Anda di halaman 1dari 12

DOKUMENTASI MAJLIS BACAAN YASIN PERDANA TAHUN

6 / 2014

PENGENALAN/ SEKAPUR SIRIH

Majlis bacaan yasin Tahun 6-2014 adalah salah satu program sekolah yang
dirancang khas untuk murid Tahun 6 SK Tunku Ismail. Majlis ini adalah salah satu ikhtiarke
arah kejayaan murid sekolah iniselain dari usaha yang telah dilakukan murid/guru itu sendiri,
kelas tambahan,kem motivasi dan sebagainya.

Islam sendiri mengajak umatnya untuk berusaha dan berikhtiar untuk mencapai
sesuatu hajat yang baik.Seterusnya umat Islam perlu bertawwakkal kepada Allah yang
Maha Kuasa.Dialah Tuhan yang menentukan segalanya.Justeru, program ini merupakan
inisiatif yang dilaksanakan sebagai suatu ikhtiar.Maka Panitia Agama Islam SK Tunku
Ismaildengan kerjasama pentadbir dan semua guru berusaha untuk menjayakan majlis ini
yang telah ditetapkan pada hari 26 Jun 2014- Khamis malam Jumaat.

Dengan adanya majlis seumpama ini, para pelajar “tidak boleh” tidak berusaha atau
melepaskan tangan dengan hanya bergantung pada air dan kismis tersebut sahaja.Belajar
dan berusaha tetap perlu diteruskan oleh murid / guru dari masa ke semasa.Besarlah
harapan sekolah untuk melihat semua murid Tahun 6 sekolah ini mencapai kejayaan dalam
peperiksaan UPSR tahun ini.Semoga semuanya berjaya dan apa yang dirancang berjalan
lancar.

SEKILAS SEBELUM MAJLIS


Sebelum majlis bacaan yasin ini berlangsung,beberapaperbincangan dan mesyuarat
telah diadakan antara pentadbir dan guru-guru terlibat. Ini bagi memastikan kelancaran
majlis yang akan diadakan. Surat makluman kepada waris telah pun diedarkan lebih awal
kepada murid.Begitu juga dengan jawatankuasa kerja.Jawatan kuasa kerja juga telah siap
diedarkan kepada guru sebelum majlis bagi memastikan guru yang terlibat dapat membuat
persiapan mengikut spesifikasi kerja yang telah ditetapkan kepada mereka. Diantara
persiapan tersebut adalah berkaitan persiapan tempat, surau, makanan/jamuan, penyediaan
air penawar,kismis, serta jemputan khas-iaitu Ustaz Ramli.

Dikesempatan ini juga, pihak sekolah berbesar hati bagi memberi keizinan kepada
para guru yang ingin turut serta membawa air untuk dijadikan air penawar/kismis untuk
dijampi oleh Ustaz Ramli. Maka, kelihatan ramai para guru yang membawa air dan kismis
untuk tujuan tersebut.
LAPORAN PERJALANAN MAJLIS
Pada petang Khamis 26 Jun 2014, kelihatan ramai guru yang terlibat hadir seawal
jam 4.00 petang bagi persediaan majlis. Tempat-tempat telibat telah tersedia, sejadah siap
dibentang, makanan siap diuruskan,serta bahagian pendaftaran juga siap menanti
kunjungan jemputan khas, para murid, guru dan waris. Sekitar jam 6 petang, kelihatan ramai
telah hadir membuat pendaftaran. Ustaz Ramli juga memulakan tugasnya membaca bacaan
untuk kismis dan air penawar di bilik kaunseling.

