Anda di halaman 1dari 5

Kesan Pemanasan Global

Pemanasan global atau "global warming" telah menjadi isu terhangat yang terhidang di
dada akhbar dan sering menjadi topik perbualan komuniti antarabangsa.Pemanasan
global telah disebabkan oleh beberapa faktor seperti aktiiviti pembakaran terbuka, pulau
haba, dan penggunaan karbon monogsida dan karbon dioksida yang berlebihan dalam
kehidupan seharian kita. Apakah kesan-kesan yang akan berlaku sekiranya hal ini tidak
dibendung? terdapat pelbagai kesan yang akan timbul sekiranya perkara ini tidak dicegah.
Ternyata, pemanasan global ialah perkara yang merisaukan kita semua. Akibat sikap
lepas tangan pemaju dan sikap masyarakat tempatan yang membakar sampah sarap di
kawasan hutan, gas-gas tersebut dibebaskan ke udara sekeliling dan melepasi lapisan
ozon. Tahukah anda bahawa karbon monoksida dapat menghakis dan menipisi lapisan
ozon secara semula jadi. Lapisan ozon dapat menipis sehingga 75 peratus cahaya
matahari daripada menembusi bumi. Sekiranya lapisan ozon terhakis, akibatnya
pemanasan global akan berlaku secara berleluasa.
Sinaran matahari tanpa ditapis mengandungi 30 peratus sinaran radioaktif yang akan
membunuh sel-sel kulit manusia. Sekiranya sinaran matahari tanpa ditapis oleh lapisan
terkena pada kulit kita, tumur akan membentuk dan akan menjadi sel kanser. Hal ini akan
menyebabkan penduduk bumi akan ramai yang mati akibat kenser kulit. kanser kulit
sukar diubati dan penawarnya tidak ditemui oleh para saintis sehingga ke hari ini.
Seterusnya sekiranya suhu dunia melebihi paras 5.8 drjah selsius, maka ais di kutub utara
dan selatan akan mula cair hal ini akan mendatangkan impak yang negatif kepada kita
semua. Hasilnya purata lautan akan mencecah sehingga 95 peratus, ini bermakna banyak
kawasan daratan yang akan ditengelami oleh air. Penduduk dunia akan ramai yang mati.
Pemanasan global pada peringkat awalnya akan menyebabkan migrain dan sakit kepala
yang melampau. Migrain disebabkan oleh pemanasan yang melampau dan akibatnya
akan berlaku pendarahan yang serius di bahagian otak. Migrain juga disebabkan oleh
terkumpulnya darah kotor di bahagian otak dan hal ini akan membuatkan rasa tidak selesa
kepada pesakitnya.
Pulau haba juga sering dikaitkan dengan pemanasan global. Pulau haba disebabkan oleh
asab-asab yang dikeluarkan daripada asap kereta dan kilang. Asap ini mengandungi
karbon monoksida yang tinggi yang akan menipiskan lapisan ozon bumi. Ole sebab itu,
meminimunkan penggunaan kenderaan perlu kita dititikberatkan.
Kongklusinya, fenomina pemanasan global adalah perkara yang menghantui komuniti
antarabangsa. Hal ini kerana kesannya kepada penduduk dunia amat serius. oleh itu kita
sebagai sebahagian daripada penghuni bumi ini perlu mengambil kangkah pencegahan
sebelum hal ini menjadi lebih serius. Jangan sampai nasi telah menjadi bubur barulah kita

mahu berubah. Jangan sampai sudah terhantuk baru nak mengadah,tidak ada gunanya.
Sedarlah sementara kita masih boleh berbuat sesuatu kepada dunia yang hendak kita
wariskan kepada anak cucu kita ini.

