Anda di halaman 1dari 7

PROGRAM MINGGU MATEMATIK

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
----------------------------------------------------------------------------------------

SK TAMAN NIRWANA
68000 AMPANG,
SELANGOR DARUL EHSAN

KERTAS KERJA
PROGRAM
MINGGU MATEMATIK
2011

TARIKH :
18-22 JULAI 2011

ANJURAN:
PANITIA MATEMATIK
SK TAMAN NIRWANA
2011
PROGRAM MINGGU MATEMATIK
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
----------------------------------------------------------------------------------------

KERTAS KERJA

PROGRAM MINGGU MATEMATIK

SK TAMAN NIRWANA

1. PENDAHULUAN

Sejajar dengan misi kementerian Pelajaran Malaysia iaitu “Membangun Potensi


Individu Melalui Pendidikan Berkualiti”, Panitia Matematik SK Taman Nirwana mengambil
inisiatif menganjurkan program “Minggu Matematik” yang melibatkan semua murid dari Tahun
1 hingga Tahun 6. Program ini dirangka untuk mengembangkan minat pelajar dalam
meningkatkan pemahaman dan penguasaan mereka terhadap Matematik melalui pelbagai
aktiviti matematik yang menarik dan menyeronokkan. Seterusnya program ini diharap dapat
membudayakan Matematik dalam kehidupan seharian mereka. Oleh itu pelbagai aktiviti
disusun ke arah mencapai matlamat tersebut.

2. RASONAL

Program Minggu Matematik ini merupakan satu program yang dijalankan untuk
meningkatkan pemahaman dan minat murid terhadap mata pelajaran Matematik yang sering
dianggap subjek yang membebankan dan susah untuk dikuasai, terutamanya dikalangan
murid Melayu dan India di Sekolah Kebangsaan. Program ini dirancang ekoran keputusan
peperiksaan lalu yang kurang memuaskan, khasnya mata pelajaran Matematik. Berdasarkan
analisa dan pemerhatian yang dilakukan, didapati kebanyakan murid tidak mempunyai asas
yang kukuh dalam penguasaan fakta asas matematik ( tambah, tolak, darab dan bahagi).
Masalah ini, memberi kesan kepada murid untuk menyelesaikan soalan-soalan matematik.
Lantaran itu, Panitia Matematik merancang untuk menjalankan program ‘ Minggu Matematik’
agar timbul kesedaran dikalangan murid bahawa belajar Matematik adalah menyeronokkan
seterusnya meningkatkan penguasaan murid dalam mata pelajaran Matematik. Diharap
program ini memberi impak yang positif pada pencapaian murid dalam peperiksaan akan
datang.
PROGRAM MINGGU MATEMATIK
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
----------------------------------------------------------------------------------------
3. MATLAMAT

Program Minggu Matematik adalah bertujuan menggalakkan murid-murid untuk


menguasai mata pelajaran Matematik, meningkatkan pemahaman dan mengaplikasi segala
ilmu dan kemahiran yang diperolehi daripada program ini agar prestasi pencapaian mereka
dalam mata pelajaran Matematik meningkat. Penglibatan murid-murid dalam program ini juga
diharap dapat meningkatkan motivasi dikalangan guru-guru untuk menjalankan pelbagai
aktiviti yang berbentuk akademik yang mampu menarik minat murid untuk melibatkan diri
dalam proses pengajaran dan pembelajaran ke arah perkembangan pendidikan murid-murid
yang lebih seimbang pada masa akan datang.

4. OBJEKTIF

 Mengaplikasikan segala ilmu dalam kelas bagi meningkatkan pemahaman dalam


Matematik

 Mensasarkan peningkatan peratus dan gred purata bagi mata pelajaran Matematik
pada ujian dan peperiksaan akan datang.

 Menimbulkan minat murid dalam Matematik dan membudayakan Matematik dalam


kehidupan seharian.

 Menguji kemahiran murid dalam Matematik.

5. Teras PIPP :
 Teras 2- Membina Modal Insan

6. KUMPULAN SASARAN

 Murid-murid Tahap Satu dan Tahap Dua SK Taman Nirwana.

7. PELAKSANAAN

Tarikh : 18 Hingga 22 Julai 2011

Hari : Isnin hingga Jumaat

Tempat : SK Taman Nirwana


PROGRAM MINGGU MATEMATIK
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
----------------------------------------------------------------------------------------

8. JAWATANKUASA INDUK PROGRAM MINGGU MATEMATIK

Penasihat : Pn. Shahar Fadzilah Bt. Mohamed Daud., AMP. (Guru Besar)
Pengerusi 1 : Pn. Aliza Bt. Mohamad Ngasari (GPK Kurikulum)
Pengerusi 2 : Pn. Hjh Saharah bt Janor ( Penyelia Petang)
Naib Pengerusi 1 : Pn. Norisan Bt. Ali (GPK Hal Ehwal Murid)
Naib Pengerusi 2 : Pn. Melor Bt. Othman (GPK Ko-Kurikulum)
Naib Pengerusi 3 : Pn. Zaleha bt Mat Zain ( Penolong Penyelia Petang)
Penyelaras : En. Fuziah bt Mohamad (Ketua Panitia Matematik)
Pen. Penyelaras : Pn. Norazurah bt Ahmad
Setiausaha : Pn. Norhashimah bt Ismail
Bendahari : Pn. Wan Zaliha bt. Wan Mohamed
Ahli Jawatankuasa : Semua Guru Matematik