Apabila tibanya waktu maghrib, semua hadirin solat maghrib berjemaah di surau SK
Tunku Ismail. Seterusnya Ustaz Ramli memberi penerangan tentang solat hajat dan bacaan
yasin yang akan diadakan. Beliau mengingatkan hadirin agar menyucikan hati masing-
masing kerana solat hajat dan bacaan yasin yang diadakan ini merupakan bacaan yasin
munajat.Kedua-dua aktiviti ini agak mengambil masa berbanding solat hajat dan bacaan
yasin biasa.Setelah selesai solat hajat dan bacaan yasin, Ustaz Ramli menerangkan kaifiat
penggunaan air penawar dan juga kismis yang telah dijampinya.Akhir sekali, Ustaz Ramli
mengendalikan slot tautan kasih antara waris dan murid di surau.Waris dan murid
bersalaman sambil waris mendoakan murid yang bersalaman tersebut.

Setelah itu ,semua hadirin bergerak ke kantin dan makanan diedarkan kepada
semua yang hadir. Tetamu khas –Ustaz Ramli juga diiring ke bilik jamuan untuk santapan
malam sebelum pulang. Hadirin beredar pulang kira-kira jam 11.00 malam. Namun, guru-
guru terlibat masih berada disekolah bagi mengemas semua tempat terbabit.

PENUTUP/PENGHARGAAN

Sekalung kesyukuran dipanjatkan kehadrat Ilahi kerana majlis yang dirancang dapat
berlangsung dengan jayanya.Setinggi-tinggi ucapan terima kasih diucapkan kepada semua
guru dan pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam majlis ini.Semoga
majlis seumpama ini mendapat keberkatan dari Allah Taala.

Sekian. Terima Kasih.

“Sungguh murninya bulan Ramadhan,

Kehadirannya amat dinanti-nantikan,

Kepada Allah munajat dipanjatkan,

Agar semua murid mendapat kejayaan”


SOLAT HAJAT

1. NIAT – ( USALLI SUNNATAL HAAJATI RAKATAINI LILLAHI TAAALAA. / sahaja aku


solat sunat hajat 2 rakaat kerana Allah Taala )
2. Rakaat 1 : Surah Fatihah 1X dan ayat kursi 11 kali.
3. Rakaat 2 : Surah Fatihah 1X dan surah al-Ikhlas 11 kali.
4. Memberi salam. Selepas salam dianjurkan sujud ihtiram. Dalam sujud tersebut,
bacalah istighfar Nabi Yunus 21 kali.
( LA ILAHA ILLA ANTA SUBHANAKA INNI KUNTU MINAZZOOLIMIN )
5. Selepas itu, niatkan hajat masing-masing (dalam sujud ), dan bangunlah dari sujud
setelah selesai menyatakan hajat.

