Anda di halaman 1dari 1

Semasa mencari isi tersurat, calon mesti mengamati atau meneliti fokus

pertama yang ada dalam kehendak soalan rumusan itu, misalnya “Rumuskan
kekangan-kekangan untuk…” . Calon perlu mencari isi yang sedia ada
dalam petikan yang berkaitan dengan fokus pertama itu. Lantarannya calon
diminta memahami kata-kata kunci yang sering wujud dalam soalan rumusan,
seperti
-kesan, impak, implikasi, akibat
-keburukan, risiko, kelemahan, akibat yang negatif
-kebaikan, kelebihan, kepentingan, faedah, manfaat, kesan positif
-punca, faktor, sebab
-langkah, kaedah, cara, tindakan, usaha, alternatif, pendekatan, formula,
strategi,
-kekangan, cabaran, halangan, masalah, kemusykilan
-peranan, fungsi, tanggungjawab.

Semua isi tesurat mesti berdasarkan isi yang ada dalam petikan dan jangan
ada pandangan sendiri. Isi yang telah diambil perlu lengkap tetapi
membuangkan huraian dan contoh, iaitu ” misalnya, contoh, umpama,
seperti, iaitu…..” . Sebaliknya jika terdapat “terutamanya, khususnya”
bahagian isi dikehendaki.
Sebaliknya, ketika mencari isi tersirat, calon hanya mengamati fokus kedua
sahaja. Amalkan prinsip berikut:
a. isi yang tidak terdapat dalam petikan.
b. isi itu mesti konkrit.
(-*”Anak perlu menyayangi ibu bapa.”- tidak konkrit dan abtrak. Sepatutnya,
“Anak perlu sentiasa menziarahi ibu bapa dan menghubungi mereka melalui
telefon” – konkrit
-*”Jiran harus tolong-menolong untuk menghapuskan jenayah.”-tidak
konkrit. Sepatutnya, “Kita perlu menjaga keselamatan rumah jiran ketika
mereka balik ke kampung.”- konkirt).
c. positif
(-*”Pihak polis harus menembak mat rempit yang melanggar undang-
undang.” -negatif. Sepatutnya, “Pihak polis harus mengadakan sekatan jalan
raya untuk menahan mat rempit.”-positif”)
Semua isi tersurat dan tersirat boleh ditulis dengan satu isi satu ayat atau
digabung dengan dua isi. Ketika menggabung dua isi, calon mesti
memastikan bahawa kedua-dua isi itu mempunyai subjek atau prediket yang
sama.

Anda mungkin juga menyukai