Anda di halaman 1dari 73

● MODUL ASPIRASI ●

CERITA

SET 1
Soalan 1 hingga 5.
Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.

Perut saya mula berasa lapar. Alangkah leganya saya apabila loceng berdering menandakan waktu
rehat. Lantas, kami beratur di luar kelas sebelum bergerak ke kantin.
Di kantin, pelbagai makanan dan minuman dijual dengan harga yang berpatutan. Murid-
murid diarahkan oleh beberapa orang pengawas agar beratur ketika membeli makanan. Yang degil
pasti diambil tindakan. Saya dan rakan-rakan makan sambil berbual-bual.
Pusat sumber juga menjadi tumpuan ulat buku pada waktu rehat. Mereka mengambil
peluang untuk mengulang kaji pelajaran. Pustakawan pula sibuk mencatat rekod pinjaman dan
pemulangan buku.Selain itu, kedai buku sekolah turut dikunjungi untuk pelajar yang ingin
membeli alat tulis, buku latihan, dan sebagainya. Tandas juga menjadi sesak untuk mereka yang
mahu melepaskan ’hajat’ masing-masing.
Loceng berbunyi menandakan waktu rehat telah habis. Kami beratur sebelum masuk ke
dalam kelas untuk meneruskan pembelajaran.

1 Pada pukul berapakah peristiwa dalam petikan tersebut berlaku?


A 8.00 pagi
B 10.00 pagi
C 2.00 petang
D 12.00 tengah hari

2 Apakah tindakan yang sewajarnya diambil kepada murid yang melanggar peraturan ketika
membeli makanan di kantin?
A mereka akan diberi nasihat
B mereka akan dibuang sekolah
C mereka tidak akan dibenarkan membeli makanan
D mereka akan dibawa berjumpa dengan guru besar

3 Sebagai seorang pustakawan, apakah tugas anda ?


A membaca buku di pusat sumber
B meminjam buku di pusat sumber
C merekod pemulangan dan pinjaman buku cerita
D merekod pemulangan dan pinjaman buku rujukan

1
● MODUL ASPIRASI ●
4 Antara berikut, yang manakah tempat yang bukan dikunjungi semasa waktu rehat ?
A Tandas
B Makmal sains
C Perpustakaaan
D Kedai koperasi

5 Beri maksud simpulan bahasa ulat buku yang terdapat di dalam petikan.
A membeli buku
B membuat kerja sekolah
C suka berbincang dengan rakan
D rajin membaca dan mengulang kaji pelajaran

Soalan 6 hingga 9.
Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.

Roslan menangis sendirian. Dia kelaparan. Rakan-rakan yang lain sedang menikmati nasi lemak.
Tiba-tiba bahunya disentuh. “Roslan, mengapa kamu tidak pergi makan?” Tanya Zaki. “Saya…
saya kenyang,” tergagap-gagap Roslan menjawab. Keadaan tubuh yang lemah dan kurus itu
menjawab segala persoalan Zaki.
Tanpa membuang masa, Zaki terus mengajak Roslan menuju ke kantin. Dia terus membelikan
sepinggan nasi lemak dan segelas air teh untuk Roslan. Roslan terus makan dengan penuh selera.
Zaki tahu Zaki seorang murid yang otak cair. Namun kemiskinan hidup keluarga banyak menghalang
kebolehannya sama ada dalam bidang pelajaran ataupun sukan.
Zaki bertekad memberitahu guru kelasnya iaitu Cikgu Adila tentang masalah tersebut. Melalui
cara tersebut, Zaki berharap masalah kawannya dapat diselesaikan.
“Terima kasih kerana memberitahu saya hal tersebut,” itulah kata-kata guru kelasnya setelah
Zaki menerangkan masalah Roslan yang selalu kelaparan kepada guru kelasnya. Cikgu Adila berjanji
akan membantu malahan menanam sikap bertanggungjawab sesama rakan sebaya. Sikap Zaki harus
kita contohi.

6 Perkataan disentuh dalam petikan bermaksud _________________________________________

[ 1 markah ]

7 Siapkah yang menyelesaikan masalah Roslan?

[ 2 markah ]
2
● MODUL ASPIRASI ●
8 Adakah anda bersetuju dengan tindakan Zaki?Mengapa?

[ 3 markah ]

9 Padankan pernyataan di bawah berdasarkan petikan yang diberikan. Satu daripadanya telah
ditunjukkan sebagai contoh.

(i) Roslan menangis kerana dibuli.

(ii) Zaki memberitahu bahawa dia lapar. BETUL

Zaki membelikan sepinggan nasi


(iii) lemak dan segelas air teh untuk Yusri. SALAH

Zaki menerangkan masalah Roslan


(iv) yang selalu kelaparan kepada guru
kelasnya.
[ 2 markah ]

13

3
● MODUL ASPIRASI ●

SET 2
Soalan 1 hingga 5.
Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.

Aku pulang ke kampung untuk menziarahi datuk yang tinggal bersendirian. Seperti biasa, akulah
yang paling tidak gembira apabila emak dan bapaku ingin pulang bercuti ke kampung. Di
kampung tidak ada televisyen, tidak ada komputer dan paling aku tidak suka ialah Buntat.
Buntat, bagi aku ialah seorang yang pengotor. Aku berasa jijik apabila melihat Buntat.
Pakaiannya lusuh dan bertampal-tampal. Bagiku, Buntat tidak layak untuk bergaul denganku
walaupun dia anak pak cikku.
Pada suatu hari, aku bersiar-siar di sekitar kawasan rumah datuk. Aku tertarik apabila
melihat sekuntum bunga ros yang amat cantik pada pandanganku. Aku cuba untuk mendapatkan
bunga itu.
Tiba-tiba, kakiku berasa sakit dan berdenyut-denyut. Tubuhku juga seperti melayang.
Akhirnya, aku terjatuh.
Dalam pandangan mata yang berpinar-pinar, aku nampak Buntat cuba membantuku. Buntat
mengatakan bahawa aku telah dipatuk ular. Buntat mengikat pergelengan kakiku lalu memanggil
emak dan bapaku. Kemudian, aku dikejarkan ke hospital dengan segera.
Doktor berkata bahawa aku bernasib baik kerana bisa ular masih belum meresap ke seluruh
tubuhku. Kini, aku sedar bahawa semua itu tidak akan berlaku tanpa pertolongan Atan. Andainya
Atan tidak membantuku ketika itu, aku tidak tahu apa yang akan terjadi kepadaku.
Kini, aku telah insaf akan perbuatanku terhadap Atan selama ini. Aku mohon maaf kepada
Atan. Emak dan bapaku berasa gembira apabila melihat kami bermaafan dan berpelukan. Sejak
kejadian itu, aku tidak membenci Atan lagi.

1 Hubungan antara penulis dengan Buntat ialah ...


A jiran
B kawan
C sepupu
D adik-beradik

2 Penulis tidak suka pulang ke kampung kerana …


A Buntat tinggal bersama datuk penulis.
B penulis tidak suka aku pulang ke kampung.
C kampung datuk penulis terletak di kawasan pedalaman
D kampung datuk penulis tiada kemudahan asas seperti rumahku di bandar.

3 Penulis terhutang budi kepada Buntat kerana …


A Buntat seorang yang baik hati.
B Buntat tidak tidur dengan penulis.
C Buntat sudi untuk memaafkan perbuatan penulis.
D Buntat telah menyelamatkan penulis ketika dipatuk ular.

4
● MODUL ASPIRASI ●
4 Apakah pengajaran yang diperoleh daripada petikan di atas ?
A Bersikap baik hati dan tidak berdendam
B Sentiasa mengambil tahu akan hal orang lain
C Menjadi seorang yang sombong supaya dihormati orang lain
D Bersikap mementingkan diri sendiri untuk menikmati kesenangan

5 Perkataan jijik dalam petikan bermaksud


A berasa benci
B berasa meluat
C memandang rendah
D hendak termuntah apabila melihat sesuatu yang kotor

Soalan 6 hingga 9.
Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.

Pada petang itu, ayahku telah pulang dengan memandu kereta Proton Saga terpakai. Ayah telah
membeli kereta itu dengan tujuan untuk memudahkan urusan kami sekeluarga. Sejak ayah membayar
wang ansuran kereta itu, aku dapati ayah sering kekurangan wang. Aku terfikir tentu ayah tidak dapat
lagi menabung kerana membayar wang ansuran kereta itu.
Aku teringat akan pesanan Cikgu Shazana agar menabung wang agar boleh digunakan pada
masa kecemasan dan untuk kegunaan apabila melanjutkan pelajaran ke menara gading nanti. Sejak itu,
sebahagian wang saku yang diberi oleh ayah, aku simpan di dalam tabung. Aku juga turut menyimpan
duit raya yang kuperoleh saban tahun di dalam bank..
Malang tidak berbau, adik yang kusayangi telah mengalami kemalangan ketika berbasikal
pulang dari sekolah. Sebuah motosikal telah terbabas lalu melanggar adikku menyebabkan kaki adik
mengalami kecederaan parah. Adik perlu dibedah dengan segera dan kosnya agak tinggi iaitu lima
ribu ringgit. Ayah kebuntuan, wang simpanan sudah digunakan sebagai wang muka ketika membeli
kereta. Ibu bergegas menggadai barang kemasnya dan hanya memperoleh dua ribu ringgit.
Aku berasa amat kasihan dan ingin sekali membantu ayah. Tanpa melengahkan masa, aku
menunjukkan buku wang simpananku pada ibu dan ayah. Ayah berasa amat terkejut lalu berlinang air
mata. Aku meminta ayah mengeluarkan wang simpananku untuk menampung kos pembedahan adik.
Ayah dan ibu berasa terharu lalu memelukku dengan erat.

6 Perkataan kebuntuan dalam petikan bermaksud _______________________________________

[ 1 markah ]

5
● MODUL ASPIRASI ●
7 Apakah yang menyebabkan kewangan bapa terjejas ?

[ 2 markah ]

8 Adakah anda bersetuju kita perlu menabung sejak kecil? Mengapa?

[ 3 markah ]

9 Padankan pernyataan di bawah berdasarkan petikan yang diberikan. Satu daripadanya telah
ditunjukkan sebagai contoh.

Ayah membeli sebuah kereta Proton


(i)
Saga baharu.

Penulis menyimpan wang saku dan


(ii) BETUL
duit rayanya untuk menabung di bank.
Ayah berasa susah hati kerana
(iii) isterinya hanya memperoleh dua ribu SALAH
ringgit hasil gadaian barang kemas.
Ayah penulis akan menjalani
(iv) pembedahan sebagai akibat dilanggar
sebuah motosikal.
[ 2 markah ]

13

6
● MODUL ASPIRASI ●

SET 3
Soalan 1 hingga 5.
Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.

Cikgu Sazali ketawa melihat hadiah yang diterima oleh Cikgu Sumarni. Cikgu Sumarni tidak
menghiraukan lalu mengambil sepucuk surat yang terjatuh di atas bingkai gambar.
“Eh, tadi Cikgu Sazali ketawa! Kenapa Cikgu Sumarni menangis pula?” Cikgu Azli kehairanan
lalu mencapai surat yang dibaca Cikgu Sumarni. Cikgu Azli yang selesai membaca surat itu
merenungi hadiah yang terletak bersebelahan dengan sehelai tudung sutera. “Oh, inilah hadiah yang
paling murni!”
“Khairul murid yang baik, cikgu. Saya pernah melawat rumahnya. Dia memang miskin, tetapi
ibunya sangat bertanggungjawab. Ayahnya pula kurang sihat. Khairul tu, faham pula dengan keadaan
hidupnya. Sepulang dari sekolah, dia ke kebun yang sekangkang kera di belakang rumah,” ujar Cikgu
Azli
“Oh, kalau begitu dia patut mendapat bantuan dari sekolah kita!” kata Cikgu Safiza. “Saya ingin
jadikan dia anak angkat saya, cikgu.” Cikgu Safiz merenung Cikgu Sumarni sambil tersenyum. “Hm,
memang baik begitu! Sempena Hari Guru pada tahun ini sepatutnya ada sesuatu kebaikan yang kita
lakukan,” syor Cikgu Sumarni.
“Insya-Allah, cikgu. Kami juga akan menuruti jejak Cikgu Sumarni,” ujar Cikgu Arifin. “Cikgu
Sumarni maafkan saya kerana menyinggung perasaan cikgu tadi,” kata Cikgu Sazali. Cikgu Sumarni
tersenyum sambil memandang terung dan kacang panjang yang diterimanya.
Hari itu, Cikgu Sumarni pulang dengan suatu tekad. Beliau akan membantu persekolahan
Khairul.

1 Apakah hadiah yang diberikan oleh Khairul kepada Cikgu Sumarni?


A Kad ucapan
B Tudung sutera
C Bingkai gambar
D Terung dan kacang panjang

2 Mengapakah Cikgu Sumarni menangis apabila membaca surat anak muridnya itu?
A Tersinggung dengan sikap Cikgu Sazali.
B Khairul menjadi anak angkat Cikgu Safiza.
C Terharu menerima hadiah daripada Khairul.
D Gembira akan keprihatinan Guru Besar terhadap muridnya.

3 Khairul dan keluarganya menampung hidup dengan ...


A bantuan daripada Guru Besar dan pihak sekolah.
B pendapatan ibunya sebagai pencuci pakaian.
C bantuan daripada keluarga angkatnya.
D hasil bercucuk tanam.

7
● MODUL ASPIRASI ●
4 Pilih pernyataan yang tidak benar berdasarkan petikan di atas.
A Ayah Khairul sedang sakit.
B Cikgu Azli pernah melawat rumah Khairul.
C Cikgu Sazali memohon maaf daripada Cikgu Sumarni.
D Guru Besar mengambil Khairul sebagai anak angkatnya.

5 Maksud frasa suatu tekad dalam petikan ialah


A hanya satu keazaman
B berhasrat tinggi
C bercita-cita
D senang hati

Soalan 6 hingga 9.
Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.

Pada hari Ahad yang lalu,saya bersama-sama rakan berlumba basikal di jalan raya. Malang tidak
berbau, basikal yang saya tunggang terbabas lalu terjunam ke dalam longkang yang agak besar dan
dalam. Saya meraung kesakitan apabila melihat darah berlumuran di kaki saya. Saya segera dikejarkan
ke hospital berdekatan.
Rupa-rupanya, kaki saya telah patah. Saya telah ditahan di wad untuk memasukkan besi di dalam
kaki. Saya berasa sangat takut dan betul-betul menyesal atas perbuatan berlumba basikal dengan rakan-
rakan.
Saya ditemani oleh emak sepanjang berada di hospital. Banyak kawan dan saudara yang datang
melawat saya. Mereka menasihati agar saya tidak berlumba basikal lagi. Saya pula hanya
menggangguk tanda setuju.
Selepas dua minggu di hospital, saya dibenarkan pulang ke rumah. Saya terpaksa berjalan
menggunakan tongkat. Saya juga terpaksa menjalani rawatan susulan supaya kaki saya segera sembuh.
Saya berharap kejadian begini tidak akan menimpa saya lagi.