YASIN MUNAJAT

1. Mestilah berwuduk.
2. Bacaan yasin secara tartil / berkhalifah.
3. Dilarang meletak yasin atas lantai /dibawah.
4. Apabila sampai perkataan “ MUBIN” bacalah Surah Fatihah. Sampai pada
“ IYYAKANA’BUDUWAIYYAKANASTAIN’’- Niat hajat kita. seterusnya habiskan
fatihah tadi. Dan Ulang yasin dari mula.
5. Tiada doa yasin selepas selesai yasin kerana hajat telah disebut dalam bacaan
yasin/fatihah tadi.
- istigfar 3 kali
- selawat 11 kali
- baca yasin, ayat 1-12 *mubin * Fatihah * niat hajat,sambung fatihah
- ulang ayat 1-12 *mubin * Fatihah * niat hajat,sambung fatihah
- ulang ayat 1-12 *mubin * Fatihah * niat hajat,sambung fatihah
- ayat 13-17 *mubin * Fatihah * niat hajat,sambung fatihah
- ayat 18-24*mubin * Fatihah * niat hajat,sambung fatihah
- ulang ayat 1-12 *mubin * Fatihah * niat hajat,sambung fatihah
- ayat 13-17 *mubin * Fatihah * niat hajat,sambung fatihah
- ayat 18-24 *mubin * Fatihah * niat hajat,sambung fatihah
- ayat 25-47 * mubin * Fatihah * niat hajat,sambung fatihah
- ulang ayat 1-12 *mubin * Fatihah * niat hajat,sambung fatihah
- ayat 13-17 *mubin * Fatihah * niat hajat,sambung fatihah
- ayat 18-24 *mubin * Fatihah * niat hajat,sambung fatihah
- ayat 25-47 * mubin * Fatihah * niat hajat,sambung fatihah
- ayat 48-60 * mubin * Fatihah * niat hajat,sambung fatihah
- ulang ayat 1-12 *mubin * Fatihah * niat hajat,sambung fatihah
- ayat 13-17 *mubin * Fatihah * niat hajat,sambung fatihah
- ayat 18-24*mubin * Fatihah * niat hajat,sambung fatihah
- ayat 25-47 * mubin * Fatihah * niat hajat,sambung fatihah
- ayat 48-60 * mubin * Fatihah * niat hajat,sambung fatihah
- ayat 61-69 * mubin * Fatihah * niat hajat,sambung fatihah
- ulang ayat 1-12 *mubin * Fatihah * niat hajat,sambung fatihah
- ayat 13-17 *mubin * Fatihah * niat hajat,sambung fatihah
- ayat 18-24 *mubin * Fatihah * niat hajat,sambung fatihah
- ayat 25-47 * mubin * Fatihah * niat hajat,sambung fatihah
- ayat 48-60 * mubin * Fatihah * niat hajat,sambung fatihah
- ayat 61-69 * mubin * Fatihah * niat hajat,sambung fatihah
- ayat 70-77 * mubin * Fatihah * niat hajat,sambung fatihah
- ayat 78-83. Selesai.
KAIFIAT MINUM AIR PENAWAR / KISMIS JAMPI/YASIN

- Minum awal pagi @ waktu sahur ( jika bulan puasa) 7 hari berturut-turut.
- Lain-lain individu , hendaklah minum dari botol berlainan ( jangan kongsi botol ).
- Kismis semuanya 63 biji ( 21 biji X 3 hari )
- Caranya (kismis ): lepas maghrib, masukkan air panas mendidih dalam gelas,
lepaskan kismis satu demi satu sambil berselawat setiap kali melepaskan kismis
dalam gelas hingga cukup 21 biji. Kemudian tutup gelas selama 30 minit.
- Dedahkan pada embun semalaman air kismis tadi. Esoknya berikan pada anak
kita minum. Buat 3 hari brturut-turut. ( 21 biji X 3 hari = 63 biji )
- Pesanan : Lebihan kismis @ kurma jampi tadi -bmakan pada hari berikutnya
7 biji kismis @ 3 biji kurma sehari sahaja.Jangan bagi anak makan kismis
lebih dari 7 biji sehari. Kalau kurma hanya 3 biji saja sehari )

DOKUMENTASI / LAPORAN MAJLIS IFTAR RAMADHAN


2014
Tanggal 9 Julai 2014, hari Rabu bersamaan 11 Ramadhan 1435H Sekolah
Kebangsaan Tunku Ismail telah mengadakan Majlis Iftar Ramadhan atau majlis berbuka
puasa untuk semua guru SK Tunku Ismail. Majlis ini adalah anjuran Panitia Agama Islam
sekolah ini.Ianya didakan bertujuan untuk meraikan kehadiran bulan Ramadhan yang penuh
berkat dan rahmat, disamping bertujuan untuk mengeratkan lagi tali silaturrahim antara
semua guru dan warga sekolah ini.

Diantara persiapan untuk majlis ini ialah pihak panitia telah membuat beberapa
perbincangan dengan pihak pentadbir bertujuan agar majlis ini berjalan
lancar.Jawatankuasa kerja juga dibuat dan diedarkan lebih awal agar semua pihak
mengetahui skop kerja masing-masing.

Pada hari Rabu dimana majlis tersebut berlangsung, ramai guru hadir selepas waktu
asar.Masing-masing memainkan peranan tersendiri.Sebahagian mereka membuat
persiapan di surau, manakala sebahagian lagi berada di kantin menghidang juadah kuih-
muih. Kuih –muih adalah sumbangan/ di bawa oleh guru-guru sendiri. Manakala juadah
utama iaitu nasi briani adalah ditempah dari katering.