Langkah-langkah Menangani Pemanasan Global


Isu pemanasan global sudah menjadi perkara lumrah kini. Pelbagai persidangan
sudah diatur untuk mencari jalan menyelesaikan masalah ini.
Pada pendapat anda, apakah langkah-langkah kerjasama yang mampu dilakukan
oleh pihak masyarakat antarabangsa dalam isu ini?
Isu pemanasan global dikatakan telah mencairkan ais di kawasan kutub bumi
sehingga mempengaruhi perubahan iklim pula. Kejadian hujan lebat bersamasama angin taufan yang melanda Filipina sedikit masa lalu telah membuktikan
betapa isu pemanasan global ini telah mengubah sistem iklim dunia. Masyarakat
sudah mula sedar akan impak negatif yang bakal dibawa oleh perubahan cuaca
yang agak drastik ini kepada kehidupan harian mereka kelak. Oleh itu, pelbagai
tindakan bersama boleh dilakukan oleh masyarakat dunia untuk sama-sama
mengurangkan impak pemanasan global ini.
Tindakan kerjasama awal yang boleh dilakukan oleh masyarakat antarabangsa
ialah kajian-kajian saintifik boleh diusahakan untuk memperoleh data yang tepat
tentang pemanasan global ini. Kewujudan data yang tepat seperti kadar pencairan
ais di kutub dan sebagainya ini membolehkan masyarakat dunia membuat tindakan
susulan untuk mengatasi perubahan iklim yang dikatakan berlaku itu. Perkongsian
data kajian ini juga boleh memberikan gambaran sebenar tentang impak yang
bakal dialami oleh dunia dengan lebih jelas. Maka, kerjasama melaksanakan
kajian-kajian saintifik merupakan tindakan awal yang boleh dilaksanakan oleh
masyarakat antarabangsa.
Selain itu, masyarakat antarabangsa boleh melaksanakan kempen kesedaran
tentang isu pemanasan global ini untuk memberikan pemahaman sebenar kepada
masyarakat dunia. Kempen kesedaran ini pasti lebih efektif kerana dilakukan di
seluruh dunia lalu membawa perubahan yang serupa kepada penduduk dunia
dengan lebih pantas. Perubahan yang berlaku itulah mampu dijelmakan dalam
tindakan bersepandu masyarakat dunia untuk sama-sama mengatasi fenomena
yang mula mengancam perubahan cuaca dunia ini. Sesungguhnya, kempen
kesedaran yang bersepandu di seluruh dunia akan membawa perubahan yang lebih
nyata terhadap semua tindakan yang dilaksanakan secara bersama-sama itu kelak.
Malah, masyarakat dunia terutama negara-negara maju perlulah menandatangani
Perjanjian Kyoto yang berkaitan dengan pengawalan kesan rumah hijau. Semua
negara sedar bahawa salah satu punca pemanasan global ialah kadar perlepasan

pelbagai gas akibat kemajuan manusia seperti kereta, bas, kilang dan sebagainya
tetapi masih banyak negara maju yang enggan mengawal kadar perlepasan gas
sebegini sebab bimbang kadar pertumbuha ekonomi mereka akan terjejas pula jika
bertindak sedemikian. Semua negara perlu sedar bahawa jika perlepasan gas ini
tidak dikawal dunia akan musnah termasuklah negara mereka sendiri. Jelaslah,
semua negara perlu menandatangani perjanjian yang mengawal perlepasan gas
yang mampu memusnahkan dunia itu dengan segera supaya proses pemanasan
global tidak menjadi begitu pantas lagi.
Masyarakat dunia juga boleh mewujudkan satu dana khas untuk membiayai semua
projek sains yang membuat penyelidikan untuk mencari jalan mengatasi masalah
pemanasan global ini. Dana ini hendaklah disumbangkan oleh semua negara tanpa
banyak alasan lagi kerana semakin cepat wang ini dikumpulkan semakin cepat pula
projek penyelidikan dijalankan untuk mencari jalan penyelesaiannya. Semua
projek penyelidikan itu hendaklah meliputi semua kemungkinan yang dijangka
akan berlaku dan disertai oleh ahli-ahli saintis seluruh dunia untuk mendapatkan
keputusan yang tepat. Sesungguhnya, usaha mengumpul dana sebegini mampu
memupuk semangat kerjasama yang tinggi selain mampu mewujudkan pelbagai
projek penyelidikan yang berkualiti dalam tempoh yang singkat.
Konklusinya, semua tindakan itu harus dilaksanakan oleh masyarakat dunia tanpa
perlu berlengah masa lagi. Kita tidak harus menimbulkan pelbagai alasan atau
sebab yang mampu melambatkan proses mencari jalan penyelesaian kepada
kemelut yang bakal menentukan keseinambungan peradaban manusia ini.
Kegagalan kita untuk bertindak dengan rasional boleh menyaksikan pupusnya
peradaban manusia dalam masa terdekat nanti. Kita perlu sedar bahawa dunia ini
bukannya hak kita tetapi warisan yang harus dinikmati oleh generasi akan datang.

PUNCA-PUNCA PEMANSAN GLOBAL


Sedasawarsa ini, sering meniti dari bibir ke bibir umat manusia dari segenap empat
penjuru dunia tentang fenomena pemanasan global. Fenomena pemanasan global
menyebabkan suhu bumi menjadi begitu tidak stabil, malah sering berubah mengikut
masa. Akibat daripada pemanasan global, ais di kutub utara mencair dan hal ini
menyebabkan aras air laut meningkat. Hal ini akan menyebabkan kejadian atau fenomena
banjir. Untuk mencegah keadaan ini daripada terus menjadi semakin serius, tindakan
yang efisien dan efektif perlu diambil oleh pihak-pihak yang berkenaan. Punca-punca
yang menunjangi fenomena pemanasan global ini perlu diselidiki hingga ke akal umbi
bagi mengelakkan daripada fenomena ini menjadi semakin serius.
Pembakaran terbuka merupakan salah satu punca yang menyebabkan fenomena
pemanasan global. Pembakaran terbuka menyebabkan pemanasan global apabila bahanbahan yang dibakar mengeluarkan gas yang boleh menipiskan lapisan ozon. Apabila
lapisan ozon menipis cahaya daripada matahari akan diserap masuk dengan kualiti yang

