Anda di halaman 1dari 10

KERTAS KERJA PERTANDINGAN BOLA SEPAK BAWAH 12 TAHUN

SEKOLAH-SEKOLAH TAMIL DAERAH JEMPOL JELEBU & KUALA PILAH

ANJURAN SJK TAMIL DATO’ K.PATHMANABAN 2018

1. PENGENALAN

Bola sepak merupakan satu sukan yang amat popular di negara kita Malaysia pada
masa kini. Keadaan ini juga dapat kita lihat turut menular dikalangan pelajar sekolah
sekolah rendah. Melalui sukan bola sepak ini juga kita dapat mengeratkan hubungan
dikalangan para pelajar kita.
Oleh yang demikian SJK Tamil Dato’ K.Pathmanaban telah mengambil satu inisiatif
untuk menganjurkan satu pertandingan bola sepak bagi mencungkil bakat-bakat baru.

2. MATLAMAT

Matlamat penganjuran pertandingan ini adalah untuk memupuk dan menyemai


semangat kesukanan dikalangan pelajar. Selain itu, ia juga bertujuan untuk mendidik
para pelajar untuk mengamalkan gaya hidup sihat dengan penyertaan aktif dalam
bidang sukan.

3. OBJEKTIF

3.1 Melahirkan pelajar yang bukan sahaja cemerlang dalam bidang akademik
tetapi juga dalam bidang ko-kurikulum atau sukan.
3.2 Membina kesedaran tentang kepentingan bidang sukan terhadap pelajar SJK
Tamil Dato’ K.Pathmanaban.
3.3 Memberi peluang kepada pelajar untuk merasai sendiri pengalaman dalam
menyertai sesuatu pertandingan amnya pertandingan bola sepak.
3.4 Membina, memupuk dan melahirkan pelajar yang kuat fizikal dan jatidiri,
mampu bersaing dalam mana-mana pertandingan.
3.5 Mengeratkat tali silaturrahim di kalangan pelajar dan juga kakitangan sekolah.
4. TARIKH, MASA, DAN TEMPAT PERTANDINGAN

Tarikh : 24 Februari 2018

Masa : 8.00 Pagi Hingga 2.00 Petang

Tempat : Padang Bola Sepak SK St Aiden


6. Ahli Jawatankuasa

AHLI JAWATAN KUASA INDUK


PERTANDINGAN BOLA SEPAK BAWAH 12 TAHUN
ANJURAN SJK Tamil Dato’ K.Pathmanaban

PENASIHAT

EN.BHARATHIDASAN
(Guru Besar)

PENGERUSI
PN.SARGUNA DEVI
(Penolong Kanan KO-Kurikulum)

TIMBALAN PENGERUSI
EN.MANIMARAN

SETIAUSAHA
EN.RAJESWARAN

BENDAHARI
PN.UNNY KALSOM

AHLI JAWATANKUASA KECIL

PENGURUS PERTANDINGAN : EN

PUBLISITI : E

PERSIAPAN PADANG : E

PENGADIL : EN.MANIMARAN

HADIAH & CENDERAMATA : PN.SHALINI

SIARAYA : C

RAYUAN & BANTAHAN : E

TEKNIKAL : B
5. SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN

7.1- Penyertaan , Pendaftaran dan Status Pemain.

i. Setiap pasukan boleh menyenaraikan 10 orang pemain .

ii. Setiap pemain hendaklah berumur 12 tahun ke bawah.

iii. Sijil lahir asal atau dokumen yang berkaitan hendakalah dibawa
bersama ketika pendaftaran pemain dibuat.

iv. Hanya pemain yang didaftarkan sahaja boleh bermain dan pemantauan
akan dilakukan dari masa ke semasa.

v. Jika berlaku perlanggaran syarat ( iii ) di atas pasukan yang


berkenaan boleh menyebabkan penyertaan pasukan tersebut
terbatal.

vi. Setiap pemain hendaklah memakai jersey bernombor tetap seperti


pendaftaran.

7.2 Sistem Pertandingan

i. Pertandingan akan diakan secara liga kumpulan iaitu dibahagikan kepada


dua kumpulan ( Kumpulan A dan Kumpulan B)

ii. Penentuan kumpulan akan dilakukan oleh penganjur dengan cabutan undi.

iii. Pasukan juara dan naib juara dari kedua-dua kumpulan akan layak ke
perlawan separuh akhir dimana juara Kumpulan A akan menentang naib
juara Kumpulan B dan juara Kumpulan B akan mentang naib juara
Kumpulan A.

iv. Pusingan kedua separuh akhir dan akhir akan dijalankan secara kalah
mati.
7.3 Pengadil

i. Pengadil dan Pembantu Pengadil akan disediakan oleh pihak penganjur.

ii. Pemain yang menerima 2 kad kuning secara otomatik digantung satu
perlawanan iaitu perlawanan berikutnya.

iii. Jika menerima kad merah pemain tidak akan dibenarkan meneruskan
permainan di dalam pertandingan tersebut.

iv. Mana-mana pasukan / pemain yang menimbulkan pergaduhan atau


kekecohan di luar batasan permainan bola sepak akan dikenakan tindakan
tidak dibenarkan lagi bermain di dalam pertandingan ini.

v. Keputusan Pengadil adalah MUKTAMAD.

7.4 Lain-lain

Penganjur berkuasa penuh untuk membuat semua keputusan dan


menentukan sebarang perkara berkaitan pertandingan dan keputusan itu
adalah MUKTAMAD.