Sebelum majlis berbuka puasa, pihak majlis mengadakan majlis tahlil ringkas di
surau sekolah.Majlis tahlil ini telah dikelolakan oleh Ustaz Mohd. Faudzan bin Mat Jusoh.
Setelah selesai tahlil, masuklah waktu maghrib. Hadirin yang hadir berbuka puasa bersama-
sama dengan air dan kurma yang disediakan. Selepas itu, semua hadirin solat maghrib
berjemaah bersama-sama. Sejurus setelah solat maghrib selesai, semua yang hadir
bersama-sama berkumpul di kantin untuk menikmati juadah dan hidangan yang tersedia.
Apabila semua yang hadir selesai makan, masing-masing bekerjasama mengemas
tempat sementara menanti waktu Isyak.Apabila masuk waktu Isyak, semua bergerak ke
surau untuk menunaikan solat Isyak dan terawih berjemaah.Solat Isyak dan terawih telah
dimamkan oleh Ustaz Mohd. Faudzan bin Mat Jusoh. Solat terawih pada malam ini dibuat
sebanyak 8 rakaat diikuti dengan solat witir 3 rakaat.Selesai bersolat, semua hadirin
bersalam-salaman dan bersurai.

Pihak sekolah dan Panitia Agama Islam sangat-sangat bersyukur kerana majlis ini
berjalan lancar seperti yang dirancangkan. Semoga majlis seumpama ini dapat diadakan
lagi pada masa akan datang.

TENTATIF PROGRAM
SEKOLAH KEBANGSAAN TUNKU ISMAIL, SUNGAI PETANI, KEDAH

KERTAS KERJA PROGRAM MAJLIS BERBUKA PUASA 2014

PENGENALAN:

Bulan Ramadhan adalah bulan yang ditunggu-tunggu oleh umat Islam.Ianya adalah bulan
kesembilan dalam kalendar Islam.Bulan inilah yang paling berkat dan paling agung dalam
kesemua bulan-bulan qamariah yang ada.Ini adalah kerana dalam bulan inilah turunnya
kitab suci al-quran.

Pada bulan ini Allah melipatgandakan pahala ibadah umat Islam yang berbuat kebajikan dan
melupuskan dosa bagi orang yang meminta ampun.Maka, pada bulan Ramadhan berlumba-
lumbalah umat Islam berbuat kebajikan demi mendapat gandaan ganjaran yang dijanjikan
Allah untuk hambaNya.Justeru, Panitia Agama Islam dengan kerjasama semua pihak turut
mengambil inisiatif mengadakan program dibulan Ramadhan ini.Antara programnya ialah
Majlis Iftar Ramadhan yang dirancang untuk semua guru sama-sama berbuka puasa
disekolah, dan turut menyelitkan beberapa slot / agenda bermanfaat untuk semua guru dan
warga sekolah ini.Slot-slot tersebut adalah majlis tahlil ringkas, solat fardhu berjemaah dan
solat terawih/ witir berjemaah.

OBJEKTIF / TUJUAN :

1. Mengadakan majlis berbuka puasa bersama-sama seluruh warga sekolah.

2. Mengeratkan kerjasama dan silaturrahim antara pentadbir, guru, dan semua warga
sekolah.

3. Mengajak semua warga sekolah sama-sama menghayati Ramadhan al-mubarak melalui


aktiviti-aktiviti yang dirancang dalam program ini.

TARIKH :09 JULAI 2014

MASA :6.30 Petang


TEMPAT : Surau dan kantin sekolah

PENYERTAAN :Semua warga sekolah ( kecuali murid )

AKTIVITI : Majlis tahlil ringkas, berbuka puasa, solat maghrib, isyak dan terawih

Berjemaah.

JAWATANKUASA KERJA : ( RUJUK LAMPIRAN )

PERBELANJAAN :

Perbelanjaan untuk makanan dan minuman berbuka adalah sumbangan ikhlas guru-guru
SK Tunku Ismail.

