Anda di halaman 1dari 1

Kepada:

Semua Pengetua / Guru Besar


Sekolah Menengah /Sekolah Rendah
Jabatan Pendidikan Negeri Perak

PERINGATAN MESRA BAGI PELAKSANAAN PBPPP, KEMENTERIAN PENDIDIKAN


MALAYSIA TAHUN 2018

Dengan segala hormatnya saya diarah merujuk perkara tersebut di atas.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Penilaian Pertama PBPPP bagi tahun 2018


sedang berlangsung dan semua PEGAWAI PENILAI yang telah dilantik DISYORKAN
untuk membuat penilaian pertama sebelum 22 Jun 2018 (JUMAAT).

3. Semua PEGAWAI PENILAI WAJIB membuat pengisian skor penilaian di dalam


sistem eprestasi di laman http://eprestasi.moe.gov.my dan juga perlu membuat
penilaian bagi Instrumen Keberhasilan (borang excel) bagi semua Pegawai Yang Dinilai
(PYD) dibawah seliaannya. Disamping itu juga semua PEGAWAI PENILAI WAJIB
membuat catatan mengenai prestasi Pegawai Yang Dinilai (PYD) berkenaan dan tekan
simpan. Sekiranya catatan tidak dibuat, borang tersebut tidak dapat disimpan.
Bersama-sama ini disertakan Senarai Semak Pegawai Penilai PBPPP yang wajib
dipatuhi oleh setiap Pegawai Penilai yang dilantik.

4. Sebarang pertanyaan mengenai perkara diatas, boleh dirujuk kepada


Puan Yamuna A/P Rama Loo di talian 05-5015065 / 016-5959172, Encik Mohd Saiful
Maula Ab. Rashid 05-5015302 / 017-5613910 atau Puan Zaliaha Binti Mohd Asari
05-501 5271/ 019-4949528.

5. Kerjasama dan perhatian tuan berikan dalam perkara ini amatlah dihargai dan
didahului dengan ucapan terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai