Anda di halaman 1dari 6

LAPORAN PROJEK MINI

GGGD5022 SEKOLAH DAN MASYARAKAT

PROGRAM AKIL BALIGH DAN KEPENTINGAN MANDI


TAJUK
WAJIB BAGI PELAJAR PASCA PSRA

NAMA PELAJAR 1.AMIRUL HAKIMI BIN ABD HALIM (P124096)


(NO. MATRIK) 2.AZIYAH BINTI MOHAMAD SHAUKI (P122136)
3.NUR AZRA AZMINA BINTI ROMIDI (P123770)
4.NURIZYAN IZZATI BINTI ABD HALIM (P124637)
5.SANIAH BINTI HAKIMI (P123707)

NAMA PENSYARAH DR. MOHD NORAZMI NORDIN


LAPORAN PROJEK MINI
PROGRAM AKIL BALIGH DAN
KEPENTINGAN MANDI WAJIB BAGI PELAJAR
PASCA PSRA
ANJURAN :
PELAJAR FAKULTI PENDIDIKAN PROGRAM DIPLOMA LEPASAN
IJAZAH EKSEKUTIF UKM, KAMPUS BANGI.

1.0 PENDAHULUAN
Program ini diadakan bertujuan untuk memberi pengalaman dan kesedaran
kepada murid-murid terhadap pelaksanaan syariat Islam dalam PdP dan
kehidupan sebenar.

2.0 MATLAMAT PROGRAM


2.1 Memberi pengalaman baru dengan melakukan aktiviti teori dan amali
mandi wajib.
2.2 Memberi pemahaman dan pengukuhan terhadap teori dan amali mandi
wajib.
2.3 Mengenal pasti perubahan fizikal dan psikologi pelajar apabila
mencapai akil baligh.

3.0 PENCAPAIAN OBJEKTIF


Objektif program ini dirangka untuk diaplikasikan oleh pelajar dalam
kehidupan seharian:
3.1 Pelajar dapat mengetahui linkungan usia akil baligh.
3.2 Pelajar dapat mengenalpasti tanda-tanda akil baligh dan perubahan
hormon.
3.3 Pelajar dapat memahami dan mempraktik kaedah mandi wajib yang
sebenar.

4.0 PESERTA PROGRAM


Seramai 22 orang murid Tahun 6 Sekolah Sri Pintar, Seksyen 7, Shah Alam.
5.0 PERINCIAN PROGRAM
Tarikh : 25 November 2022
Hari : Jumaat
Masa : 10:30AM-12:00PM
Tempat : Dewan Sekolah SRI Pintar, Seksyen 7, Shah Alam.

Jumaat / Masa Aktiviti


10.30 - 11.15 pagi - Pelajar berkumpul didewan sekolah.
- Taklimat dan teori berkaitan akil baligh
dan mandi wajib
11.15 - 11.40 pagi - Amali mandi wajib
11.40 - 11.50 pagi - Kuiz
11.50 - 12.00 tengahari - Majlis penutup
- Penyampaian hadiah
- Bersurai

Pelajar berkumpul di Dewan Sekolah pada pukul 10.15pagi. Majlis


dimulakan dengan bacaan Ummul Kitab oleh wakil pelajar dan kata-kata aluan
oleh guru bertugas. Program bermula pada jam 10.30pagi dengan sesi taklimat
program kepentingan mandi wajib. Saudara Hakimi yang bertindak sebagai
jurugambar dan pemudah cara pada program tersebut bersiap-sedia untuk
merakamkan perjalanan program dan memastikan kelancaran program.
Aturcara program dimulakan dengan sesi pengenalan oleh Saudari
Aziyah yang merupakan moderator pada program tersebut. Sebagai
mukaddimah, beliau menerangkan takrif akil baligh dan lingkungan umur akil
baligh bagi lelaki dan perempuan.
Seterusnya program diteruskan dengan perkongsian oleh Saudari
Saniah tentang perubahan yang berlaku apabila mencapai akil baligh.
Perubahan itu meliputi tiga jenis, iaitu perubahan fizikal (luaran), perubahan
fisiologi (dalaman) dan perubahan emosi. Video ditayangkan supaya peserta
lebih memahami tentang perubahan yang berlaku bagi lelaki dan perempuan.
Sesi penerangan tentang mandi wajib disampaikan oleh Saudari Izyan
dimana beliau memulakan dengan sesi soal jawab untuk menduga
pengetahuan peserta tentang mandi wajib. Kemudian beliau menerangkan
cara-cara mandi wajib serta sebab-sebab diwajibkan mandi hadas. Beliau telah
membahagikan peserta kepada empat kumpulan kecil untuk sesi amali mandi
wajib.
Setiap kumpulan dikelolakan oleh setiap AJK program. Sesi
perkongsian secara terperinci tentang rukun mandi wajib dijalankan bagi
memastikan setiap peserta memahami dan dapat mengaplikasikan dalam
kehidupan harian. Antara isi utama perkongsian ialah rukun madi wajib iaitu
lafaz niat mandi wajib, kaedah meratakan air keseluruh badan, dan tertib.
Saudari Azra menyampaikan hikmah mandi wajib iaitu menjaga
kebersihan untuk menunaikan ibadah, serta tanggungjawab seorang mukallaf.
Seorang mukallaf adalah orang yang dipertanggungjawabkan dengan
kewajipan dan perintah untuk menjalankan tuntutan agama Islam serta
menjauhi larangan-Nya atas dasar orang tersebut sudah mencapai usia dewasa
dan mempunyai akal (akil baligh).
Di akhir program, sesi soal jawab dijalankan dan peserta yang berjaya
menjawab dengan tepat mendapat saguhati. Seterusnya, acara penutup
dijalankan dengan memberi cenderahati kepada wakil pihak sekolah dan
diteruskan dengan sesi bergambar bersama peserta.

6.0 LAPORAN KEWANGAN

BIL PERKARA HARGA KUANTI HARGA


. SEUNIT TI KESELURUHAN
1 Hadiah ( pemenang kuiz ) RM 7.50 10 RM 75.00
2 Cenderahati kepada sekolah RM 20.00 1 RM 20.00
JUMLAH RM 95.00
7.0 KESIMPULAN
Program ini sangat penting kepada pelajar tahun 6 kerana mereka
didalam fasa akil baligh. Mereka akan didedahkan dengan amali mandi wajib
yang betul, mengetahui linkungan usia akil baligh, dapat mengenalpasti tanda-
tanda akil baligh dan perubahan yang berlaku ketika mencapai akil baligh.
Program berjalan dengan sangat lancar dan mendapat kerjasama yang
baik daripada peserta. Walaubagaimanapun, terdapat cadangan
penambahbaikan yang boleh dipertimbangkan iaitu memanjangkan tempoh
masa program, menambah bilangan peserta, dan mempelbagaikan aktiviti.

8.0 LAMPIRAN

Gambar 1 : Sesi pengenalan program akil baligh Gambar 2 : Sesi perkongsian perubahan yang berlaku
apabila mencapai akil baligh

Gambar 3 : Sesi penerangan tentang tatacara mandi Gambar 4 : Amali berkumpulan


wajib
Gambar 5 : Sesi soal jawab dan kuiz Gambar 7: Penyampaian penghargaan kepada wakil
pihak sekolah

Gambar 8: Bergambar bersama peserta program

Anda mungkin juga menyukai