ULASAN GURU BESAR

...................................................................................................................................................
...................................................................................................................................................
...................................................................................................................................................
...................................................................................................................................................

Tandatangan Ketua Panitia : Disahkan oleh Guru Besar :

PENDAHULUAN
Apabila datangnya Ramadhan bertungkus-lumuslah orang-orang yang
beriman untuk mengejar pahala sebanyak mungkin.Amalan kebaikan di
bulan ini adalah sebagai tanda bersyukur kita kepada Allah yang masih
memberi umur yang panjang kepada kita untuk bertemu Ramadhan tahun
ini. Kita tidak pasti adakah kita akan bertemu Ramadhan akan datang,
atau sempatkah kita untuk melaksanakan ibadah pada Ramadhan
berikutnya.

Jadi, anggaplah Ramadhan yang sedang kita lalui sebagai


kesempatan terakhir. Dengan demikian dapat menyedarkan diri kita untuk
beribadah bersungguh-sungguh dalam melaksanakan ibadah puasa,
membaca al-quran, bersedekah, solat terawih, beribadah malam dan lain-
lain ibadah. Bermohonlah dengan penuh harapan kepada Ilahi semoga
kita dapat melakukan ibadah dengan sebaiknya dikesempatan yang ada
ini.

Panitia Agama Islam turut mengambil kesempatan untuk mengadakan


aktiviti pada bulan Ramadhan.Antaranya ialah Majlis Iftar Ramadhan
2014. Program ini dianjurkan untuk semua warga sekolah ( kecuali murid).
Majlis ini dapat mengeratkan silaturrahim dan kerjasama antara semua
warga SK Tunku Ismail.Semoga majlis ini mencapai objektif dan matlamat
yang digariskan.

Kertas kerja Program Iftar Ramadhan


anjuran Panitia Pendidikan Islam dan Badan Kebajikan Guru SKP14 (F)
1.0 Muqaddimah
Ramadhan adalah bulan yang ALLAH janjikan kepada seluruh umatnya untuk
mendapat pahala yang berlipat ganda.Justeru itu,program dirancang dan dilaksanakan
dengan tujuan untuk mendapat kan keredhaan ALLAH dan memohon agar ibadah yang
dilakukan akan mendapat ganjaran pahala dari ALLAH serta dapat memberikan penghayatan
dan pengajaran dalam penghayatan ramadhan

Justeru itu,panitia Pendidikan Islam dan j-QAF dengan kerjasama Badan Kebajikan
Guru mengambil kesempatan untuk mengadakan program Iftar Ramadhan bagi
memngimarahkan/menghidupkan Ramadhan al-mubarak.Semoga semua kita beroleh
ganjaran sebagaimana yang dijanjikan ALLAH dan mencapai keredhaan dan
RahmatNya.InsyaALLAH.

2.0 Matlamat :

2.1 merapatkan ukhuwwah antara guru


2.2 memanfaatkan bulan Ramadhan dengan menghidupkan
malamnya dengan berterawih
2.3 memberi peluang guru-guru untuk bersedekah

3.0 Tarikh/Masa :
3.1 18 OGOS 2011

4.0 Tempat :
4.1 Kantin Sekolah Kebangsaan Palong 14 (F)
4.2 Dewan Aminuddin Baki Sekolah Kebangsaan Palong 14 (F)

5.0 Aktiviti :
5.1.1. Sesi Tazkirah
5.1.2. Sesi berbuka puasa
5.1.3. sesi solat Maghrib,Isya’ dan terawih berjemaah
6.0 Sasaran :-
6.1.1. 23 orang guru-guru
6.1.2 5 orang pekerja sekolah
6.1.3 2 orang staff sekolah

7.0 Anggaran Perbelanjaan dan Pendapatan :

No Perkara Perbelanjaan Jumlah(RM)