8. UNDANG-UNDANG PERTANDINGAN

8.1 Masa Permainan

Masa permainan adalah 14 minit ( 7 minit separuh masa pertama dan 7 minit separuh
masa kedua)

8.2 Ketepatan Masa

* Setiap pasukan hendaklah menepati masa yang ditetapkan oleh penganjur.

 Mana-mana pasukan yang gagal berada di padang selepas 5 minit masa


perlawanan, kemenangan percuma akan diberikan kepada pasukan lawan dengan
kiraan 3 mata dan 3 jaringan gol.

 Bilangan pemain di dalam satu-satu pertandingan adalah 7 orang tetapi adalah


dikira sah jika terdapat 5 orang pemain di atas padang ketika perlawanan akan
dimulakan. Jika kurang maka pasukan lawan akan diberi kemenangan percuma
dengan jaringan yang sama pada perkara (ii).
8.3 Pertukaran Pemaian.

 Setiap pasukan dibenarkan membuat 3 pertukaran bagi satu-satu perlawanan.

 Pemain yang telah diganti tidak dibenarkan masuk semula untuk perlawanan
tersebut.

8.4 Keputusan Seri

 Pada perlawanan kalah mati sekiranya seri 3 tendangan penalti akan diberikan
untuk menentukan pemenang dan jika masih seri tambahan 1 + 1 akan diberikan
sehingga 5 pemain di dalam padang melakukan tendangan dan jika masih seri ‘
toss coin ’ akan dilakukan sebanyak 1 kali oleh pengadil pertandingan.

8.5 Persamaan Mata

 Sekiranya terdapat pasukan yang mempunyai mata yang sama bagi pasukan yang
diperlukan untuk layak ke pusingan seterusnya maka Perbezaan gol ( jaringan –
kena ) yang lebih besar dikira pemenang.

 Jika perbezaan gol masih sama , jumlah jaringan terbanyak dikira pemenang.

 Jika masih seri pasukan yang telah mengalahkan pasukan yang terlibat di dalam
peringkat kumpulan akan dikira pemenang.

 Jika masih seri pasukan yang paling banyak menang di peringkat kumpulan akan
dikira pemenang.
8.6 Kiraan Mata

Menang - 3 mata
Seri - 1 mata
Kalah - 0 mata

8.6 Persamaan Warna Jersey

* Jika sama maka pasukan kedua yang disebut di dalam jadual pertandingan
dikehendaki menukar jersey. Oleh itu pasukan dinasihatkan membawa 2 set jersey.

8.8 Penarikan Diri

 Jika terdapat pasukan yang menarik diri pada atau selepas melalui satu
perlawanan , maka keputusan perlawanan lepas yang melibatkan pasukan tersebut
akan dimansuhkan.

 Jika menarik diri selepas bermain 2 perlawanan dan seterusnya maka pasukan
ketiga dan seterusnya akan diberikan 3 mata dan 3 jaringan gol.

 Pasukan yang menarik diri tidak akan dibenarkan bermain untuk semua
pertandingan.

8.9 Bantahan

 Bantahan boleh dibuat secara bertulis oleh Pengurus Pasukan kepada JK


Penganjur 15 minit selepas sesuatu perlawanan yang hendak dibantah tamat.

 Setiap bantahan akan dikenakan bayaran sebanyak RM 50.00 dan tidak akan
dikembalikan jika bantahan yang dibuat itu gagal.

 Bantahan hanya boleh dibuat oleh pasukan yang terlibat dengan perlawanan
tersebut sahaja.

10. Lain-lain

 Peraturan dan Undang-undang yang tidak disebut di atas adalah tertakluk kepada
Peraturan dan Undang-undang FIFA dan FAM.
 Pihak Penganjur masih boleh menokok tambah atau mengenakan apa -apa syarat
yang dirasakan relevan dengan pertandingan pada bila-bila masa dan keputusan
tersebut adalah MUKTAMAD.

11. Anggaran Perbelanjaan.

PERKARA BILANGAN JUMLAH

1. Hadiah - Medal 40 x RM 5.00 RM 200.00

2. Hadiah – Tropi Johan 01 x RM 70 RM 70.00

Hadiah – Tropi Naib


3. 01 x RM 50 RM 50.00
Johan

Makan dan Minum -


4. 110 x RM 5.00 RM 550.00
Murid

5. Makan dan Minum - Guru 33 x RM 5.00 RM 165.00

6. Bayaran Pengadil 03 x RM 50 RM 150.00

7. Persiapan Padang RM 150.00

8. Lain-lain Perbelanjaan RM 100.00

JUMLAH RM 1435.00
12. PENUTUP

Memandangkan Pertandingan ini dilaksanakan oleh SJK Tamil Dato’


K.Pathmanaban, maka pihak kami berharap ia akan dapat berjalan dengan
lancar..Sekadar penyertaan tidak memberi apa-apa erti tetapi semangat ingin
bersaing untuk menang secara bersih, semangat juang yang tinggi, mengeratkan
perpaduan dan persahabatan, menambahkan kenalan di kalangan warga guru
Daerah Jempol, Jelebu dan Kuala Pilah.

Selamat bertanding .

Disediakan oleh,

…………………
(En.I.Manimaran)
Penyelaras Bola Sepak,
SJK Tamil Dato’ K.Pathmanaban

Anda mungkin juga menyukai