 2005).

e. kepakaran dan komitmen merupakan faktor penting dalam bidang

penterjemahan. Kajian ini diharapkan akan dapat membantu sesiapa sahaja yang

melibatkan diri dalam penterjemahan yang melibatkan dua bahasa dari rumpun
9
yang berbeza seperti bahasa Melayu dan bahasa Jerman. Penterjemahan sebegini

merupakan suatu usaha serius dan tidak boleh di pandang ringan. Komitmen

yang tinggi amatlah diperlukan begitu juga dengan kemahiran dari segi bahasa

dan juga ilmu terjemahan serta memahami kebudayaan kedua-dua bahasa.

f. boleh memperkenalkan kebudayaan melalui sastera yang merupakan salah satu

jalan untuk mengembangkan saling pengertian antara bangsa dalam usaha

menuju dunia yang damai dan berbudaya (Berthold Damshuser dan Muhamad

Haji Salleh, 2004).

1.5 Batasan Kajian

Kajian adalah dilakukan terhadap buku Matahari yang merupakan koleksi teks

terjemahan sastera Melayu oleh Albert Hoffman, Albert Lehmenkhler, Bert Nentwich,

Dagmar Hahn dan Zaini Zahari yang mengandungi lima belas genre secara

keseluruhannya. Di antaranya adalah puisi, cerita binatang, cerita teladan, penglipurlara,

cerita jenaka dan lain-lain.

Namun demikian fokus kajian adalah kepada genre cerita jenaka. Ini adalah

kerana genre ini didapati banyak memaparkan budaya masyarakat setempat atau bahasa

sumber. Selain itu, ianya turut mendukung mesej tertentu, samada secara tersurat mahu

pun tersirat. Contohnya ia bukan saja berperanan sebagai hiburan malah turut memberi

panduan dan teladan serta sindiran kepada golongan tertentu dan juga masyarakat

setempat.

10
Fokus kajian hanyalah kepada dua buah teks dari genre cerita jenaka sahaja,

iaitu Der Unglcks-Geistliche dalam bahasa Jerman (sila lihat Lampiran 3, m.s 115),

teks sumbernya adalah Lebai Malang (sila lihat Lampiran 4, m.s 117) dan teks sasaran

kedua ialah Vater Heuschreck (sila lihat Lampiran 5, m.s 121), teks sumber dalam

bahasa Melayu ialah Pak Belalang (sila lihat Lampiran 6, m.s 126).

Pemilihan ini dibuat kerana pengkaji mendapati kedua-dua teks ini banyak

memaparkan unsur-unsur budaya tentang gaya dan corak hidup serta berlatar

belakangkan masyarakat Melayu tradisi. Contohnya dalam cerita Lebai Malang (Der

Unglcks-Geistliche) dipaparkan tentang kepercayaan agama dan kaitannya dengan

corak hidup masyarakat. Manakala cerita Pak Belalang (Vater Heuschreck)

mengisahkan tentang taat setia rakyat kepada sultan, seterusnya gambaran tentang

perbezaan hidup antara dua golongan. Unsur budaya yang terdapat dalam kedua-dua

teks ini amat bertepatan dengan fokus kajian. Dari itu terjemahan budaya yang dikaji

hanyalah berdasarkan kedua-dua teks ini.

Kedua-dua teks sumber yang digunakan sebagai rujukan dalam kerja-kerja

kajian ini adalah diperolehi dari laman web. Teks sumber Lebai Malang (sila lihat

Lampiran 4, m.s 117) yang mirip kepada teks sasaran telah diperolehi dari laman web

http://www.ashtech.com.my/cerita rakyat/lebai_malang.html. Manakala teks sumber

Pak Belalang pula diambil dari http://www.Ashtech.com.my/cerita-rakyat/pak-

belalang.html. (sila lihat Lampiran 6, m.s 126). Namun demikian sebahagian daripada

teks ini akan diabaikan oleh pengkaji kerana terdapat bahagian teks tersebut yang

dilenyapkan penterjemah. Pengabaian ini dilakukan kerana plot cerita bukanlah

tumpuan kajian sebaliknya unsur budaya yang menjadi fokus pengkaji.


11
Kedua-dua buah cerita ini, berkisar pada watak jenaka atau lucu yang boleh

menimbulkan salah faham dan mendatangkan kesusahan kepada watak. Kadang kala

pula watak dilihat mempunyai kecerdasan yang luar biasa dan dapat membantunya

dalam kesusahan. Ini adalah kerana tujuan cerita jenaka sebagai sastera rakyat pada

masa dahulu ialah untuk memberi kesedaran, pengajaran dan juga hiburan.

Kisah Lebai Malang (Der Unglcks-Geistliche) ini berkisar tentang seorang

Lebai Malang yang tidak dapat membuat keputusan yang tepat apabila mendapat tiga

jemputan iaitu kenduri arwah, Maulud dan khatam Quran. Lebai Malang terlepas

kedua-dua jemputan dan hanya mendapat lempeng pada kenduri khatam Quran. Namun

demikian nasibnya sungguh malang kerana lempengnya dilarikan anjing dan dia balik

tanpa seurat benang pun kerana pakaiannya dicuri orang.

Manakala cerita Pak Belalang (Vater Heuschreck) adalah watak seorang lelaki

yang menjadi nujum negara tanpa sebarang ilmu. Kisahnya bermula dengan cara

berbohong menujumkan kerbau petani yang hilang yang telah disembunyikannya bagi

mendapat rezeki. Seterusnya kejayaan diperolehinya menggunakan kepintaran dengan

hanya menilik beberapa perkara secara kebetulan sahaja.

Selain unsur budaya, rasional pengkaji memilih genre cerita jenaka Lebai

Malang (Der Unglcks-Geistliche) dan Pak Belalang (Vater Heuschreck) dari koleksi

buku ini adalah kerana genre ini merupakan salah satu bentuk sastera yang terkenal dan

terdapat di dalam hampir semua bahasa di dunia ini. Contohnya di Belanda watak

jenaka dikenali sebagai Owlglass. Manakala dalam sastera Arab-Turki dikenali sebagai

Jaha atau Khoja Nasreddin dan dalam sastera Jawa seperti Pak Banjin dan Joko Bodo.
12
Dari itu ianya secara tidak langsung dapat memberi input kepada penterjemah yang

terlibat dalam bidang ini. Selain itu ianya turut memaparkan corak kehidupan

masyarakat Melayu tradisi.

1.6 Definisi Konsep

Beberapa konsep utama seperti bahasa Melayu, bahasa Jerman, sastera rakyat,

cerita jenaka, budaya, teks sumber, teks sasaran dan terjemahan akan digunapakai

dalam kajian ini. Bagi memudahkan perbincangan dan mengelakkan kekeliruan yang

timbul, maka konsep-konsep utama ini akan diperjelaskan.

1.6.1 Bahasa Melayu

Bahasa Melayu merupakan bahasa kebangsaan di empat buah negara Asia

Tenggara. Negara-negara tersebut ialah Indonesia yang dikenali sebagai Bahasa

Indonesia, Malaysia sebagai Bahasa Malaysia dan di Singapura serta Brunei ianya

dipanggil sebagai Bahasa Melayu. Bahasa Melayu adalah bahasa ibunda orang Melayu.

Perkara 152 Perlembagaan Malaysia telah memperuntukkan bahawa bahasa Melayu

adalah bahasa kebangsaan dan digunakan dalam semua urusan rasmi. Bahasa Melayu

merupakan bahasa ibunda orang Melayu yang tinggal di Nusantara (Nik Safiah Karim,

1988:21).

Bangsa Melayu berasal daripada cabang Austronesia, iaitu kelompok manusia

yang berasal dari daerah Yunan di China yang kemudiannya berhijrah dalam bentuk

beberapa gelombang pergerakan manusia dan akhirnya menduduki wilayah Asia


13
Tenggara. Gelombang pertama dikenali sebagai Melayu-Proto dan berlaku kira-kira

2500 tahun SM (http://ms.wikipedia.org/wiki/Bahasa_Melayu). Kira-kira 1500 tahun

SM, dipercayai datang pula gelombang kedua yang dikenali sebagai Melayu-Deutro.

Mereka mendiami daerah-daerah yang subur di pinggir pantai dan tanah lembah Asia

Tenggara. Kehadiran mereka ini dikatakan menyebabkan orang-orang Melayu-Proto

seperti orang-orang Jakun, Mah Meri, Jahut, Temuan, Biduanda dan beberapa

kelompok kecil yang lain berpindah ke kawasan pendalaman. Justeru, Melayu-Deutro

ini merupakan masyarakat Melayu yang ada pada masa kini.

Bahasa Melayu berasal daripada rumpun bahasa Austronesia, manakala bahasa-

bahasa Austronesia ini berasal daripada keluarga bahasa Austris. Selain daripada itu,

rumpun bahasa Austro-Asia dan rumpun bahasa Tibet-Cina juga berasal dari rumpun

bahasa Austris (http://ms.wikipedia.org/wiki/Bahasa_Melayu).

BAHASA BAHASA
AUSTRIS

BAHASA-BAHASA BAHASA-BAHASA BAHASA-BAHASA


AUSTRO-ASIA TIBET-CINA AUSTRONESIA

Rajah 1.1: Rumpun bahasa Austris (http://faculty.unitarklj1.edu.my)

Rumpun bahasa Austronesia terbahagi kepada empat kelompok yang lebih kecil:

1. Bahasa-bahasa Kepulauan Melayu atau Bahasa Nusantara.

Contoh : bahasa Melayu, Aceh, Jawa, Sunda, Dayak, Tagalog, Solo, Roto, Sika dan

lain-lain.
14
2. Bahasa-bahasa Polinesia

Contoh : bahasa Hawaii, Tonga, Maori, Haiti

3. Bahasa-bahasa Melanesia

Contoh : bahasa-bahasa di Kepulauan Fiji, Irian and Kepulaun Caledonia

4. Bahasa-bahasa Mikronesia

Contoh : bahasa-bahasa di Kepulauan Marianna, Marshall, Carolina dan Gilbert.

(http://www.tutor.com.my/tutor/stpm/asal usul_bahasa/ asal_usul_bahasa_melayu.

htm).

Bahasa-Bahasa Austronesia

Bahasa-Bahasa Bahasa-bahasa Bahasa-Bahasa Bahasa-Bahasa


Nusantara Polinesia Melanesia Mikronesia

Rajah 1.2: Bahasa-bahasa Austronesia (http://faculty.unitarklj1.edu.my)

Bahasa Melayu tergolong di dalam cabang Bahasa-bahasa Nusantara yang

mempunyai bahasa yang paling banyak, iaitu kira-kira 200 hingga 300 bahasa. Bentuk

bahasa Melayu yang dituturkan di Kepulauan Melayu pada zaman dahulu dikenali

sebagai bahasa Melayu kuno dan jauh berbeza dengan bahasa Melayu moden. Bentuk

bahasa Melayu kuno hanya dapat dilihat melalui kesan tinggalan sejarah seperti batu-

batu bersurat. Batu-batu bersurat yang menggunakan bahasa Melayu dipercayai ditulis

bermula pada akhir abad ke-7. Sebanyak empat batu bersurat telah dijumpai yang

mempunyai tarikh tersebut :

15
1. Batu Bersurat Kedukan Bukit (683 M) - Palembang

2. Batu Bersurat Talang Tuwo (684 M) - Palembang

3. Batu Bersurat Kota Kapor (686 M) - Pulau Bangka, Palembang

4. Batu Bersurat Karang Brahi (686 M) - Palembang

(http://www.tutor.com.my/tutor/stpm/asal_usul_bahasa/asal_usul_bahasa_

melayu. htm)

Istilah Melayu timbul buat pertama kali dalam tulisan Cina pada tahun 644

dan 645 M. Tulisan ini menyebut mengenai orang Mo-Lo-Yue yang mengirimkan

utusan ke Negeri China untuk mempersembahkan hasil-hasil bumi kepada Raja China.

Letaknya kerajaan Mo-Lo-Yue ini tidak dapat dipastikan dengan jelas. Ada yang

mencatatkannya sebagai Semenanjung Tanah Melayu dan Jambi, Sumatera. Bahasa

Melayu yang dikaji ialah bahasa Melayu yang digunakan oleh masyarakat Melayu

tradisi yang tergolong di dalam bahasa-bahasa Kepulauan Melayu atau dikenali juga

sebagai Bahasa Nusantara.

1.6.2 Bahasa Jerman

Bahasa Jerman, bersama-sama bahasa Inggeris, Belanda dan Frisia merupakan

daripada kumpulan anggota bahasa Jermanik Barat dalam cabang bahasa Jermanik

Indo-Eropah. Kini bahasa Jerman dituturkan oleh lebih 94 juta penutur di Eropah dan

mempunyai status bahasa kebangsaan rasmi (samada tersendiri atau bersama bahasa-

bahasa lain) di Jerman, Switzerland, Austria, Luxemburg, Liechtenstein dan Namibia

(Comrie, 1998).

16
Bersempadankan kawasan bahasa Jerman, terdapat ramai kaum minoriti yang

bertutur dalam bahasa Jerman di negara-negara Belgium, Rusia, Rumania, Hungary,

Republik Czech, Poland dan Yugoslavia. Di luar Eropah, bahasa Jerman merupakan

bahasa minoriti di beberapa tempat seperti Amerika Syarikat, Kanada, Brazil,

Argentina, Australia, Afrika Selatan, Chile dan Mexico.

Terdapat banyak persamaan di antara bahasa Jerman dan bahasa Inggeris.

Hubungan atau perkaitan perbendaharaan kata paling banyak ditemui. Perhubungan ini

ujud kerana kedua-duanya berasal dari rumpun yang sama dari satu keluarga yang

besar iaitu Proto-Indo-Eropah. Persamaan-persamaan inilah yang menjadikan bahasa

Inggeris dan bahasa Jerman sebagai keluarga bahasa yang dipanggil Jermanik (Bach,

1971). Hubungan ini juga dikongsi oleh beberapa bahasa Eropah yang lain seperti

bahasa Denmark, Iceland, Norway, Sweden, Frisian, Flemish dan Belanda.

Apa yang lebih menarik lagi, dalam konteks yang lebih luas, pelajar yang

mempelajari bahasa Latin dikejutkan oleh kenyataan bahawa tatabahasa bahasa Jerman

lebih mirip kepada tatabahasa bahasa Latin berbanding tatabahasa bahasa Inggeris.

Bukan itu sahaja, perkaitan ini juga ujud dalam bahasa Greek, Sanskrit dan Rusia.

Dengan lain perkataan, adalah jelas bahawa bahasa Jerman mempunyai perkaitan bukan

sahaja dengan kumpulan bahasa yang dipanggil Jermanik malah lebih dari itu

(Comrie, 1998).

Bahasa Jerman juga mempunyai perkaitan dengan beberapa kumpulan bahasa

lain yang mempunyai asal usul yang sama serta mempunyai perhubungan genetik

seperti bahasa Albania, Armenia, Baltik, Celtik, Greek, Hittite, Indik, Iran, Italik,
17
Slavik dan Tocharia. Bahasa-bahasa ini adalah cabang dari bahasa Indo-Eropah. Berikut

ialah pohon bahasa Proto-Indo-Eropah, di mana ianya akan menunjukkan kepada kita

terdapat perhubungan genetik antara bahasa-bahasa tersebut dengan bahasa Jerman

(Waterman, John T, 1976).

BALTIK

SLAVIK PROTO-INDO-EROPAH

BALTO-SLAVIK

Section 1.01 JE
RMANIK
TOCHARIA
Section 1.02 J
erman
ARMENIA
ITALIK
Section 1.03
nggeris
ANATOLIA
Sepanyol

BRYTHONIC ALBANIA INDO-IRAN

GREEK
IRAN
CELTIK

GOIDELIK

Rajah 1.3. Carta pohon bahasa Proto-Indo-Eropah

(Cambridge Encyclopedia of Language, 1987)

Bahasa Jerman yang dikaji adalah merupakan bahasa dari keluarga Jermanik.

Iaitu bahasa Jerman yang dituturkan pada masa kini di negara Jerman.

18
1.6.3 Terjemahan

Eugene A. Nida (1964), mengatakan bahawa penterjemahan ialah penyalinan

semula ke dalam bahasa penerima maklumat daripada bahasa sumber dalam bentuk

persamaan yang terdekat dan sejadi, pertama dari segi makna dan kedua dari segi stail.

Definisi ini menerangkan bahawa pemindahan maklumat dari teks sumber ke teks

sasaran hendaklah dilakukan dengan sebaik mungkin. Pengalihan yang tidak dapat

diterjemah dengan tepat, perlulah menggunakan atau digantikan dengan mencari

persamaan paling dekat. Selain itu teks sasaran juga seharusnya tidak berbau

terjemahan, di mana teks sasaran tidak dipengaruhi oleh bahasa sumber.

Terdapat banyak definisi tentang terjemahan yang telah diutarakan. Di antaranya

ialah Ainon Mohd dan Abdullah Hassan (2005) yang menyatakan bahawa terjemahan

ialah satu aktiviti yang dibuat oleh manusia untuk berkomunikasi antara satu bahasa

dengan bahasa lain dan antara satu budaya dengan budaya lain.

Secara amnya dapatlah dikatakan bahawa penterjemahan ini adalah merupakan

pengalihan teks dari satu bahasa ke bahasa lain. Di mana teks bahasa sumber dialih ke

bahasa penerima dengan mengekalkan isi dan juga ciri-ciri luarannya, seperti gaya

bahasa yang digunakan oleh penulis asal. Harus diingat bahawa terjemahan bukanlah

sekadar itu, malah juga menyalin maklumat kebudayaan yang terdapat di dalam teks

asal, terutamanya apabila ianya melibatkan terjemahan teks sastera. Justeru itu, seorang

penterjemah haruslah mempunyai pengetahuan yang mendalam dalam bidang yang

diceburinya.

19
Terdapat juga beberapa jenis terjemahan seperti harfiah, saduran, dinamik,

interlinear dan budaya. Jenis-jenis terjemahan ini bergantung kepada tujuan sesuatu teks

itu diterjemahkan. Dalam konteks kajian ini, terjemahan merujuk kepada satu proses di

mana teks bahasa sumber iaitu bahasa Melayu dialihkan ke dalam bahasa sasaran iaitu

bahasa Jerman.

1.6.4 Sastera Rakyat

Sastera rakyat merupakan bentuk sastera kepunyaan masyarakat masa lampau

yang sederhana dan tradisional, yang masih kuat berpegang dan mengamalkan budaya

lama dan menjadi warisan kepada sesuatu masyarakat. Ianya adalah sebahagian

daripada kehidupan budaya bagi masyarakat lama. Salah satu sifat sastera rakyat yang

utama adalah terletak kepada cara penyampaiannya. Lazimnya sastera rakyat

disampaikan secara lisan dan tidak mementingkan tulisan. Ia disampaikan secara

individu kepada seorang individu yang lain atau sekumpulan individu yang lain dan

seterusnya dari satu generasi ke satu generasi.

Penyampaian secara lisan, menyebabkan sastera rakyat sering mengalami

perubahan kerana berlakunya tokok tambah ketika penyampaian. Faktor ini

menyebabkan kita sering menemui pelbagai variasi untuk sesuatu cerita itu. Pada

kebiasaannya sastera rakyat disampaikan oleh seorang tukang cerita yang berkemahiran

dikenali sebagai penglipurlara. Untuk membuat sesuatu cerita yang disampaikan itu

lebih menarik, penglipurlara akan menyampaikannya dengan pelbagai teknik yang

difikirkan sesuai dengan latar, masa dan masyarakat setempat, seperti bercerita,

bercerita dengan lagu dan bercerita berlagu dengan iringan alatan bunyi-bunyian.
20
Soal hak cipta tidak wujud dalam sastera rakyat, tiada siapa yang mengakui hak

kepunyaannya sendiri, sebaliknya ia adalah kepunyaan masyarakat. Sastera rakyat

seolah-olah berperanan sebagai sebaran am pada masa kini, di mana ianya bertujuan

untuk menghibur, memberi pengetahuan dan tauladan kepada pendengar pada masa

lampau.

Secara umumnya sastera rakyat boleh dikategorikan kepada dua kategori yang

besar, iaitu sastera rakyat yang berbentuk naratif dan bukan naratif. Sastera rakyat yang

berbentuk cerita atau pun naratif adalah seperti cerita jenaka, cerita asal usul, cerita

hantu, cerita penglipurlara, cerita mitos, cerita lagenda dan cerita tauladan. Golongan

sastera rakyat yang bukan berbentuk cerita atau bukan naratif adalah seperti peribahasa,

nyanyian rakyat, puisi rakyat seperti pantun, teka-teki, teromba adat pepatih,

perbilangan, seloka dan gurindam (Jihaty Abadi, 1979). Kajian ini adalah tertumpu

kepada sastera rakyat yang berbentuk naratif, iaitu cerita jenaka.

1.6.5 Cerita Jenaka

Cerita jenaka merupakan salah satu genre sastera rakyat yang berbentuk naratif.

Setiap bangsa di muka bumi ini mempunyai cerita-cerita jenaka dalam kesusasteraan

lisan mereka. Cerita-cerita tersebut dikenali dengan istilah seperti Merry Tales, Tall

Tales, Droll Talles dan lain-lain. Cerita-cerita jenaka yang terdapat di seluruh dunia

bukan sahaja mempunyai persamaan pada motif atau isi ceritanya, tetapi juga dalam

maksud dan bentuk cerita. Semua cerita jenaka ini mempunyai tujuan yang sama iaitu

sebagai hiburan, tauladan dan sindiran. Pada kebiasaannya cerita jenaka berkisar pada

seorang watak jenaka atau lucu.


21
Contoh cerita jenaka dalam sastera rakyat Melayu adalah seperti Lebai Malang,

Pak Pandir, Pak Belalang, Pak Kaduk dan Si Luncai. Watak ini kadang-kadang

tersangat bodoh dan tidak boleh memahami maksud orang lain hingga membawa

kepada salah faham dan mendatangkan kesusahan kepada watak tersebut. Adakalanya

watak yang jenaka itu, mempunyai kecerdasan yang luar biasa dan dapat menolongnya

dalam kesusahan. Cerita jenaka ini sebenarnya dapatlah digolongkan kepada tiga,

berdasarkan watak yang terdapat dalam sesuatu cerita :

i. Watak bodoh-sial

Cerita yang termasuk dalam golongan ini adalah Lebai Malang dan Pak Kaduk.

ii. Watak pintar bodoh

Cerita Pak Pandir dapat dikategorikan sebagai pintar bodoh.

iii. Watak pintar

Pak Belalang dan Si Luncai adalah termasuk dalam kategori ini.

(Jihaty Abadi, 1979)

Cerita-cerita jenaka Melayu tidak seharusnya dianggap semuanya sebagai

pinjaman dari luar apabila ianya menunjukkan ciri-ciri persamaan. Cerita-cerita jenaka

Melayu itu diciptakan oleh orang Melayu sendiri berdasarkan pengalaman yang sama

dialami oleh mereka yang bersifat sejagat dalam semua kebudayaan manusia. Namun

tidak dapat dinafikan kadang kala terdapat cerita saduran yang diubahsuai dengan

budaya setempat sehinggakan cerita-cerita itu menjadi sebahagaian daripada warisan

setempat (Mohd. Shuib Che Din, 1976).

22
1.6.6 Budaya

Samovar, Porter dan Jain (1981), mendefinisikan budaya sebagai satu kelaziman

tingkah laku yang dipersetujui bersama suatu kumpulan manusia dalam sebuah

masyarakat pada satu ketika untuk tujuan hidup berharmoni. Manakala Goodenough

(1957), pula menyatakan budaya bukan terdiri daripada barang-barang, tingkah laku

atau perasaan tetapi ianya adalah cara-cara manusia melihat, mengait dan mentafsir

perkara-perkara. Dari itu dapatlah dikatakan bahawa budaya ini adalah cara atau gaya

hidup sesuatu masyarakat, di mana sesuatu pengetahuan tentangnya diperolehi secara

sosial, dan bukannya hanya sekadar sesuatu yang diwarisi.

Budaya dalam konteks kajian ini hanyalah berdasarkan cerita Lebai Malang dan

Pak Belalang. Di mana tumpuan kajian adalah kepada gaya atau cara hidup masyarakat

Melayu tradisi. Contohnya dari segi pemakanan, pekerjaan, pergaulan, kepercayaan,

bahasa yang digunakan dan juga tingkah laku.

1.6.7 Teks Sumber

Istilah teks sumber adalah merujuk teks asal yang menjadi sumber bahan

terjemahan. Dalam kajian ini ianya merujuk kepada dua buah teks sastera bahasa

Melayu dari genre cerita jenaka yang menjadi kajian penulis iaitu teks yang bertajuk

Lebai Malang dan Pak Belalang.

23
1.6.8 Teks Sasaran

Teks sasaran adalah bermaksud teks yang diterjemahkan atau dialih bahasa

untuk pembaca sasaran. Dalam kajian ini teks sasaran adalah teks yang diterjemahkan

ke dalam bahasa Jerman untuk pembaca sasaran iaitu masyarakat Jerman. Teks sasaran

bagi kajian ini adalah Der Unglcks-Geistliche iaitu terjemahan teks Lebai Malang dan

Vater Heuschreck terjemahan teks Pak Belalang .

24
BAB DUA

PEMBACAAN BERKAITAN

2.0 Pendahuluan

Sifat mudah ubah yang wujud dalam bahasa manusia, serta juga daya cipta cara

bahasa digunakan, menyebabkan bahasa manusia menjadi begitu berubah-ubah dan

bertukar mengikut masa. Oleh sebab bahasa manusia berubah sebegitu rupa, ada

penutur dari satu generasi tidak dapat memahami penutur generasi yang lain yang

datangnya dari zaman yang agak jauh jaraknya.

Penemuan pada awal kurun kesembilan belas mendapati bahawa bahasa Eropah,

seperti bahasa Inggeris, Jerman dan Perancis menunjukkan kaitannya dengan bahasa

zaman purba seperti bahasa Latin, Yunani dan Sanskrit (bahasa kuno India), ini

membawa kepada satu revolusi dalam pemahaman sifat dan sejarah bahasa. Kajian

terhadap persamaan bahasa antara bahasa Eropah yang berbeza sebenarnya telah

dilakukan sebelum kurun ke sembilan belas (Comrie, 1998).

Manakala bahasa Melayu pula merupakan bahasa kebangsaan negara Malaysia.

Penutur bahasa Melayu dianggarkan berjumlah lebih 300 juta (bersama penutur bahasa

Indonesia) dan merupakan bahasa keempat dalam turutan jumlah penutur terpenting

bagi bahasa-bahasa di dunia selepas bahasa Mandarin, bahasa Inggeris dan bahasa

Hindi/bahasa Urdu. Selain itu, dilaporkan sebanyak 70,000 orang mampu bertutur
25
bahasa Melayu di Sri Lanka, manakala di China pula, terdapat siaran radio dalam

bahasa Melayu. Bahasa Melayu juga diajar di universiti-universiti di United Kingdom,

Amerika Syarikat, Australia, Belanda, China, Jerman, New Zealand dan beberapa

tempat yang lain (Comrie, 1998).

Perkembangan bahasa dan budaya serta ilmu dalam zaman globalisasi ini telah

menyebabkan setiap bahasa di dunia ini perlu mewujudkan suatu pertalian yang

membolehkan masyarakat berkomunikasi dalam menjana pelbagai bidang ilmu. Justeru

itu walaupun sesuatu bahasa itu tidak mempunyai pertalian genetik atau dengan kata

lain pertalian kekeluargaan, bahasa-bahasa tersebut masih lagi mampu untuk berkongsi

ilmu dengan cara mendekati bidang terjemahan. Ainon Mohammad, dalam kertasnya

Pembinaan Bahasa dan Pembangunan Negara yang dikemukakan di Universiti

Pertanian Malaysia (1984) telah menyatakan :

Meiji telah memilih pemuda-pemuda yang pintar untuk dilatih di


negara-negara Eropah dan belajar bahasa-bahasa asing dengan tujuan
khusus untuk menterjemahkan ilmu-ilmu Barat ke dalam bahasa Jepun.
Pemuda-pemuda itu dihantar ke Russia untuk menterjemahkan buku-
buku militer, ke England untuk buku-buku falsafah dan Jerman untuk
buku-buku sains dan perubatan. Dalam usaha itu Meiji menubuhkan biro
terjemahan yang menjadi asal usul Universiti Imperial Tokyo hari ini.
Semenjak Perang Dunia II, negeri Jepun telah menterjemahkan 150,000
tajuk buku dari seluruh dunia.

Berdasarkan petikan di atas, jelas membuktikan betapa pentingnya bidang terjemahan

dalam usaha menjana ilmu apabila bahasa menjadi faktor penghalang.