1 Majlis berbuka puasa 30 orang RM 300.00

RM 10 x 30 (orang)

2 Moreh 30 0rang RM150.00

RM5x 30 (orang)

Jumlah keseluruhan RM450.00

7.2.1. Sumber kewangan


No. perkara pendapatan Jumlah (RM)

1. Sumbangan guru-guru 30 orang 300.00

RM10 x 30 (orang)

2. Badan Kebajikan guru 200.00

RM200.00

Jumlah keseluruhan 500.00

8.0 Agenda

Hari/Tarikh Masa Aktiviti

Khamis 6.00 petang Ketibaan para guru,staff sekolah dan tetamu jemputan

(18/8/2011)

6.30 petang Taklimat dan ucapan alu-aluan dari pengerusi majlis

6.40 petang Ucapan daripada guru besar

6.45 petang Sesi tazkirah

7.20 petang Berbuka puasa dan solat maghrib berjemaah di dewan

7.45 malam Sambung berbuka makanan berat

9.00 malam Solat Isyak dan terawih berjemaah

10.00 malam Moreh dan bersurai

9.0 Jawatankuasa :-
Penasihat : Pn.Hajjah Sumiati bt Mohd Esa

10. Kesimpulan :
Adalah menjadi harapan kami agar program ini dapat dilaksanakan dengan sempurna serta
mencapai objektif yang disasarkan seperti dinyatakan di atas.Selain daripada itu,sokongan
padu daripada semua pihak diharap dapat menjayakan program ini.
Alhamdulillah atas segala-galanya. Segala puji-pujian bagi Allah, Tuhan sekalian alam Yang Maha
Kaya lagi Maha Pemberi Hidayah. Selawat serta salam untuk kekasih Allah, Junjungan Besar Nabi
Muhammad SAW.

LAPORAN IHYA’ KEMUNCAK RAMADHAN 1430H (IKRAM ’09)


SEKOLAH KEBANGSAAN SOUTH, MIRI, SARAWAK

Pendahuluan

Bulan Ramadhan bulan yang berkat, bulan rahmah dan bulan ibadah, pahala digandakan, doa diterima,
bulan Lailatul Qadar yang istimewa. Setiap tahun semua umat Islam menyambut bulan Ramadhan
penuh kerahmatan dengan penuh kesyukuran. Pengisian bulan ini bukan hanya dengan berpuasa,
tetapi juga dengan membaca al-Quran.

Oleh yang demikian, Panitia Pendidikan Islam SK South dan Persatuan Ibu Bapa & Guru (PIBG) SK South
dengan kerjasama Jawatankuasa Bertindak (TASK FORCE) Pengurusan Kecemerlangan, UPI PPD Miri &
Yayasan AMAL Malaysia Cawangan Sarawak telah mengadakan Ihya’ Kemuncak Ramadhan pada 12
September bersamaan 22 Ramadhan 1430H. Majlis bermula pada 4.30 petang dengan kehadiran
guru-guru Islam, ibu bapa dan murid-murid seramai lebih kurang 150 orang.

Perjalanan Program

Majlis dimulakan dengan kehadiran tetamu jemputan selaku perasmi program iaitu Ustaz Ahmad Fauzi
Bin Yaakob pada jam 5 petang bersama rombongan TASK FORCE dan Yayasan AMAL seramai 15 orang.
Mereka telah disambut dengan paluan kompang oleh murid-murid cilik Tahun 3 hingga 6 dan dibawa
ke Dewan South Jaya.

Pengerusi majlis mengalu-alukan kehadiran mereka dan seterusnya majlis dimulai dengan alunan zikir
Asma ul-Husna. Pengerusi seterusnya mempersilakan peserta khatam al-quran untuk masuk ke
dewan. Seramai 21 orang murid telah terpilih untuk membacakan ayat-ayat lazim dipimpin oleh Ustaz
Ahmad Zakee. Selepas itu, majlis bacaan Yaasin & Tahlil pun bermula dengan diketuai Ustaz Roshaidin
Bin Othman. Ucapan Guru Besar menyusul selepas itu, namun ucapan-ucapan tetamu kehormat yang
lain ditangguhkan selepas berbuka puasa kerana waktu berbuka sudah hampir.