6 Perkataan meraung dalam petikan bermaksud ________________________________________

[ 1 markah ]

7 Bagaimanakah keadaan penulis selepas basikalnya gagal dikawal lalu terbabas?

[ 2 markah ]

8
● MODUL ASPIRASI ●
8 Apakah pengajaran yang boleh kita dapati berdasarkan petikan di atas? Jelaskan.

[ 3 markah ]

9 Padankan pernyataan di bawah berdasarkan petikan yang diberikan. Satu daripadanya telah
ditunjukkan sebagai contoh.

Kaki penulis disimen untuk merawat


(i)
kecederaannya.

Penulis berasa tidak bersalah atas


(ii) BETUL
kejadian yang telah menimpa dirinya.

Penulis ditahan di wad selama 14 hari


(iii) SALAH
untuk menjalani rawatan.

Penulis tidak perlu menjalani rawatan


(iv)
untuk memulihkan kecederaannya.

[ 2 markah ]

13

9
● MODUL ASPIRASI ●

FAKTA

SET 1
Soalan 1 hingga 5.
Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.

Pada umumnya, keluarga bahagia dan harmoni ialah keluarga yang disulami dengan sifat kasih
sayang. Kasih sayang merupakan fitrah semula jadi manusia yang tidak mengenal waktu, jarak,
tempat dan pangkat.
Pengharmonian keluarga seharusnya seiring dengan pembangunan negara. Pada masa yang
sama, gejala sosial yang berlaku perlulah ditangani dengan segera. Gejala sosial perlu ditangani
kerana peningkatannya akan membebankan negara.
Selain itu, setiap ahli keluarga mempunyai peranan dan tanggungjawab masing-masing yang
perlu ditunaikan. Kita perlu meluangkan masa berkualiti dengan berkelah, melancong dan melakukan
aktiviti riadah bersama-sama kerana merupakan antara resepi membina keluarga yang bahagia.
Seeloknya, elakkan pertengkaran dan persengketaan.

1 Sesebuah keluarga yang bahagia dan harmoni ialah


A Keluarga yang saling menghormati dan membantu.
B Keluarga yang disulami dengan kasih sayang.
C Keluarga yang bertanggungjawab dan mesra.
D Keluarga yang sentiasa tinggal bersama-sama.

2 Perkataan harmoni dalam petikan boleh digantikan dengan


A mesra
B sesuai
C sejiwa
D sepakat

3 Aktiviti-aktiviti yang berikut dapat membentuk keluarga bahagia kecuali


A beriadah
B bersengketa
C melancong
D berkelah

4 Mengapakah gejala sosial perlu ditangani?


A Gejala sosial akan membimbangkan masyarakat.
B Gejala sosial akan membebankan negara.
C Masyarakat memahami nilai kasih sayang dan tanggungjawab.
D Masyarakat ingin melahirkan generasi yang cemerlang.

10
● MODUL ASPIRASI ●
5 Apakah peranan setiap ahli keluarga untuk membina keluarga bahagia?
A selalu bertengkar
B mewujudkan persengketaan
C meluangkan masa berkualiti untuk bersama
D mementingkan diri sendiri

Soalan 6 hingga 9.
Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.

Sambutan Hari Sukan Negara telah diadakan pada setiap hari Sabtu minggu kedua bulan Oktober setiap
tahun. Sambutan Hari Sukan Negara ini merupakan anjuran Kementerian Belia dan Sukan. Hal ini
adalah satu langkah proaktif dalam proses transformasi ke arah mencapai hasrat menjadikan Malaysia
sebagai sebuah ‘Negara Bersukan’.

Justeru, Hari Sukan Negara dijadikan agenda nasional yang selari dengan matlamat negara ke arah
Wawasan 2020. Pengisian Hari Sukan Negara diadakan dengan pelbagai aktiviti sukan dan riadah untuk
memastikan setiap lapisan masyarakat mengambil bahagian dalam meraikan Sambutan Hari Sukan
Negara. Program tersebut diraikan secara serentak di seluruh pelosok tanah air. Hari Sukan Negara
merupakan usaha kerajaan menggalakkan rakyat menerapkan budaya hidup cergas dan aktif.

6 Perkataan hasrat dalam petikan bermaksud __________________________________________

[ 1 markah ]

7 Bagaimanakah pengisian sambutan Hari Sukan Negara ?

[ 2 markah ]

8 Pada pendapat kamu adakah aktiviti sukan penting dalam sesebuah negara ? Mengapa?

[ 3 markah ]

11
● MODUL ASPIRASI ●
9 Padankan pernyataan di bawah berdasarkan petikan yang diberikan. Satu daripadanya
telah ditunjukkan sebagai contoh.

Sambutan Hari Sukan Negara diadakan


(i) pada hari Sabtu minggu ketiga bulan
Oktober.
Hari Sukan Negara merupakan anjuran
(ii) BETUL
Kementerian Belia dan Sukan.

Program tersebut diraikan secara serentak di


(iii) SALAH
seluruh pelosok negeri.
Hari Sukan Negara merupakan usaha
(iv) kerajaan menggalakkan rakyat menerapkan
budaya hidup cerdas dan pro aktif.
[ 2 markah ]

13

12
● MODUL ASPIRASI ●

SET 2
Soalan 1 hingga 5.
Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.

Banyak kajian telah dijalankan oleh pakar-pakar perubatan tentang sakit kuning atau “Hepatitis
B”. Pakar-pakar perubatan dari Universiti California melalui kajian mereka mendapati bahawa
bayi yang baru lahir mudah diserang sakit kuning atau “jaundis”.
Jaundis berlaku kepada 80% bayi yang lahir tidak cukup bulan dan 50% kepada bayi yang
cukup bulan. Bagi bayi yang lahir tidak cukup bulan amat mudah mendapat kesan yang buruk
sekiranya menghidap sakit kuning. Sekiranya tindakan segera untuk merawat bayi tersebut tidak
dilakukan berkemungkinan besar bayi tersebut akan mengalami kecacatan.
Satu kaedah rawatan yang sesuai dipraktikkan untuk mengatasi perkara ini adalah dengan
meletakkan bayi tersebut di bawah cahaya biru selama lapan belas jam hingga dua puluh empat
jam atau lebih. Rawatan ini dikenali sebagai fototerapi.
Pakar perubatan sedang memperhalus kaedah rawatan untuk memperoleh kesan yang
maksimum kepada bayi yang mengalami jangkitan jaundis. Sementara itu, perkakasan rawatan
juga telah diperbaharu dan dipermudah penggunaannya sejajar dengan perkembangan teknologi
perubatan moden.

1 Siapakah yang mempunyai risiko paling tinggi menghidap penyakit kuning?


A Bayi yang dilahirkan tidak cukup bulan.
B Kanak-kanak yang kekurangan pigmen hempedu.
C Seseorang yang mengalami kerosakan sel darah merah.
D Penghidap penyakit anemia, malaria dan radang paru-paru.

2 Bayi yang lahir tidak cukup bulan dan menghidap sakit kuning perlu mendapat rawatan yang
sempurna di hospital supaya
A Bayi tersebut tidak diserang sawan
B Bayi tersebut tidak mengalami kecacatan
C Bayi tersebut tidak mendapat demam yang berpanjangan
D Bayi tersebut mempunyai antibodi yang kuat untuk melawan penyakit.

3 Semua penyataan yang berikut adalah tidak benar tentang penyakit kuning, kecuali
A Menjemur bayi di bawah cahaya matahari.
B Melakukan suntikan vaksin pembunuh kuman.
C Memasukkan pigmen hempedu ke dalam tisu badan.
D Meletakkan bayi di bawah cahaya biru selama dua puluh jam.

13
● MODUL ASPIRASI ●
4 Rangkai kata kaedah rawatan dalam petikan bermaksud
A Cara penjagaan
B Langkah perubatan
C Aturan kesihatan
D Sistem perubatan

5 Mengapakah pakar perubatan memperhalus kaedah rawatan jangkitan jaundis


A untuk menjimatkan kos perubatan
B untuk mengurangkan jumlah pesakit
C untuk mengurangkan kesakitan semasa rawatan
D untuk memperoleh kesan yang maksimum kepada bayi

Soalan 6 hingga 9.
Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.

Bukit Bendera ialah kawasan peranginan yang terkenal di Pulau Pinang. Bukit itu mempunyai
ketinggian kira-kira 830 meter dari aras laut. Dari segi sejarahnya, kawasan itu dibangunkan oleh
Francis Light.
Pada awalnya, jalan perhubungan ke Bukit Bendera tidak seperti yang ada pada hari ini. Laluan
ke puncak bukit amat sukar pada masa dahulu. Lantaran itu, pada tahun 1897, J. Hein dan A.Wilson
telah mencadangkan perkhidmatan kereta api yang ditarik dengan kawat ke puncak bukit itu.
Beberapa tahun kemudian, Syarikat Kereta Api Bukit Bendera telah ditubuhkan. Kereta api
yang digunakan pada masa itu menggunakan jentera wap. Walau bagaimanapun, jentera itu
kemudiannya digantikan dengan jentera Roda Pelton yang diputarkan oleh kuasa air dari empangan
Sungai Itam. Namun begitu, Syarikat Kereta Api Bukit Bendera tidak bertahan lama. Ekoran masalah
kewangan yang dihadapi, syarikat itu terpaksa dibubarkan.
Pada tahun 1921, A.R. Johnson telah membina empat buah gerabak kereta api yang baharu.
Selama lebih daripada 50 tahun, kereta api Johnson menabur bakti kepada masyarakat di Bukit
Bendera. Kini, kereta api Johnson menjadi bahan bersejarah dan dipamerkan di puncak Bukit
Bendera, Muzium Negeri Pulau Pinang, serta Muzium Negara Kuala Lumpur.

6 Perkataan dibubarkan dalam petikan bermaksud ______________________________________


[ 1 markah ]

7 Mengapakah perkhidmatan kereta api ke puncak Bukit Bendera dicadangkan?

[ 2 markah ]
14
● MODUL ASPIRASI ●
8 Sekiranyanya kamu berpeluang ke Pulau Pinang, adakah kamu akan melawat ke Bukit Bendera ?
Mengapa ?

[ 3 markah ]

9 Padankan pernyataan di bawah berdasarkan petikan yang diberikan. Satu daripadanya telah
ditunjukkan sebagai contoh.

Bukit Bendera telah dibangunkan oleh J.


(i)
Hein dan A. Wilson.

Syarikat Kereta Api Bukit Bendera terpaksa


(ii) BETUL
dibubarkan kerana faktor kewangan.

Ketinggian Bukit Bendera ialah kira-kira 830


(iii) SALAH
meter dari aras laut.

Kereta api Johnson masih digunakan di


(iv)
Muzium Negeri Pulau Pinang.

[ 2 markah ]

13

15
● MODUL ASPIRASI ●

SET 3
Soalan 1 hingga 5.
Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.

Masalah disiplin murid-murid merujuk perbuatan atau salah laku yang melanggar peraturan yang
telah ditetapkan oleh pihak sekolah. Salah laku yang sering dilakukan oleh murid-murid
termasuklah ponteng sekolah, vandalisme, melawan guru, dan sebagainya. Namun demikian,
masalah disiplin yang berlaku ini boleh diatasi.
Institusi keluarga merupakan aspek penting pembentukan disiplin di rumah kerana masalah
disiplin murid-murid berpunca dari rumah. Ibu bapa merupakan orang yang bertanggungjawab
membentuk perilaku anak-anak mereka. Kasih sayang yang secukupnya boleh menghindari murid-
murid daripada perbuatan yang negatif seperti buli.
Seterusnya, pihak sekolah juga boleh menangani masalah disiplin murid-murid dengan
memperketatkan peraturan di sekolah, mengenakan hukuman yang setimpal kepada pesalah-
pesalah disiplin. Dengan cara begini, murid-murid tidak berani untuk melanggar peraturan
sekolah. PIBG juga hendaklah menjalankan peranan yang sebaiknya agar masalah disiplin murid-
murid dapat diatasi. Pengajaran subjek Pendidikan Moral dan Agama Islam juga sangat penting
untuk membentuk tingkah laku yang positif dalam kalangan murid-murid-murid.
Selain itu, media massa menjadi medium yang penting agar masalah disiplin dapat diatasi.
Media massa seperti televisyen berperanan menerapkan unsur-unsur positif dalam setiap tayangan
untuk mendidik para penonton. Penayangan filem berunsur keganasan perlulah ditapis agar tidak
menjadi ikutan. Jikalau semua pihak berganding bahu, masalah disiplin dalam kalangan murid-
murid pasti berkurangan.

1 Berdasarkan teks, masalah disiplin boleh diatasi oleh semua pihak yang berikut kecuali
A Ibu bapa
B Guru-guru
C Media massa
D Masyarakat

2 Media massa mampu mengatasi masalah disiplin dengan


A Mengenakan hukuman yang setimpal kepada pesalah-pesalah disiplin.
B Menerapkan unsur-unsur positif dalam tayangan dan menapis unsur keganasan.
C Membentuk akhlak yang baik dan memberikan kasih sayang yang cukup.
D Menerapkan amalan-amalan yang baik dalam kehidupan.

3 Pilih pernyataan yang benar tentang petikan.


A Masalah displin murid-murid bermula dari rumah.
B Guru-guru hanya boleh mengenakan denda yang minimum kepada pesalah-pesalah
disiplin.
C Mata pelajaran Pendidikan Moral dan Agama Islam sangat penting.
D Media massa tidak boleh campur tangan dalam hal ehwal disiplin murid-murid.

16
● MODUL ASPIRASI ●
4 Perkataan medium dalam petikan bermaksud
A Bahan tontonan
B Bahan perantara
C Bahan panduan
D Bahan kajian

5 Berdasarkan petikan, apakah faktor yang mungkin menjadi punca masalah disiplin dalam
kalangan pelajar?
A kehidupan yang mewah
B pengaruh kawan-kawan
C kekurangan kasih sayang daripada ibu bapa
D pengaruh media massa

Soalan 6 hingga 9.
Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.