26
Bahasa dari rumpun Proto Indo-Eropah iaitu bahasa Jerman dan bahasa Melayu

dari keluarga Austronesia juga sedang berusaha untuk berkongsi ilmu dalam bidang

sastera, melalui penterjemahan sastera. Sastera adalah merupakan hasil utama yang

dapat memaparkan atau mencerminkan budaya sesebuah masyarakat. Pantulan budaya

ini tidak mungkin diperolehi dari sumber-sumber lain, terutama sumbangan hasil

penulisan bukan orang Melayu. Hasil penterjemahan sastera ini membolehkan

masyarakat Jerman yang jauh di sana lebih mengetahui dan mengenali budaya Melayu.

Oleh itu teks sastera merupakan kunci utama memahami kebudayaan lain.

2.1 Terjemahan

Bidang penterjemahan adalah di antara bidang yang terpenting dalam menjana

perkembangan ilmu pengetahuan dan menyuburkan tamadun sesuatu bangsa. Sejarah

telah membuktikan bahawa bahasa Arab pada suatu ketika dahulu berupaya menjadi

satu bangsa yang gagah dengan tamadun dan perkembangan ilmu pengetahuan yang

mantap hasil dari kegiatan mereka menterjemahkan pelbagai ilmu dari bangsa Yunani,

selain dari hasil kegiatan kreatif mereka sendiri (Ucapan Timbalan Menteri Pendidikan

Brunei, 2007).

'Baitul Hikmah', iaitu sebuah tempat kegiatan penterjemahan di Baghdad dan

'Darul Hikmah', iaitu sebuah organisasi kegiatan keilmuan yang bertempat di Kaherah,

Mesir di mana bukan hanya orang-orang Islam, malah orang-orang Barat juga turut

berminat lalu mengikut jejak yang sama dalam menimba ilmu pengetahuan dari

tamadun Arab dan Islam hinggalah ilmu yang asalnya dipelopori oleh ilmuan, intelek

dan saintis Islam itu berpindah pula ke Barat. Orang-orang Barat terus
27
memperkembangkan dan memajukan ilmu yang mereka perolehi (Ucapan Timbalan

Menteri Pendidikan Brunei, 2007). Di dalam konteks negara kita, bidang penterjemahan

bukanlah suatu bidang yang asing khususnya di dalam sektor-sektor kerajaan seperti

perundangan, perubatan, pertahanan, bahasa dan sastera dan sebagainya.

Banyak bahan-bahan akademik, bahan bacaan, sastera, novel dan sebagainya

yang telah diterjemah dari berbagai bahasa untuk digunakan di negara ini. Oleh kerana

itu bidang penterjemahan merupakan satu bidang yang sangat penting dalam proses

pemindahan ilmu dan pemindahan budaya dalam zaman sains dan teknologi masa kini.

Menurut Kamus Dewan (1993:1351), perkataan terjemah adalah bermaksud

memindahkan (karangan dan lain-lain) daripada suatu bahasa kepada bahasa yang lain.

Manakala terjemahan pula adalah hasil yang telah diterjemahkan. Ada yang

mendefinisikan terjemahan sebagai proses mengubah hasil percakapan atau pun teks

dalam sesuatu bahasa kepada hasil percakapan atau pun teks ke dalam bahasa yang lain

dengan memelihara isi kandungannya. Tumpuan haruslah diberikan kepada aspek

makna antara teks sumber dan teks sasaran dengan penekanan kepada aspek ketepatan,

kesamaan dan kesepadanan isi semaksima yang mungkin.

Namun demikian aspek bentuk dan gaya bahasa tidaklah boleh diabaikan. Ini

bertujuan untuk menghasilkan gaya bahasa yang paling hampir dengan gaya bahasa teks

sumber. Contohnya teks sastera harus menampakkan ciri-ciri genre kesusasteraannya.

Kesepadanan ini harus dikekalkan bagi menghasilkan persamaan reaksi seperti teks

sumber.

28
Walau bagaimanapun kerja-kerja terjemahan ini tidak mempunyai suatu

peraturan yang tetap, sebaliknya sesuatu yang agak bebas bergantung kepada

kemampuan, pengetahun, pengalaman dan gaya seseorang penterjemah dalam membina

dan menstruktur semula teks sasaran yang dihasilkannya.

2.1.1 Syarat Penterjemah

Pada suatu masa dahulu, jika seseorang mengetahui dua bahasa, dia dianggap

boleh menjadi penterjemah tanpa memerlukan pengetahuan lanjut. Pendapat ini kini

dianggap sangat jauh daripada kenyataan. Pakar-pakar dalam bidang penterjemahan

telah menghasilkan teori dan prinsip yang menjadi pedoman bagi para penterjemah.

Seseorang yang ingin menjadi penterjemah yang baik perlu memenuhi syarat-syarat

utama seperti berikut:

i. Menguasai bahasa sumber secara mendalam

Keperluan ini dikehendaki untuk membolehkan seseorang penterjemah mengetahui

selok-belok keistimewaan dan kelainan bahasa sumber supaya dapat membezakan

makna yang terkandung dalam teks asal agar dapat mentakrifkan maksudnya dengan

tepat (Ainon Mohd dan Abdullah Hassan, 2005).

ii. Mengetahui bahasa sasaran

Mengikut pakar terjemahan hari ini, seseorang penterjemah harus juga menguasai

bahasa penerima dengan sama baik, jika bukan dengan lebih baik, supaya

penterjemah dapat mengolah teks sasaran dengan jelas, mudah difahami, struktur

ayat yang mantap, elakkan kesamaran dan tiada kesalahan bahasa di samping teks

yang dihasilkan juga tidak berbau terjemahan. Semua ini akan membolehkan
29
penterjemah menghasilkan sebuah teks terjemahan dengan bahasa yang indah,

halus, berimaginasi dan menjimatkan kata-kata, serta kepakaran menggunakan

segala jenis struktur bahasa yang ada padanya dan memiliki perbendaharaan kata

yang luas (Ainon Mohd dan Abdullah Hassan, 2005).

iii. Pengetahuan dalam bidang yang diterjemahkan

Untuk menjamin supaya makna atau maklumat yang terkandung dalam teks asal

dapat dipindahkan dengan tepat dan sempurna daripada bahasa sumber ke dalam

bahasa penerima, seseorang penterjemah harus menguasai bidang yang hendak

diterjemahkan. Ini adalah penting, bukan sahaja untuk penterjemahan teks-teks

khusus dan teknikal, tetapi juga untuk penterjemahan karya-karya kesusasteraan. Ini

bukan saja melibatkan soal ilmu malahan turut berkait dengan laras bahasa yang

digunakan dan penggunaan pelbagai konsep dan istilah-istilah bidang yang

diterjemahkannya (Ainon Mohd dan Abdullah Hassan, 2005).

iv. Mengetahui teori dan amalan terjemahan

Pada suatu masa dahulu, penterjemahan dianggap sebagai suatu tugas untuk mencari

perkataan-perkataan padanan yang boleh menggantikan perkataan-perkataan asal

dalam bahasa sumbernya. Ini tidak lagi dianggap benar kerana penterjemah juga

bertanggungjawab untuk memindahkan idea, maklumat dan gaya teks yang

diterjemahkan. Ini bermaksud bahawa penterjemahan perlu dibantu oleh ilmu

pengetahuan yang mencukupi dalam bidang teori dan kaedah terjemahan semasa

menjalankan tugasnya (Ainon Mohd dan Abdullah Hassan, 2005).

30
v. Memiliki pengetahuan am

Penterjemah haruslah juga seorang yang peka dan memiliki pengetahuan am yang

baik. Ini merangkumi peristiwa semasa, suasana politik, ekonomi, geografi, budaya

dan adat serta sejarah. Faktor ini juga adalah penyumbang kepada penghasilan teks

terjemahan yang baik (Muhammad Bukhari Lubis dll, 1998).

vi. Amanah

Ciri amanah ini adalah merupakan ciri yang penting kepada seorang penterjemah,

untuk menunjukkan kesetiaan serta kejujurannya dengan tugasan yang dipikul.

Penterjemah tidak boleh mengambil jalan pintas dalam kerja-kerja

penterjemahannya dengan cara seperti menambah, membuang, meringkas atau

memendekkan maksud teks sumber. Namun demikian, penambahan perkataan untuk

menjadikan sesuatu ayat betul tata bahasanya dan tidak membawa makna baru

bukanlah merupakan satu kesalahan (Muhammad Bukhari Lubis dll, 1998).

2.1.2 Jenis Terjemahan

i. Terjemahan Harfiah

Ia bermaksud terjemahan perkataan demi perkataan. Kesannya menyalahi struktur

ayat bahasa sasaran, kesamaran makna dan kesilapan. Banyak berlaku dalam

terjemahan buku-buku agama pada zaman dahulu (Abdullah Hassan, 2003).

ii. Terjemahan Bebas

Penterjemah akan membaca dan memahami teks yang akan diterjemahkannya iaitu

teks sumber. Seterusnya penterjemah akan menyatakan semula teks itu ke dalam
31
bahasa sasaran mengikut pandangannya sendiri. Ini bermaksud kerja-kerja

terjemahan akan dilakukan tanpa sebarang kongkongan atau mengambil kira

perkataan dan struktur bentuk ayat asal. Kesannya terdapat penambahan,

pengurangan, penyimpangan makna serta ayat yang panjang dan mungkin

membawa kepada kekaburan teks sasaran (Abdullah Hassan, 2003).

iii. Terjemahan Makna (Semantik)

Terjemahan makna atau terjemahan semantik adalah terjemahan yang menghuraikan

makna konteks setepat-tepatnya dengan apa yang terdapat dalam teks sumber.

Penterjemahan tetap akan berkisar dalam budaya asal. Pada kebiasaannya

terjemahan jenis ini akan menghasilkan teks yang lebih rendah mutunya daripada

teks asal, akibat daripada kehilangan makna. Penterjemah akan membaca sesuatu

ayat dan cuba memahaminya dan kemudian akan menterjemahkannya setepat-

tepatnya setakat yang dibenarkan oleh struktur semantik dan sintaksis bahasa

sasaran. Selain itu penterjemah akan cuba sedaya upaya mengekalkan idiolek dan

bentuk ungkapan penulis teks sumber. Dalam penterjemahan ini, kesetiaan

penterjemah adalah kepada penulis. Justeru itu terjemahan makna atau semantik ini

terpisah dari masa dan ruang tempat (Newmark, 1981).

iv. Terjemahan Komunikatif

Terjemahan Komunikatif ini berusaha untuk menghasilkan kesan yang sehampir

mungkin seperti pembaca asal. Tumpuan adalah kepada pembaca sasaran, dengan

harapan mereka tidak mengalami kesulitan atau kekaburan dalam memahami teks

terjemahan yang dibaca. Hasil terjemahan ini pada kebiasaannya adalah lebih baik

kerana penterjemah dapat mengimbangi apa-apa yang hilang dengan cuba menulis
32
dalam bahasanya sendiri. Dalam penterjemahan ini, pembaca teks sasaran

menyamakan diri mereka dengan pembaca teks sumber (Newmark, 1981).

Sebenarnya sukar untuk dikatakan kaedah terjemahan yang tertentu sahaja yang

akan digunakan dalam kerja-kerja terjemahan, sebaliknya kaedah terjemahan yang

digunakan akan bertumpang tindih di antara satu sama lain, bergantung kepada cara dan

keperluannya semasa kerja terjemahan dilakukan.

2.1.3 Proses Penterjemahan

Menurut Peter Newmark (1981), secara umum terdapat peringkat-peringkat

dalam proses penterjemahan iaitu:

i. Penafsiran dan Analisis Teks Sumber

Pada peringkat ini, penterjemah haruslah membaca teks sumber secara keseluruhan

dengan teliti dan memahami isi kandungan teks itu.

ii. Prosedur Terjemahan

Di peringkat kedua ini penterjemah perlu membuat rujukan kepada kamus-kamus

dan glosari tertentu atau pun sebarang rujukan lain yang difikirkan perlu bagi

mendapatkan penerangan yang jelas dan tepat.

iii. Penulisan Semula Teks

Pada peringkat ketiga, kerja-kerja terjemahan dimulakan dengan cara menterjemah

setiap ayat secara berasingan. Kerja-kerja pemilihan perkataan dan penstrukturan

ayat haruslah dilakukan dengan berhati-hati. Penggunaan kata penghubung yang

33
sesuai amat penting bagi mewujudkan sebuah teks yang koherens. Di samping itu

penterjemah haruslah amanah dan tidak membuang atau meringkas dan

memendekkan sesuatu ayat apatah lagi fakta teks sumber. Akhirnya pembacaan

semula teks secara menyeluruh haruslah dilakukan.

2.2 Budaya dan Kebudayaan

2.2.1 Definisi

Budaya atau kebudayaan berasal dari bahasa Sanskrit iaitu buddhayah. Dalam

bahasa Inggeris pula kebudayaan disebut sebagai culture, yang berasal dari Latin iaitu

Colere, yang membawa maksud mengerjakan, atau dengan lebih jelas ianya

bermaksud bertani (http://id,wikipedia.org/wiki/Budaya)

Menurut Kamus Dewan (1992:65) budaya ialah tamadun, peradaban,

cara berkelakuan (berfikir dan sebagainya), kemajuan (akal budi), kebudayaan.

Manakala kebudayaan pula adalah keseluruhan cara hidup (yang merangkumi cara

bertindak, berkelakuan dan berfikir) serta segala hasil kegiatan dan penciptaan yang

berupa kebendaan atau kerohanian sesuatu masyarakat, tamadun, peradaban, kemajuan

akal budi dan lain-lain.

Perkataan culture yang bermaksud kebudayaan dalam Bahasa Melayu telah

diertikan oleh Oxford Advanced Learners Dictionary sebagai The customs, beliefs,

art, music and all the other products of human thought made by a particular group of

people at a particular time, (1989). Definisi ini menjelaskan bahawa budaya adalah

merupakan suatu adat-resam, kepercayaan, seni muzik dan semua hasil pemikiran yang
34
dibentuk atau dihasilkan oleh sekumpulan manusia pada masa tertentu. Tuntasnya,

budaya adalah suatu amalan atau gaya hidup serta corak pemikiran yang turut

melibatkan kepercayaan sesuatu masyarakat pada sesuatu ketika. Peredaran masa boleh

mengakibatkan berlakunya perubahan gaya atau corak pemikiran. Contohnya pada masa

dahulu seseorang tidak dibenarkan makan terlebih dahulu sebelum ibu bapanya, tetapi

kini adat-resam in telah berubah. Makan dahulu sebelum ibu bapa telah menjadi sesuatu

yang lumrah dalam kehidupan masyarakat Melayu pada masa kini, akibat daripada

kekangan masa keluarga yang bekerja.

Segala sesuatu yang terdapat dalam masyarakat adalah ditentukan oleh

kebudayaan yang dimiliki oleh masyarakat itu sendiri. Herskovits (1959) memandang

kebudayaan sebagai sesuatu yang turun temurun dari satu generasi ke generasi yang

lain, yang kemudian disebut sebagai superorganik. Menurut Edward B. Tylor (1974),

kebudayaan merupakan keseluruhan yang kompleks, yang di dalamnya terkandung

pengetahuan, kepercayaan, kesenian, moral, hukum, adat istiadat, dan kemampuan-

kemampuan lain yang didapati pada seseorang sebagai anggota masyarakat.

Dari pelbagai definisi ini, dapatlah disimpulkan bahawa kebudayaan adalah

sistem pengetahuan yang meliputi sistem pemikiran manusia yang merangkumi

kehidupan sehari-hari yang juga bersifat abstrak. Kebudayaan juga adalah merupakan

perkara-perkara yang diciptakan oleh manusia dan ianya adalah berupa perilaku dan

benda-benda yang bersifat nyata. Contohnya perilaku, bahasa, peralatan hidup,

organisasi sosial, agama, seni, dan lain-lain, di mana ke semuanya adalah bertujuan

untuk membantu manusia dalam menjalani kehidupan bermasyarakat.

35
2.2.2 Sifat Kebudayaan

Menurut Abdul Rahman Nawas dan lain-lain lagi (1995) terdapat tiga sifat

kebudayaan:

i. Dipelajari oleh anggota masyarakat

Kebudayaan boleh dipelajari oleh anggota masyarakat sama ada secara langsung

atau tidak langsung. Kebanyakan anggota sesebuah masyarakat mempelajari,

memahami dan mengamalkan kebudayaan secara tidak langsung menerusi keluarga

dan anggota masyarakat. Oleh itu, kebudayaan adalah sesuatu yang bersifat boleh

dipelajari, difahami dan diamalkan, bukan hanya oleh masyarakat itu sahaja

malahan juga oleh orang asing.

ii. Tidak boleh diterima melalui baka atau warisan

Faktor baka semata-mata tidak mampu memperwariskan kebudayaan sesebuah

masyarakat, kerana kemungkinan persekitaran kehidupan seseorang itu tidak

mengikut corak kebudayaan baka yang diwarisinya. Justeru, seorang anak

Melayu, jika hidup di negeri bukan Melayu yang tidak mempunyai persekitaran

Melayu, tanpa ibu bapa Melayu yang mempraktikkan kebudayaan Melayu, atau

memindahkannya kepadanya, dia tidak mampu mewarisi kebudayaan Melayu,

meskipun dia berbaka Melayu.

iii. Dipraktikkan secara bersama oleh anggota masyarakat

Kebudayaan bersifat berkelompok, bukannya secara individu. Ia hasil amalan

bersama anggota masyarakat sejak zaman berzaman, sehingga ia sebati

sedemikian rupa dalam sesebuah masyarakat. Justeru, sesebuah keluarga yang

merantau ke negeri yang mempunyai kebudayaan berlainan dengan


36
kebudayaannya, walaupun dia mengamalkan kebudayaan bangsanya, namun

tentulah dia masih tidak mampu membentuk kebudayaan tersebut dalam

kelompok perantau yang kecil itu.

2.2.3 Fungsi Kebudayaan

Kebudayaan juga mempunyai empat fungsi :

i. Mensosialkan anggota masyarakat yang baru supaya menjadi orang yang

berfungsi dalam masyarakat.

ii. Menjaga dan mengawal anggotanya dengan kawalan sosial, norma dan nilai

masyarakat.

iii. Meneruskan peraturan antara sesama anggotanya dan antara anggotanya dengan

orang luar.

iv. Perangsang kepada anggotanya untuk meneruskan masyarakatnya.

(Abdul Rahman Nawas dll, 1995).

2.3 Budaya dan Penterjemahan

Bahasa adalah alat atau perwujudan budaya yang digunakan manusia untuk

saling berkomunikasi atau berhubung samada dalam bentuk tulisan, lisan, mahu pun

bahasa isyarat dengan tujuan menyampaikan sesuatu mesej kepada orang lain. Melalui

bahasa, manusia dapat menyesuaikan diri dengan adat istiadat, tingkah laku, peraturan

masyarakat, dan seterusnya menyesuaikan dirinya dengan gaya hidup sesebuah

masyarakat. Oleh kerana sifat sesuatu bahasa dipengaruhi oleh budaya masyarakat

penutur, maka tidak mungkin bahasa dipisahkan daripada budayanya. Manakala


37
penterjemahan yang mementingkan perhubungan antara bahasa sudah tentu turut

melibatkan budaya.

Penterjemahan merupakan suatu usaha mengalihkan fikiran dan perasaan yang

ditulis dalam bahasa sumber ke dalam bahasa sasaran. Menterjemah bukanlah sekadar

menggantikan perkataan, tetapi sebaliknya suatu usaha memindahkan fikiran dan

perasaan penulis ke dalam bahasa sasaran dengan memelihara gaya, buah fikiran dan

perasaan dengan latar belakang yang terdapat pada karya asli itu. Ini membuktikkan

kepada kita bahawa budaya dan penterjemahan ini mempunyai suatu ikatan yang erat

dan saling mempengaruhi serta tidak mungkin dapat dipisahkan. Fenomena ini memberi

kesan yang amat besar ke atas teori dan teknik-teknik terjemahan.

Dalam penterjemahan, pemilihan teknik dan teori perlu dititik beratkan selaras

dengan genre teks yang akan diterjemahkan. Ini bertujuan untuk menghasilkan sebuah

teks terjemahan yang berkualiti serta dapat meninggalkan kesan yang sehampir

mungkin dengan pembaca teks sumber. Pengalaman dan pengetahuan yang tinggi

amatlah diperlukan kepada seorang penterjemah, apatah lagi apabila usaha ini bukan

sahaja melibatkan dua bahasa dari rumpun yang berlainan malahan mencakupi dua

budaya yang amat berbeza, seperti bahasa Melayu dan bahasa Jerman. Menurut Ainon

Mohd dan Adullah Hassan (2005), terdapat dua aspek yang perlu diterjemahkan dengan

cara yang berbeza :

i. Terjemahan bahasa

Bagi menghasilkan terjemahan yang bermutu tinggi. Seseorang penterjemah itu

perlulah menggunakan bahasa sebagaimana yang digunakan oleh penutur asal.

38
ii. Terjemahan budaya

Terjemahan yang bermutu tinggi adalah terjemahan yang dapat memberitahu

pembaca sasaran bahawa mereka sedang membaca berkenaan orang, benda, perkara

dan budaya asing. Dari itu unsur-unsur budaya asal wajib dikekalkan.

Seperti yang telah dibincangkan dalam Bab Satu, tumpuan kajian adalah kepada

pengalihan budaya dari teks sumber iaitu Lebai Malang kepada teks yang diterjemahkan

ke dalam bahasa Jerman iaitu Der Unglcks-Geistliche dan Pak Belalang kepada Vater

Heuschreck. Bagaimanakah pemindahan ini dilakukan oleh penterjemah? Dalam

penelitian ini, pengkaji akan menggunakan kaedah penterjemahan budaya yang terdapat

dalam buku Teori dan Teknik Terjemahan oleh Ainon Mohd dan Abdullah Hassan

(2005). Kaedah penterjemahan budaya ini menjadi landasan atau dasar dalam kajian

yang akan dilakukan terhadap kedua-dua buah teks tersebut.

Menurut Ainon Mohd dan Abdullah Hassan (2005) lagi, menterjemah istilah

yang mempunyai latar belakang unsur budaya setempat boleh dilakukan dengan

menggunakan kaedah-kaedah seperti berikut :

i. Unsur budaya dikekalkan

Dalam teknik ini unsur budaya akan dikekalkan dalam teks terjemahan, kerana

terdapat perkara-perkara yang telah diketahui oleh pembaca teks sasaran. Contohnya

perkataan snow dalam istilah snow white, dapat dikekalkan sebagai salji

dalam bahasa Melayu kerana pembaca sasaran telah jelas dengan gambaran dan

sifat salji walau pun tidak terdapat di dalam budaya pembaca sasaran. Pengekalan

sebegini akan dapat memberi gambaran yang tepat dan lebih jelas kepada pembaca
39
teks sasaran. Namun pengekalan budaya teks sumber ini juga boleh menyebabkan

kualiti sesebuah teks terjemahan menurun. Ini adalah kerana tidak semua

pengekalan unsur budaya dapat memberi gambaran sebenar yang dapat membantu

pembaca teks sasaran. Apatah lagi apabila penterjemah sendiri tidak

menitikberatkan keberkesanan pengalihan sesuatu unsur budaya. Keadaan ini akan

menjadi lebih sukar lagi sekiranya ia melibatkan dua bahasa dari rumpun yang

berbeza. Ini adalah kerana jurang perbezaan budaya yang tinggi, yang boleh

mengakibatkan timbulnya kekeliruan kepada pembaca teks sasaran, lantas akan

menyebabkan teks sasaran yang dihasilkan tidak sepadan dengan kualiti teks

sumber. Contohnya roti kepada masyarakat Jerman merupakan makanan ruji, ini

mungkin dapat difahami oleh masyarakat Melayu. Tetapi bagaimana dengan jenis

roti? Terdapat bermacam-macam jenis roti masyarakat Jerman yang tidak dapat

dikenali oleh sebahagian besar masyarakat Melayu.

ii. Unsur budaya dihilangkan

Menurut kaedah ini, sesuatu unsur budaya itu akan digantikan dengan cara memberi

penerangan makna yang sebenar. Contohnya snow white boleh diterjemahkan

atau digantikan menjadi putih melepak atau pun sangat putih. Apatah lagi

seandainya terdapat unsur-unsur pertentangan nilai budaya maka kaedah ini amatlah

sesuai digunakan, contohnya dalam bahasa Jerman Sparschwein yang bermaksud

tabung babi tidak dapat dikekalkan dalam terjemahan ke dalam bahasa Melayu,

kerana ianya tidak dapat diterima oleh masyarakat Melayu yang beragama Islam.

Oleh itu, adalah lebih baik menggunakan istilah tabung wang untuk

menggantikannya.

40
iii. Unsur budaya disesuaikan semula

Kadang kala terasa seolah-olah sesuatu unsur budaya bahasa sumber terdapat

padanannya dengan bahasa sasaran. Contohnya young wife dan old wife

apabila diterjemahkan kepada bahasa Melayu membawa maksud yang berbeza.

Perbezaan ini adalah kerana latar belakang budaya yang berbeza kerana amalan

sistem poligami. Bagi bahasa Inggeris, young wife bermaksud seorang isteri yang

usianya lebih muda. Manakala dalam bahasa Melayu ianya menunjukkan status

seorang isteri, iaitu isteri kedua. Maka penyesuaian semula haruslah dilakukan bagi

mengelakkan salah terjemahan dengan menggunakan istilah isteri yang masih

muda. Terjemahan sebegini adalah lebih baik dan tepat walaupun ianya berbentuk

frasa.

Menurut Rudolf Kassuhlke (dalam Richard W.Brislin, 1976) dalam

Translation: Application and Research, jika penerima hendak memahami mesej di

dalam bahasa dan budayanya sendiri, ia bukan sahaja memerlukan pemindahan yang

jelas dari segi linguistik, tetapi maklumat yang paling minimum tentang corak

pemikiran iaitu pandangan dunia dan nilai budaya bahasa sumber.

Sebagai kesimpulannya dapatlah dikatakan bahawa seorang penterjemah dapat

menterjemah isu kebudayaan dengan baik jika dia mengetahui tentang kebudayaan itu

sendiri, namun tidak dapat disangkal pengaruh pandangan dunia penterjemah serta

pembaca teks sasaran juga memainkan peranan yang amat besar dalam mentafsir

sesuatu hal kebudayaan yang terdapat dalam teks.

41
2.4 Pandangan Dunia

Pandangan dunia adalah merujuk kepada set kepercayaan yang menjadi falsafah

atau pun pegangan kehidupan sesebuah kelompok atau masyarakat dunia. Ianya juga

turut mencirikan sifat-sifat kelompok dan cara kelompok tersebut bertindak. W.Wilss

(1981), menyatakan bahawa seseorang penterjemah terpaksa bergantung sepenuhnya ke

atas keupayaan mentalnya, pengetahuan linguistik dan juga pengetahuan dunianya.

Asmah Haji Omar (dalam Mohd. Taib Osman, 1985) berpendapat,

World-view as the way a certain people perceive life and this


perception may be reflected in or influenced by various media,
language, culture, religion, and so on. As such, examining peoples
perception through any of the media metioned means examining the
relationship between this medium and their thought processes.

Manusia di dunia menggunakan proses mental yang serupa, apa yang

membezakan antara setiap individu itu adalah pandangan dunia masing-masing. Di

mana dan bagaimana persekitaran yang di kenali sebagai budaya itu membentuk cara

pemikiran seorang itu akan membawa kepada cara mereka berfikir dan membuat

keputusan tentang sesuatu perkara itu. Contohnya, orientasi masa merupakan aspek

penting pandangan dunia yang memberi kesan kepada komunikasi dan tindakan

seseorang. Bagi setengah orang masa lampau merupakan aspek paling bermakna dalam

kehidupan, manakala bagi orang lain impian masa depan serta persediaan

menghadapinya kelak merupakan cabaran yang paling penting. Namun bagi golongan

yang lain pula, tumpuan masa kini adalah yang menjadi fokus. Ketidaksamaan

pandangan sebeginilah yang dinamakan sebagai pandangan dunia.

42
Menurut Asmah Haji Omar (dalam Mohd. Taib Osman, 1985), Mans

perception and conception of the realities around him include his view of the world, and

this is recorded in his language. Dapatlah dikatakan bahasa bukan sahaja memaparkan

budaya malah turut menggambarkan pandangan dunia sesuatu bangsa. Lazimnya

semakin jauh hubungan genetik sesuatu bahasa maka semakin besarlah jurang

perbezaan budaya antara kedua-dua masyarakat penutur aslinya. Bahasa Melayu dan

bahasa Jerman bukan saja merupakan dua bahasa yang berbeza dari segi linguistik dan

ciri-ciri lesikalnya, malahan juga mencerminkan dua kebudayaan yang berbeza yang

membina kedua-dua bahasa, justeru itu sudah tentulah mempunyai pandangan dunia

yang amat berbeza tentang sesuatu perkara.

