Anda di halaman 1dari 4

Pemanasan global berkaitan dengan peningkatan suhu

dunia. Suhu bumi telah meningkat dua darjah dan kadarnya


berbeza mengikut benua dan kawasan tertentu. Kajian
mendapati kawasan Artik lebih pantas menjadi panas
berbanding kawasan lain. Perubahan iklim biasanya berlaku
dalam tempoh 10,000 tahun tetapi kini perubahan iklim
berubah dalam tempoh 100 tahun sahaja, jarak hanya 2
generasi sahaja.

Suhu bumi meningkat sejak tahun-tahun 90an. Kajian


mendapati iklim panas melampau di Perancis, iklim lebih
panas di rantau Siberia dan pencairan "permafrost" (lapisan
tanah yang kekal beku di rantau paling sejuk) terutamanya
di rantau Artik. Ahli sains meramalkan keseluruhan ais laut di
Artik akan cair pada musim panas 2099. Litupan ais
Greenland dan Antartika Barat akan mencair . Paras laut
akan meningkat kira-kira 7 meter secara mendadak.
Kesimpulannya, nilai kemanusiaan yang semakin menipis,
iaitu senipis kulit bawang ini merupakan faktor tercetusnya
pemanasan global di muka bumi ini. Sehubungan dengan itu,
setiap individu dan insan di dunia ini perlu memupuk
semangat cinta akan alam sekitar agar bumi yang sedang
sakit ini dapat dipulihkan semula. Diharapkan agar
fenomena pemanasan global yang sedang melanda dunia
sekarang ini akan berakhir dengan segera agar keselamatan
dan kesejahteraan hidup makhluk di dunia ini akan
berkekalan. Pihak kerajaan pula perlulah lebih peka
terhadap masalah global yang semakin bernanah ini malah
perlu menguatkuasakan undang-undang yang lebih tegas
agar masyarakat lebih prihatin dengan nasib bumi ini. Oleh
itu, Mahatma Gandhi pernah berkata, “kita tidak mewarisi
alam ini daripada datuk nenek kita, tetapi kita
meminjamnya daripada anak cucu kita”.
Konklusinya, semua tindakan itu harus dilaksanakan oleh
masyarakat dunia tanpa perlu berlengah masa lagi. Kita
tidak harus menimbulkan pelbagai alasan atau sebab yang
mampu melambatkan proses mencari jalan penyelesaian
kepada kemelut yang bakal menentukan keseinambungan
peradaban manusia ini. Kegagalan kita untuk bertindak
dengan rasional boleh menyaksikan pupusnya peradaban
manusia dalam masa terdekat nanti. Kita perlu sedar bahawa
dunia ini bukannya hak kita tetapi warisan yang harus
dinikmati oleh generasi akan datang.

Anda mungkin juga menyukai