Fruktosa ialah sejenis monosakarida yang dikenali sebagai gula ringkas. Fruktosa banyak didapati di
dalam buah-buahan , gula bit, jagung, madu dan sebagainya. Fruktosa dua kali lebih manis daripada
glukosa dan 1.8 kali lebih manis daripada gula biasa. Apabila menggunakan fruktosa sebagai pemanis,
kita akan dapat menikmati kemanisan yang sama tetapi dengan jumlah yang lebih kecil berbanding
glukosa. Di samping itu, kita dapat mengelakkan pelbagai masalah kesihatan yang berkaitan dengan
bahaya akibat pengambilan gula biasa.
Kini, fruktosa digunakan secara meluas di seluruh dunia kerana ciri-ciri nutrisi dan nilai-nilai
kesihatannya. Fruktosa amat berkesan untuk mengoksiodakan semua jenis karbohidrat. Tenaga akan
dapat dibebaskan dengan cepat dan kurang lemak akan disimpan. Dengan itu, masalah kegemukan
dapat dikurangkan.
Disebabkan kesan positif terhadap pengurangan rasa lapar dan rendah simpanan lemak, maka
pengurangan rasa lapar dan rendah simpanan lemak, maka pengambilan minuman atau makanan
ringan yang kaya dengan fruktosa dapat membantu mengurangkan nafsu makan.Pengguna yang mat
mementingkan kesihatan pastinya akan berubah untuk menggunakan fruktosa sebagai ganti gula biasa.

6 Perkataan menikmati dalam petikan bermaksud _______________________________________


[ 1 markah ]

7 Terangkan kebaikan-kebaikan fruktosa berbanding gula biasa.

[ 2 markah ]

17
● MODUL ASPIRASI ●
8 Pada pendapat kamu, apakah cara-cara yang terbaik untuk menjaga kesihatan ?

[ 3 markah ]

9 Padankan pernyataan di bawah berdasarkan petikan yang diberikan. Satu daripadanya telah
ditunjukkan sebagai contoh.

Fruktosa ialah sejenis monosakarida yang


(i)
dikenali sebagai gula kompleks.
Fruktosa 1.8 kali lebih manis daripada
(ii) glukosa dan dua kali lebih manis daripada BETUL
gula biasa.
Kesan positif pengambilan fruktosa adalah
(iii) dapat mengurangkan rasa lapar dan tenaga SALAH
dapat dibebaskan dengan cepat.
Fruktosa semakin meluas digunakan kerana
(iv)
ciri-ciri nutrisi dan nilaia-nilai kesejagatan.

[ 2 markah ]

13

18
● MODUL ASPIRASI ●

LAPORAN

SET 1
Soalan 1 hingga 5.
Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.

Laporan Perkhemahan Pengakap


Unit ko-kurikulum Sk. Changkat Lobak telah menganjurkan perkhemahan persatuan puteri Islam
di padang sekolah mereka. Perkhemahan ini disertai oleh 30 orang ahli persatuan dan tiga orang
guru penasihat. Perkhemahan ini diadakan selama tiga hari bermula pada 15 Mei 2018. Mereka
turut dibantu oleh tiga orang sukarelawan yang bertindak menyediakan makanan sepanjang
perkhemahan itu.
Tujuan utama perkhemahan ini diadakan adalah untuk mendedahkan murid-murid kepada
suasana perkhemahan, memberi pengalaman hidup berdikari dan menanam sikap bekerjasama
dalam kalangan ahli persatuan puteri Islam.
Berbagai-bagai acara menarik telah diadakan. Antaranya ialah pertandingan kawad,
mendirikan khemah dan memasak. Pada waktu malam telah diadakan pertandingan persembahan
sempena malam budaya. Semua ahli persatuan sangat gembira dapat berkhemah di sekolah. Ini
adalah pengalaman yang sangat berharga.

Disediakan oleh , 19 MEI 2018.

Mas Idayu
(MAS IDAYU BINTI WAHID)
Setiausaha ,
Persatuan Puteri Islam ,
Sk. Changkat Lobak.

1 Perkataan menganjurkan dalam petikan bermaksud ...


A mengajar
B membuat
C mengadakan
D mengendalikan

2 Berapakah jumlah individu yang terlibat dalam aktiviti perkhemahan ini ?


A 3 orang
B 30 orang
C 33 orang
D 36 orang

19
● MODUL ASPIRASI ●
3 Bilakah perkhemahan itu berakhir ?
A 16 Mei 2018
B 17 Mei 2018
C 18 Mei 2018
D 19 Mei 2018

4 Apakah tujuan utama perkhemahan itu diadakan ?


A Belajar memasak .
B Mengisi masa lapang dengan aktiviti persatuan
C Mengenal budaya dengan mengadakan persembahan.
D Mendidik ahli persatuan berdikari dan memupuk semangat kerjasama.

5 Pernyataan yang manakah betul berdasarkan petikan.


A Persembahan tarian diadakan pada waktu malam.
B Pasukan Pengakap telah memenangi pertandingan kawad kaki.
C Perkhemahan ini disertai oleh semua unit pasukan pakaian seragam.
D Ahli persatuan Puteri Islam menyediakan sendiri makanan mereka sepanjang
perkhemahan dijalankan.

Soalan 6 hingga 9.
Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.

Tujuan utama perkhemahan ini diadakan adalah untuk mendedahkan murid-murid kepada suasana
perkhemahan, memberi pengalaman hidup berdikari dan menanam sikap bekerjasama dalam
kalangan ahli persatuan puteri Islam.
Berbagai-bagai acara menarik telah diadakan. Antaranya ialah pertandingan kawad,
mendirikan khemah dan memasak. Pada waktu malam telah diadakan pertandingan persembahan
sempena malam budaya. Semua ahli persatuan sangat gembira dapat berkhemah di sekolah. Ini
adalah pengalaman yang sangat berharga.

6 Perkataan berdikari dalam petikan bermaksud ________________________________________

[ 1 markah ]

20
● MODUL ASPIRASI ●
7 Adakah aktiviti perkhemahan dapat memupuk sikap bekerjasama?

[ 2 markah ]

8 Mengapakah ahli persatuan puteri Islam berasa sangat gembira?

[ 3 markah ]

9 Tandakan (√) bagi pernyataan yang betul atau ( X ) bagi pernyataan yang salah.

Aktiviti perkhemahan sangat baik untuk para pelajar sertai.

Aktiviti perkhemahan sangat membosankan para pelajar.

[ 2 markah ]

13

21
● MODUL ASPIRASI ●

SET 2
Soalan 1 hingga 5.
Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.

Laporan Sambutan Hari Kebangsaan Sekolah Kebangsaan Tebing Tinggi.


Pada 30 Ogos 2017 yang lalu, Sekolah Kebangsaan Tebing Tinggi, telah mengadakan sambutan Hari
Kebangsaan peringkat sekolah. Majlis itu telah dirasmikan oleh Pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan
Guru (PIBG), Encik Mahmud Bin Hashim. Pelancaran majlis itu telah berlangsung di dewan sekolah
dalam suasana yang meriah. Pengerusi majlis memulakan majlis dengan ucapan ringkas.
Sambutan ini bertujuan memupuk semangat cinta akan negara dalam kalangan palajar dan
warga kampung. Atur cara pada pagi itu dimulakan dengan ucapan guru besar dan ucapan perasmian
oleh Encik Hashim Bin Mahmud. Beliau mengingatkan para pelajar untuk terus berusaha belajar
bersungguh-sungguh.
Persembahan dimulakan dengan acara mendeklamasikan sajak dan nyanyian lagu patriotik.
Aktiviti lain seperti pertandingan meluksi poster dan pakaian beragam juga turut diadakan. Acara
kemuncak sambutan ialah mengibarkan Jalur Gemilang oleh para pelajar. Sambutan Hari
Kebangsaan diakhiri dengan majlis jamuan yang diadakan di kantin sekolah.

Laporan disediakan oleh, 3 SEPTEMBER 2018.

Zuraida
(ZURAIDA BINTI ZAINI)
Setiausaha,
Sambutan Bulan Kemerdekaan,
Sekolah Kebangsaan Tebing Tinggi.

1 Perkataan kemuncak dalam petikan bermaksud


A utama
B akhir
C saringan
D selingan

2 Apakah peringatan yang disampaikan oleh perasmi Majlis Sambutan Bulan Kemerdekaan ?
A Berusaha cintakan negara
B Berusaha berlatih menyanyi
C Berusaha belajar dengan tekun
D Berusaha mengibarkan jalur gemilang

22
● MODUL ASPIRASI ●
3 Siapakah yang tidak berucap dalam majlis tersebut?
A Guru besar
B Guru penolong kanan
C Pengerusi Majlis
D Wakil murid

4 Apakah aktiviti yang menggambarkan semangat cinta akan negara?


A Mewarna.
B Pakaian seragam
C Nyanyian lagu tradisional
D Mengibarkan jalur gemilang.

5 Apakah objektif sambutan Hari Kebangsaan diadakan?


A Mengcungkil bakat melukis
B Mengenal bakat baru nyanyian
C Menyemai semangat Patriotisme
D Memberi makanan kepada para pelajar.

Soalan 6 hingga 9.
Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.

Sambutan ini bertujuan memupuk semangat cinta akan negara dalam kalangan palajar dan warga
kampung. Atur cara pada pagi itu dimulakan dengan ucapan guru besar dan ucapan perasmian
oleh Encik Hashim Bin Mahmud. Beliau mengingatkan para pelajar untuk terus berusaha belajar
bersungguh-sungguh.
Persembahan dimulakan dengan acara mendeklamasikan sajak dan nyanyian lagu patriotik.
Aktiviti lain seperti pertandingan meluksi poster dan pakaian beragam juga turut diadakan. Acara
kemuncak sambutan ialah mengibarkan Jalur Gemilang oleh para pelajar. Sambutan Hari
Kebangsaan diakhiri dengan majlis jamuan yang diadakan di kantin sekolah.

6 Perkataan Jalur Gemilang dalam petikan merujuk kepada _______________________________

[ 1 markah ]

23
● MODUL ASPIRASI ●
7 Bagaimanakah cara untuk memupuk semangat cinta akan negara ?

[ 2 markah ]

8 Mengapakah para pelajar dinasihatkan supaya belajar bersungguh-sungguh ?

[ 3 markah ]

9 Tandakan (√) bagi pernyataan yang betul atau ( X ) bagi pernyataan yang salah.

Encik Mahmud Bin Hashim ialah Pengerusi Persatuan Ibu bapa dan Guru.

Majlis dimulakan dengan aktiviti mengibarkan Bendera Malaysia.

[ 2 markah ]

13

24
● MODUL ASPIRASI ●

SET 3
Soalan 1 hingga 5.
Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.

Laporan Lawatan ke Rumah Sri Kenangan

Pada 1 Jun 2018 yang lalu, 30 oarang ahli Persatuan Bahasa Melayu Sekolah Kebangsaan Matang
Jelutong telah mengadakan lawatan ke Rumah Sri Kenangan di Taiping. Seramai lima orang guru
pengiring dan lapan orang ahli jawatankuasa Persatuan Ibu bapa dan Guru telah menyertai lawatan
itu. Lawatan tersebut bertujuan untuk mendedahkan kepada peserta mengenai suasana kehidupan
serta aktiviti harian penghuni rumah Sri Kenangan itu.
Kedatangan kami disambut mesra oleh Pengerusi Rumah Sri Kenangan, iaitu Haji Salleh B.
Nasir. Selepas itu kami dibawa ke dewan makan untuk menikmati minuman ringan. Kemudiannya
kami dibawa melawat kawasan persekitaran. Sebelum kami mengadakan gotong-royong, kami di beri
taklimat oleh pengurus projek iaitu Cikgu Basri. Kami membersihkan kawasan tempat rehat di situ
dan menanam beberapa jenis pokok bunga.
Cikgu Basri berasa gembira dengan hasil kerja yang kami lakukan pada hari itu. Menurutnya,
aktiviti ini juga memberi peluang kepada penghuni rumah Sri Kenangan itu bergaul dengan
masyarakat dan merasakan diri mereka tidak disisihkan. Sebelum berangkat pulang, ketua
rombongan kami, Cikgu Kamarudin telah menyampaikan sumbangan berupa makanan, pakaian,
sabun pencuci dan sebagainya kepada Pengerusi rumah Sri Kenangan. Kami berasa sungguh gembira
kerana berpeluang menyertai lawatan itu.

Disediakan oleh 8 JUN 2018.


........................................
(NURZALINA BT. ZAKARIA)
Setiausaha,
Persatuan Bahasa Melayu,
Sekolah Kebangsaan Matang Jelutong.

1 Berapa orangkah perserta rombongan yang terlibat dalam aktiviti gotong-royong itu ?
A 30 orang
B 35 orang
C 43 orang
D 44 orang

2 Apakah tujuan utama lawatan tersebut ?


A Mengetahui kehidupan serta aktiviti harian penghuni rumah Sri Kenangan
B Menikmati hidangan yang disediakan di dewan makan.
C Mengadakan aktiviti gotong-royong
D Menyampaikan sumbangan.

25
● MODUL ASPIRASI ●
3 Siapakah yang meyediakan laporan lawatan ke rumah Sri Kenangan ?
A Nurzalina Binti Zakaria
B Haji Salleh Bin Nasir
C Cikgu Kamarudin
D Cikgu Basri

4 Perkataan yang sesuai menggatikan perkataan disisihkan ialah ...


A dimalukan
B didekatkan
C dipinggirkan
D diperlakukan

5 Pernyataan yang tidak benar mengenai lawatan itu ialah ...


A Rumah Sri Kenangan terletak dalm negeri Perak.
B Taklimat diberikan setelah selesai aktiviti gotong-royong.
C Laporan lawatan ditulis selepas seminggu aktiviti silakukan.
D Tiga belas orang dewasa telah menyertai program lawatan itu.

Soalan 6 hingga 9.
Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.

Cikgu Basri berasa gembira dengan hasil kerja yang kami lakukan pada hari itu. Menurutnya,
aktiviti ini juga memberi peluang kepada penghuni rumah Sri Kenangan itu bergaul dengan
masyarakat dan merasakan diri mereka tidak disisihkan. Sebelum berangkat pulang, ketua
rombongan kami, Cikgu Kamarudin telah menyampaikan sumbangan berupa makanan, pakaian,
sabun pencuci dan sebagainya kepada Pengerusi rumah Sri Kenangan. Kami berasa sungguh
gembira kerana berpeluang menyertai lawatan itu.

6 Cikgu Kamarudin merupakan ____________________________________________________

[ 1 markah ]

7 Mengapakah para pelajar merasa sangat gembira menyertai lawatan itu ?

[ 2 markah ]
26
● MODUL ASPIRASI ●
8 Pada pendapat kamu, siapakah penghuni rumah Sri Kenangan? Mengapa ?

