Anda di halaman 1dari 3

PENGENALAN.

1.0 Pengenalan.

Kesihatan yang baik adalah sesuatu yang sangat mustahak kepada setiap

orang malahan kemakmuran dan kemajuan sesebuah negara bergantung

kepada kesihatan rakyatnya. Namun begitu, masih ada lagi masyarakat yang

mengamalkan corak kehidupan yang tidak selaras dengan kesihatan semasa.

Keadaan inilah yang menyebabkan mereka berisiko menghidapi penyakit–

penyakit kronik yang kerap dan mudah dihidapi contohnya seperti penyakit

jantung, penyakit diabetis, penyakit angin ahmar (CVA) dan sebagainya.

Jantung adalah organ yang berotot pejal dan mempunyai empat ruang di

mana saiznya adalah lebih kurang sebesar penumbuk individu berkenaan dan

ianya terletak di antara dua paru-paru di bawah tulang rusuk kiri. Fungsi utama

jantung adalah untuk mengepam darah beroksigen ke seluruh tubuh. Penyakit

jantung CVS adalah seperti darah tinggi, penyakit jantung iskemic, penyakit

jantung koronari dan sebagainya. Menurut laporan “Pertubuhan Kesihatan

Sedunia” (WHO), pada tahun 2002 menunjukan seramai 17 juta atau satu

pertiga daripada kematian diseluruh dunia berpunca daripada penyakit jantung.

Manakala menurut laporan (WHO), pada tahun 2003 menunjukan sebanyak

14.41 peratus bersamaan dengan (5,239) daripada 36,354 kematian yang

dilaporkan di hospital kerajaan Malaysia adalah disebabkan oleh penyakit

jantung manakala 8.27 peratus juga bersaman dengan (3,0006) kematian adalah

disebabkan oleh serangan angin ahmar (CVA).

1
Mengikut statistik yang di keluarkan oleh (WHO) tersebut ternyatalah

bahawa penyakit jantung adalah antara faktor penyumbang nombor satu

penyakit yang meningkatkan kadar kematian di negara kita ini. Oleh yang

demikian satu kajian tentang foktor risiko penyakit jantung telah dijalankan di

Klinik Kesihatan Changkat Lada bahagian Perak Tengah bagi menilai serta

mencari apakah faktor risiko penyakit jantung yang menyumbang kepada

peningkatan penyakit jantung ini di Felcra Changkat Lada. Kajian ini di jalankan

keatas penduduk yang berumur 40 tahun keatas dan ini adalah kerana bilangan

pesakit jantung CVS yang datang menerima rawatan di Klinik Kesihatan

Changkat Lada semakin meningkat dari masa ke semasa.

1.1 Kenyataan Masalah.

Penyakit yang berkenaan dengan jantung di kenali sebagai penyakit

kardiovascular (cardiovascular disease). Penyakit ini juga merupakan pembunuh

nombor satu dan ianya merupakan punca utama kematian yang disahkan oleh

doctor di Malaysia. Di negeri Perak khususnya di kawasan Felcra Changkat Lada

penyakit jantung adalah satu masalah kesihatan yang sering dihadapi. Keadaan

ini mungkin berlaku kerana di sebabkan oleh gaya hidup penduduk yang

diamalkan seharian. Oleh itu satu kajian telah dilaksanakan untuk mengenalpasti

faktor risiko berlakunya penyakit jantung CVS memandangkan masalah ini

semakin meningkat dari masa ke semasa khususnya di kawasan kajian iaitu di

kawasan Felcra Changkat Lada.

2
Aspek–aspek yang di kaji ialah gaya hidup yang di amalkan, amalan

pemakanan, aktiviti sosial, pekerjaan dan sejarah kesihatan keluarga. Aspek-

aspek ini penting kerana cara hidup yang tidak sihat boleh menimbulkan

pelbagai jenis penyakit dan risiko mendapat penyakit jantung serta lain–lain

penyakit kronik serta merbahaya.

1.2 Objektif Kajiaan.

Objektif Am :

Objektif am kajian ini dilaksanakan adalah untuk meningkatkan tahap

pengetahuan penduduk Felcra Changkat Lada yang menghidapi penyakit

jantung CVS tentang amalan yang tidak sihat yang boleh mencetuskan

komplikasi kepada pesakit jantung di kawasan Felcra Changkat Lada tersebut.

Objektif Spesifik :

Objektif spesifif pula adalah untuk menilai tahap kesedaran pesakit

jantung di Klinik Kesihatan Changkat Lada terhadap amalan berisiko penyakit

jantung CVS ini. Selain itu untuk mengenalpasti amalan - amalan berisiko

terhadap kejadian penyakit jantung di kalangan pesakit jantung CVS di Klinik

Kesihatan Changkat Lada dan untuk merangka cadangan bagi meningkatkan

kesedaran pesakit jantung terhadap factor risiko kejadian serangan jantung CVS

di Klinik Kesihatan Changkat Lada.

Anda mungkin juga menyukai