Anda di halaman 1dari 3

4.45 - 5.

00 pagi

Bangun
Baca doa bangun tidur
Baca doa masuk tandas
Mandi dan membersihkan diri
Mengambil wudhuk
Baca doa keluar tandas
Baca doa lepas wudhuk
Solat Sunat Tahajjud 2 rakaat
Solat Sunat Taubat 2 rakaat
Solat Sunat Witir 1 rakaat (jika belum dilakukan selepas Solat Isyak pada
malamnya)

5.45 – 6.00 pagi

Menjawab azan
Solat Sunat Fajar 2 Rakaat
Solat Subuh
Selitkan doa ayat seribu dinar dan doa katham quran setiapkali berdoa
Membaca Zikir al-Mathurat (pagi)

Mula melakukan tugasan Rumah /tangga dengan


membaca Bismillahirrahmanirrahim dan niatkan agar semua pekerjaan
menjadi ibadah semata-mata kerana Allah... Sentiasa membaca basmallah bila
mulakan setiap kerja, cuba sentiasa berada dalam wudhuk(usahalah untuk
bersolat Sunat Wudhuk 2 rakaat setiapkali memperbaharui wudhuk).

9.00 pagi

Solat Sunat Dhuha 2 rakaat @ 4 rakaat dengan 2 salam


Baca Surah al-Waqiah
Baca zikir al-Mathurat (pagi) jika tidak sempat selepas Subuh.

Memasang kaset/cd orang mengaji quran/zikir secara berterusan dan


bersambung-sambung sebagai back-ground sepanjang melakukan kerja-kerja
rumah. Basahi lidah dengan zikrullah takkala membuat kerja-kerja memasak,
menyapu rumah, menyiram pokok dsb. Lakukan kerja dengan sebaik mungkin
tanpa ada keluhan, tanpa rasa terpaksa, tanpa tertekan. Banyakkan
berselawat, bersyukur dan beristighfar memohon ampun pada Allah. Sentiasa
zahirkan rasa syukur dengan amalan Sujud Syukur. Penuhi luang waktu dengan
mengaji quran, menghafal surah-surah pendek, membaca Sunnah serta Sirah
baginda Rasulullah SAW dsb. Elakkan diri dari berbuat perkara sia-sia yang
tiada manafaatnya dan boleh mengundang dosa. Kawal diri dari terlibat dalam
aktiviti mengumpat dan mendengar umpatan.

1.10 tengahari

Bersedia untuk Solat Zohor


Menjawab azan. Elakkan dari bercakap/berbual semasa azan berkumandang
Solat Kobliah 4 rakaat sebelum Zohor
Solat Zohor
Solat Baadiyah 2 rakaat selepas Zohor
Luangkan masa mengaji quran dan membaca terjemahannya sekurang-
kurangnya 2m/s selepas solat.

4.30 petang

Bersedia untuk Solat Asar


Menjawab azan
Solat Asar
Membaca Zikir al-Mathurat (petang)
Luangkan masa mengaji Quran dan membaca terjemahannya sekurang-
kurangnya 2 m/s selepas solat.
*** Masak Nasi
5.30 - 6.30 petang
Ambil anak
Makan malam
Kemas dapur
6.50 - 7.10 petang
Mandi petang / Bersih diri
Tutup TV / Komputer / Laptop / handset
Pasang suratul Baqarah
7.15 petang
Bersedia untuk Solat Maghrib
Menjawab azan.
Solat Maghrib
Solat baadiyah 2 rakaat selepas Maghrib
Membaca Zikir al-Mathurat (petang) jika tak sempat selepas waktu Asar.

Usaha luangkan masa untuk berada di majlis ilmu di surau/masjid


berhampiran. Menutup aurat dengan sempurna takkala keluar dari rumah.
Teringat kata-kata ustaz, kita ke masjid untuk dapatkan hidayah dari Allah
SWT..sesiapa yang duduk dalam majlis ilmu, InsyaAllah Allah akan lorongkan
baginya kebaikan... aminn

8.30 malam

Menjawab azan bila azan dilaungkan


Solat Isyak
Solat baadiyah 2 rakaat selepas solat Isyak.

Usaha menambah ilmu dengan membaca Kitab-kitab Hadis dan kitab Sirah
Nabi SAW. Membaca Surah al-Mulk. Bermuhasabah diri. Tidur awal dengan
niat untuk dapat bangun Solat Malam. Sebelum melelapkan mata, baca doa
sebelum tidur, baca ayat Kursi dan 3 Qul.

Anda mungkin juga menyukai