[ 3 markah ]

9 Tandakan (√) bagi pernyataan yang betul atau ( X ) bagi pernyataan yang salah.

Penghuni rumah Sri Kenangan sangat memerlukan makanan.

Penghuni rumah Sri Kenangan seronok dapat bergaul dengan peserta


rombongan.

[ 2 markah ]

13

27
● MODUL ASPIRASI ●

BERITA

SET 1
Soalan 1 hingga 5.
Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.

IPOH, Rabu – Encik Abdul Manan bin Wahab telah dianugerahkan sebagai Tokoh Petani Jaya
Peringkat Negeri Perak pada tahun ini. Beliau telah menerima anugerah itu daripada Menteri Besar
Perak sempena Hari Peladang peringkat negeri. Encik Abdul Manan berasal dari Kampung Setia Jaya.
Encik Abdul Manan telah mengusahakan ladang kelapa sawit seluas 10 ekar di samping
menternak lembu daging dan ikan keli. Masa yang terluang pula telah diisikan dengan kegiatan
menghasilkan pelbagai jenis kerepek berasaskan ubi dan pisang bersama-sama isteri dan anak-
anaknya.
Tokoh Petani Jaya Peringkat Negeri ini menerima hadiah berupa wang tunai RM10000 dan sijil
penghargaan. Di samping itu, Jabatan Pertanian juga akan membekalkan baja dan mesin pemprosesan
makanan kepadanya. Semua hadiah ini akan membakar semangat Encik Abdul Manan untuk terus
berusaha.

1 Di manakah Majlis Anugerah Tokoh Petani Jaya Peringkat Negeri Perak diadakan?
A Kampung Setia Jaya
B Jabatan Pertanian
C Setia Jaya
D Ipoh

2 Apakah aktiviti pertanian yang Encik Abdul Manan usahakan?


A Mengusahakan ladang kelapa sawit, menternak lembu dan keli serta menghasilkan kerepek
ubi dan pisang.
B Menghasilkan pelbagai jenis kerepek ubi dan pisang
C Menternak lembu daging dan ikan keli
D Ladang kelapa sawit seluas 10 ekar

3 Encik Abdul Manan menerima hadiah berupa ...


A wang tunai RM10000 dan sijil penghargaan
B wang tunai RM10000, sijil penghargaan, bekalan baja dan mesin pemprosesan makanan
C wang tunai RM1000, sijil penghargaan, bekalan baja, mesin pemprosesan makanan dan
pelbagai jenis kerepek
D wang tunai RM1000, sijil penghargaan dan mesin pemprosesan makanan

28
● MODUL ASPIRASI ●
4 Rangkai kata membakar semangat dalam petikan bermaksud
A mencontohi amalan
B mematuhi petunjuk
C memberi dorongan
D memahami panduan

5 Pernyataan yang tidak benar mengenai Tokoh Petani Jaya tersebut ialah ...
A beliau berasal dari Kampung Seri Setia
B beliau mengusahakan ladang kelapa sawit seluas 10 ekar serta menternak lembu daging
dan ikan keli
C beliau menggunakan masa yang terluang untuk menghasilkan pelbagai jenis kerepek
berasaskan ubi dan pisang
D beliau mendapat hadiah baja dan mesin pemprosesan makanan yang dibekalkan oleh
Jabatan Pertanian

Soalan 6 hingga 9.
Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.

TAIPING, 2 Mei – Satu sindiket mencuri kereta di sekitar kawasan Taiping telah berjaya ditumpaskan
oleh sepasukan polis semalam. Beberapa buah kereta curi telah berjaya dikesan oleh pihak polis hasil
daripada serbuan yang dijalankan.
Mengikut kenyataan daripada jurucakap polis, sindiket itu telah mula disiasat oleh pihak polis
semenjak dua minggu yang lalu. Menurutnya lagi, beberapa orang juga turut ditahan bagi siasatan
lanjut kes tersebut. Serbuan telah dilakukan di sebuah bengkel lama membaiki kereta di Jalan
Simpang, Taiping.
Dalam serbuan itu, lapan orang berjaya ditahan dan salah seorangnya dipercayai pakar mekanik.
Kepingan-kepingan pintu kereta yang dicuri dan plat nombor kereta palsu turut dijumpai oleh pihak
polis.

6 Perkataan ditahan dalam petikan bermaksud _________________________________________


[ 1 markah ]

7 Berapa orangkah yang berjaya ditahan oleh pihak polis?

[ 2 markah ]

29
● MODUL ASPIRASI ●
8 Pada pendapat kamu, adakah pihak polis berjaya menumpaskan sindiket ini? Bagaimana?

[ 3 markah ]

9 Tandakan (√) bagi pernyataan yang betul atau ( X ) bagi pernyataan yang salah.

Sindiket mencuri kereta telah mula disiasat oleh pihak polis sejak dua
minggu yang lalu.

Kepingan-kepingan kereta dan plat palsu turut dijumpai oleh pihak polis.

[ 2 markah ]

13

30
● MODUL ASPIRASI ●

SET 2
Soalan 1 hingga 5.
Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.

PARIT BUNTAR, 25 April – Persatuan Penduduk Taman Serai Wangi telah menganjurkan Program
Gotong-royong sempena Kempen Kawalan Tikus di sini, hari ini. Program yang julung-julung kali
diadakan itu mendapat kerjasama daripada Jabatan Kesihatan, Jabatan Alam Sekitar dan Syarikat
Kawalan Makhluk Perosak Daya Pest Sendirian Berhad.
Menurut Pengerusi Persatuan Penduduk Taman Serai Wangi, Jamaludin Ahmad, 52, program
ini penting bagi mewujudkan keadaan persekitaran yang bersih dan selamat. Selain itu, usaha
mengurangkan populasi tikus amat penting bagi mengelakkan penyakit yang boleh membawa maut
iaitu penyakit kencing tikus atau Leptospirosis.
Berdasarkan perangkaan, sebanyak 2509 kes Leptospirosis dilaporkan berlaku di seluruh negara
pada tahun 2016. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 55 orang pesakit telah meninggal dunia. Pada
tahun 2017, jumlah kes meningkat kepada 3670 dan menyebabkan 43 kematian.

1 Siapakah yang memberi pernyataan dalam berita di atas?


A Pengarah Jabatan Kesihatan
B Pengarah Jabatan Alam Sekitar
C Pengerusi Persatuan Penduduk Taman Serai Wangi
D Pegawai Syarikat Kawalan Makhluk Perosak Daya Pest Sendirian Berhad

2 Berapakah perbezaan bilangan pesakit yang maut dalam tempoh dua tahun akibat penyakit
Leptospirosis?
A 11
B 12
C 13
D 14

3 Rangkai kata julung-julung kali dalam petikan bermaksud


A pertama kali
B seringkali
C barangkali
D kali terakhir

4 Pilih pernyataan yang tidak benar berdasarkan petikan.


A Program gotong-royong yang diadakan oleh Persatuan Penduduk Taman Serai Wangi
adalah bersempena Kempen Kawalan Tikus
B Kempen ini bertujuan untuk mewujudkan persekitaran yang bersih dan selamat
C Tikus merupakan pembawa kepada penyakit kencing tikus atau Leptospirosis
D Berdasarkan perangkaan, sebanyak 2509 kes Leptospirosis dilaporkan berlaku di
seluruh negara pada tahun 2017

31
● MODUL ASPIRASI ●
5 Apakah tujuan program tersebut diadakan?
A membersihkan kawasan Taman Seri Wangi
B mengurangkan populasi tikus di Taman Serai Wangi
C mengeratkan hubungan antara penduduk Taman Seri Wangi
D memberikan kesedaran untuk mewujudkan keadaan persekitaran yang bersih dan
selamat.

Soalan 6 hingga 9.
Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.

SEGAMAT, 18 Disember – Seorang murid tahun dua, Thanarajan a/l Kupusamy, mati lemas setelah
terjatuh ke dalam sungai. Kejadian itu berlaku kira-kira pukul 10.00 pagi.
Ketua polis daerah Segamat, ACP Tuan Zainal Rejab menjelaskan bahawa mayat Thanarajan
dijumpai terapung-apung di sungai tersebut kira-kira pukul 7.00 petang pada hari yang sama. Usaha
mencari mangsa dilakukan sejam selepas mangsa dilaporkan hilang oleh ibunya.Operasi untuk
mencari mangsa dilakukan oleh pasukan polis, bomba dan penyelamat serta mendapat bantuan
penduduk kampung.
Thanarajan dipercayai terjatuh semasa bermain-main di tebing bersama dengan beberapa orang
rakannya yang lain. Mangsa telah dihanyutkan oleh arus deras dan rakan-rakannya tidak dapat
menolong menyelamatkan mangsa. Ibu mangsa berasa amat sedih atas kehilangan anak tunggalnya.
Tambahan pula,segala persiapan untuk sesi persekolahan tahun 2018 telah dibuat oleh keluarga
mangsa.

6 Perkataan bantuan dalam petikan bermaksud ________________________________________

[ 1 markah ]

7 Berapakah umur Thanarajan sekiranya dia masih hidup pada tahun 2018?

[ 2 markah ]

8 Sekiranya kamu berada di tempat kejadian semasa Thanarajan terjatuh ke dalam sungai, apakah
yang akan kamu lakukan?

[ 3 markah ]
32
● MODUL ASPIRASI ●
9 Tandakan (√) bagi pernyataan yang betul atau ( X ) bagi pernyataan yang salah.

Mayat Thanarajan dijumpai terapung-apung di sungai tersebut kira-kira pukul 7.00


petang pada hari berikutnya.

Ibu mangsa berasa amat sedih atas kehilangan anak tunggalnya.

[ 2 markah ]

13

33
● MODUL ASPIRASI ●

2SET 3
Soalan 1 hingga 5.
Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.

ALOR STAR, 13 Februari – Pembakaran jerami secara terbuka oleh petani di kilometer 59.8 Lebuh
Raya Utara Selatan, berhampiran Kobah, di sini telah menyebabkan 15 buah kenderaan terlibat dalam
kemalangan di lebuh raya tersebut. Kejadian berlaku kerana asap tebal yang berpunca daripada
pembakaran jerami di sawah yang berhampiran dengan lebuh raya itu menyelubungi ruang udara
sekitar lebuh raya. Asap tebal ini telah mengehadkan jarak penglihatan pemandu. Akibatnya,
kenderaan yang dipandu merempuh kenderaan lain yang berada di hadapan.
Dalam kejadian itu, seramai tujuh orang mangsa yang cedera dalam kemalangan itu telah dirawat
di Hospital Alor Star. Kesemua mangsa dirawat di bahagian pesakit luar. Mangsa terdiri daripada
penduduk tempatan dan juga warganegara Thailand.
Akibat kemalangan itu, lebuh raya mengalami kesesakan. Beratus-ratus kenderaaan telah
terkandas kerana orang ramai mula pulang ke tempat masing-masing selepas bercuti di kampung
bersempena perayaan Tahun Baharu Cina.

1 Kemalangan yang berlaku di kilometer 59.8 Lebuh Raya Utara Selatan adalah berpunca dari ...
A Pembakaran secara terbuka oleh petani
B Pembakaran jerami secara terbuka oleh petani
C Kenderaan yang dipandu merempuh kenderaan lain
D Asap tebal mengehadkan jarak penglihatan pemandu

2 Kesemua mangsa yang terlibat dalam kemalangan ...


A maut
B cedera parah
C cedera ringan
D tidak tercedera

3 Perkataan terkandas dalam petikan bermaksud


A terjejas
B tersekat
C terperosok
D terpelanting

4 Pilih pernyataan yang tidak benar berdasarkan petikan.


A Kemalangan di kilometer 59.8 Lebuh Raya Utara Selatan, berhampiran Kobah, berlaku
pada 13 Februari
B Lebuh raya mengalami kesesakan yang teruk kerana orang ramai pulang dari kampung
C Asap tebal menyelubungi ruang udara di sekitar lebuh raya pada hari kejadian
D Warganegara luar juga turut terlibat dalam kemalangan tersebut

34
● MODUL ASPIRASI ●
5 Berapa ramaikah mangsa yang cedera dalam kemalangan itu?
A 15 orang
B 10 orang
C 7 orang
D 5 orang

Soalan 6 hingga 9.
Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.

KANGAR, 8 April – Penduduk di beberapa buah kampung di sekitar Kangar dikejutkan dengan
kejadian ribut, petang semalam. Ribut itu telah menyebabkan beberapa buah rumah rosak akibat
ditimpa pokok tumbang. Terdapat juga sebahagian rumah yang bumbungnya tercabut dan
diterbangkan angin kencang. Namun begitu, tiada kemalangan jiwa yang dilaporkan.
Kejadian ribut itu dikatakan berlaku kira-kira pada pukul 2.00 petang. Menurut seorang saksi,
hujan pada mulanya turun renyai-renyai disusuli bunyi deruan angin yang semakin lama semakin
kuat sehingga tidak sempat berbuat apa-apa kerana kejadian berlaku dengan sekelip mata. Ribut
itu berlanjutan hampir setengah jam sebelum keadaan kembali reda.
Jabatan Meteorologi Malaysia meramalkan ribut petir dan angin kencang akan lebih kerap
berlaku di negara ini. Ramalan tersebut berdasarkan pemerhatian dan kajian agensi itu terhadap
pergerakan awan, keadaan cuaca serta kelajuan angin. Orang ramai diminta mengutamakan
keselamatan dan merujuk ramalan kajian cuaca yang dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi
Malaysia bagi merancang aktiviti harian.

6 Perkataan sekelip mata dalam petikan bermaksud _____________________________________

[ 1 markah ]

7 Pada pukul berapakah kejadian ribut itu berakhir?

[ 2 markah ]

8 Setiap hari kita mendapat maklumat ramalan cuaca. Pada pendapat kamu, mengapakah ramalan
kaji cuaca penting kepada kita?

[ 3 markah ]
35
● MODUL ASPIRASI ●
9 Tandakan (√) bagi pernyataan yang betul atau ( X ) bagi pernyataan yang salah.

Jabatan Meteorologi Malaysia membuat ramalan berdasarkan pergerakan


awan.

Kejadian ribut itu telah menyebabkan semua bumbung rumah tercabut dan
diterbangkan angin kencang.
[ 2 markah ]

13

36
● MODUL ASPIRASI ●

UCAPAN & SYARAHAN

SET 1
Soalan 1 hingga 5.

