Anda di halaman 1dari 3

Peribahasa

Soalan 1
Baca dan fahami petikan-petikan di bawah ini kemudian kemukakan dua peribahasa yang
sesuai.

Sudah hampir sedekad Azlan tidak pulang ke kampungnya setelah sebegitu lama
merantau di luar negara. Kini dia ingin menetap di kampungnya itu. Kepulangannya amat kena
pada tempatnya dan sangat dinanti-nantikan oleh penduduk kampung untuk memajukan
Kampung Siamang Gagap. Azlan telah merancang untuk menubuhkan Koperasi Peladang. Azlan
telah menghadapi pelbagai rintangan dan dugaan. Walau bagaimanapun, hasil usaha Azlan yang
tidak berputus asa, dia akhirnya berjaya menubuhkan koperasi tersebut.
1.

2.

Soalan 2
Baca dan fahami petikan-petikan di bawah ini kemudian kemukakan dua peribahasa yang
sesuai.

Farhan sangat kedekut dan sikapnya itu tidak disenangi oleh rakan-rakan sekelasnya.
Rakan-rakannya sering berasa hati apabila dia enggan meminjamkan sebarang peralatan yang
dimilikinya. Farhan juga tidak dapat menyesuaikan diri apabila bersama-sama dengan rakan
sekelas. Oleh yang demikian, lama-kelamaan rakan-rakan mula menjauhi diri daripadanya.
Akhirnya, dia menyedari kesalahan yang telah dilakukannya. Bagaimanapun, segala-galanya telah
terlambat kerana rakan-rakannya telah muak dengan sikapnya itu.

1.

2.

Soalan 3
Baca dan fahami petikan-petikan di bawah ini kemudian kemukakan dua peribahasa yang sesuai.

Maznan teringat akan penyelianya yang baharu. Maznan meluat dengan sikap penyelianya
itu. Dia selalu menasihati Maznan agar bekerja dengan bersungguh-sungguh sedangkan dia
sendiri selalu tidak berada di pejabat. Masanya banyak dihabiskan dengan berfoya-foya pada
masa pejabat. Bagaimanapun, Maznan sedar akan kekurangan dirinya. Dia hanya seorang pekerja
biasa. Jikalau dahulu dia belajar dengan bersungguh-sungguh, tentu dia akan mendapat pekerjaan
yang lebih baik. Bagaimanapun, tiada guna disesalkan hal yang telah berlaku.

1.

2.
Soalan 4
Baca dan fahami petikan-petikan di bawah ini kemudian kemukakan dua peribahasa yang sesuai.

Aku dengan Amirah bersahabat baik sejak kecil.Aku mempercayai dirinya dan yakin
bahawa dia dapat menyimpan rahsiaku, namun telahanku silap.Amirah telah menceritakan rahsia
peribadiku kepada orang lain sedangkan sebelum ini dia pernah berjanji untuk menyimpan rahsia
tersebut walau berlaku apa-apa sekalipun.Betullah kata orang tua-tua bahawa kita tidak boleh
menyamakan orang lain seperti diri kita.Mungkin sekarang Amirah sudah berubah.Sungguhpun
begitu, tiada apa-apa yang boleh dibuat lagi.Semuanya sudah terlambat.Aku tidak
mempercayainya lagi.

1.

2.

Soalan 5
Baca dan fahami petikan-petikan di bawah ini kemudian kemukakan dua peribahasa yang sesuai.

Pada hakikatnya, semua pelajar tidak kira Cina, Melayu atau India mampu meraih
kecemerlangan jika ada kesungguhan.Hal itulah yang dibuktikan oleh seorang anak muda dari
kampung yang berjaya menempatkan dirinya dengan pelajar bukan Melayu pada majlis
penyampaian hadiah yang diadakan baru-baru ini. Menurut beliau, faktor cemburu melihat rakan
sebaya yang lain berjaya dengan cemerlang menambah tekadnya untuk terus bersaing dalam
bidang akademik. Baginya kalau orang lain boleh berjaya, mengapa kita tidak boleh berjaya. Oleh
itu, beliau sentiasa berusaha bersungguh-sungguh dengan berkorban masa dan tenaga serta
menguruskan masa dengan terancang. Berkat kesungguhannya, beliau berjaya memperoleh
kejayaan dan bercadang melanjutkan pelajarannya di peringkat yang lebih tinggi.
1.
2.
Soalan 6
Baca dan fahami petikan-petikan di bawah ini kemudian kemukakan dua peribahasa yang sesuai.

Sepuluh tahun lalu,Ahmad meninggalkan kampung halaman kerana kehidupan yang susah
dan berlaku perselisihandengan adik-beradiknya.Kini dia di perantauan dan dapat menikmati
kehidupan yang agak selesa.Tetapi ingatan kepada kampung halaman masih membara.Dia
mengambil keputusan untuk pulang ke kampung dan menetap di sana.Dia meminta maaf
daripada adik-beradiknya di kampung atas kesalahannya yang lalu.Kini hubungannya dengan
adik-beradik semakin mesra.

1.

2.
Soalan 7
Baca dan fahami petikan-petikan di bawah ini kemudian kemukakan dua peribahasa yang
sesuai.

Jurulatih itu hanya memilih pemain yang disukainya untuk bermain dalam setiap
perlawanan. ___(1)___. Tindakan jurulatih tersebut telah menyebabkan pemain-pemain tidak
saling bekerjasama. ___(2)___.
1.
2.

Soalan 8
Baca dan fahami petikan-petikan di bawah ini kemudian kemukakan dua peribahasa yang sesuai
Rizal secara tidak sengaja telah menyinggung perasaan ayahnya sehingga ayahnya merajuk.
___(1)___.Untuk memujuk ayahnya, Rizal telah memasak masakan kegemaran ayah. ___(2)___.

1.
2.

Soalan 9
Baca dan fahami petikan-petikan di bawah ini kemudian kemukakan dua peribahasa yang sesuai
Pegawai bank itu telah dihadapkan ke mahkamah kerana didakwa menggelapkan wang
pelanggan. ___(1)___.Pegawai bank itu tidak jujur walaupun telah diamanahkan untuk menjaga
maklumat kewangan pelanggan. ___(2)___.

1.
2.

Soalan 10
Baca dan fahami petikan-petikan di bawah ini kemudian kemukakan dua peribahasa yang sesuai
Rafiq menjaga anak-anaknya dengan penuh kasih-sayang. ___(1)___.Namun begitu,
setelah mereka berjaya, mereka lupa akan pengorbanan ayah mereka. ___(2)___.

1.
2.

Anda mungkin juga menyukai