Anda di halaman 1dari 7

OH BIAR BETIK

INFO

 PRIMARY MENU

Cara Elak Disantau – Ustaz Wan Asrul Al


Aydrus
POSTED ON BY ADMIN

PERMAINAN SANTAU

Santau adalah salah satu permainan sihir kuno yang melibatkan racun
dan pemujaan.
Kombinasi kedua-dua kaedah ini adalah bertujuan untuk melemahkan
musuh dari dalam kemudian melumpuhkan sistem tubuh seterusnya mati
dalam keadaan terseksa jika tidak dirawat sehingga pihak yang menge‐
nakan santau ini boleh menyerang atau menguruskan agenda mereka se‐
cara mudah.

Pantang dalam permainan santau ini atau bahasa mudahnya ‘pematah’


amat dijaga oleh pengamal santau.

‘Ibu santau’ yang berisi bahan-bahan berbisa dipuja setelah ‘ekor santau’
atau ‘anak santau’ di’tanam’ ke dalam tubuh pesakit samada melalui
makanan atau dihantar melalui angin.
Antara yang menggalakkan permainan santau semakin mengganas
adalah apabila proses pengubatan santau dilakukan secara terbuka
dan didedahkan kepada orang awam, kerana hal ini berkaitan dengan
ANGIN dan NAFAS.

Jika dilakukan secara terbuka, maka yang menerima kesannya adalah


pesakit kerana terpaksa menanggung kesakitan, setiap kali ditepuk di be‐
lakang (belikat) atau dijentik pada jari pesakit, maka pesakit akan
memuntahkan benda-benda yang pelik seperti mata pisau, paku karat
yang bengkok dan sebagainya, yang sebenarnya semua benda itu adalah
dihantar melalui angin akibat pemujaan pada ibu santau dan angin terse‐
but bergaul dengan angin dari mulut pesakit yang berlendir, maka ter‐
nampaklah akan kita ianya keluar dari mulut pesakit, ini dipanggil sihir
takhayyul.

Pesakit akan menderita sakit kerana selain ibu santau dipuja dengan
diletakkan mata pisau, paku dan sebagainya, sewaktu proses rawatan di‐
lakukan, antak (gelaran tukang santau) akan menarik getah yang diikat
dikakinya sebagai tanda menarik urat tekak pesakit supaya muntah dan
kesakitan, oleh kerana itu, pesakit santau yang melibatkan muntah
keluar melalui mulut mereka, selepas muntah tekak mereka seperti ter‐
bakar dan pedih.

Oleh kerana itu, proses pengubatan santau yang menjadi amalan guru-
guru tua adalah dilakukan secara tertutup dan ditemani oleh ahli kelu‐
arga yang boleh dipercayai dan ianya tidak melebihi dari 5 orang sahaja.
Penerangan secara lanjut adalah pada kuliah Santau dan Racun.

Antara yang menjadi pantang kepada pengamal santau adalah:

1) Dilarang menyantau mereka yang kakinya sedang bersilang


2) Dilarang menyantau mereka yang sedang menongkat lidah
3) Dilarang menyantau mereka yang sedang membersihkan diri (samada
mandi atau berwudhuk)
4) Dilarang menyantau mereka yang sedang membuang air (air besar
atau air kecil)
5) Dilarang menyantau mereka yang sedang berkaki ayam dan berpijak
di atas bumi (tanah).

Dan banyak lagi pantang pengamal santau yang tidal dapat dikongsi
sepenuhnya di sini, nanti ‘hangin’ pula pengamal santau pasal pecah
lubang mereka.

Adapun, santau ini adalah antara penyakit berbentuk ghaibiyyah yang


perlu dielak, kerana jika ekor atau anak santau telah ditanam ke tubuh,
maka proses rawatan agak memakan masa apatahlagi jika ianya sudah
lebih dari sebulan menyerang.