Yang dimuliakan Tuan Pengerusi Majlis, Tuan Guru Besar serta rakan-rakan sekalian.
Hari Guru disambut pada 16 Mei setiap tahun. Tujuannya adalah untuk mengenang jasa dan
perjuangan guru. Guru sentiasa mendidik kami supaya menjadi manusia yang berguna. Hal tersebut
adalah satu tugas yang berat. Namun, guru tetap melaksanakan demi kepentingan kami.
Kami mengucapkan ribuan terima kasih atas tunjuk ajar dan nasihat anda selama ini. Kami akan
mengamalkan segala ilmu yang diajar untuk mencapai cita-cita kami pada masa hadapan.
Akhir sekali, saya mengucapkan Selamat Hari Guru dan selamat maju jaya.

1 Bilakah sambutan Hari Guru disambut?


A 16 Mac
B 16 April
C 16 Mei
D 16 Jun

2 Apakan tujuan sambutan Hari Guru diadakan?


A Hari Guru disambut adalah untuk meraikan guru.
B Hari Guru disambut adalah untuk mengingati hari lahir guru.
C Hari Guru disambut adalah untuk mengenang guru-guru yang mengajar.
D Hari Guru disambut adalah untuk mengenang jasa dan perjuangan guru.

3 Apakah tugas guru terhadap murid di sekolah?


A Guru mendidik murid menjadi manusia yang berguna.
B Guru mengajar murid menjadi manusia yang pandai.
C Guru melatih murid supaya berjasa.
D Guru melahirkan murid bijak.

4 Mengapakah wakil murid mengucapkan terima kasih kepada guru?


A Guru melatih murid hingga pandai.
B Guru telah mendidik murid di sekolah.
C Guru berjaya mendidik murid menjadi berguna.
D Guru telah memberi tunjuk ajar dan nasihat kepada murid.

37
● MODUL ASPIRASI ●
5 Bagaimanakah kita menghargai jasa guru?
A Dengan belajar bersungguh-sungguh.
B Dengan mendengar apa yang diajar oleh guru.
C Dengan menghargai jasa dan pengorbanan guru.
D Dengan mengamalkan segala ilmu yang diajar untuk mencapai cita-cita.

Soalan 6 hingga 9.
Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.

Salam sejahtera saya ucapkan kepada Tuan Pengerusi Majlis, Guru Besar Sekolah Kebangsaan
Bestari, guru-guru dan rakan-rakan sekalian. Pada pagi ini, saya akan menyampaikan syarahan
yang bertajuk “Pemanduan Berhemat Semua Selamat”. Jalan raya merupakan laluan paling sibuk
dan amat berisiko. Jika terlalai, kecelakaan dan mautlah padahnya.
Hadirin sekalian,
Pejalan kaki yang hendak melintas jalan hendaklah memandang ke kiri dan ke kanan terlebih
dahulu. Jika tiada kenderaan, melintaslah dengan berhati-hati. Selain itu, gunakanlah kemudahan
yang disediakan seperti lintasan belang, jejantas dan sebagainya.
Pemandu kenderaan juga harus mematuhi arahan pada papan tanda keselamatan. Mereka juga
harus mematuhi peraturan lampu isyarat. Pemandu tidak digalakkan memandu ketika mengantuk
atau letih. Ingatlah, pengguna berhemat semua selamat. Sekian syarahan saya. Terima kasih.

6 Perkataan terlalai dalam petikan bermaksud _________________________________________


[ 1 markah ]

7 Apakah tajuk syarahan yang telah disampaikan?

[ 2 markah ]

8 Pada pendapat kamu, bolehkah pemandu memandu dalam keadaan mengantuk atau letih?
Bincangkan.

[ 3 markah ]

38
● MODUL ASPIRASI ●
9 Tandakan (√) bagi pernyataan yang betul atau ( X ) bagi pernyataan yang salah.

Pengguna jalan raya perlu berhati-hati dan berhemah di jalan raya.

Berlumba-lumba di jalan raya sekali sekala tiada salahnya.

[ 2 markah ]

13

39
● MODUL ASPIRASI ●

SET 2
Soalan 1 hingga 5.
Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.

Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis, Tuan Guru Besar, para hakim yang arif lagi bijaksana,
guru-guru dan rakan-rakan sekalian. Salam sejahtera saya ucapkan. Pada pagi yang mulia ini, saya
ingin menyampaikan syarahan yang bertaju “Membaca Amalan Mulia”.
Sikap membaca perlu dipupuk sejak kecil lagi. Melalui bacaan dapat meningkatkan ilmu
pengetahuan. Ini kerana kebanyakan orang yang maju dan berjaya adalah terdiri daripada mereka
yang minat membaca. Justeru, tanamlah sikap suka membaca dalam kalangan kita semua.
Sebenarnya ibu bapa memainkan peranan penting dalam mewujudkan sikap ini. Ibu bapa
seharusnya menjadikan amalan ini sebagai kegiatan harian mereka. Apabila anak-anak melihat ibu
bapa mereka sering membaca secara tidak langsung minat mereka turut terpahat.
Hadirin yang budiman,
Buku-buku yang baik perlu dibaca bagi meningkatkan ilmu yang terkandung di dalamnya.
Buku-buku ini akan dapat membentuk peribadi yang mulia berdasarkan nilai-nilai murni yang
terdapat dalam bacaan tersebut. Selain itu, membaca juga dapat mengisi masa lapang tanpa
menghabiskan masa dengan sesuatu yang tidak berfaedah dan sia-sia.
Oleh itu, jadikan membaca ini satu amalan seharian. Melalui bacaan dapat menambah dan
memperluas ilmu pengetahuan yang sedia ada. Sekian dahulu syarahan saya dan saya akhiri
dengan lafaz terima kasih.

1 Maksud perkataan minat dalam petikan di atas ialah


A ingin
B perlu
C senang
D cenderung

2 Siapakah yang menyampaikan syarahan tersebut?


A Guru Besar
B Wakil murid
C Penolong Kanan
D Peserta pertandingan

3 Apakah manfaat daripada membaca?


A Membaca dapat mengaktifkan murid.
B Membaca dapat mengisi masa lapang.
C Membaca dapat menjadikan murid pandai.
D Membaca dapat meningkatkan ilmu pengetahuan.

40
● MODUL ASPIRASI ●
4 Bagaimanakah peranan ibu bapa dalam memupuk minat membaca anak-anak mereka?
A Ibu bapa melatih anak-anak membaca.
B Ibu bapa menunjukkan contoh yang baik.
C Ibu bapa menerapkan nilai-nilai murni kepada anak-anak.
D Ibu bapa menjadikan amalan membaca sebagai kegiatan harian mereka.

5 Berikut merupakan kebaikan amalan membaca, kecuali ...


A Membaca dapat menambahkan kosa kata.
B Membaca dapat menambahkan ilmu pengetahuan.
C Membaca dapat mengeratkan silaturahim antara rakan.
D Membaca dapat menguatkan ingatan murid-murid.

Soalan 6 hingga 9.
Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.

Salam sejahtera saya ucapkan kepada Tuan Pengerusi Majlis, Guru Besar Sekolah Kebangsaan
Citra, guru-guru dan rakan-rakan sekalian. Pada pagi ini, saya akan menyampaikan syarahan yang
bertajuk “Kepentingan Tidur kepada Kita”.
Hadirin yang dihormati,
Tidur adalah suatu tugas rutin badan yang dilakukan pada setiap hari. Setiap orang
memerlukan tidur yang secukupnya. Tidur dapat merehatkan otak kita. Biasanya tidur dilakukan
pada waktu malam. Kadangkala, ada juga orang yang tidur pada waktu siang.
Jumlah tidur seseorang adalah berbeza. Orang dewasa memerlukan tidur yang cukup untuk
menjaga kesihatannya. Jika seseorang itu bangun daripada tidur dengan rasa yang segar, ini
menunjukkan bahawa seseorang itu telah mendapat tidur yang cukup.
Ada sesetengah orang menghadapi masalah tidur. Bagi orang dewasa, kesihatan mereka akan
terganggu. Mereka tidak dapat menumpukan perhatian terhadap tugas dengan sempurna. Oleh
sebab itu, setiap orang harus memastikan bahawa mereka mendapat kualiti tidur yang baik.
Sekian, terima kasih.

6 Perkataan rutin dalam petikan bermaksud ___________________________________________


[ 1 markah ]

7 Apakah yang dialami oleh seseorang yang mendapat tidur yang cukup?

[ 2 markah ]

41
● MODUL ASPIRASI ●
8 Adakah kamu sering menghadapi masalah mengantuk semasa berada di dalam kelas? Mengapa?

[ 3 markah ]

9 Tandakan (√) bagi pernyataan yang betul atau ( X ) bagi pernyataan yang salah.

Kesihatan akan terjejas jika seseorang kurang tidur.

Kita dapat menumpukan perhatian pada sesuatu tugas jika tidur mencukupi.

[ 3 markah ]

13

42
● MODUL ASPIRASI ●

SET 3
Soalan 1 hingga 5.
Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Terlebih dahulu saya mengambil kesempatan untuk
mengucapkan terima kasih kepada pihak sekolah kerana menjemput saya untuk merasmikan “Kempen
Lalu Lintas Keselamatan Jalan Raya” di sekolah ini.
Murid-murid dan hadirin sekalian,
Setiap hari, media massa memaparkan kes-kes kemalangan jalan raya. Keadaan ini membuktikan
bahawa keslamatan jalan raya tidak dipandang serius oleh para pengguna. Yang lebih menyedihkan
lagi apabila mangsanya terdiri daripada murid-murid sekolah. Sebagai pengguna jalan raya, kita
mestilah sentiasa mematuhi peraturan semasa berada di jalan raya. Hakikatnya, tiada sesiapa pun yang
mahu terlibat dalam kemalangan. Namun, malang tidak berbau. Kecuaian manusia menjadi punca
utama. Apabila tiba musim perayaan, isu-isu utama yang sering dibincangkan adalah tentang
kemalangan jalan raya. Jumlah kemalangan maut, kecederaan parah dan cedera ringan meningkat
secara mendadak. Nasihat dan saranan pihak berkuasa ibarat mencurah air ke daun keladi.
Justeru, kempen lalu lintas jalan raya dapat dilihat sebagai satu wahana untuk memberikan
pendedahan dan pendidikan tentang kepentingan menjaga keselamatan di jalan raya. Diharapkan kalian
dapat mendisiplinkan diri dan mengamalkan nilai murni ketika berada di jalan raya.
Akhir kata, jadikan panduan apa yang disampaikan tadi agar keselamatan kita lebih terjamin.
Dengan ini, saya merasmikan “Kempen Lalu Lintas Keselamatan Jalan Raya”. Sekian, terima kasih.

1 Apakah tujuan utama penyampai memberikan ucapan?


A Meminta pemandu agar berhati-hati di jalan raya.
B Memberitahu cara-cara menjaga keselamatan di jalan raya.
C Memberikan nasihat dan pesanan supaya berhemah di jalan raya.
D Merasmikan “Kempen Lalu Lintas Keselamatan Jalan Raya” peringkat sekolah.

2 Apakah tujuan “Kempen Lalu Lintas Keselamatan Jalan Raya” ini diadakan?
A Memberikan kesedaran kepada pengguna jalan raya.
B Mengajar undang-undang jalan raya kepada pengguna jalan raya.
C Memberi nasihat dan pesanan tentang kepentingan berhemah di jalan raya.
D Memberikan pendedahan dan pendidikan tentang kepentingan menjaga keselamatan di
jalan raya.

3 Mengapakah musim perayaan sering dikaitkan dengan kemalangan jalan raya?


A Banyak kemalangan jalan raya berlaku semasa musim perayaan.
B Banyak kenderaan di jalan raya menyebabkan kesesakan dan kemalangan.
C Banyak pengguna jalan raya yang tidak berhemat semasa memandu kenderaan.
D Banyak pengguna mementingkan diri sendiri semasa memandu kenderaan.

43
● MODUL ASPIRASI ●
4 “Ibarat mencurahkan air ke daun keladi” membawa maksud
A sengaja bersusah payah.
B menyesal di kemudian hari.
C hubungan yang sangat rapat.
D sesuatu perbuatan yang tidak memberi kesan.

5 Berikut ialah pesanan perasmi kepada murid-murid, kecuali ...


A Mendisiplinkan diri dan mengamalkan nilai murni ketika di jalan raya.
B Mementingkan diri sendiri dan memandu tanpa berhemah dan berhemat.
C Menjaga keselamatan ketika berada di jalan raya.
D Mematuhi peraturan semasa berada di jalan raya.

Soalan 6 hingga 9.
Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.

Terima kasih kepada Tuan Pengerusi Majlis,Yang Berusaha Tuan Guru Besar, guru-guru penolong
kanan, guru-guru, dan rakan sekalian. Assalamulaikum dan salam sejahtera saya ucapkan.
Pada pagi ini, saya ingin menyampaikan sebuah syarahan yng bertajuk “Cara-cara melahirkan
Sikap Berjimat Cermat “. Amalan berjimat cermat membawa maksud berhemat dalam perbelanjaan.
Amalan ini bertentangan dengan sikap boros yang boleh mendatangkan kepapaan.
Hadirin yang dikasihi,
Salah satu cara untuk berjimat cermat adalah dengan mengawal nafsu ketika berbelanja.
Walaupun banyak barang yang diingini, tetapi belilah barang yang perlu sahaja. Jika ada duit lebihan,
simpanlah untuk kegunaan ketika perlu.
Ibu bapa pula hendaklah mengajar anak-anak mereka akan pentingnya berjimat cermat
walaupun anak kemungkinan kecil hati. Jangan memberikan wang yang banyak kepada mereka
sebagai belanja persekolahan kerana amalan itu akan melahirkan sikap boros. Wang yang diperoleh
oleh anak-anak seperti hadiah sempena hari raya hendaklah disimpan di dalam bank.
Hadirin yang dimuliakan,
Menggalakkan anak-anak membawa bekal ke sekolah merupakan satu cara berjimat. Cara ini
dapat menjimatkan perbelanjaan. Malah, dapat menjamin makanan si anak bersih dan berkhasiat.
Sekian dahulu syarahan saya pada pagi ini. Sebelum berundur diri, saya berharap agar amalan
berjimat cermat dapat dijadikan budaya hidup kita. Sekian, terima kasih.

6 Perkataan kepapaan dalam petikan bermaksud _______________________________________


[ 1 markah ]

44
● MODUL ASPIRASI ●
7 Mengapakah kita tidak digalakkan untuk memberikan wang yang banyak kepada anak-anak?

