Anda di halaman 1dari 2

Siswa USIM santuni gelandangan New

Zealand - Aktiviti

Mohd. Zaini Othman

NILAI: Program khas pengantarabangsaan Global Islamic Student Outreach


(GISO) Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) membuka ruang kepada 13 orang
siswanya menjalankan misi kemasyarakatan menyantuni minoriti Muslim di New
Zealand baru-baru ini.

Program The Adventurous Wilderness Experience in The City of Sails New


Zealand ini merupakan program sulung GISO USIM ke negara berkenaan,
anjuran kelab Urus Setia Latihan Pembangunan Mahasiswa (ULPM) USIM
dengan kerjasama Muslim Care Global dan Adabi Corporation.

Pengarah program, Muhammad Amirul Ashraf Noorazman berkata, misi selama


lapan hari bermula 28 Julai sehingga 4 Ogos lalu memberikan pengalaman baru
dan sangat bermakna kepada delegasi siswa yang terlibat kerana aktiviti yang
dijalankan bukan sahaja khusus kepada minoriti Muslim, tetapi juga memberikan
khidmat bakti kepada gelandangan bukan Muslim melalui kerjasama gereja St.
Paul dan Islamic Centre di Taupo.

“Pelbagai aktiviti dan pengisian dijalankan seperti sesi pembelajaran iqrak,


mempelajari komunikasi bahasa Arab, Quran hour, memperkenalkan budaya
Malaysia dan banyak lagi bersama masyarakat Muslim di Masjid At-Taqwa,
Manukau dan Islamic Centre di Taupo.

“Bukan itu sahaja, yang menariknya lagi delegasi siswa kelab ULPM menyediakan
hidangan masakan tempatan Malaysia kepada masyarakat Muslim di Islamic
Centre dan kepada golongan gelandangan terbabit,” ujarnya.

Bagi salah seorang peserta yang turut serta, Nur Nadia Mohd Asari amat
berterima kasih kepada Bahagian Hal Ehwal Pelajar USIM yang menyediakan
platform GISO buat beliau dan rakan-rakan lain menimba pengalaman baharu.

“Melalui GISO, aktiviti kesukarelawanan yang berkait rapat dengan tuntutan


agama Islam iaitu saling membantu sesama insan dan berlumba-lumba untuk
melakukan kebaikan sesama manusia tanpa mengira agama, bangsa dan negara
dapat dijalankan. Pengalaman yang paling bermakna bagi delegasi kami adalah
menyediakan hidangan tempatan seperti nasi, kari daging, sup ayam, teh tarik
dan pelbagai lagi di kawasan gereja. Ini sesuatu yang baru bagi kami dan kami
melihat itu sebagai satu medan dakwah untuk menunjukkan imej Islam yang
sebenar kepada masyarakat di sana,” katanya penuh teruja.

Sambil berbakti, kesempatan berada di negara yang terkenal dengan


pemandangan alam semulajadi ini membuatkan mereka turut mencuri masa
melawat beberapa lokasi menarik dan mendekati budaya dan masyarakat New
Zealand.

Para pelajar ini turut melahirkan penghargaan kepada Muslim Care Group dan

1
Adabi Corporation kerana sudi menyumbang dana untuk program yang
memberikan banyak manfaat kepada semua terutama masyarakat di New
Zealand. Semoga penglibatan dan usaha murni sepanjang program, dapat
mencapai objektif dan memberikan impak positif kepada semua terutama kepada
delegasi siswa yang terlibat.

Anda mungkin juga menyukai