Bahasa Jerman membahagikan kata nama kepada tiga genus iaitu jantan, betina

dan neutral. Jika diteliti secara terperinci bahasa Jerman mengkategorikan perempuan

ke dalam genus betina, lelaki sebagai genus jantan dan kanak-kanak samada perempuan

atau lelaki digolongkan ke dalam genus neutral. Ini menunujukkan seolah-olahnya

masyarakat Jerman megasingkan sesuatu berdasarkan genus. Ciri-ciri bahasa ini juga

secara tidak langsung boleh mengambarkan pandangan dunia masyarakat Jerman.

Contoh yang jelas dapat dilihat kepada lebih sembilan puluh peratus kata nama yang

melibatkan bencana alam tergolong dalam genus betina. Ini seolah-olah kaum

perempuan punca sesuatu mala petaka itu. Hal ini tidak pula berlaku kepada penutur

bahasa Melayu yang sering diperkatakan menindas kaum wanita.

43
A language which does not have a category of gender, reflects a
world-view of its speaker in regard to the treatment of the sexes in his
everyday life. It is highly probable that the speech community concerned
has a social system which does not discriminate the various sexes in
certain aspects of their life. The Malay language is one such language
A different way of treating the sexes, as reflected in the grammatical
gender, is seen in languages which have the gender system
[contohnya bahasa Jerman]. Although the European or Western way of
life tends to show equal treatment to both sexes, Western society
sought to place their women in roles separate from the men.
(Asmah Hj. Omar dalam Mohd. Taib Osman, 1985)

2.5 Genre

Perkataan genre adalah berasal daripada bahasa Perancis yang bermaksud

jenis atau kelas. Istilah genre ini telah digunakan secara meluas dalam bidang

retorik, kesusasteraan, media dan kini ianya telah digunakan dalam bidang linguistik.

Menurut Robert Allen (1989:44), sejak dua ribu tahun yang lalu kajian tentang genre

telah dilakukan terhadap fungsi kata nama logikal dan tipologikal. Kajian-kajian

tersebut adalah berdasarkan pengkelasan kata kepada jenis-jenisnya. Jenis-jenis kata ini

kemudiannya dikategorikan kepada nama-nama tertentu.

Menurut Ronald Wardhaugh, (1995) pula, semua bahasa terikat dengan konteks

budaya dan konteks situasi. Konteks budaya akan menentukan jenis teks. Gaya bahasa

yang digunakan dalam sesuatu konteks akan menjadikan sesuatu komunikasi itu

bermakna. Dari itu setiap penutur akan mempelajari gaya bahasa tersebut dan

seterusnya mengamalkan ciri-ciri khusus ini mengikut konteks. Teks, samada yang

berbentuk lisan mahu pun tulisan yang menunjukkan ciri-ciri atau fitur-fitur yang sama

digolongkan dalam satu genre.

44
Definisi-definisi konvensional pula menggangap genre adalah terdiri daripada

konvensi-konvensi khusus yang membentuk kandungan seperti tema atau pun latar dan

juga bentuk yang merangkumi struktur dan gaya yang berkongsi ciri-ciri tertentu

dengan teks serta mewujudkan hubungan antara satu sama lain. Sebenarnya terdapat

pelbagai jenis genre, antaranya genre perundangan, media, keagamaan, hiburan, ilmiah,

kesusasteraan dan sebagainya menurut lapangan tertentu.

Genre kesusasteraan merupakan genre daripada bidang sastera, yang

dikategorikan berdasarkan ciri-ciri seperti isi kandungan, penggunaan gaya tertentu dan

nada sesuatu teks itu. Secara umumnya genre kesusasteraan ini dapat dikategorikan

kepada puisi dan prosa. Genre puisi ini dapat dibahagikankan pula kepada drama, lirik

dan epik. Drama ini dapat diperhalusikan lagi kepada jenaka, tragedi dan lain-lain.

Manakala yang berbentuk prosa dapat dipecahkan kepada dua kategori iaitu

fiksyen dan bukan fiksyen. Apabila kita menyebut perkataan sajak misalnya,

pendengar sudah pun mempunyai satu gambaran khusus dalam fikirannya seperti

bentuk dan ciri-ciri yang terdapat dalam sebuah sajak. Ini membuktikan kepada kita

bahawa sajak ini dapat digolongkan dalam genre kesusasteraan iaitu puisi. Namun

demikian pengkelasan sesuatu teks kepada genre tertentu tidak dapat dilakukan secara

tepat, kerana semuanya bergantung kepada pandangan tertentu bagaimana teks tersebut

dilihat dan dikategorikan.

45
Begitulah juga bila kita membicarakan tentang cerita jenaka, terutama cerita

jenaka yang terdapat dalam sastera rakyat Melayu. Bagi yang sudah biasa dengan genre

ini, satu gambaran tentang ciri-cirinya sudah terpapar dalam fikiran mereka. Menurut

Raphaelson-West (1989:130), jenaka sebenarnya dapat dikategorikan kepada tiga jenis:

i. Jenaka yang melibatkan penggunaan unsur-unsur linguistik

Corak jenaka seperti ini dikatakan melibatkan penggunaan unsur-unsur linguistik

dan permainan kata.

ii. Jenaka yang berdasarkan kepada sesuatu kebudayaan

Unsur jenaka kebudayaan, lebih berteraskan kepada unsur-unsur yang terdapat

dalam sesuatu budaya. Ianya sukar digarap oleh masyarakat dari kebudayaan yang

lain dan pengalihan unsur jenaka ini adalah sukar dan selalunya tidak berjaya.

iii. Jenaka yang sejagat

Kategori jenaka seperti ini adalah berbentuk agak natural dan biasanya tidak

melibatkan budaya dan mudah difahami.

Berdasarkan kepada tiga kategori di atas, cerita jenaka yang menjadi teks kajian adalah

tergolong dalam kategori dua, iaitu jenaka yang berdasarkan kepada sesuatu

kebudayaan.

46
2.6 Dapatan Kajian Lepas Yang Berkaitan

Pembacaan yang mendalam daripada pelbagai sumber dapat membantu pengkaji

dalam memahami bidang kajiannya. Pembacaan tulisan-tulisan sarjana yang berkaitan

turut menyumbangkan maklumat dan pengetahuan terhadap kajian yang akan

dijalankan.

Pada 1997 Sugeng Hariyanto telah membuat kajian terhadap sebuah novel

berbahasa Jawa yang berjudul Burung-Burung Manyar yang diterjemahkan ke dalam

bahasa Inggeris oleh Thomas M. Hunter. Kajian menunjukkan bahawa novel

terjemahan telah berjaya menyampaikan kesan yang sama seperti novel sumber kepada

pembaca sasaran. Faktor ini telah mendorong Sugeng Hariyanto membuat kajian

lanjutan pada tahun 1999, bagi melihat bagaimana penterjemah berjaya mengalihkan

perkatan yang melibatkan budaya. Dapatan kajian menunjukkan bahawa penterjemah

telah menggunakan teknik penterjemahan sastera, melakukan penambahan dan

pengurangan, penerangan, modulasi, perkatan sinonim dan mencari kesepadanan

budaya. Namun demikian, terdapat juga perkataan yang menggambarkan budaya yang

telah digugurkannya. Pengguguran ini dilakukan penterjemah apabila beliau tidak dapat

mencari kesepadanan serta beranggapan bahawa ianya adalah sesuatu yang tidak

penting. Pengkaji kurang bersetuju dengan tindakan ini dan mencadangkan sekiranya

kesepadanan tidak dapat dicari, maka penerangan bagi menyampaikan maksud sesuatu

budaya mesti dilakukan.

47
Jaafar bin Jambi (2001), misalnya, telah mengkaji sebuah teks karya Soseki

Natsume (1914) berjudul Kokoro yang diterjemahkan dari bahasa Jepun ke bahasa

Melayu oleh Thaiyibah Sulaiman (1996) berjudul Kalbu dari aspek bahasa kiasan.

Dalam kajian ini beliau telah mengenal pasti bahasa kiasan serta strategi yang diambil

oleh penterjemah. Dapatan menunjukkan bahawa versi bahasa Jepun lebih banyak

menggunakan bahasa kiasan berbanding teks terjemahan bahasa Melayu. Strategi utama

penterjemah adalah menterjemah tanpa menggekalkan unsur-unsur atau imej bahasa

kiasan. Pengkaji berpendapat penterjemah tidak sepatutnya mengambil jalan mudah

dengan melenyapkan unsur-unsur atau imej bahasa kiasan teks sumber, sebaliknya perlu

berusaha mencari kesepadanan bahasa kiasan yang terdapat dalam bahasa Melayu

semaksima yang mungkin. Tindakan sebegini akan mendorong kepada penghasilan teks

terjemahan yang seiring dengan teks sumber.

Dalam kajian yang dilakukan oleh Wan Amizah Bt Wan Mahmud (1998) pula,

beliau telah mengupas kaedah penterjemahan sari kata dengan membandingkan dua

bentuk genre rancangan iaitu dokumentari dan komedi semasa (sitcom). Dapatan

menunjukkan terdapat perbezaan antara sarikata keduaa-dua genre tersebut. Di dalam

genre dokumentari didapati bahawa penggunaan ayat adalah lebih formal dan panjang

serta lebih banyak terdapat penggunaan imbuhan, laras dan jargon. Pemindahan makna

yang dilakukan dipengaruhi teks asal dan cenderung mematuhi bahasa sumber. Kaedah

penterjemahan yang digunakan adalah kaedah semantik. Manakala genre komedi lebih

condong kepada bahasa lisan dan kaedah penterjemahan yang digunakan adalah kaedah

penterjemahan komunikatif. Dalam situasi ini pengkaji bersetuju dengan tindakan

penterjemah yang menggunakan dua laras bahasa yang berbeza bagi dua bentuk genre

yang berlainan. Kaedah terjemahan yang dipilih juga bersesuaian dengan genre.
48
BAB TIGA

METODOLOGI KAJIAN

3.0 Pendahuluan

Dalam membuat sesuatu penyelidikan terutamanya dalam mengkaji sesuatu kes,

terdapat beberapa metodologi yang digunakan untuk mencari data-data yang relevan

dan tepat bagi memenuhi kehendak kajian dan menjawab penyataan masalah. Justeru

itu, bab ini membincangkan metodologi yang digunakan untuk mengumpul dan

menganalisis data cerita rakyat, genre cerita jenaka bahasa Melayu yang berjudul Lebai

Malang yang diterjemahkan kepada bahasa Jerman Der UnglcksGeistliche dan Pak

Belalang diterjemahkan sebagai Vater Heuschreck. Kajian ini menganalisis dan

mengklasifikasi aspek budaya yang telah diterjemahkan berdasarkan kepada Teori dan

Teknik Terjemahan oleh Ainon Mohd. dan Adullah Hassan (2005).

Di antara perkara-perkara yang dibincangkan dalam bab ini :

a. Persampelan Data

b. Analisis Data

c. Prosedur Kajian

49
3.1 Persampelan Data

Sampel yang dipilih adalah daripada buku Matahari, koleksi teks terjemahan

sastera Melayu oleh Albert Hoffman, Albert Lehmenkhler, Bert Nentwich, Dagmar

Hahn dan Zaini Zahari yang mengandungi lima belas genre. Pilihan buku ini dibuat

kerana bahasa Jerman semakin diberi perhatian di Malaysia pada masa kini. Tambahan

pula semakin banyak terjemahan sastera bahasa Melayu mendapat tempat di kalangan

penduduk Jerman mahu pun sebaliknya (sila lihat Lampiran 2, m.s 114, terjemahan

surat: Lampiran 1, m.s 113).

Kajian akan dilakukan terhadap dua buah teks dari genre cerita jenaka, iaitu

Lebai Malang dalam bahasa Jerman yang dikenali sebagai Der UnglcksGeistliche

(sila lihat Lampiran 3, m.s 115) dan Pak Belalang yang diterjemahkan sebagai Vater

Heuschreck (sila lihat Lampiran 5, m.s 121).

Pengkaji telah berusaha untuk mendapatkan teks sumber bagi kedua-dua buah

teks sasaran dari pelbagai media. Samada buku-buku sastera Melayu mahu pun laman

web, akhirnya teks sumber iaitu Lebai Malang yang mirip kepada teks sasaran telah

diperolehi dari laman web http://www.ashtech.com.my/cerita rakyat/lebai_malang.html.

(sila lihat Lampiran 4, muka surat 117). Manakala teks sumber Pak Belalang adalah

terlalu sukar untuk diperolehi kerana teks sasaran iaitu Vater Heuschreck

berkemungkinan telah diringkaskan dan sebahagian kandungan cerita asal itu telah

dilenyapkan oleh penterjemah.

50
Maka penulis mendapatkan sebuah teks sumber yang sehampir mungkin dari

laman web http://www.ashtech.com.my/cerita_rakyat/pak_belalang.html (sila lihat

Lampiran 6, m.s 126) dengan mengabaikan sebahagian teks yang dilenyapkan

penterjemah. Pengabaian ini dilakukan kerana plot cerita bukanlah tumpuan kajian

penulis sebaliknya unsur budaya yang menjadi tumpuan pengkaji.

Kedua-dua teks ini menjadi pilihan penulis kerana terdapat pelbagai paparan

kehidupan masyarakat Melayu pada masa dahulu, yang melibatkan cara manusia

berkomunikasi, mengekal dan memperkembangkan pengetahuan mereka tentang

perkara-perkara berhubung dengan kehidupan iaitu unsur budaya (Geetz,1973), yang

menjadi fokus kajian. Cerita Lebai Malang atau terjemahannya Der Unglcks

Geistliche bertemakan kepada seorang Lebai iaitu ahli agama yang sentiasa

dipandang mulia, menjadi contoh dan berperanan penting kepada masyarakat Melayu

beragama Islam.

Sementara Pak Belalang pula seorang ahli nujum negara yang sentiasa bernasib

baik, walau pun pada awalnya telah memulakan peranannya dengan menipu penduduk

kampung. Selain dari menjadi sumber hiburan, sampel-sampel ini juga membawa

makna konotasi yang memerlukan penelitian dan lebih mencabar untuk dilakukan

kajian.

51
3.2 Analisis Data

Data-data yang dikumpul akan dianalisis secara teliti dalam mengenal pasti

aspek budaya yang terdapat dalam teks sumber dan diikuti pula teks sasaran. Aspek-

aspek budaya dari kedua-dua teks ini akan dikeluarkan bagi memudahkan proses

perbandingan. Setiap data yang diambil akan dipaparkan dalam jadual seperti di muka

surat sebelah.

Jadual 3.1: Contoh jadual analisis

Teks Sumber Baris Teks Sasaran Baris No. Ruj.

(Lampiran,m/s) (Lampiran,m/s)

Teks bahasa Melayu merupakan teks sumber dan teks bahasa Jerman dicatatkan

sebagai teks sasaran. Bagi memudahkan analisis, setiap aspek budaya iaitu setiap data

akan diberikan nombor rujukan untuk memudahkan analisis. Pengkaji akan

menggunakan singkatan LM untuk teks Der Unglcks-Geistliche (Lebai Malang) dan

berikan nombor untuk setiap unsur budaya, contohnya LM 01. Manakala teks Vater

Heuschreck (Pak Belalang) diberi nombor rujukan PB 01.

Data yang menjadi kajian adalah terjemahan yang mencerminkan aspek budaya.

Seterusnya, aspek ini akan dianalisis dan diklasifikasikan mengikut teknik terjemahan

52
budaya berdasarkan pandangan Ainon Mohd dan Adullah Hassan dalam Teori dan

Teknik Terjemahan (2005), iaitu samada :

a. Unsur budaya itu dikekalkan

b. Unsur budaya itu dihilangkan

c. Unsur budaya itu disesuaikan semula

Setelah itu barulah diberikan ulasan-ulasan dan cadangan yang relevan, terhadap

faktor-faktor yang mungkin mempengaruhi penterjemahan aspek budaya dalam teks

sasaran. Akhir sekali berdasarkan penelitian dan analisis, komen dan kesimpulan akan

diberikan terhadap keberkesanan penyampaian mesej berdasarkan teknik terjemahan

budaya yang digunakan oleh penterjemah.

3.3 Prosedur Kajian

Secara amnya kajian ini menggunakan kaedah penelitian yang tertumpu

terhadap teks yang dipilih. Melalui kaedah perpustakaan, rujukan akan dilakukan

terhadap buku-buku berkaitan iaitu teks asal atau teks sumber, teks sasaran, aspek-aspek

budaya, sastera rakyat Melayu, kamus, majalah, karya-karya terjemahan, laman web

dan tesis. Terdapat tiga peringkat dalam prosedur kajian ini iatu :

i. Pemilihan teks

ii. Menganalisis teks

iii. Rumusan

53
i. Pemilihan Teks

Langkah-langkah yang diambil adalah seperti berikut :

a. Mengenal pasti teks terjemahan dan membuat pilihan.

Bidang terjemahan telah menarik minat penulis untuk melakukan kajian.

Sebagai seorang guru bahasa Jerman, penulis membuat keputusan untuk

memberi tumpuan terhadap teks yang melibatkan bahasa Melayu dan bahasa

Jerman. Maka penulis memulakan langkah dengan melakukan pembacaan dan

penelitian terhadap teks-teks terjemahan bahasa Jerman yang terdapat di

Malaysia. Akhirnya penulis mendapati buku koleksi sastera Melayu yang

berjudul Matahari, diterbitkan pada 1996 oleh Albert Hoffman begitu menarik

untuk dikaji.

Penelitian terhadap teks-teks sastera yang terdapat di dalam koleksi buku

Matahari dilakukan dengan teliti, kerana ianya mengandungi lima belas genre.

Setelah diteliti, penulis mendapati bahawa genre cerita jenaka begitu menarik

untuk dikaji kerana ianya merupakan salah satu bentuk sastera yang terkenal

serta berperanan menyampaikan mesej tertentu megenai masyarakat dahulu.

Plot, watak, latar belakang serta unsur budaya yang terkandung di dalam genre

ini juga begitu menarik untuk dikaji. Maka pemilihan dua buah teks dari genre

cerita jenaka iaitu Lebai Malang dan Pak Belalang yang diterjemahkan dibuat.

b. Mengenal pasti teks sumber yang menjadi sampel terjemahan.

Setelah diteliti teks sasaran dengan terperinci, maka pengkaji pun mencari teks

sumber dari pelbagai media, samada dari buku-buku sastera mahu pun laman

54
web. Pengkaji mencari teks sumber yang sehampir mungkin dengan teks

sasaran, dan akhirnya memperolehi teks dari laman web

http://www.ashtech.com.my/cerita_rakyat/lebai_malang.html (sila lihat

Lampiran 4, m.s 117) untuk teks Der Unglcks-Geistliche (Lebai Malang).

Manakala teks sumber bagi Vater Heuschreck iaitu Pak Belalang diperolehi dari

http://www.ashtech.com.my/cerita_rakyat/pak_belalang.html (sila lihat

Lampiran 6, m.s 126), dengan mengabaikan sebahagian daripada kandungan

cerita yang dilenyapkan oleh penterjemah.

c. Melakukan perbandingan antara teks sumber dan teks sasaran

Setelah memperolehi teks sumber Lebai Malang dan Der Unglcks-Geistliche

sebagai teks sasaran, iaitu sampel yang pertama maka teks kajian kedua Pak

Belalang sebagai teks sumber dan Vater Heuschreck teks sasaran pula adalah

sebagai sampel kedua, maka perbandingan antara teks sumber dan teks sasaran

bagi kedua-dua sampel dari aspek budaya pun dilakukan.

ii. Menganalisis Data

Pada tahap ini ianya melibatkan analisis teks seperti berikut :

a. Penelitian dan analisis dibuat ke atas teks sumber dan teks sasaran dengan

memberi fokus kepada aspek budaya.

b. Membandingkan dan mengenal pasti bagaimana aspek budaya dari teks sumber

diterjemahkan atau dipindahkan ke teks sasaran.

55
c. Mengklasifikasikan teknik terjemahan budaya yang dilakukan oleh penterjemah

berdasarkan teknik terjemahan budaya mengikut pandangan Ainon Mohd dan

Adullah Hassan dalam Teori dan Teknik Terjemahan (2005), iaitu :

i. Unsur budaya itu dikekalkan

ii. Unsur budaya itu dihilangkan

iii. Unsur budaya itu disesuaikan semula

d. Mengesan faktor-faktor yang mungkin mempengaruhi penterjemah dalam

penggunaan sesuatu teknik pengalihan budaya.

e. Mengesan permasalahan yang mungkin timbul semasa penterjemahan teks

dilakukan.

iii. Rumusan

Pengkaji akan merumus teknik terjemahan aspek budaya yang digunapakai oleh

penterjemah berdasarkan pandangan Ainon Mohd dan Adullah Hassan dalam Teori

dan Teknik Terjemahan (2005) serta melihat hubung kaitnya dan keberkesanan

teknik yang dipilih dalam usaha untuk menyampaikan mesej teks sumber secara

amnya. Selain itu penulis juga akan meneliti samada aspek budaya menimbulkan

masalah dalam terjemahan teks sastera yang melibatkan dua bahasa dari rumpun

yang berbeza ini. Berdasarkan penelitian serta kajian yang dibuat penulis akan

merumuskan samada teks terjemahan ini mampu atau dapat memainkan peranan

seperti teks sumber.

56
Sebagai rumusan, di bawah ini dipaparkan carta aliran prosedur kajian penulis :

Penyataan Masalah

Pilihan Teks

Analisis Data

Mengkategorikan

Kesimpulan

Carta 3.1: Carta aliran prosedur kajian

3.4 Kesimpulan

Bab ini menghurai dan menerangkan mengenai tatacara rangka kajian yang akan

digunakan dalam kajian ini. Berlandaskan rangka kajian inilah penulis akan melakukan

kajian terperinci ke atas dua buah teks iaitu Der Unglcks-Geistliche (Lebai Malang)

dan Vater Heuschreck (Pak Belalang) dari genre cerita jenaka. Kajian ini memberi

fokus kepada aspek budaya dari teks sumber iaitu teks bahasa Melayu yang

diterjemahkan atau dialihkan kepada bahasa sasaran, bahasa Jerman. Dapatan kajian

serta rumusannya akan dibincangkan di dalam bab berikut bagi menjelaskan dapatan

daripada kajian yang dijalankan.

57
BAB EMPAT

ANALISIS DAN PENEMUAN

4.0 Pendahuluan

Budaya merupakan identiti sesebuah masyarakat dan bahasa pula merupakan

indeks kepada budaya. Oleh itu bahasa yang digunakan akan menggambarkan budaya.

Oleh itu sesuatu cerita rakyat yang menjadi lambang sesebuah masyarakat sudah tentu

memaparkan aspek budaya masyarakat tersebut. Seorang penterjemah yang baik selain

harus menguasai bahasa sumber dan bahasa sasaran, juga harus memahami konteks

karya yang akan diterjemahkan. Ini adalah kerana penterjemahan bukanlah sekadar

pengalihan bahasa sahaja, sebaliknya ianya turut melibatkan hal-hal kebudayaan (Ainon

Mohd dan Abdullah Hasssan, 2005). Padanan kebudayaan antara bahasa sumber dengan

bahasa sasaran perlu dicari bagi meningkatkan kefahaman pembaca sasaran iaitu teks

terjemahan serta melahirkan kesan pembacaan yang sehampir.

Apabila penterjemahan melibatkan teks sastera, persoalan budaya merupakan

sesuatu yang tidak boleh diabaikan. Pada amnya plot, latar, bahasa, watak dan

sebagainya memainkan peranan penting sebagai lambang dan mewakili sesebuah

masyarakat yang juga membantu bagi mewujudkan kesan yang baik serta

menyampaikan mesej sesuatu cerita itu. Oleh itu pengkaji ingin meneliti bagaimanakah

pengalihan unsur budaya dilakukan oleh penterjemah yang turut menyumbang kepada

58
penyampaian mesej cerita. Berlandaskan kepada objektif inilah kajian yang terperinci

akan dilakukan oleh penulis.

4.1 Analisis Kaedah Menterjemahkan Unsur Budaya

Dalam kajian ini, analisis terperinci terhadap aspek budaya dari kedua-dua buah

teks yang telah dipilih iaitu Der Unglcks-Geistliche (Lebai Malang) dan Vater

Heuschreck (Pak Belalang) akan dilakukan berdasarkan teknik terjemahan budaya

mengikut pandangan Ainon Mohd dan Adullah Hassan dalam Teori dan Teknik

Terjemahan (2005), seperti yang telah dibincangkan dalam Bab Dua, iaitu:

a. Unsur budaya itu dikekalkan

b. Unsur budaya itu dihilangkan

c. Unsur budaya itu disesuaikan semula

4.1.1 Unsur Budaya Dikekalkan

Dalam teknik ini, unsur budaya akan dikekalkan dalam teks terjemahan. Walau

bagaimanapun teknik mengekalkan unsur budaya asing dalam terjemahan adalah teknik

yang banyak kelemahannya (Ainon Mohd dan Abdullah Hasssan, 2005). Penterjemah

akan cuba mengekalkan unsur budaya teks sumber walaupun gambaran sebenar

pengekalan budaya tidak membantu pembaca teks sasaran. Apatah lagi apabila

penterjemah sendiri tidak menitikberat keberkesanan pengalihan sesuatu unsur budaya.

Penterjemah hanya sekadar menterjemahkannya sahaja tanpa sebarang gambaran

mahupun penerangan. Keadaan ini akan menjadi lebih sukar lagi sekiranya ia

melibatkan dua bahasa dari rumpun yang berbeza. Ini adalah kerana jurang perbezaan
59
budaya yang tinggi, yang mana boleh mengakibatkan timbulnya kekeliruan kepada

pembaca teks sasaran. Lantas akan menyebabkan teks sasaran yang dihasilkan tidak

sepadan dengan kualiti teks sumber. Penerangan yang terperinci telah dilakukan dalam

Bab Dua (sila lihat m.s 39).

4.1.1.1 Der Unglcks-Geistliche (Lebai Malang)

Dalam sastera rakyat Melayu Lebai Malang iaitu tajuk cerita yang dijadikan

sumber kajian ini apabila dibaca atau didengar oleh pembaca sumber, maka wujud suatu

persepsi atau gambaran umum mengenai tema cerita. Menurut Kamus Dewan lebai

bermaksud orang yang mengetahui tentang agama. Dari itu sudah tentulah tema cerita

ini berkisar mengenai seorang yang dihormati di kalangan masyarakat. Persoalannya,

kenapa lebai ini digelar Lebai Malang. Secara tidak langsung pembaca akan membuat

andaian kemungkinan Lebai ini sering ditimpa malang.

Penterjemah telah menterjemah tajuk cerita Lebai Malang kepada Der

Unglcks-Geistliche, walau bagaimanapun tajuk ini tidak digunakan oleh penterjemah

dalam perkembangan watak teks terjemahan, malah ianya telah dilenyapkan terus oleh

penterjemah, sebaliknya perkataan Pak Lebai dalam teks sasaran dikekalkan dengan

hanya melakukan perubahan ejaan seperti di bawah :

Jadual 4.1: Analisis 1

Teks Sumber Baris Teks Sasaran Baris No. Ruj.

(Lampiran 4, m/s 117) (Lampiran 3, m/s 115)

Pak Lebai 06 Pa Lebai 07 LM 01

60
Dapatkah pembaca sasaran mengaitkan panggilan Pa Lebai ini semasa

mendalami atau mengikuti perkembangan cerita ini, yang merupakan watak utama

dalam cerita yang berperanan mengaitkan latar serta plot cerita dalam mewujudkan

kesan pengajaran kepada pendengar atau pun pembaca. Pada pendapat pengkaji adalah

terlalu sukar untuk mendapatkan pembaca yang prihatin terhadap isu-isu sebegini,

melainkan teks terjemahan diterjemahkan dengan satu kaedah yang memerlukan

pembaca sering mengaitkan situasi dengan penerangan awal yang terdapat pada tajuk

cerita ini. Penterjemah mengekalkan unsur ini tanpa menghuraikan keberkesanannya,

dan menyebabkan terjemahan ini banyak kelemahannya.

Selain itu penterjemahan perkataan tikar telah diterjemah dengan tepat sebagai

Matte. Yang menjadi persoalan di sini adakah penterjemahan yang tepat ini dapat

juga menyampaikan mesej yang tepat kepada pembaca sasaran dalam situasi ini.

Pengkaji berpendapat pembaca sasaran tidak mungkin dapat memahami unsur budaya

sebegini. Apakah fungsi tikar itu, serta apakah gambaran tikar yang tercetus dalam

minda pembaca teks sasaran ini berdasarkan pandangan dunia mereka. Dalam situasi

begini, penterjemah telah cuba sedaya upaya mengekalkan unsur budaya ini tanpa

menghiraukan aspek keberkesanannya. Tindakan penterjemah mengekalkan unsur

budaya ini, berkemungkinan kerana terdapat kesepadanan perkataan dalam bahasa

Jerman serta bersikap cuba mengekalkan budaya bahasa sumber dalam teks sasaran,

walaupun ianya tidak memberi kesan yang baik terhadap pengalihan budaya.