[ 2 markah ]

8 Pada pendapat kamu, wajarkah kita menyimpan wang di rumah?Jelaskan.

[ 3 markah ]

9 Tandakan (√) bagi pernyataan yang betul atau ( X ) bagi pernyataan yang salah.

Bank merupakan tempat yang tidak selamat untuk menyimpan wang.

Membawa bekal merupakan salah satu amalan berjimat cermat.

[ 2 markah ]

13

45
● MODUL ASPIRASI ●

SURAT KIRIMAN RASMI & SURAT KIRIMAN TIDAK RASMI

SET 1
Soalan 1 hingga 5.
Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.

No 5, Jalan Mawar 3,
Taman Bukit Siput,
85000 Segamat,
Johor.
2 Mei 2018.

Ke hadapan nenda Hamidah yang berada di Ipoh, semoga sentiasa sihat dan sejahtera. Nenda yang
disayangi.
Cucunda di sini sihat tetapi gak sibuk dengan kelas serta program Bulan Kebangsaan yang akan
dijalankan pada bulan Ogos nanti. Selain itu, cucunda juga akan menghadapi peperiksaan tidak lama
lagi. Tujuan cucunda menghantar surat ini adalah untuk bertanyakan khabar nenda di sana.
Bagaimanakah keadaan nenda sekarang? Cucunda mendapat berita daripada adinda Aiman
bahawa nenda baru keluar dari hospital. Cucunda berharap dan berdoa agar nenda sentiasa sihat
seperti sedia kala. Nenda perlulah banyak berehat dan jangan lupa makan ubat. Cucunda di sini
sentiasa merindui nenda di sana.
Bersama-sama surat ini cucunda sertakan enam keping foto cucunda bersama dengan kawan-
kawan cucunda dalam membuat perancangan untuk program Bulan Kebangsaan di universiti.
Semoga bingkisan yang dikirmkan ini dapat mengubati kerinduan nenda terhadap cucunda.
Akhir kata, sampaikanlah salam cucunda kepada ayahanda, bonda, adinda Aiman dan kakanda
Siti.
Sekian, semoga berjumpa di lain lembaran. Sambutlah salam kerinduan daripada cucunda yang
jauh di mata.
Cucunda,
syamila

1 Apakah nama nenda dalam petikan?


A Jamilah
B Mariam
C Hamidah
D Zakiah

2 Cucunda tidak dapat menziarah nenda ketika berada di hospital kerana


A bercuti dengan keluarga di tempat yang jauh
B agak sibuk dengan kelas serta program Bulan Kebangsaan dan akan menghadapi
peperiksaan.
C tiada duit untuk pulang ke kampung.
D Tiada pengangkutan untuk pulang ke kampung.

46
● MODUL ASPIRASI ●
3 Apakah tujuan cucunda menghantar surat kepada nenda?
A untuk mengetahui khabar daripada nenda
B untuk memberi berita gembira kepada nenda
C untuk memberi nasihat kepada nenda
D untuk mengetahui khabar bonda dan ayahanda

4 Pilih pernyataan yang tidak benar tentang petikan.


A Nenda baru keluar dari hospital.
B Suraya merupakan cucu kepada Rahmah.
C Cucunda sertakan lapan keping foto untuk tatapan nenda.
D Cucunda berharap dan bersoa agar nenda sentiasa sihat seperti sedia kala.

Soalan 6 hingga 9.
Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.

No 11, Jalan Pulai Jaya 3,


Taman Kenanga,
31300 Ipoh,
Perak.
2 Mei 2018.

Menemui sahabat lamaku, Aslinda di Serdang, Selangor semoga sihat sejahtera hendaknya. Saya di
sini sentiasa sihat.
Saudari,
Surat saudari telah saya baca seminggu yang lalu. Saya tumpang gembira apabila kedai
basikal ayah saudari semakin maju. Menurut saudari, semua kaum sudah muls membanjiri kedai
basikal ayah saudari.
Syukurlah, Aslinda. Itulah nikmat perpaduan. Perpaduan telah menjadikan kehidupan kita
lebih aman dan harmoni. Bukan itu sahaja, malah rakyat dapat menjana pendapatan dan mencari
rezeki di pelosok negara tanpa ada gangguan. Dengan itu, taraf ekonomi rakyat dapat ditingkatkan.
Baru-baru ini, sahabat pena kakak saya dari England telah berkunjung ke negara kita. Ketika
kakak saya membawanya ke warung untuk bersarapan, dia memuji rakyat Malaysia yang berbilang
kaum turut menikmati juadah yang sama di warung itu. Masing-masing menggunakan satu bahasa
iaitu bahasa Melayu.

6 Perkataan berkunjung dalam petikan bermaksud ______________________________________

[ 1 markah ]

47
● MODUL ASPIRASI ●
7 Penulis menulis surat kepada ______________________________________________________

[ 2 markah ]

8 Sekiranya kamu menjadi sahabat pena rakan kamu di Malaysia, adakah kamu akan membuat
pelaburan di Malaysia? Kenapa ?

[ 3 markah ]

9 Padankan pernyataan di bawah berdasarkan petikan yang diberikan. Satu daripadanya


telah ditunjukkan sebagai contoh.

Sahabat pena kakak penulis dari


(i) _________ telah berkunjung ke Bahasa Melayu
negara kita.
Dengan adanya perpaduan, rakyaat
meningkatkan taraf
(ii) Malaysia dapat __________ kerana
ekonomi
negara kita aman dan makmur.
Pelbagai kaum menggunakan
(iii) _________ ketika berurus niaga di England
warung.
[ 2 markah ]

13

48
● MODUL ASPIRASI ●

SET 2
Soalan 1 hingga 5.
Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.

Bahagian Perhubungan Awam dan Khidmat Pelanggan,


Hotel Excelsior,
57100 Petaling Jaya.
__________________________________________________________________________________

Encik Uyob bin Hj. Ismail,


No 48, Jalan Taming Sari,
Taman Selasih,
31300 Ipoh,
Perak. 2 MEI 2018.

Tuan,

Penjelasan tentang Aduan


Surat aduan tuan yang bertarikh 26 April telah kami rujuk. Oleh sebab pihak kami tidak mahu masalah
yang timbul bakal menjadi duri dalam daging, siasatan telah kami jalankan. Sehubungan dengan itu,
pihak kami telah mengambil tindakan yang sewajarnya.

2. Aduan tentang sikap kasar kakitangan kami terhadap tuan, kami beri perhatian utama. Kakitangan
tersebut telah mengakui kesilapannya. Pihak kami telah menasihatinya agar lebih berhati-hati pada
masa akan datang.

3. Aduan tentang kelemahan dari segi khidmat pelanggan di hotel ini, kami akui sebagai kelemahan
pihak kami. Kami kekurangan pekerja di bahagian berkenaan. Oleh itu, banyak pekerja sambilan yang
kami ambil untuk memberikan khidmat kepada para pelanggan. Namun begitu, pijhak kami sedang dan
akan berusaha untuk mengatasi masalah ini.

4. Kami memohon maaf atas segala kesulitan yang dialami oleh tuan sekeluarga sepanjang tga hari
menginap di sini. Kami berjanji bahawa kesilapan yang serupa tidak akan berulang lagi.

Keprihatinan daripada pihak tuan, amat kami hargai.

Sekian, terima kasih.

Yang menjalankan tugas,

Yang benar,

Raziah
(RAZIAH BINTI AHMAD)
Pengurus,
Bahagian Perhubungan Awam dan Khidmat Pelanggan,
Hotel Excelsior.

49
● MODUL ASPIRASI ●
1 Surat ini ditulis adalah untuk
A membuat aduan tentang sikap pekerja di Hotel Excelsior.
B membuat rayuan untuk menempah bilik di Hotel Excelsior.
C membuat penjelasan tentang aduan yang dibuat oleh Encik Uyob.
D memohon maaf atas segala kesulitan yang dihadapi oleh Encik Uyob.

2 Berapa lamakah masa yang diambil untuk menjelaskan aduan Encik Uyob?
A Empat hari
B Seminggu
C Dua minggu
D Hampir sebulan

3 Pernyataan yang berikut adalah benar tentang petikan kecuali


A penulis surat aduan tinggal di Negeri Perak.
B kakitangan Hotel Excelsior yang diadu sikap buruknya itu telah dibuang kerja.
C Encik Uyob sekeluarga telah menginap di Hotel selama Excelsior tiga hari.
D Raziah Ahmad merupakan Pengurus Bahagian Perhubungan Awam dan Khidmat
Pelanggan, Hotel Excelsior.

4 Rangkai mata duri dalam daging dalam petikan bermaksud


A mendapat malu akibat perbuatan sendiri.
B melakukan pekerjaan dengan sia-sia.
C timbulnya perselisihan faham antara satu sama lain.
D sesuatu hal yang tidak menyenangkan.

Soalan 6 hingga 9.
Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.

Penduduk Kampung Teratai,


Kampung Teratai,
97001 Kudat, Sabah.
__________________________________________________________________________________
Tuan Pegawai,
Jabatan Bekalan Air Daerah,
97001 Kudat,
Sabah. 14 JUN 2018.

Tuan,

Aduan Gangguan Bekalan Air Bersih di Kampung Teratai


Merujuk perkara di atas, saya selaku wakil penduduk Kampung Teratai ingin membuat aduan kepada
pihak tuan berkenaan gangguan bekalan air di kawasan kampung kami.
50
● MODUL ASPIRASI ●

2. Sejak beberapa minggu kebelakangan ini, kami penduduk Kampung Teratai telah menghadapi
gangguan bekalan air yang berpanjangan. Antara masalah yang dihadapi ialah bekalan air terputus
lebih dari 12 jam dan apabila bekalan air kembali pulih, air yang dibekalkan berkeladak dan berwarna
kekuningan.

3. Apabila bekalan air terputus, penduduk terpaksa pergi ke sungai yang terletak beberapa
kilometer dari rumah untuk kegunaan harian seperti memasak dan mandi. Keadaan ini menyukarkan
tugas seharian kami.

4. Di harap agar pihak tuan akan mencari jalan penyelesaian segera untuk menangani masalah kami
ini. Jasa baik dan perhatian daripada pihak tuan kami dahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,
Afendi
(MUHAMMAD AFENDI BIN ABDUL AZIZ)
Setiausaha,
JKKK Kampung Teratai,
Kudat, Sabah.

6 Perkataan menangani dalam petikan bermaksud ______________________________________

[ 1 markah ]

7 Apakah masalah yang dihadapi oleh penduduk Kampung Teratai?

[ 2 markah ]

8 Bagaimanakah penduduk Kampung Teratai mengatasi masalah tersebut ?

[ 3 markah ]

51
● MODUL ASPIRASI ●
9 Padankan pernyataan di bawah berdasarkan petikan yang diberikan. Satu daripadanya
telah ditunjukkan sebagai contoh.

Aduan tersebut dibuat kepada Tenaga


(i)
Nasional Berhad.

Kampung Teratai terletak di Kudat,


(ii) BETUL
Sabah.

Penduduk Kampung Teratai


(iii) SALAH
menghadapi masalah pencemaran.

Bekalan air sering terputus melebihi


(iv)
12 jam sehari.

[ 2 markah ]

13

52
● MODUL ASPIRASI ●

SET 3
Soalan 1 hingga 5.
Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.

No 91, Blok 3,
Bandar Indera Mahkota 1,
31300 Ipoh,
Perak.
24 Oktober 2018.

Menemui saudari Sarah yang berada di Serdang, semoga sihat sejahtera.


Saudari,
Apa khabar saudari sekarang? Saya sekeluarga sihat sahaja. Oh ya, bagaimanakah cuti
sekolah yang lalu? Saya baru pulang dari rumah ayah saudara saya yang tinggal di Kota Kinabalu.
Secara kebetulan semasa saya di sana. Sambutan Pesta Kaamatan atau bahasa Kadazan
“Magavau” sedang dirai oleh kaum Kadazan-Dusun. Saya sekeluarga turut dibawa oleh ayah
saudarara saya ke rumah sahabatnya, Encik Masahor. Menurut Encik Masahor, perayaan ini
disambut untuk menghormati semangat padi. Dengan mengadakan pesta ini, kaum Kadazan
berharap agar hasil tuaian mereka bertambah baik pada masa akan datang.
Percutian saya ini suatu pengalaman baharu bagi saya. Setakat ini sahaja yang dapat saya
tulis untuk saudari. Sambutlah salam manis daripada saya sekeluarga di sini.

Sahabatmu,
Mei Ling

1 Mei Ling menulis surat ini untuk


A Menceritakan pengalamnnya bercuti ke Kota Kinabalu
B Menceritakan acara yang diadakan semasa Pesta Kaamatan.
C Menceritakan perihal kaum Kadazan-Dusun.
D Menanyakan khabar rakannya.

2 Apakah yang diharapkan oleh kaum Kadazan-Dusun dengan adanya sambutan Pesta
Kaamatan?
A Keluarga mereka sentiasa dilindungi daripada malapetaka.
B Mereka tidak akan berhdapan dengan pelbagai masalah.
C Hidup mereka dan keluarga sentiasa sejahtera dan bahagia.
D Hasil tanaman padi mereka bertambah baik pada tahun hadapan.

3 Pilih pernyataan yang benar tentang surat ini.


A Encik Masahor ialah kenalan ayah Mei Ling.
B Mei Ling turut menyertai pertandingan ratu cantik.
C Mei Ling dan keluarganyanya merayakan Pesta Kaamatan.
D Pesta Kaamatan disambut untuk menghormati semangat padi.

53
● MODUL ASPIRASI ●

4 Apakah yang dimaksudkan oleh Mei Ling dengan menyatakan “suatu pengalaman baharu
bagi saya”?
A Dapat berkenalan dengan Encik Masahor.
B Berpeluang untuk berjumpa dengan ayah saudaranya.
C Dapat mempelajari adat resam dan budaya kaum di Sabah.
D Dapat meraikan Pesta Kaamatan bersama-sama kaum Kadazan.

Soalan 6 hingga 9.
Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.

No. 331, Jalan 110/2F,


Kampung Cempaka Sari,
31300 Ipoh, Perak.
_______________________________________________________________________________
Pengarah,
Jabatan Bekalan Air,
Jalan Panglima Bukit Gantang,
31300 Ipoh, Perak. 10 JULAI 2018.

