Anda di halaman 1dari 2

Baca dan fahami petikan-petikan di bawah ini.

Kemukakan tiga peribahasa yang


menggambarkan tiga situasi yang berbeza yang dinyatakan dalam setiap petikan.
Petikan 1
Sudah hampir sedekad Azlan tidak pulang ke kampungnya setelah sebegitu lama
merantau di luar negara. Kini dia ingin menetap di kampungnya itu. Kepulangannya
amat kena pada tempatnya dan sangat dinanti-nantikan oleh penduduk kampung
untuk memajukan Kampung Siamang Gagap. Azlan telah merancang untuk
menubuhkan Koperasi Peladang. Azlan telah menghadapi pelbagai rintangan dan
dugaan. Walau bagaimanapun, hasil usaha Azlan yang tidak berputus asa, dia
akhirnya berjaya menubuhkan koperasi tersebut.
1. ibarat sirih pulang ke gagang (Peribahasa lain yang boleh di gunakan, sila
rujuk di sini)
2. pucuk dicita ulam mendatang
3. hendak seribu daya, tidak hendak seribu dalih

Petikan 2
Farhan sangat kedekut dan sikapnya itu tidak disenangi oleh rakan-rakan
sekelasnya. Rakan-rakannya sering berasa hati apabila dia enggan meminjamkan
sebarang peralatan yang dimilikinya. Farhan juga tidak dapat menyesuaikan diri
apabila bersama-sama dengan rakan sekelas. Oleh yang demikian, lama-kelamaan
rakan-rakan mula menjauhi diri daripadanya. Akhirnya, dia menyedari kesalahan
yang telah dilakukannya. Bagaimanapun, segala-galanya telah terlambat kerana
rakan-rakannya telah muak dengan sikapnya itu.
1. tangkai jering/ketam batu
2. kera sumbang
3. nasi sudah menjadi bubur/sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada
gunanya

Petikan 3
Maznan teringat akan penyelianya yang baharu. Maznan meluat dengan sikap
penyelianya itu. Dia selalu menasihati Maznan agar bekerja dengan bersungguh-
sungguh sedangkan dia sendiri selalu tidak berada di pejabat. Masanya banyak
dihabiskan dengan berfoya-foya pada masa pejabat. Bagaimanapun, Maznan sedar
akan kekurangan dirinya. Dia hanya seorang pekerja biasa. Jikalau dahulu dia
belajar dengan bersungguh-sungguh, tentu dia akan mendapat pekerjaan yang
lebih baik. Bagaimanapun, tiada guna disesalkan hal yang telah berlaku.
1. ibarat ketam mengajar anaknya berjalan betul/lurus
2. makan gaji buta
3. nasi sudah menjadi bubur/sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada
gunanya

Jawapan bergambar
1. bagai janggut pulang ke dagu
2. bagai itik pulang petang
3. bagai bulan dipagar bintang
4. bagai melepaskan batuk di tangga
5. bagai telur di hujung tanduk
6. bagai ayam berak kapur
7. bagai anjing menyalak bukit
8. bagai mendukung biawak hidup

Anda mungkin juga menyukai