61
Jadual 4.2: Analisis 2

Teks Sumber Baris Teks Sasaran Baris No. Ruj.

(Lampiran 4, m/s 117) (Lampiran 3, m/s 115)

dan tikar 21 und eine Matte 12 LM 02

4.1.1.2 Vater Heuschreck (Pak Belalang)

Teks terjemahan Vater Heuschreck (Pak Belalang) juga didapati mempunyai

unsur budaya dari teks sumber iaitu Pak Belalang yang dikekalkan oleh penterjemah.

Contohnya:

Jadual 4.3: Analisis 3

Teks Sumber Baris Teks Sasaran Baris No. Ruj.

(Lampiran 6, m/s 126) (Lampiran 5, m/s 121)

Pak Belalang pun 26-27 Als die Leute bei Vater 2-3 PB 01

mengambil kertas yang Heuschreck saen, holte

buruk, ditulisnya bagai jener ein Blatt Papier,

bekas cakar ayam Kritzelte allerlei

sahaja Krhenfe darauf

62
Simpulan bahasa yang digunakan adalah cakar ayam, yang bermaksud tulisan

yang buruk dan secara kebetulan terdapat persamaan dengan bahasa Jerman iaitu

Krhenfe juga membawa maksud tulisan yang buruk. Namun demikian Krhen

bermaksud gagak dan fe pula adalah kaki (kaki gagak). Ini menunujukkan bahawa

penterjemah telah sedaya upaya cuba mencari kesepadanan dalam usaha menterjemah

teks ini. Simpulan bahasa juga melambangkan betapa budaya masyarakat Melayu

begitu berhati-hati dalam membuat teguran kepada seseorang agar tidak tersinggung.

Memandangkan terdapat kesamaan, maka penterjemah tidak mensia-siakan unsur

kesamaan ini dan telah mengaplikasikannya ke dalam teks sasaran. Pada pendapat saya

berkemungkinan sekali simpulan bahasa dalam masyarakat Jerman turut memainkan

peranan yang sama seperti masyarakat Melayu.

Dalam usaha mengekalkan jalan cerita agar berkembang dan difahami dengan

baik, penterjemah telah mengekalkan satu unsur budaya yang kelihatan seolah-olah

bunyi semulajadi. Pengkaji berpendapat bahawa unsur ini merupakan sesuatu yang

mengelirukan dan terlalu sukar untuk pembaca sasaran menggarapkannya. Contohnya :

Jadual 4.4: Analisis 4

Teks Sumber Baris Teks Sasaran Baris No.

(Lampiran 6, m/s 129 ) (Lampiran 5, m/s 122 ) Ruj.

direndangnya sebiji-biji , 18 Einen Teig nach dem 22- PB

maka berbunyilah roti itu kena anderen lie sie in den 23 02

minyak di dalam kuali, chur Kessel mit l fallen. Tschur

bunyinya machten der ersten Kuchen..

63
Setelah teks sasaran seperti di atas dihasilkan, penerangan ringkas dalam bahasa

Jerman : Im Malaiischen heit Dieb nmlich pentschuri (Lampiran 5, Baris: 24 - 25,

m.s 122) dilakukan. Tindakan ini adalah untuk menunjukkan bunyi perkataan pencuri

dalam bahasa Melayu itu, berkaitan dengan bunyi roti yang direndang chur. Selain itu

pengkaji juga berpendapat bahawa penterjemah cuba untuk mengembangkan plot cerita

sama seperti teks sumber. Justeru itu langkah mengekalkan bunyi chur dibuat dengan

hanya melakukan perubahan ejaan menjadi Tschur. Pengekalan ini kelihatan hanya

seperti percubaan untuk mengekalkan bunyi sahaja. Namun demikian apabila diteliti,

didapati bahawa ianya menggambarkan cara masakan masyarakat Melayu tradisi. Ini

membuktikan terdapat pengekalan unsur budaya, walaupun ianya tidak menjurus

kepada penghasilan penterjemahan yang berkesan dalam usaha menghasilkan teks

sasaran yang berkualiti.

4.1.2 Unsur Budaya Dihilangkan

Mengikut kaedah ini unsur budaya digantikan dengan perkataan yang

menerangkan makna sebenar. Kaedah ini sesuai apabila terdapat unsur-unsur

pertentangan nilai budaya (Ainon Mohd dan Abdullah Hasssan, 2005). Perbincangan

yang terperinci berhubung dengan unsur budaya yang dihilangkan telah pun dilakukan

dalam Bab Dua (sila lihat m.s 40).

64
4.1.2.1 Der Unglcks-Geistliche (Lebai Malang)

Jadual 4.5: Analisis 5

Teks Sumber Baris Teks Sasaran Baris No. Ruj.

(Lampiran 4, m/s 117) (Lampiran 3, m/s 115)

kenduri berkhatam 07-08 Feier der Beendingung 03 LM 03

pengajian seiner Schulstudien

Terjemahan di atas membuktikan kepada kita bahawa penterjemah melakukan

suatu terjemahan yang telah mengakibatkan percanggahan maksud sebenar teks sumber.

Berkhatam menurut Kamus Dewan Bahasa ialah pengajian (Quran) tamat kajian

(bacaan Quran). Apa yang dimaksudkan dalam teks sumber adalah suatu majlis

diadakan sebagai tanda seseorang Islam telah tamat membaca Al-Quran. Manakala

dalam teks terjemahan ianya telah dinyatakan sebagai sebuah majlis meraikan tamat

belajar. Berkemungkinan penterjemah tidak dapat membezakan perkataan pengajian

antara tamat sekolah dan tamat mengaji Al-Quran, atau mungkin penterjemah tidak

dapat mencari suatu kesepadanan kepada perkataan ini dengan bahasa sasaran.

Pilihan perkataan yang menyampaikan makna adalah amat penting, dan

sekiranya ianya tidak dapat dilakukan, adalah lebih baik sekiranya penterjemah

membuat sedikit catatan mengenai majlis berkhatam, bagi menjelaskan maksudnya itu

daripada mengambil jalan pintas. Penterjemahan yang dilakukan bukan saja terpesong

maksud asal, malah turut menghilangkan koheren teks terjemahan. Pembaca teks

65
sasaran tidak dapat menghubungkait peranan seorang Lebai dengan majlis tersebut,

yang turut memberi kesan kepada plot serta watak teks sasaran.

Menurut Ainon Mohd dan Abdullah Hassan (2005), proses komunikasi tidak

boleh dikaji terpisah daripada konteks masyarakat, kerana ini akan menghilangkan

maksud sebenar sesuatu teks itu. Dari itu penterjemah seharusnya mencari kaedah yang

dapat menyampaikan mesej tersebut dengan lebih berkesan tanpa melenyapkan unsur

budaya.

Pada masa dahulu jarak atau jangka masa sesuatu peristiwa sering dikaitkan

dengan situasi-situasi tertentu seperti sepuntung rokok, setanak nasi dan lain-lain lagi,

iaitu membandingkan sesuatu perbuatan yang mengambil masa dengan situasi tertentu.

Dalam teks sumber, unsur sebegini yang menunjukkan jangka masa seperti di atas turut

digunakan :

Jadual 4.6: Analisis 6

Teks Sumber Baris Teks Sasaran Baris No. Ruj.

(Lampiran 4, m/s 117) (Lampiran 3, m/s 115 )

hingga beralih 14 jeder wartete und 06-07 LM 04

matahari wartete

66
Penterjemahan hingga beralih matahari merupakan suatu jangka masa

yang sangat panjang telah digantikan dengan jeder wartete und wartete yang

bermaksud menunggu-nunggu. Terjemahan begini tentulah menyebabkan pembaca

teks sasaran tidak dapat membayangkan bahawa penantian jemputan dan tuan rumah

terhadap Pak Lebai adalah melibatkan suatu tempoh masa yang sangat panjang yang

juga merupakan suatu unsur budaya dalam masyarakat Melayu. Justeru, ianya tidak

dapat menggambarkan kepentingan atau kedudukan Pak Lebai, yang sudah menjadi

suatu kemestian dalam budaya masyarakat Melayu ketika menyambut sesuatu majlis,

terutamanya majlis keagamaan.

Penulis berpendapat sudah tentu pembaca teks terjemahan tidak akan dapat

menggambarkan juga gaya hidup masyarakat Melayu yang beragama Islam pada ketika

itu yang memberikan penghormatan yang tinggi terhadap seseorang yang tinggi

pendidikan keagamaannya. Dalam hal ini, penterjemah telah menghilangkan unsur

budaya dan menggantikannya dengan perkataan lain.

Kadang kala seseorang penterjemah cuba menyiapkan hasil terjemahan dengan

jalan yang mudah dan cepat tanpa memikirkan atau mempertimbangkan mutu atau hasil

terjemahannya. Dari itu pelbagai jalan pintas diambil dalam menyiapkan kerja-kerja

terjemahannya. Apabila diteliti teks terjemahan ini, didapati penterjemah cuba

mempermudahkan terjemahannya dengan cara membuat kesimpulan kepada sesuatu

situasi itu, contohnya :

67
Jadual 4.7: Analisis 7

Teks Sumber Baris Teks Sasaran Baris No. Ruj.

(Lampiran 4, m/s 117) (Lampiran 3, m/s 115)

yang mati pun 14-15 der Tote ohne 07-08 LM 05

dimandikan serta ihn begraben

disembahyangkan

lalu ditanamkan

berkhatam itu pun 15 der Knabe Feierte 08 LM 06

dikhatamkan sein Fest ohne ihn

oranglah

Unsur budaya (LM 05) teks sumber baris 14 hingga 15 telah diterjemahkan

dengan hanya menyatakan der Tote ohne ihn begraben yang bermaksud

simati dikebumikan tanpanya (LM 05). Manakala unsur budaya LM 06 bermaksud

kanak-kanak lelaki itu meraikan majlisnya tanpanya. Teks sasaran LM 17 (sila lihat

m.s 115) diterjemahkan kepada perhimpunan sembahyang itu diadakan tanpa

kehadirannya ( ohne seine Anwesenheit). Jika diteliti, ketiga-tiga ayat di atas

telah diterjemahkan sebagai tanpa kehadirannya.

68
Pada pendapat pengkaji penterjemah mengambil suatu jalan singkat dengan

mengabaikan ikon Pak Lebai yang amat memainkan peranan penting dalam

masyarakat Melayu beragama Islam, yang turut merupakan watak penting kepada

cerita tersebut. Terjemahan sebegini sudah tentu menyebabkan pembaca tidak sedar

atau mungkin tidak tahu langsung hubungkait antara peranan watak dalam situasi

tersebut. Persoalan yang mungkin timbul, Kenapa semua majlis itu begitu memerlukan

kehadirannya?

Selain ikon watak utama diabaikan, penterjemah juga telah menggugurkan

perkara-perkara yang berkaitan dengan agama Islam, contohnya proses pengurusan

jenazah, yang mati pun dimandikan serta disembahyangkan lalu ditanamkan .

Proses pengurusan jenazah antara dua agama dan budaya yang berbeza, tentulah

berlainan sama sekali. Dari itu mungkinkah ianya dapat memberikan kesan yang sama

seperti teks sumber apabila hanya diterjemahkan yang mati pun dikebumikan

tanpanya, di dalam masyarakat yang beragama Islam pengurusan jenazah biasanya

akan diambil alih oleh Pak Lebai yang merupakan seorang yang dihormati, dipercayai

dan mempunyai keupayaan.

Pengkaji berpendapat penterjemah telah mengambil jalan yang singkat dan

mudah dalam menghasilkan teks sasaran tanpa memikirkan kesan peranan watak utama

itu dengan menghilangkan unsur budaya. Sebaliknya terjemahan boleh dilakukan

dengan mencari kesepadanan dengan budaya masyarakat bahasa sasaran yang

majoritinya beragama Kristian, kerana mereka juga mempunyai cara tertentu dan orang

tertentu dalam menguruskan kematian. Dengan teknik ini, pengkaji berpendapat bahawa

makna konotasi dapat diwujudkan kepada watak utama itu, seandainya penterjemah
69
mahu mengekalkan unsur-unsur budaya asal. Menurut Ainon Mohd dan Abdullah

Hassan (2005), terjemahan yang baik mesti memberitahu pembaca bahawa dia sedang

membaca berkenaan orang, benda, perkara dan budaya asing. Oleh itu bagi memastikan

perkara ini, unsur-unsur budaya asal wajib dikekalkan, dengan melakukan sedikit

penyesuaian seperti penerangan ringkas dan bukanlah dengan cara unsur budaya itu

dilenyapkan.

Masyarakat Melayu pada masa silam begitu kaya dengan penjodoh bilangannya

dan sehingga kini ianya masih diguna pakai. Penjodoh bilangan ini secara tidak

langsung menggambarkan budaya masyarakat Melayu yang begitu prihatin terhadap

ukuran dan mahu menghasilkan sesuatu ukuran dengan tepat, jujur dan ikhlas dalam

berurusan walau pun tiada alat pengukur pada ketika itu. Oleh itu timbullah ukuran-

ukuran seperti secupak, seikat, setandan, setali dan sebagainya dan unsur sebegini telah

juga diterapkan dalam teks sumber ini. Sayangnya kehalusan bahasa Melayu yang

menggambarkan sifat kejujuran dan keperhatinan ini telah diabaikan oleh penterjemah

yang sepatutnya difahaminya kerana beliau pernah tinggal bersama masyarakat Melayu

pada suatu ketika dulu. Akibatnya penterjemahan begini telah dihasilkannya :

Jadual 4.8: Analisis 8

Teks Sumber Baris Teks Sasaran Baris No. Ruj.

(Lampiran 4, m/s 117) (Lampiran 3, m/s 115)

secupak daging, 22-23 Fleisch,Kokonsse 13-14 LM 07

serta kelapa setali dan und Reis

kampit beras satu

70
Penterjemah hanya menyatakan daging, kelapa dan beras sahaja. Unsur budaya ini

dihilangkan oleh penterjemah.

Agama Islam yang menjadi teras kehidupan masyarakat Melayu tidak dapat

dipisahkan lagi dengan gaya hidup dan amalan Nabi Muhammad SAW serta suruhan

dan perintah Allah SWT. Maka teks sumber ini turut memasukkan perkara-perkara yang

melibatkan hal keagamaan seperti sabda junjungan yang bermaksud bahawa ianya

adalah suatu perkara yang wajib dilakukan dan disampaikan sendiri oleh pesuruh Allah.

Pengkaji berpendapat unsur sebegini adalah tidak mustahil untuk diterjemahkan oleh

penterjemah kerana masyarakat pembaca teks sasaran mampu untuk memahaminya.

Mengapakah penterjemah telah mengabaikannya? Adakah mungkin kerana penterjemah

tidak mahu melibatkan atau menerapkan hal keagamaan sebegini dalam teks

terjemahannnya. Akibatnya terjemahan sebegini dilakukannya :

Jadual 4.9: Analisis 9

Teks Sumber Baris Teks Sasaran Baris No. Ruj.

(Lampiran 4, m/s 118) (Lampiran 3, m/s 115)

sabda junjungan 01 Die Plicht rief ihn 15 LM 08

dahulukan kerja wajib jedoch zu dem Toten

daripada kerja-kerja

yang lain

71
Unsur budaya LM 08 yang diterjemahkan kepada Die Plicht bermaksud

kewajiban membawanya kepada kematian. Perkataan sabda junjungan itu telah

dihilangkan. Penggantian yang dilakukan adalah tidak munasabah, ini berkemungkinan

penterjemah cuba untuk tidak menggunakan unsur-unsur keagamaan dalam

penterjemahannya. Ini adalah sesuatu yang amat bertentangan dengan masyarakat

Melayu yang segala tindak-tanduk tidak dapat dipisahkan daripada pegangan agama

mereka.

Masyarakat Melayu banyak menggunakan bahasa halus dan indah dalam

pertuturan. Dari itu timbullah ungkapan, peribahasa, simpulan bahasa dan sebagainya.

Kehalusan bahasa ini juga menjadi lambang atau menggambarkan pandangan hidup

masyarakat Melayu sendiri dalam menyampaikan sesuatu mesej atau sindiran secara

halus. Maka unsur sebegini juga digunakan dalam teks sumber yang telah diabaikan

atau dilenyapkan oleh penterjemah dalam menghasilkan teks sasaran.

Jadual 4.10: Analisis 10

Teks Sumber Baris Teks Sasaran Baris No. Ruj.

(Lampiran 4, m/s 119) (Lampiran 3, m/s 115)

putihlah matanya 24 - - LM 09

Bahasa-bahasa puitis yang menggambarkan kesenian dan kehalusan bukan sahaja pada

bahasa Melayu malah masyarakat yang menggunakannya juga telah diabaikan oleh

penterjemah. Dalam konteks ini pantun yang terdapat dalam teks sumber tidak

diterjemahkan, sebaliknya dilenyapkannya.

72
Jadual 4.11: Analisis 11

Teks Sumber Baris Teks Sasaran Baris No.

(Lampiran 4, m/s 120) (Lampiran 3, m/s 115) Ruj.

Lebai nasib langkahan malang 10-13 - - LM 10

Kehulu hilir penat berulang

Celaka sial bedebah jembalang

Pakaian dibuang bertelanjang

pulang

Selain itu syair yang terdapat dalam teks sumber turut diabaikan dalam teks sasaran.

Jadual 4.12: Analisis 12

Teks Sumber Baris Teks Sasaran Baris No. Ruj.

(Lampiran 4, m/s 120) (Lampiran 3, m/s 115)

Ayuhai nasib fikir miskin, 17-24 - - LM 11

Dapat sedekah sebungkus

lempeng ,

Habis hilang baju dan kain,

Penganan habis dibaham

anjing.

73
4.1.2.2 Vater Heuschreck (Pak Belalang)

Setelah meneliti teks Lebai Malang, didapati terdapat juga unsur-unsur budaya

dalam teks Pak Belalang yang turut dihilangkan.

Jadual 4.13: Analisis 13

Teks Sumber Baris Teks Sasaran Baris No.

(Lampiran 6, m/s 126) (Lampiran 5, m/s 121 ) Ruj.

Maka kata Pak Belalang, 22-23 ,,Geh hinber zu diesen 14-18 PB 03

pada fikiranku pergilah Bauern und entfhre,

anakku sembunyikan ihnen heimlich die

kerbau orang yang Bffel. Verstecke sie im

menenggala di bendang Wald!

itu barang dua ekor,

Dari contoh di atas jelas menunjukkan kepada kita perkataan menenggala di

bendang hanya digantikan dengan Bauern yang bermaksud petani, ini tentulah tidak

menampakkan kepada pembaca teks sasaran bagaimana cara masyarakat petani Melayu

pada masa dahulu mengerjakan sawah atau bendang mereka. Apatah lagi untuk

mengaitkan kehilangan kerbau yang membantu petani dan sebagai penggerak utama

untuk kerja-kerja menenggala dengan plot cerita.

74
Jadual 4.14: Analisis 14

Teks Sumber Baris Teks Sasaran Baris No. Ruj.

(Lampiran 6, m/s 127) (Lampiran 5, m/s 122)

pada ketika itu Pak 23 - - PB 04

Belalang pun ada di rumah

sedang memegang gobek...

beras, padi, tembakau, 09 mit Reis, Tabak und - PB 06

gambir, ikan Fischen im Wert

Menurut Kamus Dewan gobek adalah merupakan sejenis alat (seperti takung kecil)

digunakan untuk melumatkan sireh. Manakala gambir pula ialah benda yang

diperbuat daripada daun gambir untuk dimakan dengan sireh dan pinang.

Memandangkan bahawa kedua-duanya tidak diterjemahkan, dapat disimpulkan bahawa

kedua-dua bahan yang digunakan untuk memakan sireh telah dilenyapkan oleh

penterjemah, ini berkemungkinan kerana budaya makan sireh tiada dalam budaya

pembaca sasaran, dari itu adalah terlalu sukar untuk penterjemah menterjemahkannya

kepada pembaca teks sasaran.

75
Jadual 4.15: Analisis 15

Teks Sumber Baris Teks Sasaran Baris No. Ruj.

(Lampiran 6, m/s 129) (Lampiran 5, m/s 121)

Insyaallah taala, 06-07 - - PB 06

berkat dengan tinggi

daulat

Sekali lagi seperti dalam teks Lebai Malang penterjemah mengambil tindakan

yang sama kepada teks Pak Belalang dengan mengabaikan unsur keagamaan yang

terdapat dalam teks sumber, mungkin tiada perkataan yang sesuai untuk

menggantikannya dan mungkin juga penterjemah tidak mahu memasukkan perkara-

perkara yang melibatkan keagamaan yang begitu sensitif, walau pun ini amat

bertentangan dengan budaya masyarakat Melayu di mana agama menjadi titik tolak

dalam segala hal kehidupan.

4.1.3 Unsur Budaya Disesuaikan Semula

Ada ketikanya sesuatu istilah yang digunakan seolah-olah mempunyai

padanannya atau mungkin disamaertikan dalam bahasa yang diterjemahkan. Namun

demikian pada hakikatnya ia berbeza antara satu sama lain. Perbezaan ini terletak pada

latar belakang sesuatu budaya itu. Oleh sebab itu adalah lebih baik sesuatu konsep

diterjemahkan dengan melakukan penyesuaian budaya bahasa sasaran (Ainon Mohd

76
dan Abdullah Hasssan, 2005). Penerangan yang terperinci telah dilakukan dalam Bab

Dua (sila lihat m.s 41).

4.1.3.1 Der Unglcks-Geistliche (Lebai Malang)

Lebai Malang iaitu teks dari sastera rakyat Melayu yang dijadikan sumber

kajian, merupakan sebuah cerita yang berkisar tentang seorang lebai yang sentiasa

ditimpa malang atas segala tindak-tanduk yang diambilnya. Lebai adalah merupakan

seseorang yang dihormati dalam masyarakat kerana pengetahuan agamanya dan

sentiasa menjadi rujukkan dan sering bertindak sebagai penasihat dalam sesuatu hal.

Penterjemahan tajuk ini telah dilakukan secara literal (terus) dengan

menggunakan: Lebai Malang Der Unglcks - Geistliche

Jadual 4.16: Analisis 16

Teks Sumber Baris Teks Sasaran Baris No. Ruj.

(Lampiran 4, m/s 117) (Lampiran 3, m/s 115)

Lebai Malang 00 Der Unglcks Geistliche 00 LM 12

Der Unglck bermaksud seorang lelaki yang malang. Manakala Geistliche

pula adalah seorang paderi. Dalam situasi ini walau pun pengalihan yang di lakukan

tidak tepat, namun satu kaitan yang baik dapat mengambarkan watak Lebai Malang

dengan jelas kepada pembaca sasaran.

77
Jadual 4.17: Analisis 17

Teks Sumber Baris Teks Sasaran Baris No. Ruj.

(Lampiran 4, m/s 117) (Lampiran 3, m/s 116)

tentulah kenyang 24 Der Gastgeber 1 LM 13

makan lempeng berreichte ihm jedoch

penganan ein Pckchen mit

Kuchen

Pada baris ke 24 (LM 13) teks sumber, Pak Lebai menyatakan bahawa dia akan

kenyang makan lempeng. Lempeng menurut Kamus Dewan Bahasa adalah sejenis

kuih yang pipih dan tipis (yang diperbuat daripada tepung beras dan lain-lain lagi).

Sebaliknya telah diterjemah menjadi Kchen yag bermaksud kek yang merupakan

sejenis makanan lain. Dari itu sudah tentulah pembaca sasaran tidak mengesan

terdapatnya perbezaan makanan antara kedua-dua masyarakat, unsur beginilah yang

menerangkan secara tidak langsung akan budaya dan gaya hidup masyarakat teks

sumber. Penterjemah telah menyesuaikan semula unsur budaya tersebut dengan jalan

yang mudah walaupun penterjemah boleh menggunakan perkataan Pfannkuchen yang

bermaksud lempeng.

78
Jadual 4.18: Analisis 18

Teks Sumber Baris Teks Sasaran Baris No. Ruj.

(Lampiran 4, m/s 118) (Lampiran 3, m/s 116)

teringatlah ia akan 23 dass er an einer 03-04 LM 14

air niranya diatas Kabong-Palme,deren

pohon kabung tiada Saft er abzapfte,das

berambil lagi Gef mit dem Palmsaft

noch nicht abgenommen

hatte

Pohon atau pokok kabung yang hanya terdapat di kawasan tropika malangnya

tidak lagi dikenali oleh sebilangan besar masyarakat Melayu pada masa kini. Oleh itu

adalah sesuatu yang mustahil untuk dikenali oleh pembaca sasaran. Apatah lagi nama

pokok itu dikekalkan dengan hanya menambahkan perkataan Palme (LM 14) sahaja

sebagai tambahan penerangan kepada pokok itu. Penterjemah mengandaikan setidak-

tidaknya pembaca sasaran dapat membuat satu gambaran tentang pokok kabung itu dari

jenis palma. Nira menurut Kamus Dewan adalah air yang disadap dari mayang

kelapa atau enau (boleh dibuat gula, tuak) telah diterjemahkan dengan membuat

penerangan seperti deren Saft er abzapfte baris tiga hingga empat, yang

bermaksud jusnya yang disedut. Mungkinkah unsur budaya atau gaya hidup masyarakat

Melayu tradisi ini dapat meninggalkan kesan kepada pembaca sasaran, seperti mengapa

nira itu perlu diambil pada masa itu atau penting kepada Lebai Malang.

79
Selain itu sudah tentu juga pembaca sasaran tidak dapat membayangkan

bagaimana caranya nira itu akan dipungut. Dari itu sudah tentu pembaca teks sasaran

tidak dapat membayangkan situasi Lebai Malang pada ketika itu, yang bertungkus-

lumus memanjat pokok kabung dan memberi kesan kepada plot serta watak cerita ini.

Ianya juga merupakan punca mata pencarian masyarkat Melayu pada masa dahulu. Di

mana pendapatan mereka adalah sangat sedikit serta memerlukan ketekunan dalam

melakukan kerja-kerja sebegini. Justeru, lempeng yang diperolehinya amat bemakna

juga dan seterusnya mewujudkan teks yang koheren yang memberi kesan kepada

pembaca. Di sini penterjemah telah melakukan penyesuaian semula terhadap unsur

budaya ini tanpa menghiraukan kesan kepada plot teks Lebai Malang ini.

Flora dan fauna adalah begitu sebati dengan masyarakat Melayu yang tinggal di

kawasan beriklim tropika. Sumber mata pencarian, sumber makanan, tempat

perlindungan dan lain-lain lagi amat bergantung kepada persekitaran mereka. Dari itu

segalanya adalah hasil hutan, apa yang digambarkan oleh penulis teks sumber adalah

corak kehidupan masyarakat Melayu sebenar. Contohnya jalan perhubungan adalah

melalui sungai menggunakan sampan atau darat dengan berjalan kaki mahu pun

menggunakan bacuk untuk memunggut nira. Bacuk mengikut Kamus Dewan

ialah bekas tempat menakung cecair (contohnya dibuat daripada buluh). Oleh itu

apabila ianya diterjemahkan menjadi Gef yang bermaksud bekas kecil untuk

mengisi air sahaja, sudah tentulah ini tidak menampakkan gaya hidup masyarakat teks

sumber yang sebenarnya.

80
Jadual 4.19: Analisis 19

Teks Sumber Baris Teks Sasaran Baris No. Ruj.

(Lampiran 4, m/s 119) (Lampiran 3, m/s 116)

Dan diambil bacuk 25 und warf noch das 08 LM 15

nira yang penuh dengan Gef mit Palmsaft

nira itu, lalu

dibalingkannya

Sebaiknya penterjemah membuat sedikit penerangan seperti bahan yang

digunakan untuk membuat bekas ini. Secara tidak langsung ini akan menambahkan lagi

kefahaman pembaca teks sasaran. Penterjemah telah melakukan penyesuaian semula

tanpa menghiraukan keberkesanan terjemahannya itu.

Pada masa dahulu masyarakat Melayu menggunakan kelambu ketika tidur bagi

menggelakan daripada gigitan nyamuk mahu pun serangga ketika tidur, ini secara tidak

langsung menggambarkan corak kehidupan masyarakat pada masa dahulu, malahan

hingga kini kelambu masih digunakan di kawasan luar bandar. Tersiratnya kelambu

juga merupakan sebagai bilik kepada masyarakat pada masa dahulu yang hanya

mempunyai sebuah ruang untuk tinggal bersama ahli keluarga yang ramai. Maka ianya

juga merupakan sebuah tempat atau kawasan persendirian. Malangnya frasa di bawah

telah diterjemahkan kepada ins Bett:

81
Jadual 4.20: Analisis 20

Teks Sumber Baris Teks Sasaran Baris No. Ruj.