Tuan,

Aduan Paip Bocor


Merujuk kepada perkara di atas, saya ingin memaklumkan bahawa paip utama yang menyalurkan
bekalan air ke kawasan ini telah bocor. Kejadian ini disedari oleh penduduk di sini pada 8 Julai,
iaitu dua hari yang lepas, jam 10:00 pagi.
2. Saya mewakili penduduk kawasan ini telah memaklumkan hal ini kepads Jabatan Bekalan
Air. Mereka berjanji akan mengurus hal tersebut secepat mungkin bagi mengelakkan pembaziran
air terus berlaku.
3. Namun demikian, sehingga hari ini masalah itu belum lagi diatasi, Beratus-ratus gelen air
terbuang begitu sahaja, manakala penduduk di kawasan ini pula terputus bekalan air. Keadaan ini
menyebabkan kami menjalani kehidupan yang agak sukar, terutamanya untuk mengurus keperluan
harian seperti mandi, membasuh, dan sebagainya.
4. Sehubungan dengan itu, kami amat berharap agar Jabatan Bekalan Air dapat bertindak
dengan segera untuk membaiki paip yang bocor itu. Atas kerjasama pihak tuan, kami ucapkan
ribuan terima kasih.
Sekian, terima kasih.
Yang benar,

MuhammadHadi
(MUHAMMAD HADI BIN FIRDAUS)
Wakil Penduduk,
Kampung Cempaka Sari.

6 Perkataan pembaziran dalam petikan bermaksud ______________________________________


[ 1 markah ]

54
● MODUL ASPIRASI ●
7 Bilakah laporan tentang masalah itu pertama kali dibuat?

[ 2 markah ]

8 Pada pendapat kamu, mengapakah kita tidak harus membazir air?

[ 3 markah ]

9 Padankan pernyataan di bawah berdasarkan petikan yang diberikan. Satu daripadanya


telah ditunjukkan sebagai contoh.

Penduduk menyedari kejadian paip


(i)
bocor pada 10 Julai yang lalu.

Masalah paip bocor telah lama


(ii) BETUL
berlarutan.

Ketiadaan bekalan air menyukarkan


(iii) SALAH
penduduk mengurus keperluan harian.
Jabatan Bekalan Air telah bertindak
(iv) dengan segera untuk membaiki paip
yang bocor itu.
[ 3 markah ]

13

55
● MODUL ASPIRASI ●

DIALOG

SET 1
Soalan 1 hingga 5.
Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.

Farisya : Apa khabar, Sally ?

Sally : Beransur baik sekarang. Cuma badan saya lemah dan tidak berselera untuk makan.

Farisya : Awak mesti makan, jangan turutkan hati. Makanan di sini berkhasiat. Kalau tak makan,
bagaimana nak sihat ?
Sally : Terima kasih atas ingatan awak.

Farisya : Eh, tentulah! Kita berkawan mestilah saling mengingati.

Sally : Apa khabar kawan-kawan kita ?

Farisya : Oh, semuanya baik belaka! Mereka mendoakan supaya awak segera sembuh. Apa kata
doktor tentang penyakit awak ?
Sally : Doktor memberitahu bahawa saya disyaki mengidap demam denggi.

Farisya : Oh begitu! Penyakit demam denggi ini berpunca daripada nyamuk aedes. Kita mesti
pastikan air tidak bertakung agar nyamuk aedes tidak membiak.
Sally : Betul tu. Farisya. Semua pihak perlu menjaga kebersihan persekitaran.

Farisya : Baiklah, Sally. Saya minta diri dulu. Saya dah berjanji dengan ibu saya untuk pulang
awal. Saya dah berjanji dengan ibu saya untuk pulang awal. Ini ada beberapa buah
buku cerita yang boleh awak baca untuk menghilangkan rasa bosan awak.
Sally : Terima kasih, Farisya. Sekurang-kurangnya buku ini boleh mengisi masa lapang saya
di sini. Berhati-hati semasa pulang. Sampaikan salam saya kepada kawan-kawan dan
keluarga awak.

1 Apakah hubungan antara Farisya dan Sally ?


A Adik beradik
B Guru dan anak murid
C Rakan
D Kakak dan adik

2 Bagaimanakah keadaan Sally ketika dikunjungi Farisya ?


A Sihat
B Cergas
C Cerdas
D Beransur baik
56
● MODUL ASPIRASI ●
3 Apakah punca penyakit demam denggi ?
A Tikus
B Nyamuk aedes
C Lipas
D Lipan

4 Di manakah dialog ini berlaku ?


A Hospital
B Sekolah
C Pejabat Pos
D Mahkamah

5 Apakah cara menghalang nyamuk aedes daripada membiak ?


A Sediakan air bertakung
B Pembuangan sampah di merata-rata tempat
C Tidak memberi sokongan kempen penghapusan nyamuk aedes
D Pastikan air tidak bertakung

Soalan 6 hingga 9.
Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.

Puan Lehah : Hani, kakak kamu di dalam bilik air, ya. Ibu nak cepat ni. Ayah sudah tunggu di
bawah . Jadi, kamu tolong sampaikan pesanan ibu kepadanya, ya.
Rozita : Baiklah, ibu. Apakah pesanan ibu itu ?

Puan Lehah : Begini, tolong beritahu kak Long supaya kemaskan bilik tidur Usu. Buka tingkap
untuk pengudaraan. Kemudian, basuh pakaian dan jemur di ampaian. Boleh ingat ?
Rozita : Insya-Allah, ingat ibu.

Puan Lehah : Oh ya, beritahu Abang Ngah kamu, ibu minta dia basuh kasut kamu dan Kak Long
sekali. Kalau sudah, sapu sampah dan siram pokok bunga. Jangan lupa tau.
Rozita : Baiklah ibu. Nanti Ita sampaikan. Selamat jalan, ibu.

6 Perkataan pesanan dalam petikan bermaksud _______________________________________

[ 1 markah ]

57
● MODUL ASPIRASI ●
7 Apakah pesanan Puan Lehah kepada anaknya, Rozita sebelum meninggalkan rumah ?

[ 2 markah ]

8 Nyatakan dua ciri yang ada pada watak Rozita ?

[ 3 markah ]

9 Tandakan (√) bagi pernyataan yang betul atau ( X ) bagi pernyataan yang salah.

Puan Lehah hanya meminta Rozita menyampaikan pesanan kepada Abang


Ngah semasa ketiaadaannya di rumah.

Abang Ngah diminta untuk membasuh kasutnya sahaja semasa ketiaadaan


ibunya di rumah.

[ 2 markah ]

13

58
● MODUL ASPIRASI ●

SET 2

Soalan 1 hingga 5.
Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.

Syazwan : Assalamualaikum, cikgu. Saya Syazwan dari majalah Sekolah Kebangsaan


Taman Megah. Terima kasih kerana sudi menjayakan sesi temu ramah ini.
Cikgu Rosmaria : Waalaikum salam. Terima kasih kembali, Syazwan.

Syazwan : Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan tahniah kepada cikgu kerana terpilih
sebagai “Tokoh Guru Negeri Perak” baru-baru ini. Apakah ciri-ciri yang
membolehkan seseorang guru dipilih sebagai tokoh guru peringkat negeri?
Cikgu Rosmaria : Terima kasih. Saya diberitahu bahawa guru yang terpilih untuk menerima
anugerah ini mestilah berdisiplin, cemerlang dalam kerjayanya, serta aktif
dalam pelbagai aktiviti di peringkat daerah dan negeri.
Syazwan : Apakah kejayaan yang telah dikecapi oleh cikgu ?

Cikgu Rosmaria : Saya telah dipilih sebagai Guru Inovasi tiga tahun berturut-turut. Di peringkat
daerah, saya aktif dalam sukan bola baling. Namun, kejayaan paling manis
ialah membimbing Pasukan Seni tari sekolah sehingga berjaya menjuarai
Pertandingan Seni tari Peringkat kebangsaan.
Syazwan : Apakah rahsia kejayaan cikgu ?

Cikgu Rosmaria : Rahsianya ialah usaha gigih tanpa mengenal erti putus asa.

Syazwan : Apakah pesanan cikgu kepada murid-murid yang bakal menduduki peperiksaan
UPSR tahun ini ?
Cikgu Rosmaria : Saya sentiasa mendoakan kejayaan murid-murid. Pesanan saya agar murid
belajar bersungguh-sungguh untuk mencapai keputusan yang cemerlang.
Syazwan : Terima kasih kerana sudi ditemu ramah.

Cikgu Rosmaria : Sama-sama

1 Apakah tujuan temu ramah ini dilakukan ?


A Menyatakan rasa bangga kejayaan tokoh guru
B Merakamkan ucapan tahniah kejayaan tokoh guru
C Melengkapkan takwim majalah daerah
D Sempena Sambutan Hari Guru

59
● MODUL ASPIRASI ●
2 Berikut merupakan ciri-ciri yang ada pada Cikgu Rosmaria kecuali ...
A Guru Inovasi dua tahun berturut-turut
B Aktif dalam sukan bola baling sekolah
C Seorang guru seni tari
D Komited dalam kerjaya

3 Apakah rahsia kejayaan Cikgu Rosmaria sehingga dinobatkan Tokoh Guru Negeri Perak ?
A Berputus asa
B Berjiwa kecil
C Rajin berusaha
D Berfikiran sempit

4 Apakah pesanan Cikgu Rosmaria kepada calon-calon UPSR yang bakal menduduki peperiksaan
pada tahun ini ?
A Teruskan berusaha untuk mencipta kejayaan
B Mengurus masa secara tidak berhemah
C Banyakkan makanan segera sebagai rutin harian
D Elakkan aktiviti mengeluarkan peluh dalam seminggu

5 Anugerah Tokoh Guru Cemerlang bertujuan untuk ...


A Mengenang jasa guru
B Mewujudkan persaingan negatif
C Mewujudkan hubungan dingin dalam kalangan guru
D Hari untuk guru mengumpul hadiah

Soalan 6 hingga 9.
Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.

Bonda : Fawwaz, kamu seorang murid yang rajin. Oleh itu, kamu perlu menyediakan jadual
belajar di rumah di samping mengikuti kelas tuisyen. Patuhilah jadual belajar, selain
kawalan diri. Contoh, jangan menonton televisyen pada hari persekolahan kecuali
pada hujung minggu.
Fawwaz : Nasihat ibu memang baik tetapi Fawwaz sukar hendak membuang tabiat menonton
televisyen kerana setiap hari ada banyak cerita yang menarik.
Bonda : Kecemerlangan seseorang bermula daripada kawalan diri tanpa paksaan. Fawwaz
mesti sedar bahawa pengurusan masa sangat penting jika hendak menjadi murid yang
cemerlang.
Fawwaz : Ya, saya pernah melihat jadual waktu belajar rakan saya yang cemerlang. Setiap hari,
dia meminjam buku rujukan dari perpustakaan. Saya ingin mencontohi sikapnya.

60
● MODUL ASPIRASI ●
Bonda : Baguslah, Fawwaz jika kamu ada kesedaran. Pilihlah rakan sepertinya dan contohi
perlakuannya. Kamu tentu akan menjadi murid cemerlang sepertinya.
Fawwaz : Terima kasih atas nasihat bonda. Fawwaz akan mengikutinya.

6 Perkataan tabiat dalam petikan bermaksud ___________________________________________

[ 1 markah ]

7 Apakah rutin hidup Fawwaz yang menghalangnya menjadi seorang murid yang rajin ?

[ 2 markah ]

8 Adakah Fawwaz seorang anak yang patuh kepada perintah ibunya, Nyatakan sebabnya ?

[ 3 markah ]

9 Tandakan (√) bagi pernyataan yang betul atau ( X ) bagi pernyataan yang salah.

Ibu Fawwaz mengingatkanya supaya mengurus masa dengan bijak untuk


memastikan kejayaan dalam pelajaran.

Fawwaz juga mempunyai rakan-rakan yang cemerlang dalam pelajaran.

[ 2 markah ]

13

61
● MODUL ASPIRASI ●

SET 3
Soalan 1 hingga 5.
Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.

Syasyika : Selamat sejahtera, Pak Idris.

Pak Cik Idris : Selamat sejahtera, Syasyika. Syasyika dari mana? Pak cik lihat Syasyika berpeluh-
peluh.
Syasyika Saya baru lepas bermain bola jaring dengan kawan-kawan. Saya dengar cerita pak
cik baru balik dari melancong di Bangkok betul ke?
Pak Cik Idris : Betullah apa yang Syasyika dengar.

Syasyika : Pak cik, bagaimana caranya hendak pergi ke kota Bangkok? Saya ingin melancong
ke sana.
Pak Cik Idris : Jika hendak ke sana, lebih baik kamu naik kereta api. Perjalanan kamu sungguh
selesa dan kamu juga dapat menjimatkan belanja. Tambahan pula, kamu akan
dapat bertemu dengan banyak pelancong asing yang sama-sama menuju ke sana.
Syasyika : Pak cik tolonglah ceritakan sedikit tentang perjalanan ke Bangkok itu.

Pak Cik Idris : Kereta api Thai ini akan berlepas dari Stesen Butterworth pada waktu tengah hari
pada tiap-tiap hari. Perjalanan ke Bangkok itu akan mengambil masa selama 17
jam.
Syasyika : Wah, seronoknya! Saya mesti ke sana dalam tahun ini juga, pakcik!

Pak Cik Idris : Sebelum kamu pergi dengarlah dulu pesanan pak cik ini. Sediakan pasport
antarabangsa sebelum kamu ingin masuk ke mana-mana negara asing. Dalam
perjalanan ke Bangkok kamu akan berhenti di Padang Besar untuk pemeriksaan
imigresen dan kastam.
Syasyika : Oh, begitu! Baiklah pak cik, hari pun hampir senja. Saya minta izin untuk pulang
dahulu. Terima kasih atas penerangan pak cik itu tadi. Selamat tinggal, pak cik.
Pak Cik Idris : Baiklah. Selamat jalan

1 Pada pendapat anda, di manakah dialog ini berlaku?


A Di gerai pasar malam
B Di pejabat guru besar
C Di rumah Pak cik Idris
D Di hospital

62
● MODUL ASPIRASI ●
2 Perbualan antara Syasyika dengan Pak cik Idris adalah tentang ...
A cara-cara menjimatkan kos percutian
B cara-cara hendak melancong di kota Bangkok
C persediaan dan persiapan sebelum pergi ke kota Bangkok
D keindahan dan kehebatan khazanah lama di kota Bangkok

3 Di manakah kereta api Thai akan menunggu penumpang sebelum meneruskan perjalanan ke
Bangkok?
A Alor setar
B Butterworth
C Sungai Petani
D Bukit Mertajam

4 Mengapakah penumpang mesti berhenti di Padang Besar sebelum meneruskan perjalanan ke


Bangkok?
A Untuk pemeriksaan imigresen dan kastam
B Untuk penukaran mata wang oleh imigresen
C Untuk pemeriksaan kastam dan berehat sebentar
D Untuk memastikan perjalanan lebih lama

5 Jika kereta api Thai yang dinaiki oleh Syasyika bertolak pukul 12.00 tengah hari pada 10 Mac
2018, bilakah Syasyika akan sampai di kota Bangkok?
A Jam 4.00 pagi pada 11 Mac 2018
B Jam 4.00 pagi pada 10 Mac 2018
C Jam 5.00 pagi pada 11 Mac 2018
D Jam 5.00 pagi pada 10 Mac 2018

Soalan 6 hingga 9.
Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.