9. JAWATANKUASA PELAKSANA

Kertas Kerja : Pn. Norazurah bt Ahmad

Hadiah : Pn. Norazurah bt Hassan

Pn. Wan Zaliha bt Wan Mohamed

Juruacara : En. Muhd Hafiz

En. Jamaluddin b. Othman

Persiapan Tempat : En. Syed Mohd Aziz b. Syed Ismail

En. Mohd Suharimi

Hakim Pertandingan : Pn. Zuraidah bt. Musa ( Tahap 1)

En. Anuarsadat b. Rashid ( Tahap 2)

Dokumentasi : En. Ahmad Zamri b. Isa

En. Azaharuddin b. Mohamed :

Kawalan Disiplin : : En. Anuarsadat b. Rashid

Pn. Khoirunnisyah bt Abd Wahab


PROGRAM MINGGU MATEMATIK
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
----------------------------------------------------------------------------------------
10. JADUAL PELAKSANAAN

TARIKH/HARI MASA AKTIVITI TINDAKAN TEMPAT

 Majlis Pelancaran Tapak


18 JULAI
7.45 – 8.15 pg perhimpunan
 Taklimat tentang minggu
2011 Pn. Fuziah bt Mohamad
6.00- 6.30 ptg Matematik
( ISNIN )

 Bengkel Bijak Sifir (Jadual Bilik Darjah


Pn. Nur Rosbadariah bt
19 JULAI 11.00pg-1.00 ptg Pelbagai Guna) ( Tahun
Azhari
2011 & 2,3,4,5 & 6)
Pn. Norazura bt
( SELASA ) 4.30- 6.30 ptg  Bengkel Bijak Angka
Hassan
(Tahun 1)

 Bengkel Fakta Asas M3 Bilik darjah


Pn. Zuhijjah bt Che’
20 JULAI 11.00pg-1.00 ptg (Tambah,Tolak,Darab
May
2011 & dan Bahagi )
En. Syed Mohd Aziz b.
( RABU ) 4.30- 6.30 ptg
Syed Ismail

Pn. Norazurah bt Sekitar


21 JULAI 11.00pg-1.00 ptg
Ahmad Sekolah &
2011 &  Kuiz & Rekreasi Matematik
En. Azaharuddin b. Dewan
( KHAMIS ) 4.30- 6.30 ptg
Mohamad

 Mathematics Clever Tapak

22 JULAI (Tahap 1) En. Ibni Arabi perhimpunan


8.00pg- 11.55 pg
2011  Mathematic Explorace En. Anuarsadat
2.30- 6.30 ptg
( JUMAAT ) (Tahap 2) Semua Guru matematik
 Majlis Penutupan
* Aktiviti dijalankan selepas waktu rehat.
PROGRAM MINGGU MATEMATIK
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
----------------------------------------------------------------------------------------
11. SUMBER KEWANGAN

 PCG Panitia Matematik

12. ANGGARAN KOS

Bil Perkara Kos Perbelanjaan

1. Hadiah Pertandingan Kuiz dan Tahun 1 : 9 orang x RM 3 = RM 27.00


Rekreasi Matematik Tahun 2 : 8 orang x RM 3 = RM 24.00

Tahun 3 : 8 orang x RM 3 = RM 24.00

Tahun 4 : 8 orang x RM 3 = RM 24.00

Tahun 5 : 8 orang x RM 3 = RM 24.00

Tahun 6 : 9 orang x RM 3 = RM 27.00

2. Hadiah Explorace Mathematics Tempat Pertama : 6 orang x RM 5 = RM 30.00


& Clever Math Tempat Kedua : 6 orang x RM 4 = RM 24.00

Tempat Ketiga : 6 orang x RM 3 = RM 18.00

3. Dokumentasi = RM 50.00

JUMLAH = RM272.00

13. Penutup
PROGRAM MINGGU MATEMATIK
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
----------------------------------------------------------------------------------------
Secara keseluruhannya, diharapkan program ini dapat dilaksanakan dengan jayanya serta
mendapat kerjasama padu dari semua guru dan mencapai objektif yang telah ditetapkan
untuk kecemerlangan murid.

Disediakan Oleh ,

__________________________

( PN. NORAZURAH BT AHMAD)

Penolong Ketua Panitia Matematik


SK TAMAN NIRWANA

Disemak oleh,

__________________________

( PN. FUZIAH BT MOHAMAD )

Ketua Panitia Matematik


SK TAMAN NIRWANA

Disahkan Oleh,

____________________

(PN. SHAHAR FADZILAH BT MOHAMED DAUD., AMP )

Guru Besar,
SK TAMAN NIRWANA.

Anda mungkin juga menyukai