(Lampiran 4, m/s 120) (Lampiran3, m/s 116)

lari masuk ke dalam 14 flchtete ins Bett, 29 LM 16

kelambu mencari kain holte sich einen anderen

Sarong

Teks sasaran bermaksud Lebai Malang berlari masuk ke tempat tidurnya.

Pengkaji berpendapat mesej yang ingin disampaikan secara tersurat itu mungkin dapat

digarap oleh pembaca teks sasaran tetapi perkara budaya yang tersirat sama sekali gagal

disampaikan. Dalam situasi ini penterjemah telah melakukan penyesuaian semula.

4.1.3.2 Vater Heuschreck (Pak Belalang)

Memandangkan bahasa Melayu dan bahasa Jerman adalah dua bahasa dari

rumpun yang berbeza, sudah tentulah tidak semua unsur budaya dalam teks sumber

dapat diterjemahkan ke dalam teks sasaran. Maka terkadang kala ianya memerlukan

penyesuaian semula dilakukan. Antaranya:

82
Jadual 4.21: Analisis 21

Teks Sumber Baris Teks Sasaran Baris No.

(Lampiran 6, m/s 128) (Lampiran 5, m/s 122 ) Ruj.

dititahkan oleh baginda 14 Er lie berall im 11-12 B 07

memukul canang segenap Land nach einer Person

pekansiapa-siapa tahu fragen, die ihm bei der

bertenung. Suche behiflich

Canang menurut Kamus Dewan adalah gong kecil yang digunakan untuk

mengabarkan atau menghebohkan sesuatu berita pada masa dahulu. Dalam masyarakat

Melayu pada masa dahulu canang ini juga berperanan sebagai alat untuk

berkomunikasi. Berkemungkinan penterjemah beranggapan pembaca sasaran tidak

memahami situasi ini dan menyebabkan penyesuaian semula dilakukan dengan

menterjemahkannya sebagai lelaki itu berlari dan bertanya kepada setiap orang

dalam daerah sesiapa yang dapat membantu mencari barang yang hilang. Harapan

penterjemah agar mesej untuk mencari orang yang dapat menolong raja mendapatkan

semula emas yang dicuri itu dapat disampaikan dengan lebih tepat. Ini menyebabkan

penyesuaian semula begini dilakukan dan membawa kepada pengabaian unsur budaya.

83
Selain itu penterjemah juga melakukan penyesuaian semula dalam jenis

makanan yang terdapat dalam teks sumber :

Jadual 4.22: Analisis 22

Teks Sasaran
Teks Sumber Baris Baris No. Ruj.
(Lampiran 5, m/s 122 )
(Lampiran 6, m/s 129)

Maka tepung ini 13 Dann lie er sich von 23 PB 08

perbuatlah roti seiner Frau Kuchen

direndangnya sebiji- backen.

biji.. Einen Teig nach dem

anderen lie sie

Jika diperhatikan secara terperinci berkemungkinan roti yang dimaksudkan

dalam teks sumber itu adalah sejenis kuih yang dikenali sebagai cucur yang menjadi

santapan harian masyarakat Melayu pada masa dahulu, telah disesuaikan oleh

penterjemah kepada Kuchen yang bermaksud kek atau kuih kepada pembaca sasaran.

84
4.1.4 Lain-Lain

4.1.4.1 Der Unglcks-Geistliche (Lebai Malang)

Jadual 4.23: Analisis 23

Teks Sumber Baris Teks Sasaran Baris No. Ruj.

(Lampiran 4, m/s 117) (Lampiran 3, m/s 115)

yang berkenduri itu 16 die 08-09 LM 17

pun bertampillah Gebetversammlung fand

berdikir ohne seine Anwesenheit

statt

Dalam baris 16 teks sumber (LM 17) tercatat yang berkenduri itu pun

bertampillah berdikir telah diterjemahkan menjadi Gebetversammlung yang

bermaksud perhimpunan sembahyang. Terjemahan yang dilakukan ini langsung telah

terpesong dari maksud sebenar teks sumber dan tidak menampakkan situasi sebenar

majlis tersebut. Menurut Kamus Dewan, berdikir merupakan ucapan (doa) untuk

memuji-muji Rasul biasanya dengan berlagu (lazimnya diadakan ketika Maulud Nabi)

dan dalam majlis ini ianya dilakukan secara beramai-ramai. Maka penterjemahan

seperti ini bukan sahaja tidak dapat memberi kesan yang sama seperti teks sumber

malah langsung tidak tepat. Perbezaan agama antara penterjemah dan masyarakat teks

sumber juga merupakan antara faktor yang membawa kepada terjemahan sebegini.

85
Sudah menjadi resam masyarakat Melayu lama apabila seseorang itu

menguruskan jenazah, maka akan disedekahkan kain putih dan sekeping tikar,

penterjemah tidak mengabaikan aspek budaya ini dan menterjemahkannya. Namun

demikian unsur budaya LM 18 kain putih telah digantikan dengan ein weies

Gewand dalam teks sasaran yang bermaksud sehelai jubah putih. Ini berkemungkinan

berlaku kerana penterjemah tidak dapat mengaitkan fungsi kain putih itu dengan

kematian dalam agama Islam. Sebaliknya mungkin penterjemah telah mengaitkan

pakaian lelaki Islam yang sering berjubah, dan itu menyebabkan penterjemahan

sebegini dilakukan :

Jadual 4.24: Analisis 24

Teks Sumber Baris Teks Sasaran Baris No. Ruj.

(Lampiran 4, m/s 117) (Lampiran 3, m/s 115)

Jika aku pergi 21 Bei der Beerdigung 12 LM 18

kepada orang mati wurde ihm ein weies

tentu mendapat Gewand

sedekah kain putih

Pakaian melambangkan identiti seseorang mahu pun mewakili sesebuah

masyarakat itu. Masyarakat lelaki Melayu beragama Islam sudah semestinya berpakaian

lengkap bersama songkok, apatah lagi seorang Lebai. Perkataan songkok telah

diterjemahkan menjadi Kopftuch yang bermaksud tudung kepala. Ini secara tidak

86
langsung boleh mengakibatkan pembaca teks sasaran mendapat suatu persepsi yang

salah tentang hal berpakaian ini, yang merupakan pakaian harian masyarakat Melayu.

Pengkaji berpendapat kemungkinan penterjemah telah membuat suatu generalisasi

terhadap songkok ini kerana berkemungkinan penterjemah melihat sebahagian kaum

lelaki Islam berserban dan menganggap kain serban itu memainkan fungsi yang sama

seperti kain tudung, maka istilah ini telah digunakan.

Jadual 4.25: Analisis 25

Teks Sumber Baris Teks Sasaran Baris No.

(Lampiran 4, m/s 119) (Lampiran 3, m/s 116) Ruj.

lalu 11 nahm in seiner Wut 12-13 LM 19

menanggalkan seluar seine schlielich seine

dan baju serta Hose, Jacke und

songkoknya Kopftuch

4.2 Jumlah dan Peratus Penggunaan Teknik Terjemahan Budaya

Daripada penelitian yang dilakukan terhadap teks sumber Lebai Malang dan Pak

Belalang dan teks sasaran Der Unglcks-Geistliche dan Vater Heuschreck, penulis

telah dapat mengenal pasti dua puluh tujuh unsur yang mencerminkan budaya dalam

teks sumber. Bagi memudahkan analisis unsur-unsur ini diperincikan seperti di bawah :

87
Jadual 4.26: Analisis Keseluruhan

Bil. Nombor Rujukan Kategori

1 LM 01, LM 02, Unsur budaya dikekalkan

PB 01, PB 02

2 LM 03, LM 04 ,LM 05, LM 06, Unsur budaya dihilangkan

LM 07, LM 08, LM 09, LM 10,

LM 11

PB 03, PB 04, PB 05, PB 06

3 LM 12, LM 13, LM 14, LM 15, Unsur budaya disesuaikan semula

LM 16

PB 07, PB 08

4 LM 17, LM 18, LM 19 Salah terjemahan

Berdasarkan kepada teks sasaran yang dikaji, didapati bahawa daripada dua

puluh tujuh unsur budaya ini, empat unsur budaya yang nombor rujukannya LM 01, LM

02, B 01 dan B 02 dapat dikategorikan dalam kategori pertama, iaitu unsur budaya

dikekalkan. Manakala tiga belas unsur, nombor rujukkannya LM 03, LM 04, LM 05,

LM 06, LM 07, LM 08, LM 09, LM 10, LM 11, PB 03, PB 04, PB 05 dan PB 06 dapat

dikategorikan dalam kategori kedua, di mana unsur budaya dihilangkan.

88
Di bawah kategori ketiga iaitu unsur budaya itu disesuaikan semula, terdapat

tujuh unsur semuanya dengan nombor rujukkannya LM 12, LM 13, LM 14, LM 15, LM

16, PB 07 dan PB 08. Walau bagaimanapun terdapat tiga unsur budaya yang telah

disalah terjemahkan yang tidak dapat diletakkan di bawah ketiga-tiga kategori di atas.

Unsur tersebut adalah yang nombor rujukkannya M 17, M 18, M 19.

Kesimpulannya dapat dilihat dalam Graf 4.1 di bawah :

50

40

30

20

10

Kekal Hilang Sesuai Salah

Graf 4.1 : Peratus Penggunaan Teknik Terjemahan Unsur Budaya

Secara keseluruhannya, sebanyak 48% daripada unsur budaya yang terdapat di

dalam teks Lebai Malang dan Pak Belalang telah dihilangkan oleh penterjemah dalam

menghasilkan tek sasaran Der Unglcks-Geistliche dan Vater Heuschreck. Diikuti

kategori tiga, 26% unsur budaya disesuaikan semula dan 15% unsur budaya itu

dikekalkan. Selebihnya iaitu sebanyak 11% telah silap diterjemahkan.

89
BAB LIMA

PERBINCANGAN DAPATAN DAN PENUTUP

5.0 Pendahuluan

Penterjemahan merupakan suatu proses mengalihkan bahasa dengan tujuan

untuk menyampaikan mesej penulis teks kepada pembaca sasaran dengan meninggalkan

kesan yang sehampir mungkin dengan teks asal. Namun penterjemahan teks sastera

adalah sesuatu yang lebih mencabar. Penterjemah tidak hanya mengalihkan bahasa

sebaliknya menterjemahkan segala lapisan maksud, cita rasa, kepekaan dan budaya teks

sumber. Penterjemah juga harus memastikan agar kekeliruan penyampaian maksud

tidak berlaku, di samping jujur kepada teks asal agar isi kandungannya terpelihara.

Justeru itu kaedah terjemahan yang dinamis dan kreatif yang bersesuaian dengan teks

perlu digunakan.

Terjemahan teks sastera seperti genre cerita jenaka, sudah tentu mengandungi

pelbagai unsur budaya yang berfungsi bukan sahaja sebagai latar cerita sebaliknya

berperanan untuk menyampaikan mesej tertentu yang disalurkan secara tidak langsung.

Oleh itu untuk terjemahan teks sastera ke dalam bahasa sasaran, unsur budaya ini perlu

diteliti supaya keasliannya dapat dikekalkan apabila ianya di tulis semula dengan

menggunakan bahasa sasaran. Menyedari kepentingannya, dapatan kajian yang

terperinci berlandaskan pengalihan faktor budaya yang lakukan akan dibincangkan,

selaras dengan objektif kajian yang diutarakan dalam Bab Satu.


90
5.1 Perbincangan Dapatan

Bagi memudahkan perbincangan dapatan kajian akan dilakukan berlandaskan

objektif kajian yang telah dibentangkan dalam Bab Satu.

5.1.1 Adakah pengalihan ciri-ciri budaya dari teks sumber ke teks sasaran

berjaya dilakukan?

Sastera rakyat merupakan sastera kepunyaan masyarakat masa lampau yang

masih kuat berpegang dan mengamalkan corak kehidupan tradisi. Corak kehidupan dan

amalan masyarakat inilah yang dikenali sebagai budaya. Sastera dan budaya adalah

suatu yang tidak mungkin dapat dipisahkan. Dapatan kajian pengalihan budaya terhadap

dua buah teks sastera rakyat Melayu dari genre cerita jenaka sebagai teks sumber dan

teks sasaran berbahasa Jerman iaitu Lebai Malang (DerUnglcks-Geistliche) dan Pak

Belalang (Vater Heuschreck) akan dibincangkan secara berasingan terlebih dahulu

sebelum rumusan keseluruhan dibuat.

i. Lebai Malang

Daripada kajian yang dilakukan, pengkaji telah dapat mengenalpasti terdapat

sebanyak 19 unsur budaya dalam teks sumber iaitu cerita Lebai Malang , tetapi hanya 2

unsur budaya yang telah dikekalkan dalam teks sasaran (DerUnglcks-Geistliche).

Unsur budaya yang telah dikekalkan ialah LM 01 dan LM 02. Pengekalan LM 01 yang

dilakukan adalah terhadap istilah Pak Lebai, dengan sedikit perubahan ejaan menjadi

Pa Lebai.

91
Pengkaji berpendapat pengekalan sebegini dalam konteks budaya masyarakat

Jerman yang mempunyai pandangan dunia yang amat berlainan sudah tentu tidak akan

mendatangkan sebarang makna kepada pembaca sasaran, berkemungkinan pembaca

akan menganggap ianya hanyalah nama seseorang.

Unsur kedua yang dikekalkan adalah perkataan tikar yang diterjemahkan

menjadi Matte, di mana pengalihan bahasa telah dilakukan dengan tepat. Namun

pengkaji berpendapat, gambaran dan mengapakah tikar dihadiahkan kepada Lebai

Malang tidak akan tercetus dalam minda pembaca sasaran dan tidak akan mengganggu

atau memberi sebarang erti kepada pembaca sasaran mengenai jalan cerita teks sasaran.

Menurut masyarakat Melayu tradisi, sehelai tikar berserta kain putih menggantikan

wang akan dihadiahkan kepada imam atau orang yang menguruskan jenazah sebagai

penghargaan atas pertolongan yang dihulurkan.

Enam unsur budaya seperti yang terdapat dalam Jadual 5.1, iaitu LM 12, LM 13,

LM 14, LM 15, LM 16 dan LM 17 telah disesuaikan semula oleh penterjemah.

Jadual 5.1: Penyesuaian semula unsur budaya (LM)

Teks Sumber Teks Sasaran No. Ruj.

Lebai Malang Der Unglcks Geistliche LM 12


lempeng Kuchen LM 13
niranya diatas pohon einer Kabong-Palme, deren Saft er LM 14
kabung abzapfte,das Gef mit dem Palmsaft
bacuk Gef M 15
kelambu ins Bett M 16
roti Kuchen M 17

92
Pengkaji mendapati bahawa daripada enam unsur budaya di atas hanya unsur

LM 12 yang dapat membantu pembaca sasaran mendapat gambaran yang agak jelas

tentang watak Lebai Malang. Penterjemah telah mencari satu penyesuaian yang baik, di

mana Der Unglcks bermaksud seorang lelaki yang malang. Manakala Geistliche

pula bermaksud seorang paderi. Penterjemahan begini setidak-tidaknya mampu

memberi satu persepsi yang baik kepada pembaca sasaran bagi membantu peranan

watak utama dalam perkembangan cerita.

Sebaliknya pengkaji berpendapat penyesuaian yang lain langsung tidak

menyumbang ke arah pengalihan budaya teks sumber. Kadang-kala penyesuaian budaya

ini seolah-olah terpesong dan tidak menyumbang kepada pengalihan budaya.

Contohnya unsur budaya LM 16 di mana kelambu diterjemah kepada ins Bett. Ini

adalah sesuatu yang amat berbeza, ins Bett bermakna masuk ke tempat tidur.

Perbincangan yang terperinci telah pun dilakukan dalam Bab Empat.

ii. Pak Belalang

Pengkaji telah mengenalpasti lapan unsur budaya dalam teks sumber yang

dialihkan dengan pelbagai teknik oleh penterjemah kepada teks sasaran iaitu Vater

Heuschreck. Daripada lapan unsur ini hanya dua unsur iaitu PB 01 dan PB 02 yang

dikekalkan.

Jadual 5.2: Unsur yang dikekalkan (PB)

Teks Sumber Teks Sasaran No. Rujukan

cakar ayam Krhenfe PB 01

chur Tschur PB 02

93
Pengekalan unsur budaya PB 01, telah membantu pemahaman pembaca sasaran

tentang gelagat Pak Belalang, kerana penterjemah telah berjaya mencari persamaan

simpulan bahasa yang digunakan dalam bahasa sumber. Pada unsur PB 02, penterjemah

menggunakan unsur bunyi Tschur seterusnya membuat kaitan dengan aktiviti

memasak, iaitu ketika memasukkan tepung ke dalam minyak. Gambaran ini akan dapat

dikesan oleh pembaca sasaran, kerana aktiviti memasak adalah merupakan sesuatu yang

universal. Walau bagaimanapun ianya tidak dapat membantu dalam pengalihan budaya

yang sebenar, iaitu cara pemakanan dan penyediaan makanan masyarakat Melayu.

Teknik penyesuaian semula seperti dalam jadual di bawah, bagi unsur budaya

PB 07 dan PB 08 juga tidak membantu ke arah pengalihan budaya. Impikasinya

pembaca sasaran tidak memperoleh gambaran budaya teks sumber iaitu masyarakat

Melayu yang sebenar.

Jadual 5.3: Penyesuaian semula unsur budaya (PB)

Teks Sumber Teks Sasaran No. Ruj.

dititahkan oleh Er lie berall im Land nach einer PB 07

baginda memukul Person fragen, die

canang segenap pekan

Maka tepung ini Dann lie er sich von seiner Frau PB 08

perbuatlah roti Kuchen backen.

direndangnya sebiji- Einen Teig nach dem anderen lie sie

biji..

94
Canang adalah suatu alat bunyian berupa gendang, digunakan pada masa

lampau, paluan akan dibuat jika sesuatu berita hendak dikhabarkan. Penerangan atau

kesepadanan terhadap unsur yang sehampir mungkin tidak dilakukan penterjemah,

sebaliknya suatu penyesuaian yang agak longgar telah dibuat iaitu berlari ke sana-sini

dan bertanya setiap orang, perbincangan yang terperinci telah dilakukan dalam Bab

Empat (m.s 83). Begitu juga PB 08, perkataan roti disesuaikan mengikut pemakanan

masyarakat Jerman Kuchen yang bermaksud kek.

Jadual di bawah menunjukkan data rumusan kepada perbincangan di atas.

Jadual yang sama telah dikemukakan di dalam Bab Empat (m.s 88), namun jadual ini

dilengkapi dengan peratus bagi setiap kategori terjemahan budaya yang ditemui.

Jadual 5.4: Rumusan keseluruhan

Bil. Nombor Rujukan Kategori Jumlah Peratus


1 LM 01, LM 02, Unsur budaya 4 15%
PB 01, PB 02 dikekalkan

2 LM 03, LM 04, LM 05, Unsur budaya 13 48%


LM 06, LM 07, LM 08, dihilangkan
LM 09, LM 10, LM 11
PB 03, PB 04, PB 05,
PB 06
3 LM 12, LM 13, LM 14, Unsur budaya 7 26%
LM 15, LM 16 disesuaikan semula
PB 07, PB 08
4 LM 17, LM 18, LM 19 Salah terjemahan 3 11%
Jumlah 27 27 100%

95
Bagi memudahkan perbincangan terhadap kesimpulan yang dibuat, di bawah ini

diperincikan hasil dapatan kajian :

Kategori Satu : Unsur budaya dikekalkan

4 unsur budaya dikekalkan 4/27 X 100% = 15%

1 unsur berkesan (PB 01) 1/27 X 100% = 4%

* 3 unsur tidak berkesan 3/27 X 100% = 11%

(Huraian terperinci dalam Bab Empat, m.s 59-64)

Kategori Dua : Unsur budaya dihilangkan

*13 unsur budaya dihilangkan 13/27 X 100% = 48%

(Huraian terperinci dalam Bab Empat, m.s 64-76)

Kategori Tiga : Unsur budaya disesuaikan

7 unsur budaya dikekalkan 7/27 X 100% = 26%

1 unsur berkesan (LM 12) 1/27 X 100% = 4%

* 6 unsur tidak berkesan 6/27 X 100% = 22%

(Huraian terperinci dalam Bab Empat, m.s 76-84)

Kategori Empat : Salah terjemahan

*3 unsur budaya salah 3/27 X 100% = 11%

terjemahan

(Huraian terperinci dalam Bab Empat, m.s 85-87)

96
Berdasarkan kepada perincian dapatan di atas, jumlah yang tidak berjaya, tidak

berkesan dan salah terjemahan dianggap sebagai tidak berjaya diterjemahkan (bertanda

*). Daripada 27 unsur budaya yang dikenalpasti dalam kedua-dua teks yang dijadikan

bahan kajian, sebanyak 25 unsur (bertanda : *) iaitu 93% unsur budaya telah gagal

diterjemahkan. Ini secara tidak langsung akan memberi kesan yang besar kepada

pembaca teks sasaran dalam memahami budaya masyarakat Melayu yang secara tidak

langsung memberi implikasi kepada teks yang dibaca.

Kesimpulannya pengkaji mendapati sejumlah 25 unsur daripada 27 unsur budaya

yang dikenal pasti iaitu mencapai 93% unsur budaya Melayu yang terdapat dalam teks

terjemahan Lebai Malang dan Pak Belalang telah gagal dialihkan ciri-ciri budayanya

kepada teks bahasa Jerman iaitu Der Unglcks-Geistliche dan Vater Heuschreck .

5.1.2 Adakah pengalihan budaya merupakan masalah dalam penterjemahan

yang dilakukan?

Dapatan menunjukkan bahawa sejumlah besar unsur budaya Melayu, iaitu 93%

dari teks sumber telah gagal dialihkan oleh penterjemah ke dalam bahasa sasaran iaitu

bahasa Jerman, walau pun dalam kajian yang dilakukan menunjukkan terdapat usaha-

usaha pengalihan yang cuba dilakukan oleh penterjemah. Contohnya, unsur budaya

LM17, di mana perkataan kenduri telah diterjemahkan kepada Gebetversammlung,

yang bermaksud perhimpunan sembahyang atau dari segi semantik ianya bermaksud

berhimpun untuk bersembahyang.

97
Dari penjelasan di atas dapat dilihat dengan jelas, bagaimana unsur budaya

masyarakat Melayu tentang kenduri itu tidak langsung terpancar dalam terjemahan yang

dilakukan untuk pembaca yang berbahasa Jerman. Kemungkinan pembaca yang

berbahasa Jerman akan membayangkan suatu suasana di mana orang berkumpul di

gereja untuk bersembahyang. Kenapa pengalihan budaya sebegini rupa berlaku?

Contoh kedua dapat dilihat pada unsur budaya LM 18 : Jika aku pergi

kepada orang mati tentu mendapat sedekah kain putih telah diterjemahkan menjadi

Bei der Beerdigung wurde ihm ein weies Gewand Apa yang dapat

diperkatakan ialah kenapa objek yang mudah diterjemahkan iaitu kain putih telah

disalah terjemah atau dipesongkan terjemahannya dengan menggantikannya dengan

ein weies Gewand yang bermaksud sehelai jubah putih. Ini menyebabkan hilangnya

perkaitan antara fungsi kain putih dengan kematian dalam masyarakat Melayu yang

beragama Islam.

Persoalan yang timbul, adakah penterjemah kurang menitik beratkan pengalihan

unsur budaya ini atau pun penterjemah menghadapi permasalahan lain dalam usaha

pengalihan budaya yang dilakukannya? Persoalan inilah yang ingin disingkap oleh

pengkaji dalam objektif kajian yang kedua ini.

Pengkaji dapat merasakan bahawa budaya telah menimbulkan atau menjadi

permasalahan kepada penterjemah dalam usahanya menghasilkan teks sasaran yang

berkualiti dan berfungsi seiring dengan teks sumber. Secara umumnya pemasalahan ini

dapat dilihat dari dua sudut yang berlainan. Pertama dari aspek penterjemah sendiri dan

kedua dari aspek yang lebih global iaitu hubung kait antara bahasa Melayu dan bahasa
98
Jerman yang lahir dari dua rumpun yang berbeza dan membawa kepada jurang

perbezaan kebudayaan yang tinggi.

Kekurangan pengetahuan tentang ilmu terjemahan, samada dari segi teori

mahupun perkaedahan berkemungkinan telah menyebabkan penterjemah melakukan

kesilapan dalam usaha menterjemah teks sastera Melayu ini, terutamanya terhadap

pengalihan unsur budaya. Penterjemahan budaya ini bukan saja memerlukan ilmu dan

kepakaran yang tinggi tetapi juga daya kreativiti penterjemah. Kekurangan-kekurangan

ini telah mengarahkan kepada permasalahan dalam terjemahan, yang secara langsung

menjejaskan kualiti mesej teks sumber.

Di samping itu mungkin penterjemah kurang arif tentang budaya masyarakat

Melayu yang beragama Islam. Di mana segala tindak-tanduk mereka adalah

berlandaskan amalan agama. Pengetahuan yang diperolehi secara teori tanpa

diseimbangkan dengan pengalaman boleh menyebabkan seseorang itu sukar memahami

bidang yang diceburi. Apatah lagi untuk mengaitkan corak hidup dan kepercayaan

sesebuah masyarakat asing. Justeru itu dalam kajian yang dilakukan, banyak hal-hal

yang berkaitan dengan prinsip hidup orang Melayu dan agama Islam telah

diterjemahkan dengan cara yang salah.

Contohnya dalam LM 05, berkaitan dengan hal pengurusan jenazah iaitu

dimandikan, disembahyangkan dan ditanamkan hanya diterjemahkan menjadi

dikebumikan. LM 06 iaitu perkataan berkhatam dialihkan menjadi Fest iaitu majlis

keraian. Manakala LM 08 perkataan sabda junjungan langsung dilenyapkan,

99
sepatutnya hal ini tidak harus diabaikan kerana ianya merupakan sesuatu yang penting

dan melibatkan soal kepercayaan agama.

Semangat untuk menghasilkan sesuatu yang dipelajari dengan kadar yang segera

memungkinkan penterjemah mengambil jalan pintas dan mudah tanpa

mempertimbangkan soal-soal kebudayaan yang memerlukan penelitian dalam proses

melakukan terjemahan. Kelemahan ini menghasilkan teks sasaran yang begitu longgar.

Apatah lagi ditambah dengan jurang perbezaan bahasa yang begitu besar.

Bahasa Melayu dari rumpun Austronesia dan bahasa Jerman dari keluarga

Jermanik langsung tidak mempunyai ikatan kekeluargaan, sudah tentu mempunyai ciri-

ciri bahasa yang amat berbeza (sila rujuk m.s 1318). Bahasa adalah merupakan indeks

budaya, secara tidak langsung perbezaan bahasa adalah juga merupakan perbezaan

budaya. Perbezaan bahasa juga telah menimbulkan permasalahan kepada pengalihan

budaya teks sasaran.

Selain daripada mengetahui isi kandungan teks sumber, penterjemah juga perlu

menguasai kedua-dua bahasa, harus juga berkebolehan menulis dengan cekap,

menggunakan bahasa dengan indah dan halus, berimaginasi dengan pemilihan

perkataan yang tepat serta pakar menggunakan segala jenis struktur bahasa dan

memiliki perbendaharaan kata yang luas bagi membolehkan isu budaya diterjemahkan

dengan baik dan tidak menganggu proses serta hasil terjemahan. Dapatan menunjukkan

bahawa kata-kata idiomatik atau peribahasa yang mengambarkan ciri-ciri budaya

kurang difahami dan tidak dapat dipindahkan dengan baik. Contohnya putihlah

100
matanya, beralih matahari begitu juga dengan penjodoh bilangan secupak,

sebungkus dan lain-lain.

Berlandaskan kepada pengetahuan yang lengkap dalam bahasa sumber dan

bahasa sasaran termasuk pengetahuan berkaitan dengan teks serta merangkumi

kebolehan menyepadukan penguasaan kedua-dua bahasa di tahap yang lebih tinggi iaitu

di tahap teks, penterjemah dapat menghasilkan sebuah teks terjemahan yang memenuhi

keperluan pembaca sasaran dan seterusnya sebuah teks yang berkualiti. Apatah lagi,

apabila melibatkan penterjemahan teks sastera khususnya sastera rakyat, maka

kepakaran diperlukan supaya boleh menterjemahkan segala lapisan maksud, cita rasa,

kepekaan dan budaya penulis teks asalnya.

5.1.3 Apakah fungsi atau kesan teks terjemahan sama seperti fungsi sebenar

Cerita Jenaka Melayu ?