Wartawan : Selamat Sejahtera, Tuan. Saya Osman, wartawan akhbar Berita Perak yang
mengendalikan Sudut Jenayah. Saya ingin mewancara tuan berhubung dengan
“cara-cara mencegah jenayah dalam kalangan murid sekolah rendah”.
Pegawai Polis : Silakan. Sememangnya, jenayah pada hari ini semakin serius. Penjenayah sering
mencari idea baharu dan sasaran mereka sudah pastinya golongan murid.
Wartawan : Bolehkan tuan menjelaskan tajuk perbincangan ini ?

Pegawai Polis : Sebenarnya, jenayah boleh dicegah. Bagi murid-murid sekolah, jika mereka
berjalan kaki ke sekolah, berjalanlah dalam kumpulan untuk mengelakkan kes-
kes penculikan daripada berlaku. Murid-murid mesti menunggu ibu bapa di
dalam kawasan sekolah untuk keselamatannya diri mereka. Jika mereka diperas

63
● MODUL ASPIRASI ●
ugut, laporan kejadian harus dibuat terus kepada pihak sekolah atau ibu bapa.
Wartawan : Adakah sekolah pada hari ini selamat ?

Pegawai polis : Ya, sekolah ialah tempat yang selamat selagi semua pihak mahu bekerjasama
dengan pihak polis memastikan bagi keselamatan murid-murid terjamin.
Wartawan : Terima kasih atas nasihat tuan.

Pegawai polis : Sama-sama.

6 Perkataan serius dalam petikan bermaksud ___________________________________________


[ 1 markah ]

7 Apakah aktiviti yang sesuai dilakukan di sekolah bagi mengelakkan murid-murid terdedah
dengan kes jenayah ?

[ 2 markah ]

8 Adakah sekolah anda selamat, mengapa ?

[ 3 markah ]

9 Tandakan (√) bagi pernyataan yang betul atau ( X ) bagi pernyataan yang salah.

Murid-murid perlu bergerak secara berkumpulan bagi mengelakkan berlaku


kes jenayah.

Murid-murid diminta menunggu ibu bapa di luar pekarangan sekolah ketika


pulang dari sekolah.

[ 2 markah ]

13

64
● MODUL ASPIRASI ●

JADUAL DAN POSTER

SET 1

Soalan 1 hingga 4.
Teliti poster di bawah ini, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

PERTANDINGAN SUKANEKA HARI KEJIRANAN TAMAN SERI MALIM

Anjuran:
Persatuan Penduduk Taman Seri Malim dengan kerjasama Pejabat Perpaduan Daerah Taiping
serta Syarikat Mutiara Sdn. Bhd.
Tarikh:
29 April 2018
Masa:
8.00 pagi hingga 1.30 petang
Tempat:
Padang Awam Taman Seri Malim
Objektif:
Menjalinkan semangat kerjasama serta perpaduan dalam kalangan masyarakat yang pelbagai
kaum

*Pelbagai hadiah menarik untuk pemenang

Acara yang diadakan: * Borang pendaftaran boleh diperoleh


* Pertandingan Menganyam Ketupat daripada:
* Pertandingan Mencari Harta Karun - Encik Subri (Blok D)
* Pertandingan Mengisi Air di dalam Botol Penolong Pengerusi Persatuan
* Pertandingan Gubahan Bunga Penduduk Taman Seri Malim
* Pertandingan Memasak Masakan Malaysia - Puan Lalithambigai (Blok A)
Setiausaha Persatuan Penduduk
#Terhad kepada 15 pasukan sahaja Taman Seri Malim

1 Bilakah Pertandingan Sukaneka Hari Kejiranan Taman Seri Malam diadakan?


A 29 Mei 2018
B 29 April 2017
C 15 April 2018
D 29 April 2018

65
● MODUL ASPIRASI ●
2 Puan Lalithambigai ialah
A Setiausaha Persatuan Penduduk Taman Seri Malim
B Penganjur Pertandingan Sukaneka Hari Kejiranan Taman Seri Malim
C Penolong Pengerusi Persatuan Penduduk Taman Seri Malim
D Pengerusi Persatuan Penduduk Taman Seri Malim

3 Berikut adalah acara yang diadakan kecuali


A Pertandingan Menganyam Ketupat
B Pertandingan Mengisi Air di dalam baldi
C Pertandingan Mencari Harta Karun
D Pertandingan Gubahan Bunga

4 Pilih penyataan yang benar tentang petikan


A Pertandingan Sukaneka akan diadakan pada pukul 8.00 pagi hingga 4.30 petang.
B Tujuan Pertandingan Sukaneka diadakan adalah untuk mencari peserta yang pandai
memasak.
C Borang pendaftaran boleh diperoleh daripada Encik Subri.
D Pertandingan Sukaneka Hari Kejiranan Taman Seri Malim akan diadakan di Dewan
Orang Ramai Taman Seri Malim.

Soalan 5 hingga 8.
Teliti atur cara di bawah ini, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Atur cara Malam Kebudayaan 1 Malaysia 2018

Tarikh : 31 Julai 20l8 (Sabtu)


Masa : 8.00 malam
Tempat : Dewan Majlis Bandaraya Ipoh
Dirasmikan oleh : Pengarah Kebudayaan dan Pelancongan Negeri Perak

Atur Cara Majlis


8.00 malam : Para tetamu mengambil tempat
8.10 malam : Ketibaan tetamu kehormat
8.15 malam : Ucapan alu-aluan daripada pengerusi majlis
8.30 malam : Ucapan perasmian oleh Pengarah Kebudayaan dan Pelancongan Negeri Perak
8.45 – 10.00 malam : Persembahan kebudayaan dan kesenian I Malaysia
10.10 malam : Jamuan ringan dan majlis bersurai

Panduan:
1. Para tetamu harus berpakaian kemeja batik, baju kurung atau baju Melayu.
2. Para tetamu perlu berada di dewan 15 minit sebelum majlis bermula untuk mengelakkan sebarang gangguan.
3. Para tetamu diminta agar mematikan telefon bimbit semasa majlis berlangsung.

66
● MODUL ASPIRASI ●
5 Para tetamu perlu berada di dewan 15 minit sebelum majlis diadakan agar

[ 1 markah ]

6 Nyatakan acara yang diadakan pada pukul 10.00 malam.

[ 2 markah ]

7 Pada pendapat kamu, mengapakah para tetamu harus memakai baju Melayu semasa menghadiri
Malam Kebudayaan 1 Malaysia 2018?

[ 3 markah ]

8 Tandakan (√) bagi pernyataan yang betul atau ( X ) bagi pernyataan yang salah.

Malam Kebudayaan 1 Malaysia 2018 diadakan di Dewan Majlis Bandaraya


Ipoh.

Pengarah Kebudayaan dan Pelancongan Negeri Perak akan menyampaian


ucapan perasmian pada pukul 8.15 malam.

[ 2 markah ]

67
● MODUL ASPIRASI ●

SET 2
Soalan 1 hingga 4.
Teliti jadual di bawah ini, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

1 Nyatakan destinasi ketibaan bas pada pukul 6.00 petang.


A Ipoh
B Kuala Kangsar
C Tanjong Malim
D Manjung

2 Para penumpang perlu berada di terminal bas sekurang-kurangnya


A 15 minit selepas bas bertolak
B 15 minit sebelum bas bertolak
C 15 minit sebelum bas bertolak tanpa tiket
D 1 jam sebelum bas bertolak

3 Berikut adalah perkara yang perlu diberi perhatian oleh para penumpang kecuali
A Membeli minuman dan makanan untuk dinikmati di dalam bas.
B Berada di terminal bas sekurang-kurangnya 15 minit sebelum bas bertolak
C Menyemak dan memastikan tiket masing-masing ada sebelum bas bertolak.
D Menjaga keselamatan diri dan mengawasi barangan masing-masing.

68
● MODUL ASPIRASI ●
4 Pilih penyataan yang benar tentang petikan
A Masa bertolak untuk setiap destinasi adalah sama.
B Destinasi paling jauh adalah antara Kuala Lumpur ke Ipoh.
C Perjalanan dari Kuala Lumpur ke Tanjong Malim hanya mengambil masa 1 jam.
D Para penumpang perlu menjaga keselamatan diri dan mengawasi barangan masing-
masing.

Soalan 5 hingga 8.
Teliti jadual di bawah ini, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Program Kesihatan Baik Emosi Sihat


Sekolah Kebangsaan Seri Manjung

Masa Atur Cara Tempat


Padang
7.30 pagi – 8.30 pagi Berjoging dan Bersenam
sekolah

9.00 pagi – 10.30 Ceramah


Pusat Sumber
pagi Tajuk : Mengawal Emosi

10.30 pagi – 11.30


Demonstrasi Menangani Stres Pusat Sumber
pagi

11.45 pagi – 1.30 Pameran Gaya Hidup Sihat Dewan


petang Panduan Penjagaan dan Pemeriksaan Gigi sekolah

Peringatan:
1. Murid harus memakai pakaian sukan dan kasut sukan agar selesa semasa
melakukan aktiviti.
2. Murid harus melakukan aktiviti pemanasan badan sebelum memulakan larian.
3. Murid-murid perlu menjalani pemeriksaan gigi.

5 Para murid perlu memakai pakaian sukan dan kasut sukan agar __________________________

[ 1 markah ]
6 Nyatakan program yang diadakan pada pukul 11.45 pagi.

[ 2 markah ]

69
● MODUL ASPIRASI ●
7 Pada pendapat kamu, mengapakah murid-murid perlu menjalani pemeriksaan gigi dan
kesihatan?

[ 3 markah ]

8 Tandakan (√) bagi pernyataan yang betul atau ( X ) bagi pernyataan yang salah.

Demonstrasi Menangani Stres akan diadakan di Dewan Sekolah.

Pameran Gaya Hidup Sihat bermula pada pukul 11.30 pagi.

[ 2 markah ]

70
● MODUL ASPIRASI ●

SET 3

Soalan 1 hingga 4.
Baca iklan di bawah ini, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

PERTANDINGAN REKA CIPTA BARANGAN TERPAKAI


SEMPENA MINGGU KITAR SEMULA
SEKOLAH KEBANGSAAN METHODIST
Tempat :
Dewan Sekolah Kebangsaan Methodist, Tanjong Malim, Perak
Tarikh :
1 April 2018
Masa :
8.00 pagi hingga 11.00 pagi
Anjuran :
Persatuan Bahasa Melayu, Sekolah Kebangsaan Methodist
Tujuan :
Mencungkil bakat penciptaan dalam kalangan murid

KATEGORI Hadiah bagi Setiap Kategori:


Kategori I : Murid tahun empat Tempat Pertama : Sijil dan wang tunai RM80
Kategori II : Murid tahun lima Tempat Kedua : Sijil dan wang tunai RM60
Kategori III : Murid tahun enam Tempat Ketiga : Sijil dan wang tunai RM40

* Tiada yuran penyertaan.

Borang penyertaan boleh didapati di:


Bilik Persatuan Bahasa Melayu,
Sekolah Kebangsaan Methodist

1 Persatuan yang terlibat dalam penganjuran pertandingan reka cipta barangan terpakai sempena
Minggu Kitar Semula ialah
A Persatuan Reka Cipta
B Persatuan Kitar Semula
C Persatuan Bahasa Melayu
D Persatuan Barangan Terpakai

71
● MODUL ASPIRASI ●
2 Matlamat penganjuran pertandingan reka cipta barangan terpakai adalah untuk
A melahirkan murid yang berani menyahut cabaran.
B mencungkil bakat penciptaan dalam kalangan murid.
C memastikan alam sekitar tidak tercemar dengan barang-barang terpakai.
D mengisi masa lapang murid daripada melakukan sebarang aktiviti yang tidak berfaedah.

3 Apakah hadiah utama untuk peserta tahun enam?


A Sijil dan wang tunai RM80.
B Sijil dan wang tunai RM60.
C Sijil dan wang tunai RM40.
D Sijil dan wang tunai RM70.

4 Pilih penyataan yang benar tentang petikan


A Setiap penyertaan dikenakan yuran.
B Kategori III melibatkan murid tahun lima.
C Pertandingan ini akan diadakan pada 1 Mac 2018
D Pemenang tempat pertama akan membawa pulang sijil dan wang tunai RM80.

Soalan 5 hingga 8.
Teliti jadual di bawah ini, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Tentatif Karnival Hari Keluarga Taman Bernam


Tarikh : 22 April 2018
Masa Aktiviti
8.00 pagi –
Pendaftaran peserta dan taklimat program
8.30 pagi
8.30 pagi –
Ceramah motivasi kekeluargaan
9.30 pagi
9.30 pagi –
Acara sukaneka
12.00 tengah hari
12.00 tengah hari –
Jamuan makan tengah hari, solat, dan rehat
2.00 petang
- Pertandingan mewarna (kategori kanak-kanak)
2.00 petang –
- Pertandingan membuat arca daripada bahan terpakai
3.00 petang
(kategori dewasa)
3.00 petang – - Majlis penyampaian hadiah dan ucapan penutup
4.00 petang - Bersurai

Peringatan:
1. Para peserta perlu mendaftarkan diri di meja pendaftaran 30 minit sebelum acara bermula.
2. Para peserta perlu memakai pakaian yang sopan dan bersesuaian dengan aktiviti yang akan
dijalankan.
3. Para peserta perlu mematuhi peraturan dan syarat-syarat pertandingan untuk mengelakkan
penyertaan dibatalkan.

72
● MODUL ASPIRASI ●
5 Perkataan ‘mematuhi’ dalam petikan boleh juga digantikan dengan perkataan

[ 1 markah ]

6 Nyatakan acara untuk golongan dewasa pada pukul 2.00 petang.

[ 2 markah ]

7 Pada pendapat kamu, mengapakah para peserta perlu mendaftarkan diri di meja pendaftaran 30
minit sebelum acara bermula?

[ 3 markah ]

8 Tandakan (√) bagi pernyataan yang betul atau ( X ) bagi pernyataan yang salah.

Para peserta boleh memakai pakaian yang bersesuaian dan sopan.

Majlis penyampaian hadiah diadakan pada pukul 2.30 petang.

[ 2 markah ]

73

Anda mungkin juga menyukai