Anda di halaman 1dari 6

KERTAS KERJA

PROGRAM PEMBENTUKAN SAHSIAH DIRI

1.0 PENGENALAN

Ahli Jawatankuasa Badan Disiplin dengan kerjasama Jawatan Kuasa Bimbingan &
Kaunseling Sekolah kebangsaan , telah bercadang untuk mengadakan satu Program
Pembentukkan Sahsiah Diri. di mana ianya disertai oleh golongan murid – murid yang
disasarkan berhadapan dengan masalah disiplin di sekolah. Masalah ini akan bermula
apabila murid – murid tidak dapat menguasai bidang akademik dan disiplin diri mereka
dengan baik. Justeru itu, mereka akan cuba mencari jalan keluar yang mudah dengan
melanggar undang – undang yang telah ditetapkan oleh pihak pentadbir sekolah
supaya mereka juga boleh dikenali di kalangan rakan – rakan yang lain.

2.0 RASIONAL

Setiap sekolah mengimpikan sifar salah laku di sekolah, di samping murid yang
mempunyai semangat cintakan sekolah yang tinggi. Hasrat ini boleh dicapai sekiranya
murid – murid ini dapat dipupuk dengan sikap dan contoh yang baik. Jika masalah disiplin
di setiap sekolah dapat dikurangkan , pihak sekolah sudah semestinya dapat
menumpukan sepenuh perhatian terhadap bidang kurikulum dan kokurikulum .

3.0 MATLAMAT

Melahirkan murid –murid yang berdisiplin dan berdaya saing serta jati diri yang tinggi
bersahsiah dan berperibadi mulia. Di samping itu, murid juga dapat mengetahui betapa
pentingnya disiplin diri untuk masa depan masing – masing.

1
4.0 OBJEKTIF

1. Memupuk kesedaran tentang diri, menghargai diri sendiri serta menghormati hak diri
orang lain.
2. Memberi peluang kepada murid – murid yang mempunyai masalah disiplin di sekolah
untuk memperbaiki kekurangan dan kelemahan diri.
3. Membimbing peserta meningkatkan jati diri dan sikap sayangkan sekolah.
4. Memberi kesedaran kepada peserta tentang pentingnya disiplin untuk kejayaan hidup.
5. Memotivasikan diri para peserta supaya belajar dengan lebih teratur dan menanam
sikap cintakan ilmu pengetahuan.

5.0 BUTIRAN PROGRAM

TARIKH :
TEMPOH :
TEMPAT : SEKOLAH HENRY GURNEY, KENINGAU.

6.0 KUMPULAN SASARAN

15 orang murid yang terlibat dengan Kes Disiplin

7.0 PENGISIAN PROGRAM

● Ceramah daripada Jabatan Penjara

2
Aturcara Program

TARIKH MASA AGENDA


07.00-0740 Pagi - Berkumpul di dataran sekolah
- Pendaftaran Peserta
- sarapan pagi

07.45 -08.00 pagi - Bertolak ke Sekolah Henry Gurney Keningau.

08.00-08.40 pagi - Dijangka tiba di Sekolah Henry Gurney


Aktiviti : Khidmat sosial / Gotong royong
: Temuramah dengan Pegawai Penjara.

09.30-10.30 pagi - Ceramah daripada Warden Penjara.

11.00-12.00 ptg - Bertolak balik ke Sekolah.

3
8.0 PERBELANJAAN MENGURUS KEWANGAN

Bil Jenis Perbelanjaan Jumlah


1. RM100.00
Sewa Khas Kenderaa 4wd (2 Unit)
Makan dan minum peserta seramai 20 orang RM150.00
2.
3. Cenderahati Penceramah RM30.00

4.

5.

6.

7.

8.

9.

10.

RM280.00
Jumlah Keseluruhan

4
9.0 JAWATAN KUASA PENGELOLA INDUK
PROGRAM PEMBENTUKAN SAHSIAH DIRI

Pengerusi : Encik Lasius Gombot


Timb. Pengerusi : Cik Florence Suduyin
Naib Pengerusi : Encik Andi Amirudin
Penyelaras Program : Encik Alison Alif
Setiausaha : Encik Azmi Moridin
Ahli Jawatankuasa : Semua Staff SK Inandung, Keningau.

10.0 Penutup

Kerjasama dan komitmen semua pihak diperlukan dalam menjayakan program kali ini
agar tercapai objektif yang disasarkan demi kebaikan murid dan sekolah .Semoga
dengan pelaksanaan program ini sedikit sebanyak akan akan memberi kesan serta
kesedaran terhadap diri murid-murid dalam erti kata mengahrgai diri sendiri demi
keluarga, agama, bangsa dan negara.

Disediakan Oleh :

Tarikh :

Disemak Oleh :

Tarikh :

Disahkan Oleh :

Tarikh :

5
6

Anda mungkin juga menyukai