Tujuan terjemahan adalah untuk menghasilkan kesan yang hampir sama kepada

pembacanya dengan kesan yang terhasil pada pembaca teks asal. Seperti yang telah

dibincangkan dalam Bab Satu, sastera Melayu dari genre cerita jenaka mempunyai

pelbagai fungsi kepada masyarakat Melayu tradisi. Antaranya selain dari hiburan, ia

juga berperanan untuk memberi sindiran dan tauladan kepada masyarakat ketika itu.

Berpegang kepada prinsip di atas, dapatan kajian menunjukkan bahawa selain

dari hiburan, teks sasaran Der Unglcks-Geistliche dan Vater Heuschreck tidak mampu

berfungsi sebagaimana yang diharapkan oleh teks sumber. Situasi ini timbul kerana

kaedah terjemahan yang digunakan tidak membantu ke arah pengalihan budaya yang
101
menjurus kepada penyampaian mesej yang berkesan. Pengkaji juga berpendapat teks

sasaran ini hanyalah berfungsi sebagai sebuah cerita biasa yang juga tidak memaparkan

nilai dan corak kehidupan masyarakat Melayu tradisi.

5.1.4 Dapatkah satu panduan diperoleh untuk membantu mereka yang ingin

berkecimpung dalam bidang penterjemahan teks seperti ini ?

Pengalaman mengajar seseorang menjadi lebih matang. Justeru timbullah

pandangan-pandangan yang menyatakan bahawa teks terjemahan akan sentiasa bermutu

lebih rendah daripada teks asalnya serta pengecaman hasil penterjemahan sebagai

second rate. Ini adalah kerana ada yang sering menyatakan bahawa teks terjemahan

pada hakikatnya bermutu rendah daripada karya asal dan merupakan hanya tiruan atau

bayangan kepada karya asalnya. Penghasilan teks terjemahan yang berkualiti

memerlukan penelitian, kepakaran, etika serta garis panduan tertentu.

Dapatan kajian menunjukkan bahawa sebenarnya terdapat beberapa panduan

yang boleh dikuti dalam menghasilkan teks terjemahan kesesusasteraan genre cerita

jenaka yang baik. Panduan-panduan ini secara umumnya dapatlah dibahagikan kepada

tiga tahap iaitu sebelum, semasa dan selepas proses terjemahan.

i. Sebelum Terjemahan

a. Penguasaan Bahasa

Penterjemah haruslah mempunyai penguasaan bahasa yang kukuh dalam

kedua-dua bahasa sasaran dan bahasa sumber. Penguasaan bahasa sumber dari

segi morfologi, sintaksis, semantik mahupun pragmatik amatlah penting bagi


102
menjamin apa yang terdapat dalam teks sumber benar-benar difahami. Bukan

sekadar memperoleh maklumat yang tersurat pada teks sumber, malah lebih dari

itu bagi menggarap kandungan isi tersirat yang dilafazkan melalui bahasa-bahasa

yang idiomatik dan puitis yang sering menjadi penghalang kepada penterjemah

dalam proses pengalihan maklumat, terutamanya yang berkaitan dengan budaya

sesbuah masyarakat. Jika bahasa teks asal itu kelihatan kabur berbelit-belit atau

susah difahami, maka penterjemah harus memperkemaskan bahasa dalam

terjemahannya.

Pemahaman yang tinggi terhadap teks sumber dan penguasaan bahasa

sasaran yang baik akan membantu penterjemah menggunakan bahasa, laras dan

gaya yang betul dalam penterjemahannya. Ini juga turut menjurus kepada

penyampaian yang jelas dan tepat. Bahasa yang digunakan oleh penterjemah

mempengaruhi keberkesanan dan kualiti terjemahan.

b. Penguasaan Bidang Yang Diterjemah

Setiap bidang mempunyai larasnya tersendiri, sendiri seperti bidang undang-

undang, perubatan, lingusitik, kesusasteraan, keagamaan dan sebagainya. Tidak

memadai jika seorang penterjemah hanya mengenali sesuatu bidang itu sekadar

mengetahui laras sahaja, sebaliknya perlu menguasai dan menceburi bidang yang

diterokainya dengan sebaik mungkin, Hanya jauhari yang mengenal manikam.

Ini merupakan faktor yang penting dalam penguasaan mesej teks. Selain itu

sebaik-baiknya penterjemah menganalisis lapisan maksud teks dan

mengemukakannya kembali dalam bahasa sasaran dengan jelas tanpa terpesong

103
dari makna dan tujuan teks asal dan tidak meninggalkan bahagian teks asal yang

sukar untuk diterjemah.

c. Kenali Budaya Teks Sumber

Teks-teks yang berbentuk kesusasteraan pada amnya secara tidak langsung

melibatkan budaya masyarakat teks sumber. Justeru sebagai seorang penterjemah

yang ingin berkecimpung dalam bidang ini seharusnya mengenali dan memahami

budaya masyarakat ini sebaik mungkin seperti membuat kerja lapangan bagi

membolehkan pengalihan bahasa teks sumber untuk menghasilkan sebuah teks

sasaran yang berkualiti. Sikap ambil mudah terhadap isu ini akan mengakibatkan

penghasilan teks sasaran yang tidak berkualiti dan banyak menimbulkan

kekeliruan serta kekaburan.

d. Rujukan

Segan bertanya sesat jalan, begitulah juga dalam bidang keilmuan,

seandainya sesuatu permasalahan timbul janganlah kita merasa rendah diri untuk

bertanya kepada orang yang lebih mahir. Tidak semua ilmu dapat diperoleh

melalui pembacaan, sebaliknya kadang kala pengalaman perlu diambil kira.

Sebagai seorang penterjemah yang menyelami budaya dan bahasa lain, pengkaji

berpendapat bahawa satu cara terbaik bagi meyelesaikan permasalahan yang

timbul memerlukan rujukan yng ekstensif. Penyelesaian boleh dibuat dengan

merujuk kepada individu ataupun masyarakat setempat yang mahir dalam bidang

yang diceburi penterjemah mahupun penulis asal.

104
e. Ilmu Terjemahan

Bidang terjemahan merupakan cabang linguistik, dan sebagai seorang

penterjemah semestinya mempunyai ilmu pengetahuan penterjemahan yang baik

tentang teori, prinsip, kaedah, etika dan sebagainya bagi penghasilan teks yang

baik.

f. Tujuan Terjemahan

Penterjemah haruslah jelas tentang tujuan atau pun objektif kerja-kerja

terjemahan yang dilakukannya. Contohnya, untuk tujuan hiburan, pemindahan

pengetahuan, rujukan, dan sebagainya. Objektif yang jelas akan memandu

penterjemah ke jalan yang betul dari segi pemilihan teknik terjemahan dalam

penghasilan teks sasaran yang sempurna dan menepati objektif.

g. Pembaca Sasaran

Penterjemah harus jelas siapa pembaca sasaran agar corak pemilihan kata,

gaya penyampaian dan struktur ayat yang digunakan dalam penterjemahan dapat

disesuaikan dengan mereka.

ii. Semasa Terjemahan

a. Amanah

Prinsip amanah terhadap teks asal adalah perlu kepada seseorang penterjemah,

samada kepada penulis asal mahu pun teks sumber. Penterjemah mesti sedar

bahawa teks yang diterjemahkannya adalah hak kepunyaan orang lain. Dia juga

tidak sepatutnya melakukan perubahan sewenang-wenangnya apatah lagi menukar

atau meninggalkan isi-isi teks sumber demi kepentingan diri. Jadilah seorang
105
penterjemah yang beretika dan berkualiti. Tumpukan perhatian terhadap kerja

yang dilakukan, jangan terlalu ghairah.

b. Bantuan

Dapatkan bantuan samada melalui kamus, glosari mahupun orang

perseorangan jika memerlukan bantuan untuk mengalihkan unsur budaya dari satu

bahasa ke satu bahasa yang lain.

c. Proses Pemindahan Maklumat

Pemindahan maklumat terutama yang berkaitan dengan hal kebudayaaan

boleh dilakukan dengan cara:

Mencari kesepadanan dengan teks sasaran jika ada.

Menterjemah dengan membuat penggantian terhadap sesuatu unsur lain yang

mempunyai maksud yang sama.

Melakukan perbandingan yang dapat menimbulkan kesan yang sama.

Melakukan penerangan jika perlu. Penterjemah perlu membuat penjelasan

tambahan (seperti nota kaki) supaya perkara-perkara yang tidak boleh

diterjemahkan secara biasa (akibat daripada perbezaan besar antara

kebudayaan penulis teks asal dan pembaca terjemahan) akan lebih senang

difahami. Mungkin juga dapat menggunakan gambar mahupun ilustrasi.

106
iii. Selepas Terjemahan

a. Penilaian

Semakan semula dan pengawasan mutu selepas kerja-kerja terjemahan adalah

penting dilakukan. Tindakan ini dilakukan bagi mengawal mutu hasil terjemahan

serta menggelakkan berlakunya masalah kekaburan penulisan bahan yang

diterjemah, mungkin akibat daripada penggunaan bahasa, pemilihan kaedah, gaya

penulisan dan sebagainya.

b. Perbincangan

Berbincanglah dengan penulis asal ataupun soal selidik ke atas kumpulan

pembaca sasaran boleh dilakukan untuk mendapatkan timbal-balik. Perbincangan

dengan penterjemah lain juga digalakkan. Penterjemah harus berfikiran terbuka

dan menerima sebarang komen dengan tujuan untuk meningkatkan mutu hasil

terjemahannya.

5.2 Penutup

Sebagai rumusan, pengkaji berpendapat bahawa jika penterjemah ingin

menghasilkan sebuah teks terjemahan yang berfungsi dengan baik dan berkesan,

penterjemah harus melakukan penelitian terhadap teks yang akan diterjemahkan

sebelum memulakan proses penterjemahan. Umumnya teks asal dan tujuan terjemahan

serta pembaca sasaran sering diketepikan dan tidak diberikan perhatian yang wajar

dalam kerja penterjemahan.

107
Penterjemah bertanggung jawab memastikan ciri-ciri teks asal termasuk konteks

situasi dan konteks budaya diambil kira semasa menterjemahkan sesuatu teks. Samada

penterjemah mahu membuat pengekalan atau penyesuaian terpulanglah kepadanya. Apa

yang penting penterjemah perlu sentiasa menimbangkan kehadiran ciri-ciri tersebut bagi

menghasilkan sebuah teks terjemahan yang berkualiti dan memanfaatkan pembacanya.

Jurang perbezaan budaya yang besar berkehendakkan maklumat tambahan bagi

meningkatkan tahap kefahaman pembaca teks sasaran. Penjelasan yang diberi harus

seimbang dengan apa yang tidak diketahui oleh pembaca. Tanpa pengalihan budaya

yang baik terutamanya ke atas teks cerita jenaka, mesej yang hendak disampaikan akan

terhalang akibat daripada tiadanya kesepaduan antara budaya yang menjadi latar bagi

penyampaian mesej. Ini amat penting terutamanya apabila melibatkan penyampaian

mesej yang tersirat.

Semakin banyak unsur budaya yang terdapat dalam sesebuah teks, semakin

sukarlah ianya diterjemahkan. Keupayaan bahasa sasaran untuk menyampaikan sesuatu

konsep atau maklumat budaya juga merupakan faktor penting dalam terjemahan

budaya. Berdasarkan kepada kajian yang dijalankan, dapat dirumuskan bahawa

pengalihan unsur budaya genre cerita jenaka ini adalah sesuatu yang mencabar. Di

samping itu ilmu, pengalaman dan daya kreativiti penterjemah amatlah diperlukan agar

pemindahan unsur jenaka seiring dengan pengalihan budaya.

108
BIBLIOGRAFI

Abdul Rahman Nawas et al. (1995). Tamadun Islam. Kuala Lumpur: Pustaka Haji
Abdul Majid.

Abdullah Hassan (2003). Terjemahan Dalam Bidang Pendidikan. Himpunan Kertas


Kerja Persidangan Penterjemahan Antarabangsa ke-9.

Ainon Mohd dan Adullah Hassan (2005). Teori Dan Teknik Terjemahan. Edisi Ketiga
Kuala Lumpur : PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Ainon Muhammad (1985), Panduan Menterjemah . Kuala Lumpur : Dewan Bahasa &
Pustaka.

Allen, Robert (1989): 'Bursting bubbles: "Soap opera" audiences and the limits of
genre'. In Ellen Seiter, Hans Borchers, Gabriele Kreutzner & Eva-Maria Warth (Eds.):
Remote Control: Television, Audiences and Cultural Power. London: Routledge, pp.
44-55

Arnold, Matthew (1869). Culture and Anarchy. New York: Macmillan.

Asmah Hj. Omar, Language And The World-View Of The Malay Peasants dalam
Malaysian World-View. Mohd. Taib Osman, ed. (1985). Southeast Asian Studies
Program.

Bach, Adolf (1971). Geschichte der Deutschen Spracher. 9th ed. Heidelberg.

Berthold Damshuser et.al. (ed) (2004). Antologi Puisi Jerman-Melayu - Trumerie in


Hellblau / Impian dalam Biru Muda. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Brislin, Richard W. (1976). Translation : Application and Research. New York :


Gardner Press.

Cambridge Encyclopedia of Language (1987)

Cambridge Encyclopedia of Language , (1987). Cambridge, New York : Cambridge


University Press.

Catford, J.C. (1996). Teori Linguistik. Diterjemahkan oleh Uma a/p Iyavoo dan Koh
Chung Gaik (1996), Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Dan Pustaka.

______________(1965). A Linguistic Theory of Translation. London: Oxford


University Press.

109
Comrie, Bernard (1998). Ensaiklopedia Bahasa Utama Dunia.(Aishah Mohd. ed.)
Kuala Lumpur :DBP

Geertz, Clifford. (1973). The Interpretation of Cultures: Selected Essays. New York.

Goodenough, W. H. (1957). Cultural anthropology and linguistics. dalam Report of


the seventh annual round table meeting on linguistics and language study. (P. L.
Garvin ed.), Washington, DC: Georgetown University.

______________(1964). "Cultural Anthropology and Linguistics" dalam Language in


Culture and Society. A Reader in Linguistics and Anthropology. (D. Hymes, ed.).New
York: Harper & Row.

Hariyanto, Sugeng. (1997). An Evaluation of the English translation of An Indonesian


Novel: A Case Study on the Translation of Manguwijayas "Burung-Burung Manyar".
Singapore: Unpublished Project Report for Diploma in Applied Linguistics, SEAMEO
RELC Singapore.

Hariyanto, Sugeng. (1997). The Implication of Culture on Translation Theory and


Practice. ELE Journal 2:1, 91-104.

Herskovit, M. J. (1959).Continuity and Change in African Culture. Pp. ix, 309.


Chicago: University of Chicago Press.

Hoffmann, Albert. et al. (1996), Matahari. Kuala Lumpur : Art Printing Works Sdn.
Bhd.

Jaafar Jambi. (2001). Terjemahan Bahasa Kiasan Dalam Novel Kokoro Dari Bahasa
Jepun Ke Bahasa Melayu : satu analisis.

Jihaty Abadi et al. (1979). Sari Sejarah Kesusasteraan Melayu-Indonesia ( Tradisi dan
Moden ). Kuala Lumpur : Penerbitan Adabi.

Kamus Dewan (1992). Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka

Kamus Dewan(1993). Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka

Langenscheidts Growrterbuch Deutsch als Fremdsprache. Das neue einsprachige


Wrterbuch fr Deutschlernende (1994). Mnchen : Langenscheidt.

Larson, Mildred L. (1984).Meaning-based translation: A guide to cross-language


equivalence. Lanham, MD: University Press of America.

Mohd Asmadi Yakob. Teori dan Teknik Terjemahan: Satu Sorotan. Kertas Kerja Yang
Dibentangkan Dalam Bengkel Perterjemahan. Anjuran Persatuan Ulama Malaysia.

Mohd Shuib Che Din, (1976). Panduan Sastera Melayu Lama. Selangor : Penerbitan
Adabi.

110
Muhammad Bukhari Lubis et al. (1998). Penerjemahan Arab Melayu, Peraturan Dan
Dasar. Serdang: Universiti Putra Malaysia.

Newmark, Peter (1981), Approaches To Translation. Diterjemahkan oleh Zainab


Ahmad dan Zaiton Ab. Rahman (1994 ), Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Dan Pustaka.
____________ (1995). About Translation. Multilingual Matters. Nature Publishing
Group 1869. 5531 November 13, 1975 O Macmillan Journals Ltd 1975 Published
weekly.

Nida, Eugene A. (1964). Towards a Science of Translating, Leiden : E.J. Brill.

______________(1982). The Theory and Practice of Translation. Leiden: E.J. Brill.

______________(1974b).Translation dalam Current trends in linguistics ( T. Sabeok


ed. ). Mouton : The Hague.

Nik Safiah Karim et al. (1988). Tatabahasa dewan. 2nd ed. Kuala Lumpur : Dewan
Bahasa dan Pustaka.

Oxford Advanced Learners Dictionary (1989). 4th Edition Oxford University Press.

Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia. Kurikulum


Bersepadu Sekolah Menengah. Sukatan Pelajaran Bahasa Jerman.

Raphaelson-West, Debra S. (1989) "On the Feasibility and Strategies of Translating


Humor." In Meta, Volume 34, Number 1, 1989. Special Issue on Humor and
Translation, pp. 128-141.

Rieu, E. V. (1953). Translation dalam Cassells Encyclopedia of Literature. Cassell :


London.

Samovar, Larry A., Richard E. Porter, and Nemi C. Jain.(1981). Understanding


Intercultural Communication. Belmont, CA: Wadsworth.

Tylor, E.B. (1974). Primitive culture : researches into the development of mythology,
philosophy, religion, art and custom. New York : Gordon Press. 1st published in 1871.

Ucapan Timbalan Menteri Pendidikan, Yang Mulia Pengiran Dato Seri Setia Dr. Haji
Mohammad bin Pengiran Haji Abdul Rahman, di Majlis Pembukaan Bengkel
Terjemahaan Kali Ke-2 pada hari Rabu, 3 Safar 1428 / 21 Februari 2007 bertempat di
Dewan Canselor, Universiti Brunei Darussalam.

W. J. Scheik, (1974) "The Widower Narrator in Nathaniel Wards The Simple Cobler
of Aggawam in America," New England Quarterly, 47, 8796.

Wan Amizah Wan Mahmud, (1998). Kaedah penterjemahan sari kata dokumentari dan
komedi semasa di televisyen : satu kajian perbandingan. Disertasi (M.M.L.S) - Fakulti
Bahasa dan Linguistik, Universiti Malaya,

111
Wardhaugh, Ronald. (1995). An Introduction To Sociolinguistics. 4th Edition. United
Kingdom : Blackwell Publishing.

Waterman, John T. (1976). A History of the German Language. Seattle : University of


Washington Press

Wills, W. (1981). The Science Of Translation, Problem And Methods. Tbingen


:Gunter Narr Verlag .

____________ (1982). The Science of Translation. Stuttgart: Gunter Narr verlag


Tubingen.

Cerita rakyat Lebai Malang. [ online ].


Dilayari pada 22 Jun 2005. Laman web :
<http://www.ashtech.com.my/cerita_ rakyat/lebai_malang.html> .

Cerita rakyat Pak Belalang. [ online ].


Dilayari pada 22 Jun 2005. Laman web :
<http://www.ashtech.com.my/cerita_rakyat/pak_belalang.html>

Dilayari pada 16 Januari 2006


<http://ms.wikipedia.org/wiki/Bahasa_Melayu>
Dilayari pada 16 Januari 2006
<http://faculty.unitarklj1.edu.my>

Dilayari pada 16 Januari 2006


<http://www.tutor.com.my/tutor/stpm/asal_usul_bahasa>

Dilayari pada 16 Januari 2006


<http://www.tutor.com.my/tutor/stpm/asal_usul_bahasa/
asal_usul_bahasa_melayu.htm>

Dilayari pada 10 Febuari 2006


<http://faculty.unitarklj1.edu.my>

Dilayari pada 5 Oktober 2006


<http://www.lib.usm.my/press/DAH/DAH.htm >

Dilayari pada 5 Oktober 2006


<http://www.arabic.com.my/pdf/terjemahan+Arab-Melayu + ktn.pdf.>

Dilayari pada 5 Oktober 2006


<http://id,wikipedia.org/wiki/Budaya>

Dilayari pada 5 Oktober 2006


<http://www.brunet.bn/news/pelita/25apr/haluan.htm>

112
LAMPIRAN 1

Date: Tue, 04 Apr 2006 11:19:06 +0800


Volker Wolf <director@kualalumpur.goethe.org> Add to Address
From:
Book Add Mobile Alert
Subject: kuadl-lis: Uebersetzerworkshop im September
To: Kuadl-Lis@Goethe. De <kuadl-lis@goethe.de>

Liebe KollegInnen,

ich schicke hier wieder einmal einen Info Brief Deutsch als Fremdsprache (3/2006), um
euch/Sie daran zu erinnern, dass man diesen Info-Brief selbst kostenlos abonnieren kann!

Ausserdem moechte ich fragen, wer von Euch/Ihnen interessiert ist (und sich ausreichend
kompetent fuehlt) an einem Deutsch-Bahasa Malaysia Uebersetzer-Workshop
teilzunehmen? Der Workshop soll zwar erst im September stattfinden (18. Sep bis 22. Sep),
aber es sollen sich mindestens 10 Teilnehmer dafuer anmelden.

In diesem Workshop sollen malaysische Kurzgeschichten (Ausschnitte) unter fachlicher


Anleitung von Holger Warnk (SOA Institut Frankfurt) ins Deutsche uebertragen werden; es geht
dabei weniger um die unmittelbaren Ergebnisse als um ein erstes Qualifizierungsangebot
fuer deutsche und malaysische Lehrer und Dozenten, die sich fuer literarische
Uebersetzungsarbeit interessieren und ein kreatives, eventuell spaeter auch lukratives
Betaetigungsfeld fuer sich suchen.

Den TeilnehmerInnen an diesem Workshop entstehen keine Ausgaben; sollte der Workshop auf
Pangkor stattfinden, wird fuer Transport, Uebernachtung und Verkoestigung gesorgt,
selbstverstaendlich werden keine Honorare gezahlt.

Bitte lasst mich wissen, wer von Ihnen dabei sein moechte, damit ich den Plan bald
konkretisieren kann.

Mit herzlichen Gruessen verabschiede ich mich in die Schulferien meiner Tochter nach
Melbourne, werde mich aber Anfang Mai wieder mit den neuesten Kulturnachrichten bei Euch
melden!
Euer Volker

113
LAMPIRAN 2

Terjemahan Lampiran 1

Saudara-Saudari,

Sekali lagi saya ingin memaklumkan maklumat tentang bahasa Jerman sebagai bahasa

asing (3/2006), serta mengingatkan tuan-tuan dan puan-puan agar mendapatkan sendiri

informasi bahasa Jerman secara percuma.

Di samping itu, saya ingin mengetahui adakah sesiapa di antara tuan-tuan dan puan-

puan yang berminat (mungkin berbakat) untuk menyertai Bengkel Penterjemahan

Bahasa Jerman- Bahasa Malaysia? Bengkel tersebut akan diadakan pada bulan

September ( 18 September hingga 22 September). Bilangan minima peserta mestilah

sekurang-kurangnya sepuluh orang.

Bengkel ini akan menterjemahkan cerita-cerita pendek bahasa Malaysia ke bahasa

Jerman, di bawah bimbingan Holger Warnk (SOA Institut, Frankfurt). Tawaran ini

dibuka kepada guru-guru dan pensyarah-pensyarah yang berminat terhadap

penterjemahan sastera serta merupakan seorang yang kreatif. Secara tidak langsung juga

kepada sesiapa yang mencari aktiviti yang akan menguntungkannya kelak.

Peserta tidak akan dibebani dengan sebarang kos, di mana penginapan, makanan dan

pengangkutan disediakan. Tiada wang sagu hati diperuntukan.

Kepada sesiapa yang berminat, sila hubungi saya untuk tujuan perancangan bengkel

terjemahan ini.

Sekian, terima kasih. Jumpa lagi pada awal Mei.

Volker.

114
LAMPIRAN 3

115
116
LAMPIRAN 4

Lebai Malang

Al kisah, maka adalah sebuah desa. Maka didalam rantau itu adalah seorang lebai
pandai mengaji dan taat ibadatnya kepada Allah ta`ala, istimewa pula perangainya
tersangat adab dan santun, serta dengan tulus ikhlas hatinya kedua laki isteri. Ia itu
tinggal disebuag dusun.

Sekali peristiwa, datanglah seorang laki-laki kerumahnya mengajak akan dia melawat
orang mati. Maka kata Pak Lebai, baiklah. Kembalilah tuan dahulu,. Dan seketika lagi
datang pula seorang kanak-kanak menjemput Pak Lebai kerana hendak kenduri
berkhatam pengajian. Maka jawab Pak Lebai, yalah, baliklah engkau dahulu. Ada
sekejap pula datang seorang lagi mempersilakan Pak Lebai keterataknya oleh hendak
berdikir kenduri Maulud. Maka itu puj disanggup juga Pak Lebai, demikianlah juga
katanya. Maka ketiga-tiga mereka itu pun pulanglah kerumah masing-masing
berhadirkan sekalian alatnya kerana harapkan Pak Lebai akan datang juga kerumahnya.

Hatta, dinanti-nantilah oleh semua pemanggil itu akan Pak Lebai beberapa lamanya
hingga beralih matahari, tiadalah juga Pak Lebai datang. Maka yang mati itu pun
dimandikan serta disembahyangkan lalu ditanamkan. Dan demikian juga yang
berkhatam itu pun dikhatamkan oranglah dan yang berkenduri itu pun bertampillah
berdikir, masing-masing dengan pekerjaannya.

Kelakian, maka tersebutlah perkataan Pak Lebai. Kemudian daripada mereka yang
ketiga itu telah kembali, maka ia pun sembahyang zuhur. Sudah sembahyang lalu
berfikir didalam hatinya, kemana baik aku pergi ini? Jika aku pergikepada orang mati
tentu aku mendapat sedekah kain putih dan tikar. Dan kalau aku pergi kepada orang
berkhatam pengajian itu, perutku tentulah kenyang, dan sedekah pula secupak daging
kerbau, serta kelapa setali dan kampit beras satu. Dan jikalau aku pergi kepada orang
berdikir itu perut aku tentulah kenyang makan lempeng penganan angkatan orang itu.
Maka kalau begitu,

117
baiklah aku pergi kepada orang mati itu dahulu, kerana sabda junjungan dahulukan
kerja wajib daripada kerja yang lain-lain.

Hatta, telah Lebai Malang berfikir demikiaan, maka ia pun pergilah kerumah orang
yang kematian itu. Dengan takdir Allah ta`ala Pak Lebai bertemu dengan orang-orang
yang pergi menanamkan orang mati itu baru pulang sahaja dari kubur. Maka kata
saudara si mati, Allah, Pak Lebai, mengapa lambat datang? Sudahlah apa boleh buat?
Tiada hendak menjadi rezeki saya.

Maka Pak Lebai pun pergilah pula kerumah orang berkhatam itu. Serta ia sampai
kesana, orang semuanya habis hendak balik. Demi dilihat oleh orang empunya kerja itu,
katanya, ah, ah ini pun Pak Lebai baru sampai. Mengapa Pak Lebai lambat datang?
Sekarang apa pun tiada lagi, semuanya telah habis, melainkan barang dimaafkan
sahajalah hal saya ini, kerana semuanya telah habis sekali.

Maka kata Pak Lebai, tiada mengapa, asalkan sudah selamat, sudahlah. Kemudian ia
pun berjalan menuju kerumah orang bermaulud itu. Setelah ia sampai kesana, orang
baru lepas berangkat saja, masing-masing orang pun hendak kembalilah. Maka apabila
dilihatnya oleh tuan rumah akan Pak Lebai, maka katanya, Allah mengapa lambat
datang Pak Lebai? Hingga penatlah saya menanti tiada juga Pak Lebai sampai.
Kemudian diperbuatlah mana-mana yang dapat. Naiklah, Pak Lebai, nah inilah yang
ada hanya sebungkus penganan saja lagi, lain semuanya sekali telah habis.

Maka ujar Pak Lebai, tiada mengapa apa pula yang disusahkan saya ini. Lalu
diambilnya bungkusan lempeng itu serta berjalan pulang kerumahnya. Kelakian, maka
hari pun hampir petang Pak Lebai pun sampailah kekampungnya lalu teringatlah ia akan
air niranya diatas pohon kabung tiada berambil lagi. Maka ia pun pergilah kepohon
kabung itu dan lempengnya itu pun disangkutkannya pada singai tempat iaa memanjat
pohon itu. Maka Pak Lebai pun sampailah kepada bacuk niranya itu. Dilihatnya bacuk
itu penuh berisi air nira.

