Anda di halaman 1dari 2

TEKS BAHAS :

USUL : TINDAKAN PEMULAUAN QATAR TIDAK AKAN MENYELESAIKAN MASALAH


KEGANASAN ANTARABANGSA

Bismillahirahmanirrahim

Assalamualaikum, salam sejahtera dan selamat pagi saya ucapkan. Terima kasih Tuan
Yang Dipertua, rakan-rakan pihak pembangkang, perwakilan kerajaan, seterusnya
ahli-ahli Dewan yang dihormati. Sebentar tadi Yang Berhormat Perdana Menteri
telah membentangkan satu usul iaitu, “Tindakan Pemulauan Qatar Tidak Akan
Menyelesaikan Masalah Keganasan Antarabangsa,”

Namun setelah kami kaji, kami teliti, kami dapati terdapat kelemahan dan
ketidakrelevan usul kerajaan pada hari ini.

Beberapa minit yang lalu, Perdana Menteri bangun dan membentangkan premis
pertama mereka di perwakilan kerajaan iaitu, adakah dengan tindakan pemualauan
tersebut dapat membantu dari segi keamanan dunia serta hubungan sesama
manusia sejagat? Bidasan saya amat mudah tiada yang mustahil dengan cara yang
betul.

Tuan Yang Dipertua dan Ahli-ahli Dewan untuk meminda usul pada hari ini, pihak
pembangkang telah meletakkan satu premis yang amat simplistik iaitu tindakan atau
krisi pemulauan Qatar ini bermula atas kesilapan besar yang dimulakan sendiri oleh
negara tersebut. Rasionalnya, ini juga memberikan hak kepada negara-negara yang
lain untuk mengambil tindakan seperti memulaukan mereka atas dasar memberikan
pengajaran. Kesilapan yang telah dilakukan negara Qatar itu sebenarnya telah lama
berputik sejak tahun 2012 lagi menurut penganalisis politik Prof. Kamaruzzaman
Yusoff.

Tuan Yang Dipertua,


Kemudian, Perdana Menteri juga telah menanyakan adakah dengan tindakan
pemualauan tersebut dapat membantu dari segi keamanan dunia serta hubungan
sesama manusia sejagat? Saya sendiri tidak berasa yakin dengan hujah yang
diberikan pihak kerajaan kerana berdasarkan usul telah dinyatakan bahawa tindakan
tersebut tidak akan menyelesaikan masalah keganasan yang berlaku. Dipetik
daripada keratan Sinar Online bertarikh 15 Jun 2017 dengan tajuk ‘segera adakan
dialog selesai isu Qatar’, negara Turki telah menggesa negara-negara teluk untuk
mengadakan dialog untuk menyelesaikan masalah tersebut. Seperti yang saya
cakapkan sebentar tadi, tiada yang mustahil dengan cara yang betul.

Tuan Yang Dipertua dan Ahli-ahli Dewan sekalian,

Saya mewakili pihak pembangkang ingin menegaskan disini bahawa tindakan


pemualaun Qatar ini sememangnya tidak akan menyelesaikan masalah keganasan
antarabangsa tetapi, dengan cara yang betul dan melalu kata sepakat serta
persetujuan negara-negara terlibat ini tidak mustahil untuk diselesaikan dengan cara
yang lebih aman dan kurang perbalahan besar. Sekian daripada saya, wakil pihak
pembangkang, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai