Anda di halaman 1dari 5

BAHAGIAN A

(10 Markah)

Arahan :
Bulatkan jawapan yang terbaik.

1. Kepentingan sarapan antaranya adalah murid akan menjadi _____________________


dalam melaksanakan tugas-tugas harian yang diberikan oleh guru.

A. rajin C. suka
B. malas D. gembira

2. Bonjolan pada leher remaja lelaki dinamakan _____________.

A. ketiak C. dada
B. halkum D. payudara

3. Zulkarnain sering diejek rakan kerana muka berjerawat. Dia seharusnya _____________.

A. memakai pakaian lebih sopan C. menjaga penampilan diri


B. menangis dan memarahi rakan D. memakai pewangi

4. Kesan jangka pendek akibat pengambilan alkohol adalah seperti berikut KECUALI ___.

A. kemalangan jalan raya C. mengurangkan berat badan


B. masalah pernafasan D. mata menjadi kabur

5. Anita berada dalam keadaan _________ kerana sentiasa dipinggirkan oleh rakan-rakan.

A. stress C. letih
B. ihtilam D. konflik

6. Kakak menolong emak memasak di dapur pada setiap hujung minggu. Tindakan yang
betul adalah :

A. menasihati kakak C. mengejek kakak


B. memuji kakak D. memarahi kakak

7. Berikut merupakan jenis penyakit tidak berjangkit KECUALI ______________.

A. sakit jantung C. diabetes


B. sakit buah pinggang D. demam denggi

1
8. Antara cara pengurusan diri yang betul setelah akil baligh adalah ________________.

A. selalu membersihkan badan C. tidak perlu menukarkan cadar


B. sentiasa bersenam D. bermain komputer.

9. Pengaruh rakan sebaya yang negatif adalah seperti ______________________________

A. bermain bersama-sama rakan.


B. merosakkan harta benda awam.
C. membantu rakan mengemas bilik darjah.
D. beriadah pada hujung minggu.

10. Cara mencegah penyakit tidak berjangkit adalah seperti berikut KECUALI _________.

A. Makan makanan seimbang mengikut Piramid Makanan Malaysia


B. Lakukan senaman sekurang-kurangnya 3 kali seminggu
C. Menghabiskan masa di kafe siber.
D. Periksa tekanan darah di klinik sekurang-kurangnya 4 kali setahun

( / 20 Markah )

2
BAHAGIAN B

Arahan :

Lengkapkan maklumat label di bawah dengan jawapan yang betul.

Nama dan alamat pengilang Komposisi khasiat makanan Tarikh luput

Kandungan bersih Senarai ramuan Arahan penyimpanan

Bil. Kepentingan Maklumat Label

1. Sebagai panduan kepada pengguna agar


tidak membeli makanan lama dan rosak.

2. Makanan akan tahan lama dan tidak rosak


sekiranya kita mematuhi arahan yang
diberi.

3. Membantu pengguna membuat pilihan


makanan berkhasiat dengan bijak.

4. Pengguna boleh mengetahui bilangan


atau berat makanan yang hendak dibeli.

5. Bahagian ini penting kerana dapat


membantu pengguna membuat aduan atau
siasatan.

6. Pengguna dapat mengetahui bahan-bahan


yang digunakan bagi mengelakkan alahan.

( / 12 Markah )

3
Arahan :

Labelkan aras kumpulan makanan mengikut Piramid Makanan Malaysia yang tepat.

Protein Lemak

Vitamin
Karbohidrat

( / 04 Markah )

4
Arahan :
Tuliskan BETUL atau SALAH pada penyataan yang diberi.

Bil. Penyataan Betul/Salah

1. Buah-buahan tempatan banyak mengandungi vitamin dan zat untuk


melembut dan mencantikkan kulit.

2. Pengambilan makan yang sihat dan lengkap dapat mengelakkan kita


daripada menghidap pelbagai jenis penyakit.

3. Makanan seperti gulai ikan, masak lemak udang, ayam goreng segera
merupakan menu yang berisiko mendatangkan penyakit.

4. Kita perlu banyak menambah bahan perasa di dalam makanan agar


makanan tersebut lebih enak dan sedap.

5. Kita hanya perlu minum air masak tidak lebih daripada lima gelas setiap
hari.

6. Minuman bergas ialah minuman enak yang banyak membekalkan tenaga


kepada badan kita.

7. Makan dengan banyak dapat meningkatkan kecergasan tubuh badan kita.

8. Kumpulan zat makanan terdiri daripada 4 kategori iaitu protein, lemak,


karbohidrat dan vitamin.

9. Karbohidrat ialah zat makanan yang menguatkan gigi.

10. Kerjasama antara ahli keluarga dapat melahirkan sesebuah keluarga yang
harmoni dan bahagia.

11. Sentiasa mendengar nasihat ibu bapa akan menyebabkan kita terjebak
dengan masalah sosial.

12. Bersikap amanah dan jujur dalam setiap pekerjaan akan dihormati oleh
masyarakat dan rakan.

13. Sentiasa menghormati antara satu sama lain dapat mewujudkan kasih
sayang di kalangan keluarga.

14. Kita perlu sentiasa bersikap biadap dan kasar agar dihormati oleh
masyarakat.

( / 14 Markah )
5

Anda mungkin juga menyukai