Dengan takdir Allah, lempengnya yang ditinggalkannya dibawah itu sudah digonggong
oleh anjing, dibawanya lari. Maka setelah dilihatnya oleh Pak Lebai akan hal

118
penganannya itu digonggong oleh anjing, maka hilanglah fikirannya, lalu ia mencabut
goloknya serta dipunggaikannya kepada anjing itu, tiada kena. Dan diambil bacuk nira
yang penuh dengan nira itu, lalu dibalingkannya, tiada juga kena. Maka ia pun terjun
dari atas pohon itu berkejar sekuatnya menghambat binatang bedebah itu.

Maka oleh tersangat pantasnya Pak Lebai mengejar anjing itu hingga terkepunglah ia,
tiada tentu arahnya hendak lari lagi, istimewa pula hari sudah malam buta. Maka anjing
itu pun masuklah kedalam lubang batang kayu bersembunyi membawa bungkusan kuih
yang separuh sudah dimakannya sambil lari itu. Maka Pak Lebai pun sampailah kepada
tempat anjing itu menyembunyikan dirinya. Dicarinya kayu tiada, dan lain-lain benda
pun tiada juga hendak disumbatkannya pada lubang itu. Maka Pak Lebai pun oleh
tersangat berang hatinya, lalu menanggalkan seluar dan baju serta songkoknya, lalu
disumbatkannya kepada lubang itu. Maka Pak Lebai pun tinggal bertelanjang bulat
sahaja. Maka sianjing sial itu pun keluarlah lari mengikut lubang yang sebelah lagi yang
tiada bertutup itu, mengonggong bungkusan itu dengan pantasnya masuk kedalam hutan
lalu hilanglah sekali tiada kelihatan pada mata Pak Lebai. Maka Pak Lebai pun
tercengang-cenganglah mengintai anjing itu kesana kemari.

Hatta seketika lagi terbanglah dua ekor burung punai betul-betul menuju Pak Lebai,
kerana pada sangka burung itu tunggul kayu, oleh Pak Lebai bertelanjang bogel, seurat
benang pun tiada lekat pada tubuhnya. Setelah dilihat oleh Pak Lebai akan punai itu
datang, ia pun segeralah mengadakan lengannya dan membukakan kedua ketiaknya.
Maka punai itu pun betullah masuk kedalam lubang ketiaknya, seekor disebelah kiri
hendak menangkap burung itu. Wah apabila dirasa oleh burung itu badanya sudah tiada
terapit lagi, maka keduanya pun terbanglah naik keatas pohon kayu yang berhampiran
disitu. Setelah dilihat oleh Pak Lebai punai itu terbang, putihlah matanya dengan putus
asanya kerana segala pekara yang diusahakannya itu suatu pun tiada memberi faedah
kepadanya.

Maka ia pun mengucapkan syukurlah kepada Allah lalu ia pun kembalilah kepada
lubang kayu tadi hendak mengambil kain bajunya. Sekunyung-kunyung suatu pun tiada
lagi, sudah diambil oleh orang. Maka pergi pula ia kepohon kabung mencari goloknya
dan

119
bacuk niranya, semuanya telah ghaib, suatu pun tiada lagi. Wah apatah lagi, sesal Pak
Lebai pun tiadalah berguna lagi, lalu teringatlah ia akan bidalan orang tua-tua, kalau
secupak, takkan segantang, rezeki sudah sebanyak itu.

Maka Pak Lebai pun naiklah kerumahnya. Telah dilihat oleh isterinya Pak Lebai
bertelanjang bogel itu, marahlah ia, seraya katanya, kena apa awak demikian ini, seperti
laku orang gila? Kemana pergi seluar dan baju awak? Maka oleh Pak Lebai
diceritakannya segala hal ehwal yang telah berlaku keatas dirinya. Maka Mak Lebai pun
naiklah radangnya, seraya mengambil kayu api, disesahkannya kebelakang Pak Lebai
seraya berkata:

Lebai nasib langkahan malang ,


Kehulu hilir penat berulang
Celaka sial bedebah jembalang
Pakaian dibuang bertelanjang pulang.'

Maka Pak Lebai pun lari masuk kedalam kelambu mencari kain, lalu duduk termenung
memikirkan halnya yang telah jadi, serta dengan berangnya sebab penat dan sakit kena
bahan oleh kayu api Mak Lebai. Lalu ia bersyair pula:

Ayuhai nasib fikir miskin,


Dapat sedekah sebungkus lempeng,
Habis hilang baju dan kain,
Penganan habis dibaham anjing.

Penat berkejar tidak terkira,


Kesana kemari tersera-sera,
Punah golok bersama nira,
Pulang kerumah mendapat mara.'

Maka demikianlah ceritanya Pak Lebai Malang itu, adanya.

http://www.ashtech.com.my/cerita_rakyat/lebai_malang.html

120
LAMPIRAN 5

121
122
123
124
125
LAMPIRAN 6

Pak Belalang

Al kisah, maka adalah suatu cerita, kononnya sebuah negeri nama Halban Cundung.
Nama rajanya Indera Maya, cukup dengan hulubalang menterinya. Maka adalah
dipeminggiran negeri raja itu seorang peladang tiga beranak, anaknya laki-laki
dinamakannya Belalang, menjadi orang-orang semuanya memanggil orang tua peladang
itu Pak Belalang. Maka pada suatu tahun semua orang tiada dapat padi berladang, oleh
sangat kemarau. Maka yang hal sepeladang tiga beranak itu sangatlah kesusahan hendak
mencari makanan, tiadalah dapat daya dan upaya lagi, melainkan dengan makanan kutip
katap sahaja, ya ni terkadang makan ubi, tebu, pisang, keladi dan sebagainya.

Hatta, antara beberapa lamanya didalam hal yang demikian itu, sampailah pula musim
piama. Maka orang bekerja bendang pun masing-masing turun kebendangnya membuat
pekerjaan, ada yang mencuci parit, membaiki batas-batas mana-mana yang patut dan
rusuk, dan ada yang menengala dengan kerbau, ya ni tanah didalam petak bendang itu
supaya menjadi lembut semuanya, boleh senang menanam padi, lagi pula menyuburkan
pokok padi sampai kepada buahnya. Maka ada pula yang memagar dan berbuat
berbagai-bagai ikhtiar supaya terpelihara daripada mara bahaya musuhnya seperti tikus,
ulat dan babi. Maka didalam hal yang demikian itu semua orang membuat pekerjaan,
melainkan Pak Belalang tiga beranak asyik dengan tidur siang malam dirumahnya
dengan berdukacita yang teramat sangat akan kehidupannya yang akan boleh makan.

Maka pada suatu hari Pak Belalang berkata kepada anaknya nama Si Belalang itu,
wahai anakku, apalah sudah untung kita demikian ini. Tiadalah dapat apa-apa yang
dijadikan makanan kita anak beranak. Maka jawab anaknya, apakah fikiran aki? Maka
kata Pak Belalang, pada fikiranku pergilah anakku sembunyikan kerbau orang yang
menenggala dibendang itu barang dua ekor, taruh didalam semak-semak itu. Jikalau
orang itu gempar

126
kehilangan kerbaunya, katakana aku tahu bertenung menentukan dimana-mana tempat
kerbau itu.

Sebermula, telah sudah bermesyuarat kedua beranaknya, pada waktu matahari rembang
orang-orang bendang itu kelelahanlah penat. Masing-masing pun berhentilah naik
kedangaunya makan minum dan setengah tidur. Maka kerbau-kerbau mereka itu
ditambatkan ditepi batas yang disebelah naung, makan rumput dan setengah dilepaskan
dengan tali-talinya berkubang.

Arakian, Si Belalang pun, lepas bermesyuarat dengan bapanya itu, lalulah ketempat
kerbau yang teramat itu dengan seorang dirinya terhendap-hendap mengintau tuan
kerbau itu. Telah sampai lalu dipegangnya tali kerbau, diambilnya dua ekor,
ditambatkannya kepada pohon kayu besar kira-kira sebatu jauhnya daripada tempat itu.
Maka ia pun pulang kepada bapanya, habis dikabarkannya hal ehwalnya. Maka
sangatlah sukacita bapanya mendengarkan perkataan anaknya oleh mengikut seperti
pengajarannya.

Hatta, tersebut perkataan orang-orang bendang itu. Apabila telah beralih hari, masing-
masing pun turunlah kebendangnya sambil hendak mengambil kerbau. Maka dilihat dua
ekor kerbaunya sudah hilang. Jenuh mencari tiada jump, sambil berkata, siapakah
gerangan agaknya tahu bertenung ini? Kita hendak tenungkan kerbau yang hilang ini.
Maka pada ketika itu Si Belalang sedang bermain dekat-dekat meraka itu. Maka
katanya, bapaku tahu juga sedikit-sedikit bertenung.

Jawabnya tahu juga. Maka kata orang bendang itu, marilah kita sekalian pergi kepada
Pak Belalang minta ditenungkan. Jawab kawannya, moh la. Lalu pergilah orang-orang
bendang itu kepada Pak Belalang. Maka pada ketika itu Pak Belalang pun ada dirumah
sedang memegang gobek. Lalu ditegurnya akan mereka itu seraya katanya, apakah hajat
anakku sekalian ini? Jawab orang-orang itu, kita ini mendapatkan Pak Belalang minta
tenungkan kerbau kita hilang, jenuh mencarinya.

Maka kata Pak Belalang pun mengambil kertas yang buruk, ditulisnya bagai bekas
cakar ayam sahaja, dengan tawakal diperbuatnya serta membilang-bilang jarinya dan
memejam-mejamkan matanya. Katanya, ayuhi anakku, kerbau itu dua yang hilang ada

127
disebelah matahari mati, ditambatkan orang dipohon kayu besar. Pada petuanya jikalau
lambat dituruti nescayalah ia mati.

Demi orang-orang itu mendengarkan perkataan Pak Belalang, sangatlah sukacita


hatinya. Lalulah pergi setenganya mencari dan yang setengah balik pulang. Kemudian
antara beberapa lamanya mereka itu pun sampailah ketempat yang ditambatkan oleh Si
Belalang itu. Maka kerbau dua ekor itu hampir akan mati kerana tersangat dahaga, lalu
diambilnya, dibawa pulang kerumahnya akan Pak Belalang tahu tenung. Maka
singgahlah mereka itu dirumah Pak Belalang, serta membawa beberapa banyak hadiah
daripada beras, padi, tembakau, gambir, ikan dan lain-lainnya adalah berharga kadar
lima puluh derham. Maka sangatlah kesukaan hati Pak Belalang menerima hadiah
mereka itu, dengan beberapa kesenangan ia makan anak-beranak.

Kelakian, tersebutlah Raja Indera Maya didalam negeri itu. Pada suatu malam
kecurianlah baginda tujuh biji peti yang berisi emas, intan, derham dan lain-lain mata
benda yang mahal-mahal harganya. Maka dititahkan oleh baginda memukul canang
segenap pekan didalam negeri itu, titahnya, siapa-siapa tahu bertenung raja memanggil
kedalam, hendak minta tenungkan harta yang hilang kecurian tujuh buji peti semalam.
Maka didengar oleh bendang yang hilang kerbau itu. Katanya, yang kita tahu, orang
yang pandai bertenung, boleh dapat dengan segeranya.

Maka kata tukang canang itu, dimanakah rumahnya? Jawab orang bendang itu, itulah
rumahnya. Maka pergilah tukang canang itu. Didapati Pak Belalang ada hadir
dirumahnya. Lalu mereka bertanya, ayuhai Pak Belalang, iakah sungguhh tahu
bertenung? Maka jawabnya, tahu juga sedikit. Maka kata tukang canang, marilah
mengadap baginda, kerana baginda kecurian tujuh biji peti semalam.

Maka jawab Pak Belalang, baiklah. Maka ia pun pergilah mengadap baginda bersama-
sama dengan tukang canang. Apabila sampai kedalam lalu ditegur oleh baginda seraya
bertitah, hai Pak Belalang, tahukah engkau bertenung? Maka sembah Pak Belalang,
ampun Tuanku beribu-ribu ampun, tahu juga sedikit kerana patik ditinggalkan hamba
tua

128
dahulu empat peti kitab tiba dirumah patik dari hal kisah pencuri barang-barang yang
hilang.

Maka titah baginda, jikalau baginda beta beri tempoh didalam tujuh hari ini, beta minta
tenungkan harta beta yang hilang itu. Jika tiada dapat engkau tenungkan harta itu,
nescaya beta bunuh kerana membuat bohong mengatakan ada empat biji peti tib ilmu
nujum. Maka sembah Pak Belalang, Daulat Tuanku titah patik junjung. Insyaallah
ta`ala, berkat dengan tinggi daulat, bolehlah patik tenungkan, Tuanku.

Maka Pak Belalang pun bermohon balik, dikurniakan oleh baginda seratus derham akan
belanjanya. Hatta, apabila sampai kepekan, maka dibelinya beras, ikan, minyak dan
tepung, dibawa balik kerumahnya, diberikan kepada isterinya. Maka tanya isterinya,
dimana Pak Belalang dapat barang banyak-banyak ini? Curikah? Jawabnya, tiada aku
curi, raja memberi kepada aku, disuruhnya bertenung hartanya hilanh tujuh biji peti
semalam konon. Maka tepung ini perbuatlah roti. Aku teragak hendak makan roti
rasanya.

Maka diambil oleh perempuannya barang-barang itu diperbuat roti. Seketika nanti hari
pun malam. Lepas makan nasi tiga beranak itu, Pak Belalang pun berbaring ditengah
rumahnya oleh sebab letih berjalan tadi. Maka isterinya pun masaklah roti itu
didapurnya, direndangnya sebiji-biji, maka berbunyilah roti itu kena minyak didalam
kuali, chur bunyinya. Maka oleh Pak Belalang dibilangnya dari tengah rumah itu,
katanya, satu membilang roti itu.

Maka dengan takdir Allah, berkat ia bertawakal membuat pembohong itu, tatkala ia
membilang roti itu maka kepala pencuri yang mengambil harta baginda itu ada orang
terdiri dihalam Pak Belalang, barulah ia keluar dari hutan, kerana jalannya pergi datang
itu dekat dengan rumah Pak Belalang. Kemudian chur bunyinya sekeping roti lagi,
dibilangnya, dua. Maka pencuri itu pun sudah dua berdiri dihalamannya. Kemudian
tiga, maka pencuri itu pun sudah tiga orang disitu. Kemudian tujuh keping roti dibilang
oleh Pak Belalang, bersetuju dengan pencuri itu telah ada disitu ketujuh-tujuhnya.

129
Maka kata kepala pencuri itu, Hai kawan-kawan sekalian, ada pun kita ni sudah
diketahui oleh orang tua Pak Belalang akan kita ada disini. Pada fikiranku, tentulah ia
tahu kita tujuh orang ini yang mengambil harta raja itu dan sekarang baiklah kita pergi
berjumpa dengan dia berkabarkan kesalahan kita yang mengambil harta raja itu. Jawab
yang berenam itu lagi, baiklah mari kita pergi kabarkan supaya lepas nyawa kita mati
dibunuh raja itu. Maka pencuri ketujuh itu pun pergilah mengetuk pintu Pak Belalang.
Maka kata Pak Belalang siapa itu?

Jawabnya, kita hendak berjumpa dengan Pak Belalang. Maka dibuka oleh Pak Belalang
pintunya lalu naiklah pencuri ketujuh-tujuh orang itu seraya duduk berjabat tangan
dengan Pak Belalang. Maka kata Pak Belalang, dari mana datang dan apakah hajat?
Maka jawab pencuri, kami datang ini minta nyawa kepada Pak Belalang. Jangan kamu
sekalian dibunuh, kerana kamilah semua yang mengambil peti raja negeri ini, yang
hilang tujuh biji itu. Oleh sebab jikalau tiada kita berkabarkan benar pun, Pak Belalang
sudah tahu, kerana Pak Belalang di rumah, kami di tanah lagi belum nampak sudah Pak
Belalang bilang.

Sebermula telah didengar oleh Pak Belalang akan perkataan pencuri ketujuh itu
sangatlah sukacitanya sambil berdaham. Katanya, dengan sesungguhnya aku tahu. Masa
anakku di tanah tadi aku bilang di rumah ini satu hingga ketujuh. Benar atau tidak
bilangan aku itu? Maka jawab pencuri itu dengan ketakutan, benar. Itulah sebabnya
kami sekalian takut akan Pak Belalang berkabar kepada raja, matilah kami sekalian di
bunuh oleh raja itu.

Maka kata Pak Belalang, jikalau sungguh anakku sekalian berkata benar, tidaklah
dibunuh oleh raja. Dimanakah harta raja itu sekarang? Jawab pencuri itu, adalah kami
sekalian tanamkan disebelah selatan didalam hutan, lebih kurang ada sebatu dari sini.
Kami sekalian tanamkan didalam tanah tiada apa-apa rusak, bolehlah Pak Belalang
ambil harta raja itu balik. Maka kata Pak Belalang, baiklah, tetapi jangan membuat
bohong. Tentu aku suruh bunuh kepada raja.

Maka bersumpahlah pencuri itu mengatakan tidak bohong sekali-kali. Kemudian roti
yang dimasak oleh isteri Pak Belalang itu pun dijamukannyalah kepada pencuri-pencuri

130
itu. Lepas makan mereka itu pun turunlah berjalan. Hatta, telah siang hari, Pak Belalang
pun pergilah mengadap Raja Indera Maya seraya baginda bertitah, apa kabar, Pak
belalang? Adakah dapat ditenungkan di dalam tib darihal itu?

Maka sembah Pak Belalang, insyaallah ta`ala, dengan berkat tinggi daulat dapatlah
dalam tib-tib patik itu, Tuanku. Patik peroleh satu buku, didalamnya ada tersebut
bahawasanya ada pun hartanya yang hilang tujuh orang, dibawahnya kesebelah selatan,
sudah ditanamkannya didalam tanah, tetapi tiada rosak barang-barang itu lagi.

Setelah menitahkan dua orang menteri dengan seratus hulubalang dan lima ratus rakyat
mencari peti baginda itu dengan segeranya, maka masing-masing menyembah lalu
berjala. Maka baginda pun tinggallah dengan Pak Belalang di balairong seri dihadapi
oleh bentara biduanda sida-sida sekalian.

Maka tersebutlah kisah menteri dengan hulubalang, rakyat pergi mencari harta itu.
Selang beberapa lamanya sampailah kedalam hutan besar, ditujunya kesebelah selatan.
Dengan takdir Allah subhanahu wata`ala betullah sampai mereka kepada tempat peti
yang ditanamkan oleh pencuri itu, berjumpa dengan suatu lubang bekas ditimbus orang.
Maka diambil oleh menteri anak-anak kayu suruh tikam kedalam tanah, lalu kenalah
kepada peti itu, serta diangkat naik, dipikul oleh rakyat sekalian, dibawa balik
mengadap baginda.

Maka baginda pun turunlah dari atas singgahsana sambil berkata, betullah sungguh Pak
Belalang ini, besar untungnya dan kebaktiannya kepada aku. Baginda bertitah itu
dengan teramat sukacitanya, seraya memandang kepada muka Pak Belalang. Titahnya
pula, ada pun Pak Belalang ini telah beta gelar Ahlunnujum pada hari ini, dan
barangsiapa memanggil Pak Belalang, beta guntingkan lidahnya.

Maka sekalian rakyat, menteri hulubalang pun mengatakan Ahlunnujum sekaliannya.


Maka titah baginda, Hai ahlunnujum, beta anugerahi sebiji peti ini akan dikau, bawalah
pulang kerumah, berikan kepada anak isteri engkau. Maka sembah Ahlunnujum
Belalang, ampun Tuanku beribu-ribu ampun, patik mohonkan ampunlah dikurniakan

131
harta itu, kerana ayapan yang kurniai oleh dulu Tuanku dahulu itu pun cukup patik
ayapi anak beranak.

Maka titah baginda menyuruh juga hantarkan sebiji peti yang berisi emas, intan, ratna
mutu manikam, kerumah ahlunnujum Belalang itu. Maka ahlunnujum pun bermohon
kembali pulang kerumahnya dengan sukacita sekalian anak isterinya. Hatta, antara
selang tiga bulan, masuklah pula tiga buah kapal membawa anak itik baru jadi, meminta
kenalkan jantan betinanya. Maka kapal itu pun sampailah kepelabuhan. Juragannya naik
kedarat mengadap Raja Indera Maya. Maka ada pun tatkala itu baginda sedang dihadapi
oleh menteri, hulubalang, sida-sida, biduanda sekaliannya.

Maka juragan itu pun naiklah kebalai pengahadapan masuk mengadap dibawa oleh
bahtera baginda. Serta baginda memandang, juragan pun bertelut kepada baginda.
Sembahnya, ampun Tuanku beribu-ribu ampun, patik ini datang dari sebuah negeri
kesebuah negeri membawa anak itik baru menetas, meminta kenalkan jantan dan
betinanya patik persembahkan kebawah duli Tuanku kapal patik tiga buah itu dengan
isinya, patik turun kain sehelai sepinggang sahaja. Tetapi jika Tuanku terkenal anak itik
itu jantan betinanya, harapkan diampun beribu-ribu ampun, negeri Tuanku ini patik
pohonkan supaya menjadi milik patik.

Maka sahut baginda, baiklah encik Juragan, beta minta tempoh tiga hari dahulu. Kepada
hari yang ketiga itu pagi-pagi bolehlah datang bawakan anak-anak itik itu, boleh beta
kenalkan jantan betinanya. Maka juragan itu pun bermohon balik kekapalnya. Maka
baginda pun menitaahkan seorang biduanda panggil ahlunnujum belalang. Maka
biduanda pergi kepada Ahlun nujum Belalang. Tatkala itu Ahlun nujum Belalang ada
dirumahnya sedang merojak sireh hendak dimakannya. Maka biduanda pun naik.
Katanya, Hai Ahlun nujum , titah memanggil bersama-sama sahaya mengadap dengan
segeranya.

Jawab biduanda ada kapal masuk membawa anak itik baru menetas, minta kenalkan
jantan betinanya. Itulah sebab Tuanku memanggil. Maka sahut Ahlun nujum Belalang,
Baiklah, lalu ia mengambil tongkat berjalan bersama-sama dengan biduanda mengadap

132
baginda kebalairong seri. Demi terpandang kepada Ahlun nujum, maka baginda pun
bertitah, marilah kesini dekat dengan beta ini, hendak bermesyuarat.

Maka Pak Belalang pun datanglah hampir dengan baginda seraya meyembah. Maka
titah baginda, apalah hal beta ini ahlun nujum? Ada pula masuk tiga buah kapal
membawa anak itik baru menetas dari telur. Juragannya meminta kenalkan jantan
betinanya, kepada beta. Jika tidak kenal, negeri ini pulanglah kepadanya. Maka
sekarang apakah halnya beta hendak mengenalnya itu?

Setelah Ahlun nujum Belalang mendengarkan titah baginda, ia pun termenung seketika
serta menyerahkan dirinya kepada Tuhan sarwa sekalian alam harapkan makbul
sebarang maksudnya membuat perkataannya yang pembohong itu semuanya, Ampun
Tuanku beribu-ribu ampun, titah Tuanku terjunjunglah diatas otak batu kepala patik.
Maka dengan berkat tinggi daulat Tuanku adalah pula buku tib itu tinggal di rumah
patik, dua tiga empat peti penuh berisi dengan pasal anak itik itu sahaja. Dan harapkan
ampun patik bertempuh tiga hari mencari dalam tib itu. Maka titah baginda, baiklah.

Maka Pak Belalang pun bermohon balik pulang kerumahnya dengan dukacita yang
teramat sangat kerana takut kalau kedapatan budi pembohongnya itu. Maka keluh
kesahlah ia tiada lalu makan dan minum dan tidur, melainkan di dalam hatinya berkata,
ya Allah, ya Rabbi, ya Saidi, ya Maulai. Kepada Tuhanku juga hamba menyerahkan
diri, barang dimakbulkan kiranya seperti maksud dan hajat hamba ini akan mengetahui
jantan betina anak itik itu dengan mudahnya.

Hatta, perjanjian dengan baginda itu pun sampailah dua hari sudah. Maka sangatlah
dukacita Pak Belalang akan perkara yang disanggupinya itu. Setelah sampai kepada
malam ketiganya, maka dengan takdir Allah subhanahuwata`ala dibukakan hatinya
fikiran yang baik. Baiklah aku pergi bersampan berkayuh dekat-dekat kapal mendengar
perkabaran itik itu.

Maka ia pun berkayuhlah dengan perahunya yang pipih supaya tidak kedengaran bunyi
air. Setelah Pak Belalang sampai kepada kapal yang tiga buah berlabuh itu seraya
perlahan-lahan mendengarkan apa-apa percakapan orang dikapal itu. Maka dengan
takdir

133
Allah subhanahu wata`ala melakukan kudrat diatas hambanya, pada ketika itu
bercakaplah isteri juragan kapal itu dengan suaminya. Katanya ayuhi Encik Juragan,
berapa lama sudah saya bersama-sama belayar menjajakan anak itik ini minta kenalkan
jantan betinanya belum juga saya tahu bagaimana hendak mengenalnya itu. Jikalau
sungguh kasih kepada saya tolonglah kabarkan supaya saya tahu.

Maka jawab juragan itu, ayuhai adinda, buah hati kekanda, tiadalah dapat kekanda
hendak mengabarkan hal itu, takut didengar oleh orang, kerana esok hari hendak
kekanda bawa mengadap raja negeri ini minta kenalkan jantan betinanya. Jikalau tiada
lalu raja itu mengenalnya negeri ini kita miliki, dan jikalau lalu pula raja itu
mengenalnya, kapal yang tiga buah ini pulang kepadanya. Kita sekalian turun kain
sehelai sepinggang sahaja. Tetapi oleh kasih kekanda, kabarkan. Janganlah dicakapkan
kepada orang.

Maka jawab isterinya, katakanlah supaya adinda dengar. Di mana pula ada orang tengah
malam datang hampir kemari? Lalu dikabarkan oleh juragan kepada isterinya, katanya,
jikalau hendak mengenal jantan betina anak itik itu, hendaklah dibubuh air didalam
terenang. Mana-mana yang dahulu menyelam itulah betina dan yang kemudiannya
jantan.

Setelah didengar oleh isterinya, ia pun diam. Lalu tidur kedua laki isteri menantikan
siang. Shahadan maka Pak Belalang pun sekalian hal ehwal itu semuanya didengar.
Sangatlah suka hatinya serasa mati hidup kembali, sambil berkayuh perlahan-lahan
balik pulang kerumahnya. Setelah sampai lalu memanggil perempuannya emak
Belalang. Maka emak Belalang pun bangun memebuka pintu. Maka kata Pak Belalang,
ada \kah nasi emak Belalang? Aku lapar ini. Pergilah masak segera, apa digaduhkan
masak nasi ransom? Belanja kita raja memberi.

Maka jawab isterinya, sudah ada nasi. Makanlah. Maka Pak Belalang pun bersalin
kainnya lalu duduk serta memakan nasi. Setelah itu, ia pun tidur dengan kesukaannya.
Seketika lagi hari pun sianglah lalu ia bangun duduk sambil merojak sirehnya.
Sebermula, maka tersebutlah perkataan juragan kapal. Telah hari siang pagi-pagi hari,
maka juragan pun bersiaplah lalu naik kedarat diiringkan oleh anak-anak perahunya
membawa anak itik itu. Maka baginda pun hadir diatas singgasana tahta kerajaan

134
dihadapi oleh sekalian menteri, hulubalang, sida-sida bentara, rakyat bala, hina dina
hendak melihat temasya itu.

Hatta, baginda pun menitahkan seorang biduanda memanggil ahlun nujum Belalang
dengan segeranya. Maka biduanda pun menyembah lalu turun berjalan kerumah Ahlun
nujum Belalang. Maka katanya titah Tuanku memanggil Ahlun nujum. Juragan dan
sekalian orang telah berhimpun dibalai semuanya. Maka Ahlun nujum pun bersiap-
siapkan sirehnya lalu mengadap baginda. Maka sampailah kebalairung seri. Maka titah
baginda, marilah kemari.

Maka Ahlun nujum Belalang pun dekatlah dengan baginda. Maka titah baginda,
Apakah hal ahlun nujum hendak mengenal anak itik itu jantan betinanya? Maka sembah
Pak Belalang. Ampun Tuanku beribu-ribu ampun, jenuh patikmencari di dalam tin
patik. Maka dapatlah patik di dalam buku kecil sahaja, ada di dalam dua baris tertulis di
tulis disitu mengatakan demikian, bahawasanya ada pun hendak mengenal anak itik itu
jantan betinanya, hendaklah dengan air.

Maka titah baginda menyuruh ambilkan suatu terenang emas. Maka di bawa oleh
dayang-dayang di persembahkan kepada baginda. Maka titahnya, inilah air, ahlun
nujum. Maka sembah Pak Belalang, kemudian lepaskan seekor. Mana-mana yang
dahulu menyelam, itulah yang betina dan yang kemudian menyelam itulah jantannya.
Maka titah baginda, lepaskanlah. Sembah Pak Belalang, silakanlah Tuanku
melepaskannya. Titah baginda, beta tiada tahu.

