Anda di halaman 1dari 2

Rabu Karangan ( 1 ) 8 Januari 2020

Tajuk: Tulis catatan tentang aktiviti seharian kamu sebagai


seorang murid

Pendahuluan:

- Jam loceng – mengejutkan aku – tidur – mengemaskan


katil – mandi – berpakaian kemas - bersarapan

Isi penting :

- Menaiki bas sekolah – menjalankan tugas – ketua kelas –


murid-murid – bertugas membersihkan kelas
- Perhimpunan mingguan – mendengar nasihat – guru besar –
- Selepas makan – perpustakaan - meminjam buku
- Menyiapkan kerja sekolah – bermain bola sepak

Penutup :

- Selepas mengulang kaji – menyusun buku-buku – menulis


diari - mengantuk

Sabtu, 11 Januari 2020

6.00 pagi

Jam loceng berbunyi yang mengejutkan aku daripada tidur.


Aku mengemaskan katil lalu mandi. Selepas itu, aku pun
memakai baju yang kemas, aku pun bersarapan bersama ahli
keluarga.
7.00 pagi

Aku menaiki bas pergi ke sekolah. Sepuluh minit kemudian, aku


pun tiba di sekolah. Aku menjalankan tugas sebagai ketua
kelas. Murid-murid yang bertugas membersihkan kelas
mengikut jadual tugasan yang ditetapkan.

7.30 pagi

Aku dan rakan-rakan mengikuti perhimpunan mingguan di


dewan. Aku mendengar nasihat yang disampaikan oleh guru
besar dengan teliti.

10.00 pagi

Pada waktu rehat, aku dan rakan-rakan makan dan minum di


kantin. Selapas makan, aku dan rakan-rakan pergi ke
perpustakaan untuk meminjam buku.

4.30 petang

Aku menyiapkan kerja sekolah yang diberikan oleh cikgu.


Kemudian, aku dan rakan-rakan bermain bola sepak di padang.

8.30 malam

Selepas mengulang kaji pelajaran, aku menyusun buku-buku


untuk dibawa ke sekolah. Sebelum tidur, aku menulis diari
harianku. Aku berasa mengantuk lalu tidur di atas katil.

Anda mungkin juga menyukai