Semua jemputan menikmati hidangan berbuka puasa dengan air dan kuih-muih beserta kurma
terlebih dahulu. Selepas Maghrib, semua hadirin dan jemputan menikmati pula jamuan nasi beriani
dan hidangan yang lain dengan penuh selera. Pada jam 7.40 malam, semua hadirin menunaikan solat
Isyak secara berjemaah disusuli dengan solat Tarawikh dan Witir sebanyak 11 rakaat.

Ucapan YDP PIBG menyusul selepas itu dengan intipati ucapannya banyak kepada menyatakan rasa
berterima kasih pihak PIBG atas kehadiran semua pihak yang menjayakan majlis ini terutamanya Ketua
Unit Pendidikan Islam, PPD Miri, Ustaz Ahmad Fauzi Bin Yaakob. Beliau juga menekankan
peripentingnya program ini dalam merapatkan hubungan silaturrahim antara pihak sekolah dengan
ibu bapa.
Pengerusi majlis seterusnya mempersilakan Ustaz Ahmad Fauzi Bin Yaakob untuk menyampaikan
ucapan penangguhan majlis. Beliau amat berterima kasih kepada semua pihak yang menyokong usaha
memartabatkan Islam dengan pembacaan al-Quran dan merapatkan ukhuwwah. Beliau juga
memberitahu bahawa program j-QAF telah melahirkan murid-murid yang berkemahiran membaca al-
Quran dengan baik seterusnya mampu khatam pada peringkat sekolah rendah lagi. Seterusnya beliau
berharap agar majlis ini dapat diteruskan lagi pada masa akan datang.

Majlis diteruskan dengan sumbangan kasih sayang kepada murid kurang berkemampuan dan anak
yatim sekolah daripada Yayasan AMAL Malaysia Cawangan Sarawak. Pihak AMAL yang diwakili En.
Khairul Nizam Yob dan En. Mohd Dzaidin Mohd Subri telah bermurah hati menyumbang ‘duit raya’
sebanyak RM30 seorang kepada 23 orang murid kurang berkemampuan dan anak yatim. Semoga
sumbangan duit raya ini dapat menimbulkan serba sedikit keceriaan menyambut hari lebaran kepada
murid berkenaan.

Selepas itu, penyampaian cenderahati telah disampaikan kepada Ustaz Ahmad Fauzi selaku perasmi
dan kepada wakil Yayasan AMAL Malaysia Cawangan Sarawak. Majlis bersurai dan semua hadirin
menikmati jamuan bubur lambuk yang disediakan oleh pihak penganjur.

Kesimpulan

Secara keseluruhannya, program ini berjalan lancar dengan kehadiran ibu bapa, guru, murid dan
jemputan TASK FORCE dan Yayasan AMAL yang turut sama memberikan sokongan yang tidak berbelah
bahagi dalam menjayakannya. Majlis IKRAM ini merupakan satu petunjuk hubungan kemesraan dan
perpaduan tenaga secara kerjasama antara semua pihak terus terbina kukuh Semoga usaha yang
dijalankan ini dapat mencapai matlamatnya bukan sahaja dalam mencapai keberkatan Ramadhan
tetapi yang lebih penting mendapat kejayaan Syurga hakiki di akhirat kelak..
“Kalau Bukan Kita, Siapa? Kalau Bukan Sekarang, Bila?”
Wallahu a’lam.

Laporan disediakan oleh,


(ROSHAIDIN BIN OTHMAN)
Penyelaras Program
Ihya’ kemuncak Ramadhan ’09
Sekolah Kebangsaan South

Disemak dan disahkan oleh,


(SALBIAH BINTI HAJI SAUFI)
Guru Besar
Sekolah Kebangsaan South
Advertisements

Anda mungkin juga menyukai