Maka Pak Belalang pun bangun seraya menyembah melepaskan itik itu. Maka apabila
dilepaskannya seekor dalam terenan, maka anak itik pun menyelam. Maka sembah Pak
Belalang, itulah betina, tuanku. Kemudian dilepaskan pula seekor lagi, lambat
menyelam. Titah baginda, lambat pula menyelan itu. Sembah Pak Belalang, yang
lambat menyelam itu jantan, Tuanku.

Maka baginda pun memandang kepada juragan kapal itu. Titahnya, apakah kabar
Juragan? Betulkah seperti kata ahlun nujum ini, dimana hendak patik simpangkan
perkataan yang sebenar itu? Maka titah baginda, jikalau begitu, baiklah perdana menteri

135
beri juragan ini tiga buah perahu dan bekalnya sampai ia balik kenegerinya. Maka
perdana menteri pun menyembah dan juragan kapal pun turun bersama-sama dengan
menterinya seraya menyembah baginda. Kapal itu pun diserahkan kepada bendahara
dengan isi-isinya.

Sebermula, tersebutlah kisah baginda itu pula memberi titah kepada Pak Belalang.
Titahnya ayuhai saudara beta, ahlun nujum yang bijaksana, dengan kerelaan hati beta
memberi sebuah kapal itu kepada saudara dengan isi-isinya. Maka sembah Pak
Belalang, ampun tuanku beribu-ribu ampun, sembah patik harapkan diampun, sebenar
sangat seperti titah itu, dengan sebolah-bolehnya patik mohon ampunlah dikurniai itu,
kerana mana-mana harta yang duli Tuanku kurniakan dahulu sekarang telah sudah
dihabiskan oleh didik itu bersuka ria, ampun tuanku bermain muda sahaja kerjanya.

Baginda pun tertawa gelak-gelak, titahnya, tiada mengapa, budak-budak sahajanya


gemar main muda itu, tiada pula menjadi kesalahan. Tetapi kawinkan dia mana-mana
yang diperkenankan dan kapal ini pemberian betalah kepadanya Si Belalang itu. Maka
sembah Pak Belalang, daulat Tuanku. Maka kapal itu pun disuruh hantarkan
kepelabuhan Pak Belalang, adanya.

Sebermula, telah selesai kisah anak itik itu, dengan takdir Allah subhanahu wa`tala,
masuklah pula tujuh buah kapal membawa kayu yang teramat licin dan bulat,
panjangnya kira-kira sehasta, nakhodanya itu pun naiklah mengadap baginda
bermaklumkan halnya serta membawa kayu itu, dipersembahkan kepada baginda.
Katanya, ampun tuanku beribu-ribu ampun, sembah patik harap diampun jua kiranya.
Adalah patik datang ini mengadap tuanku membawa suatu kayu bulat licin semuanya.
Patik minta kenalkan kayu tentukan ujung dan pangkalnya patik persembahkan ketujuh
buah kapal patik ini, patik turun sehelai sepinggang sahaja.

Demi didengar oleh baginda sembah nahkoda itu, lalu titah baginda, baiklah beta minta
tempoh tujuh hari kepada nakhoda. Setelah sudah, maka nahkoda kapal itu pun
bermohonlah balik kekapalnya. Maka baginda pun bertitah menyuruh panggil Pak
Belalang. Maka biduanda pun menyembah serta bermohon pergi mendapatkan ahlun

136
nujum Belalang itu. Katanya, titah tuanku memanggil kebalai. Jawab Pak Belalang, apa
pasal memanggil aku? Lalu ia pun turun dengan segera mengadap baginda bersama-
sama dengan biduanda kebalai.

Hatta, setelah baginda melihat Pak Belalang datang itu, baginda pun memberi titah
kepadanya, ayuhai ahlun nujum, apalah ikhtiar diri sekarang? Ada seorang nakhoda
membawa kapal tujuh buah datang kepada beta, kerana ia ada membawa kayu bulat
licin. Ia meminta kenalkan ujung pangkal kayu itu. Jikalau lalu terkenal oleh beta ujung
dan pangkalnya, kapal yang tujuh buah itu diberikannya kepada beta. Jika tiada
terkenal, maka negeri ini pulang kepadanya. Beta minta tempoh tujuh hari.

Arakian, telah Pak Belalang mendengar titah baginda, maka lalu ia mengangkat tangan
mendatangkan sembah, ampun tuanku beribu-ribu ampun, sembah patik harap diampun,
ada pun dari hal mengenal kayu, bolehlah juga patik kenalka, berkat tinggi daulat
tuanku, kerana ada tujuh peti tib patik dirumah pasal mengenal kayu-kayu. Dan dua peti
buku-buku pasal itu sahaja.

Titah baginda, baiklah boleh ahlun nujum lihat didalam buku-buku itu. Maka Pak
Belalang pun bermohonlah kembalilah kerumahnya. Hatta, dalam pada itu sampailah
perjanjian itu tujuh hari kepada malam. Maka daripada pagi-pagi hari nakhoda kapal
pun bersiaplah dengan anak perahunya hendak naik kebalairung seri membawa kayu
itu. Maka pada ketika hulubalang, sida-sida, bentara, penuh sesak hendak melihat
temasya itu.

Maka hal Pak Belalang pada malam yang ketujuh itu turunlah ia kesampan berkayuh
kekapal nahkoda itu daripada sebuah kapal kepada sebuah kapal. Hatta dengan takdir
Allah subanahu wata`ala sampailah ia kekapal nahkoda yang jauh ditengah lautan
sekali. Kepada masa itu nahkoda pun ada duduk sedang bermesyuaratkan darihal
hendak membawa kayu itu esok harinya mengadap baginda. Maka kata sekalian anak-
anak perahunya itu, ayuhai Tuan nahkoda, hamba sekalian pun sangatlah ajaib
bagaimanakah hendak mengenali ujung pangkal kayu itu. Maka sahut nahkoda kepada
anak-anak

137
perahunya itu, janganlah kau sekalian cakapkan kepada orang rahsia ini, kalau didengar
oleh orang rosaklah kita.

Maka kata sekalian anak-anak perahu itu, ya tuan nahkoda, dimana datang orang tengah
malam ini? Maka kata nahkoda sekalian pun sangatlah ajaib bagaimanakah hendak
mengenal ujung pangkal kayu itu, ada pun hendak mengenal ujung kayu itu dipegang
sama tengahnya, diletakkan diatas air. Kemudian mana-mana dahulu yang tenggelam,
disitulah pangkalnya.

Telah sudah nahkoda berkabarkan rahsia itu kepada anak-anak perahunya, semuanya
didengar oleh Pak Belalang perkataan itu. Ia pun balik kerumahnya. Hatta, telah hari
siang, pagi-pagi hari berhimpunlah sekaliannya. Maka nahkoda kapal itu pun naiklah
mengadap baginda membawa kayu itu. Maka baginda pun bertitah suruh duduk seraya
memandang kepintu balai penghadapan itu menantikan ahlun nujum Belalang, lalu naik
keatas balai penghadapan seraya menyembah baginda. Maka ditegur oleh baginda
sambil bertitah, marilah dekat dengan beta disini. Apa kabar dalam tib ahlun nujum itu?

Maka sembah Pak Belalang, ampun Tuanku beribu-ribu ampun, ada pun didalam tib
patik darihal hendak mengenal ujung pangkal kayu itu hendaklah dengan air, tuanku.
Maka titah baginda menyuruh ambil air kepada dayang-dayang pun mengambil air,
dibubuh didalam batil emas, dibawa kehadapan baginda. Maka sembah Pak Belalang,
tuanku lepaskan kayu itu. Maka titah baginda, beta tiada tahu. Ahlun nujum sendiri
lepaskan.

Maka Pak Belalang pun menyembah baginda seraya mengambil kayu itu. Maka
ditimbangnya betul sama-sama tengah kayu, dilepaskannya didalam air itu. Maka
tenggelam sebelah dahulu. Titah baginda. Apa yang dahulu temggelam itu? Maka
sembah ahlun nujum Belalang, ampun Tuanku beribu-ribu ampun, yang tenggelam itu
pangkalnya dan ujungnya itu kemudian tenggelam kerana ringan dan pangkalnya itu
berat.

Maka baginda pun memandang kepada nahkoda kapal itu seraya bertitah, apa kabar
nahkoda adakah betul seperti kata ahlun nujum beta dan tiada? Maka sembah nahkoda
itu,

138
sebenarnyalah seperti kata ahlun nujum Tuanku itu. Apa hendak patik salahkan lagi?
Sudah nasib patik, tuanku kerana patik dengar ahlun nujum tuanku ini arif bijaksana
sangat. Inilah sebab patik mencuba kepandaiannya itu.

Maka sahut ahlun nujum, dengan sebenarnya juga encik nahkoda menyembah kebawah
duli yanga maha mulia itu. Jikalau ada kepandaian arif bijaksana sekali pun jika tiada
rajin usaha tiada berguna juga. Maka terasalah dihati nahkoda itu teringatkan tatkala
anak-anak perahunya itu bertanyakan ujung pangkal kayu dahulu agaknya barangkali
Pak Belalang itu mengendapmendengarkan kisah itu, kerana ada cakapnya itu berusaha.
Tetapi itu fikiran didalam hatinya sahaja, tiada dikeluarkannya. Maka titah baginda
menyuruh biduanda berikan ampun kurnia kepada nahkoda itu tujuh buah perahu serta
belanja makanannya. Maka nahkoda itu pun turun dari kapal sehelai sepinggang sahaja.
Maka kapal tujuh buah serta dengan isinya itu pulang kepada baginda semuanya. Maka
nahkoda itu pun bermohon kepada baginda naik keperahunya langsung pulang
kenegerinya.

Hatta, selang antara berapa lamanya, masuk pula sebuah kapal perdana menteri Askalan
Rum mengadap baginda membawa surat rajanya kepada baginda. Tatkala itu baginda
sedang semayam diatas takhta kerajaan dibalairung seri. Perdana Menteri itu pun naik
lalu menyembah baginda dan mempersembahkan surat itu. Maka disambut oleh bentera
dan dibaca dihadapan baginda. Demikianlah bunyinya:

Sembah sujud serta ta`zim serta takrim daripada anakanda Raja Baharum Indera Sakti
dinegeri Askalan Rum, barang disampaikan kiranya mengadap kebawah tahta paduka
ayahanda duli yang maha mulia. Ihwal anakanda maklumkan jikalau ada mudah-
mudahan rahim kasihan belas ayahanda, anakanda pohonkan Ahlun nujum ayahanda,
minta lihatkan anakanda kehilangan isteri anakanda baru kawin tujuh hari, sedang tidur
dicuri oleh jin. Maka haraplah dipohonkan bersama-sama pacal Perdana Menteri itu.

Telah didengar bunyi surat itu, baginda pun menyuruh panggil ahlun nujum Belalang.
Maka biduanda pun pergilah. Ada seketika lamanya, ahlun nujum Belalang pun
sampailah bersama-sama dengan biduanda mengadap baginda. Maka baginda pun

139
bertitah, hai ahlun nujum, ada pun sebab beta memanggil ini kerana ada sebuah kapal
masuk kemari mengadap membawa surat darihal putera baginda negeri Askalan Rum
hilang isteriny, ia sedang tidur bersama-sama dicuri oleh seorang jin. Adakah dapat
ahlun nujum mengembalikan balik daripada jin itu?

Maka sembah ahlun nujum Belalang. Ampun tuanku beribu-ribu ampun, insya Allah
ta`ala, berkat dengan tinggi daulat duli yang maha mulia, dari hal itu barangkali ada
didalam tib-tib patik tangkal jin itu supaya ia takut. Maka titah baginda, baiklah boleh
pergi sekarang bersama-sama Perdana menteri baginda ini. Maka sembah Ahlun nujum
Belalang. Daulat tuanku, titah patik junjunglah. Patik pohon ampun pulang keteratak
patik dahulu.

Maka titah baginda, usahlah balik dahulu. Belanja-belanja ada beta beri. Maka
sembahnya, baiklah tuanku. Lalu ia menyembahkan kepada baginda bersama-sama
turun kekapal Perdana Menteri itu langsung belayar kenegeri Askalan Rum. Selang
antara beberapa lamanya, sampailah kejambatan larangan. Maka disambut oleh baginda
itu menteri serta dengan Ahlun nujum Belalang. Maka datanglah putera baginda itu
mendapatkan Pak Belalang dengan tangisnya. Titahnya , ayuhai bapa hamba, tolonglah
hamba minta carikan isteri hamba yang telah dicuri oleh jin itu dengan segeranya.

Maka sembah Pak Belalang, ampun tuanku beribu-ribu ampun, pertetapkan juga hati
tuanku, Insya Allah ta`ala patik pergi mencari paduka adinda itu. Maka baginda pun
berangkat dari kapal naik keistana membawa Ahlun nujum Belalang, diperjamu makan
dan minum tujuh hari tujuh malam, disembelih kerbau, lembu, ayam dan itik.

Hatta, lepas itu, Pak Belalang pun berdatang sembah kepada putera baginda itu.
Sembahnya, ampun tuanku beribu-ribu ampun, nanti pada waktu dinihari tuanku
titahkan sekalian isi negeri, rakyat bala tuanku pergi masuk kehutan sekalian isi negeri,
rakyat bala tuanku pergi masuk kehutan sekaliannya mengikut patik. Tuanku pun
bersama-sama berangkat. Apabila patik berhenti, tuanku sekalian rakyat pun berhenti
jauh-jauh daripada patik, jangan dekat.

140
Maka putera baginda serta dengan dengan sekalian menteri, hulubalangnya pun
mengakulah seperti sembah ahlun nujum itu. Telah malamlah, waktu dinihari, perdana
menteri pun menyuruhkan sekalian rakyat isi negeri semua kehutan rimba belantara itu
dengan terlalu amat kesusahannya. Hatta, apabila gari pun sudah cerah Pak Belalang
pun berjalanlah bersama-sama dengan putera baginda itu diiringkan oleh menteri,
hulubalangnya sekalian yang tiada tepermanai banyaknya. Maka antara beberapa
lamanya sampailah Pak Belalang kepada sepohon kayu beringin ditengah padang ,
terlalu amat rendang pokoknya. Lalu berhentilah akan lelahnya teramat sangat, dan
matanya pun mengantuk seperti diperekat rasanya. Ia pun berbaring dibawah kayu
beringin itu lalu tertidur.

Hatta, dengan takdir Allah Tuhan sarwa sekalian alam, kepada ketika itu datanglah
seorang tua, janggutnya putih hingga kepusatnya, seraya berkata dengan suara yang
dahsyat. Sabdanya, hai Pak Belalang apakah pekerjaan engkau demikian ini sentiasa
berbuat bohong sahaja, tiada perkataan yang sebenarnya? Maka Pak Belalang pun
terkejut mendengarkan sabda orang tua itu, seraya menyembah, katanya, hamba tuan
sungguhlah berbohong sahaja, kerana dengan hal mencari napakah hamba.

Maka sabda orang tua itu, dengan sebenarnya engkau berbuat bohong semata-mata,
tetapi bohong engkau itu diperkenankan Allah ta`ala tiada menganiayai orang sekali-
kali, semata-mata membuat kerana Allah memelihara raja sendiri daripada percubaan
Tuhan sarwa sekalian alam keatas hambanya. Maka sekarang ini apalah pekerjaan
engkau? Hendak kemana?

Maka sembah Pak Belalang didalam tidurnya, hamba tuan dititahkan oleh putera
baginda ini meminta carikan isterinya dicuri oleh jin konon. Inilah hamba kerjakan.
Maka sabda orang tua itu, bagaimanakah hal engkau hendak mencarinya itu? Maka
sembah Pak Belalang, entahlah tuan tiada hamba tahu. Apakah nama tuan hamba?

Maka disahut oleh orang tua itu, betalah yang bernama nabi Allah Khidir, Kutubu`l
alam menjaga hutan dan daratan dengan titah Tuhan beta. Ada pun darihal engkau
hendak mengambil tuan puteri itu, inilah isim Allah ta`ala ya`ni tangkal yang ditakuti
oleh jin,

141
beta ajarkan. Bacalah kepada jin itu supaya ia lari. Kemudian engkau ambilah tuan
puteri itu.

Maka diajarkannya suatu isim kepada Pak Belalang. Dapatlah olehnya. Maka sabda
Kutubul`alam, ada pun sekarang jin itu sedang tidur memangku Tuan Puteri itu didalam
suatu gua batu ditepi gunung. Segeralah pergi ketempat itu. Hatta, telah sudah berkata-
kata Pak Belalang pun jaga daripada tidurnya. Maka dengan tiada lengah lagi lalu
berjalan menuju kegunung itu. Maka putera baginda dengan menteri, hulubalang, rakyat
pun bersama-samalah mengikuti jauh-jauh dari belakang. Dalam hal yang demikian
sampailah kepada suatu gua batu. Betullah dilihatnya jin itu sedang memangku Tuan
Puteri itu sedang tidur juga kedua-duanya. Maka balutlah mata Tuan Puetri itu bekas
menangis. Tersangatlah belas kasihan Pak Belalang melihatnya. Maka segeralah ia
membacakan isim Allah ta`alaseperti pengajaran Kutubul alam itu. Dengan berkat isim
doa itu, dihembuskan oleh Ahlun nujum dikepalanya, maka jin itu pun terbanglah lari,
tinggallah Tuan Puteri itu. Maka segeralah diambil oleh Pak Belalang dengan besar
suaranya meminta tolong. Katanya, tolong Yuanku, segera ini adinda.

Maka apabila didengar oleh putera baginda dengan menteri, hulubalangnya maka
sekalian rakyat pun berhimpum mengiringkan puteri itu, diletakkan diatas geta yang
keemasan, dihadapi oleh dayang-dayang, bentar, sida-sida sekalian bertunggu menjaga
Tuan Puteri itu lagi pengsan tiada sedarkan dirinya. Maka diambil oelh Pak Belalang
air, dibacanya isim tadi, disiramkan pada seluruh tubuhnya.

Maka Tuan Puteri pun sehatlah sedikit lalu bangun duduk santap nasi. Maka putera
baginda itu pun teramatlah sukacita melihat isterinya sudah didapati, lalu duduk disitu
serta memuji-muji ahlun nujum itu, lalu menitahkan menteri hulubalang rakyat hina
dina sekalian bersiap hendak kenduri melepaskan nazarnya, menyembelih kerbau,
lembu, ayam dan itik makan minum tujuh hari tujuh malam.memberi sedekah kepada
fakir miskin dengan beberapa pula hadiah kelelahan ahlun nujum Belalang itu,
dikurniakan oleh baginda daripada harta emas, perak, kain baju dan hamba, dan kapal
sebuah, cukup dengan isinya kapal itu.

142
Maka ahlun nujum Belalang pun mengajar putera baginda itu akan isim yang diajarkan
oleh Kutubul alam itu, di perbuat tangkal Tuan Puteri itu, supaya jangan dicuri oleh jin
itu balik. Maka kepada ketika yang baik, Pak Belalang pun bermohon hendak balik
kenegerinya dihantar oleh putera baginda itu kedua laki isteri hingga kekapal serta
dipasangkan meriam alamat tanda kebesaran diatas ahlun nujum itu. Setelah sampai
kapal. Putera baginda itu pun berpeluk bercium denga ahlun nujum Belalang, bertangis-
tangisan. Lalu berangkat kembali keistananya. Maka ahlun nujum Belalang pun
belayarlah pulang kenegerinya.

143
LAMPIRAN 7

Jadual 4.1: Analisis 1

Teks Sumber Baris Teks Sasaran Baris No. Ruj.


(Lampiran 4, m/s 117) (Lampiran 3, m/s 115)
Pak Lebai 06 Pa Lebai 07 LM 01

Jadual 4.2: Analisis 2

Teks Sumber Baris Teks Sasaran Baris No. Ruj.


(Lampiran 4, m/s 117) (Lampiran 3, m/s 115)
dan tikar 21 und eine Matte 12 LM 02

Jadual 4.3: Analisis 3

Teks Sumber Baris Teks Sasaran Baris No. Ruj.

(Lampiran 6, m/s 126) (Lampiran 5, m/s 121)

Pak Belalang pun 26-27 Als die Leute bei 2-3 PB 01


mengambil kertas yang Vater Heuschreck saen,
buruk, ditulisnya bagai holte jener ein Blatt
bekas cakar ayam Papier, kritzelte allerlei
sahaja Krhenfe darauf

Jadual 4.4: Analisis 4

Teks Sumber Baris Teks Sasaran Baris No. Ruj.


(Lampiran 6, m/s129 ) (Lampiran 5, m/s 122 )
direndangnya sebiji- 18 Einen Teig nach dem 22-23 PB 02
biji , maka berbunyilah anderen lie sie in den
roti itu kena minyak di Kessel mit l fallen.
dalam kuali, chur Tschur machten der
bunyinya ersten Kuchen

144
Jadual 4.5: Analisis 5

Teks Sumber Baris Teks Sasaran Baris No. Ruj.


(Lampiran 4, m/s 117) (Lampiran 3, m/s 115)
kenduri berkhatam 07-08 Feier der 03 LM 03
pengajian Beendingung seiner
Schulstudien

Jadual 4.6: Analisis 6

Teks Sumber Baris Teks Sasaran Baris No. Ruj.


(Lampiran 4, m/s 117) (Lampiran 3, m/s 115 )
hingga beralih 14 jeder wartete und 06-07 LM 04
matahari wartete

Jadual 4.7: Analisis 7

Teks Sumber Baris Teks Sasaran Baris No. Ruj.


(Lampiran 4, m/s 117) (Lampiran 3, m/s 115)
yang mati pun 14-15 der Tote ohne 07-08 LM 05
dimandikan serta ihn begraben
disembahyangkan
lalu ditanamkan

berkhatam itu pun 15 der Knabe Feierte 08 LM 06


dikhatamkan sein Fest ohne ihn
oranglah

Jadual 4.8: Analisis 8

Teks Sumber Baris Teks Sasaran Baris No. Ruj.


(Lampiran 4, m/s 117) (Lampiran 3, m/s 115)
secupak daging, 22-23 Fleisch,Kokonsse und 13-14 LM 07
serta kelapa setali dan Reis
kampit beras satu

145
Jadual 4.9: Analisis 9

Teks Sumber Baris Teks Sasaran Baris No. Ruj.


(Lampiran 4, m/s 118) (Lampiran 3, m/s 115)
sabda junjungan 01 Die Plicht rief ihn 15 LM 08
dahulukan kerja wajib jedoch zu dem Toten
daripada kerja-kerja
yang lain

Jadual 4.10: Analisis 10

Teks Sumber Baris Teks Sasaran Baris No. Ruj.


(Lampiran 4, m/s 119) (Lampiran 3, m/s 115)

putihlah matanya 24 - - LM 09

Jadual 4.11: Analisis 11

Teks Sumber Baris Teks Sasaran Baris No. Ruj.


(Lampiran 4, m/s 120) (Lampiran 3, m/s115)

Lebai nasib langkahan 10-13 - - LM 10


malang
Kehulu hilir penat
berulang
Celaka sial bedebah
jembalang
Pakaian dibuang
bertelanjang pulang

146
Jadual 4.12: Analisis 12

Teks Sumber Baris Teks Sasaran Baris No. Ruj.


(Lampiran 4, m/s 120) (Lampiran 3, m/s 115)
Ayuhai nasib fikir 17-24 - - LM 11
miskin,
Dapat sedekah
sebungkus lempeng ,
Habis hilang baju dan
kain,
Penganan habis dibaham
anjing.

Jadual 4.13: Analisis 13

Teks Sumber Baris Teks Sasaran Baris No. Ruj.


(Lampiran 6, m/s 126) (Lampiran 5, m/s 121 )
Maka kata Pak 22-23 ,,Geh hinber zu diesen 14-18 PB 03
Belalang, pada Bauern und entfhre,
fikiranku pergilah ihnen heimlich die
anakku sembunyikan Bffel. Verstecke sie im
kerbau orang yang Wald!
menenggala di
bendang itu barang
dua ekor,

Jadual 4.14: Analisis 14

Teks Sumber Baris Teks Sasaran Baris No. Ruj.


(Lampiran 6, m/s 127) (Lampiran 5, m/s 122)
pada ketika itu Pak 23 - - PB 04
Belalang pun ada di
rumah sedang
memegang gobek...
09 mit Reis, Tabak und - PB 05
beras, padi, Fischen im Wert
tembakau, gambir,
ikan

147
Jadual 4.15: Analisis 15

Teks Sumber Baris Baris No. Ruj.


Teks Sasaran
(Lampiran 6, m/s 129)
(Lampiran 6, m/s 121)

Insyaallah taala, 06-07 - - PB 06


berkat dengan tinggi
daulat

Jadual 4.16: Analisis 16

Teks Sumber Baris Teks Sasaran Baris No. Ruj.


(Lampiran 4, m/s 117) (Lampiran 3, m/s 115)
Lebai Malang 00 Der Unglcks 00 LM 12
Geistliche

Jadual 4.17: Analisis 17

Teks Sumber Baris Teks Sasaran Baris No. Ruj.


(Lampiran 4, m/s 117) (Lampiran 3, m/s 116)

tentulah kenyang 24 Der Gastgeber 1 LM 13


makan lempeng berreichte ihm jedoch
penganan ein Pckchen mit
Kuchen

Jadual 4.18: Analisis 18

Teks Sumber Baris Teks Sasaran Baris No. Ruj.


(Lampiran 4, m/s 118) (Lampiran 3, m/s 116)

teringatlah ia akan 23 dass er an einer 03-04 LM 14


air niranya diatas Kabong-Palme,deren
pohon kabung tiada Saft er abzapfte,das
berambil lagi Gef mit dem
Palmsaft noch nicht
abgenommen hatte

148
Jadual 4.19: Analisis 19

Teks Sumber Baris Teks Sasaran Baris No. Ruj.


(Lampiran 4, m/s 119) (Lampiran 3, m/s 116)

Dan diambil bacuk 25 und warf noch das 08 LM 15


nira yang penuh dengan Gef mit Palmsaft
nira itu, lalu
dibalingkannya

Jadual 4.20: Analisis 20

Teks Sumber Baris Teks Sasaran Baris No. Ruj.


(Lampiran 4, m/s 120) (Lampiran 4, m/s 116)

lari masuk ke dalam 14 flchtete ins Bett, 29 LM 16


kelambu mencari kain holte sich einen anderen
Sarong

Jadual 4.21: Analisis 21

Teks Sumber Baris Baris No. Ruj.


(Lampiran 6, m/s 128) Teks Sasaran
(Lampiran 5, m/s 122 )

dititahkan oleh 14 Er lie berall im 11-12 B 07


baginda memukul Land nach einer Person
canang segenap fragen, die
pekan

Jadual 4.22: Analisis 22

Teks Sasaran
Teks Sumber Baris Baris No. Ruj.
(Lampiran 5, m/s 122 )
(Lampiran 6, m/s 129)
Maka tepung ini 13 Dann lie er sich von 23 PB 08
perbuatlah roti seiner Frau Kuchen
direndangnya sebiji- backen.
biji.. Einen Teig nach dem
anderen lie sie

149
Jadual 4.23: Analisis 23

Teks Sumber Baris Teks Sasaran Baris No. Ruj.


(Lampiran 4, m/s 117) (Lampiran 3, m/s 115)

yang berkenduri itu 16 die 08-09 LM 17


pun bertampillah Gebetversammlung
berdikir fand ohne seine
Anwesenheit statt

Jadual 4.24: Analisis 24

Teks Sumber Baris Teks Sasaran Baris No. Ruj.


(Lampiran 4, m/s 117) (Lampiran 3, m/s 115)
Jika aku pergi 21 Bei der Beerdigung 12 LM 18
kepada orang mati wurde ihm ein weies
tentu mendapat Gewand
sedekah kain putih

Jadual 4.25: Analisis 25

Teks Sumber Baris Teks Sasaran Baris No. Ruj.


(Lampiran 4, m/s 119) (Lampiran 3, m/s 116)

lalu 11 nahm in seiner Wut 12-13 LM 19


menanggalkan seluar seine schlielich seine
dan baju serta Hose, Jacke und
songkoknya Kopftuch

150
Jadual 4.26: Analisis Keseluruhan

Bil. Nombor Rujukan Kategori


1 LM 01, LM 02, Unsur budaya dikekalkan
PB 01, PB 02

2 LM 03, LM 04 ,LM 05, LM 06, Unsur budaya dihilangkan


LM 07, LM 08, LM 09, LM 10,
LM 11
PB 03, PB 04, PB 05, PB 06

3 LM 12, LM 13, LM 14, LM 15, Unsur budaya disesuaikan semula


LM 16
PB 07, PB 08

4 LM 17, LM 18, LM 19 Salah terjemahan

151

Anda mungkin juga menyukai