Anda di halaman 1dari 3

SENARAI TUGAS AHLI JAWATANKUASA

KELAB PERPUSTAKAAN SK MERPATI JEPANG


1. Ketua Pengawas Pustakawan.

 Menyusun jadual tugas bagi pengawas Pustakawan.


 Mengendalikan peminjaman bilik bacaan.
 Mengendalikan peminjaman alatan/ harta benda perpustakaan.
 Merancang aktiviti-aktiviti yang dijalankan sepanjang sesi perjawatan
 Menjaga kebajikan pustakawan/ wati
 Menjadi penasihat bagi setiap subkomiti
 Membuat penyelarasan dan mengemaskini terhadap sistem pentadbiran dan
peraturan-peraturan perpustakaan.
 Memanggil dan mempengerusikan mesyuarat AJK / mesyuarat Am
 Mengawasi perjalanan aktiviti dan tugasan setiap pengawas Pustakawan.
 Membahagikan pustakawan/ wati ke dalam sub-komiti tertentu
 Sebagai penasihat bagi perpustakaan Junior

2. Timbalan Ketua Pengawas Pustakawan.

 sebagai penolong utama ketua pengawas Pustakawan.


 Mengawal disiplin pustakawan/ wati
 Mempertimbangkan sebab-sebab yang dikemukakan oleh pustakawan dan pustakawati
melalui surat atas sebab tidak menghadiri aktiviti Mesyuarat Am serta tugasan.
 Memfailkan segala surat-menyurat bagi pustakawan/wati dan notis.

3. Setiausaha Pustakawan

 Mengaturkan tugas pada waktu pagi (waktu persekolahan)


 Merekod minit mesyuarat AJK / Mesyuarat Am dan dalam tempoh 2 minggu perlu
menghantar minit untuk disahkan oleh Ketua Pengawas Perpustakaan.
(mencatatkan bilangan oang yang hadir)
 Menulis surat rasmi kepada sesiapa yang berkenaan
 Mengawal disiplin pustakawan/ wati yang menjalankan tugas pada waktu pagi (waktu
persekolahan)
 Menyediakan senarai nama dan butir-butir pustakawan/ wati
 Melengkapkan dan membuat catatan yang perlu terhadap buku rekod catatan bahan
bercetak setiap 2 minggu.

4. Bendahari Pustakawan

 Mengutip wang hukuman, bayaran kad saku dari kad keahlian Perpustakaan
serta bayaran ganti rugi (alatan dan buku)
 Membuat akaun Pustakawan setiap bulan.
 Menyemak akaun selepas setiap aktiviti yang diadakan.
5. Pengawas Pemprosesan Pustakawan

 Memproses semua buku rujukan, buku cerita yang baru dibeli oleh sekolah atau
diderma oleh orang lain untuk Perpustakaan.
 Memastikan setiap buku yang diproses, datanya telah dimasukkan ke dalam komputer
sebelum dipinjam oleh pengguna.
 Membahagikan semua pustakawan/ wati kepada seksyen yang ditentukan untuk
mengatur buku dan memilih.
 Buku yang terkoyak atau rosak akan letak pada kaunter dan akan diproses semula
dengan secepat mungkin.
 Membuat hapus kira bagi buku yang telah hilang.
 Terlibat dalam pemeriksaan stok setiap hujung tahun.
 Menguncikan buku-buku baru di dalam almari sebelum diproses.

6. Pengawas Kebersihan Perpustakaan

 Menjaga kebersihan perpustakaan (bilik sumber dan bilik bacaan)


 Membahagikan pustakawan/ wati yang bertugas pada Jumaat masing-masing.
 Memastikan kerja pembersihan dijalankan dengan sempurna.
 Membahagikan tugas setiap pustakawan/ wati semasa kempen kebersihan.
 Melaporkan sebarang kerosakan kepada guru penasihat demi bantuan juruteknik.

7. Pengawas Multimedia Perpustakaan/PSS

 Menaipkan maklumat buku ke dalam sistem komputer.


 Masukkan data-data pelajar yang memohon kad keahlian.
 Mempengerusikan pemeriksaan stok bagi bahan bercetak dan bahan media.
 Menetapkan dan mengemaskinikan peraturan di bilik ICT dengan bantuan guru
penasihat Perpustakaan.

8. Pengawas Pembaikan dan Kecantikan

 Menjaga kecantikan perpustakaan dan menguruskan segala kerja pembaikan


 Melakukan kerja penghiasan bilik sumber dari semasa ke semasa
 Merekodkan jenis dan bilangan alat tulis/harta yang terdapat dalam perpustakaan.

9. Pengawas Nilam

 Menguruskan semua kerja yang berkaitan dengan Nilam


Pelbagai aktiviti Kelab Pustakawan SKMJ yang
dijalankan sepanjang tahun 2018:-

 Pelantikan AJK Kelab Perpustakaan


 Penyusunan buku mengikut Sistem Pengelasan Dewey
 Pemprosesan teknik buku
 Memproses bahan bacaan tambahan
 Mengemas ABM
 Membersihkan Pusat Sumber Sekolah/ Perpustakaan
 Menghiaskan Perpustakaan
 Membina taman Perpustakaan
 Pertandingan Permainan tradisional
 Merwarna poster aktiviti NILAM
 Mewarna kulit buku cerita
 Melukis kulit depan buku cerita

Anda mungkin juga menyukai