banyak. Hal ini akan menyebabkan persekitaran di bumi terasa panas. Buktinya di
kawasan padang pasir, pada waktu siang keadaan di sana sangat panas apabila malam
pula keadaannya begitu sejuk mencecah sehingga 1C. Kesimpulannya, pembakaran
terbuka adalah salah satu punca yang menyebabkan pemanasan global, perkara ini perlu
dielakkan agar fenomena ini tidak menjadi begitu serius.
Penggunaan bahan yang mengandungi kloroflorokarbon [CFC]. Gas
kloroflorokarbon berfungsi sebagai penyejuk, pembebasan gas kloroflorokarbon juga
boleh menyebabkan lapisan ozon bumi menjadi nipis. Dalam kehidupan seharian kita
sama ada kita sedar ataupun tidak, kita sering menggunakan bahan yang mengandungi
gas kloroflorokarbon.Antaranya ialah, peti sejuk dan penyaman udara. Bahan atau alat ini
membebaskan gas kloroflorokarbon. Memang tidak dapat dinafikan bahan atau alatan ini
membawa bermacam-macam faedah untuk kehidupan seharian kita. Pada masa kini
pelbagai inovasi telah dilakukan oleh kerajaan kita bagi mencegah penggunaan gas
kloroflorokarbon ini, kerajaan telah mencipta alatan yang berunsur mesra alam bagi
mengatasi masalah penipisan lapisan ozon. Kita haruslah menyahut seruan kerajaan
dengan menggunakan alatan-alatan mesra alam bagi mencegah fenomena pemanasan
global.
Pada masa kini, aktiviti pembangunan giat di jalankan bagi memenuhi keperluan
dan kehendak masyarakat sekeliling. Oleh hal yang demikian, aktiviti penyahutanan perlu
dilakukan bagi mendapatkan tempat atau ruang untuk melakukan aktiviti pembangunan.
Aktiviti penyahutanan akan menyebabkan kadar gas karbon dioksida yang dilepaskan
oleh manusia tidak lagi dapat diserap oleh pokok-pokok dan tumbuh-tumbuhan. Gas
karbon dioksida ini akan dilepaskan ke ruang atmosfera. Oleh hal itu, aktiviti
pembangunan dan aktiviti penyahutanan perlulah dikurangkan bagi membolehkan gas
karbon dioksida digunakan oleh tumbuh-tumbuhan.
Pelepasan asap daripada kilang-kilang dan kenderaan juga merupakan punca yang
menyebabkan fenomena pemanasan global. Asap daripada kilang dan kenderaan bukan
sahaja boleh menyebabkan pencemaran udara ia juga turut memberi implikasi kepada
lapisan ozon dan suhu bumi. Gas yang dilepaskan oleh kilang dan kenderaan
mengandungi gas beracun yang boleh menyebabkan lapisan ozon menjadi semakin nipis.
Pihak kerajaan juga telah menjalankan kempen kongsi kereta bagi mengurangkan kadar
atau jumlah pembebasan asap daripada kerajaan. Selain itu, penggunaan pengangkutan
awam juga boleh digunakan bagi mengurangkan jumlah asap yang dibebaskan ke udara.
Bagi pengusaha-pengusaha kilang mereka perlulah mematuhi segala peraturan yang telah
ditetapkan oleh kerajaan.
Pembinaan bangunan pencakar langit, kini setiap negara di dunia berlumba-lumba
untuk membina bangunan pencakar langit yang tertinggi di dunia. Pembinaan bangunan
yang tinggi boleh menyebabkan suhu dunia bertambah kerana kejadian pulau haba. Pulau
haba merupakan salah satu faktor yang menyebabkan suhu semakin meningkat. Apabila
suhu meningkat keadaan muka bumi akan menjadi lebih panas. Apabila berasa panas ia
akan mendorong seseorang untuk menggunakan penyaman udara. Punca-punca yang
menyebabkan fenomena pemanasan global adalah saling berkaitan di antara satu sama
lain.

Setiap anggota masyarakat tidak kira bangsa perlulah saling membantu dan
bersama-sama berganding bahu bagi mengelakkan fenomena pemanasan global daripada
terus berlarutan sehingga menjadi semakin serius, bak kata pepatah, berat sama dipikul,
ringan sama dijinjing. Tanpa sokongan dan kerjasama daripada setiap anggota
masyarakat, punca-punca pemanasan global ini tidak akan mampu dielakkan.

Anda mungkin juga menyukai