Antara petua atau amalan untuk mengelakkan santau :

1) Sebelum keluar rumah, bayangkan diri dari kepala sampai ke kaki,


jika bayangan agak samar-samar, maka, ambil masa dalam kurang semi‐
nit duduk sebentar atau lebih baik berwudhuk.

2) Sebelum hendak makan atau minum air, gunakan jari telunjuk meniti
dibibir pinggan atau cawan, arah lawan jam, sambil mengucapkan Dua
Kalimah Syahadah (dalam hati) dan apabila sampai pada kalimah AL‐
LAH dan Muhammadun, jari diketuk perlahan pada bibir pinggan atau
cawan. Jika ada racun atau santau di dalamnya, lazimnya, makanan
tersebut akan berulat atau membusuk, paling tidak, kita akan merasa
pening atau loya. Pinggan atau cawan meletup? Itu juga harus berlaku,
tetapi fenomena pinggan atau cawan meletup ini banyak faktor, bukan
tertakluk pada sihir santau semata-mata, ada juga melibatkan masalah
untuk aibkan tuan kedai atau tuan rumah, maka tukang sihir akan
mengetuk tempurung pada kayu, isyarat untuk memalukan tuan kedai
atau tuan rumah, sebagai makluman bahawa tuan kedai atau tuan rumah
ada niat tidak baik.

3) Sapukan minyak zaitun ke belakang leher setiap kali sebelum keluar


rumah, petua ini antara yang ampuh (BiiznILLAH) dalam mengelakkan
sihir berbentuk santau, busung, pukau dan seangkatan dengannya.

Dan banyak lagi petua Ulama serta Tobib terdahulu berkaitan dengan
permainan sihir dan sebangsa dengannya.

Dalam menilai masalah santau ini, penelitian amat diperlukan, kerana


tidak mudah dan sewenangnya meletakkan dakwaan bahawa seseorang
itu telah disantau. Kekadang mereka mengalami masalah bronkitius, juga
simptomnya seakan-akan santau. Jadi, penelitian amat penting.

Paling utama, taqarrub kepada ALLAH, ikut segala suruhan ALLAH dan
Tinggalkan segala larangan ALLAH. InsyaALLAH, diselamatkan kita dan
keluarga kita dari segala anasir yang bathil.

Cukup dahulu perkongsian ringkas mengenai permainan santau. In‐


syaALLAH maklumat lanjut akan dikongsikan di dalam Kuliah Racun dan
Santau kelak.

Wassalam.
Sumber : dalam-diri.blogspot.my

POSTED IN JENAYAH

MASA MAKAN MALAM, ISTERI TIBA² GIGIT Apa Itu IED? BOM PEMUSNAH BERSEPAH DI
TELINGA. APA YANG BERLAKU LEPASTU MALAYSIA?
BUAT AKU PENING !!!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required �elds are marked *

COMMENT

NAME *

EMAIL *

WEBSITE

POST COMMENT
Search … SEARCH

Archives

January 2018

December 2017

November 2017

October 2017

Recent Comments
Recent Posts

‘Ayah bagi adik main handphone dan dibelakang adik ayah cabul dan

rogol saya’

‘Dia ingin makan, meminta ibunya belikan KFC, tak sampai 2 fries dia

terpaksa mengalah’ – Bantulah adik Arissa

‘Saya tampar dia sebab dia 6 kali dah kantoi curang dan tinggalkan anak

saya 2 jam di playground tanpa penjaga’ – Isteri tampil beri penjelasan

Berani Betul Faris Cakap Macam tu Kan!! Inilah 5 Foto Bentuk Tubuh

Izara Aishah Memperlihatkan Perutnya yang Didakwa Mengandung?

BAPA BUANG BAYI DALAM TONG SAMPAH KERANA DISANGKA

SUDAH MATI

Meta

Log in

Entries RSS

Comments RSS

WordPress.org

PROUDLY POWERED BY WORDPRESS

THEME: SOSIMPLE BY FERNANDO VILLAMOR JR..

Anda mungkin juga menyukai