Anda di halaman 1dari 4

Cara – cara Mengatasi Stres

Stres atau tekanan ialah gangguan emosi  dari segi


pemikiran dan fizikal kita. Hal ini berlaku apabila
kita merasa terbeban terhadap sesuatu perkara.
Stres  yang keterlaluan amat berbahaya kerana ia
memudaratkan kesihatan mental dan fizikal kita.
Oleh sebab itu kita perlu mengatasinya dengan
betul.

     Antara cara mengatasi stres ialah dengan


bangun awal setiap hari. Apabila kita bangun awal
untuk ke sekolah kita tidak akan terburu-buru
atau tergopoh-gapah untuk bersiap dan
menguruskan diri. Sekiranya kita bangun lewat,
kita akan merasa tertekan untuk bersiap-siap ke
sekolah kerana bimbang terlambat atau
ketinggalan bas.
     Selain itu, kita perlu belajar dan tidur di dalam
bilik  yang selesa dan kemas. Sekiranya  bilik kita
berselerak ia akan menyebabkan kita merasa
tertekan dan tidak selesa untuk belajar. Kita juga
tidak mendapat tidur yang cukup dan  berkualiti.
Sekiranya tidur kita tidak mencukupi maka kita
akan mudah merasa letih dan tertekan.

Di samping itu, kita boleh mengatasi stres dengan


membuat persediaan awal untuk menghadapi
peperiksaan. Kita akan merasa risau dan bimbang
sekiranya lewat membuat persediaan untuk
menghadapi sesuatu peperiksaan. Kebimbangan
sebegini akan  menyebabkan stres atau tekanan.

Kita juga boleh mengatasi stres dengan


berkongsi atau menceritakan masalah yang
dihadapi kepada ibu bapa kita. Jika kita
memendamkan masalah yang dihadapi, lama-
kelamaan ia akan  menyebabkan kita merasa
tertekan atau stres. Dalam hal ini,  Ibu bapa kita
sudah pasti mempunyai  banyak pengalaman untuk
membantu kita mengatasi sesuatu  masalah.

Kesimpulannya, kita perlu mengatasi stres atau


tekanan yang dihadapi dengan cara yang betul
agar tidak memudaratkan kesihatan kita.
Rabu Karangan(3) 5Februari 2020

Cara-cara Mengatasi Stres

berkongsi atau
menceritakan masalah

cara-cara belajar dan tidur


membuat
persediaan awal mengatasi di dalam bilik  yang
selesa dan kemas
stres

bangun awal
setiap hari

Anda mungkin juga menyukai