Anda di halaman 1dari 1

Sinopsis Bab 4: Dusun Durian di Tanah Perkuburan, muka surat 21 - 27

Pak Saidi bersama Adnan solat Asar setelah bekerja keras membersihkan dusun. Adnan ingin tahu
sebab dusun mereka bersebelahan kubur. Pak Saidi memberitahu perkuburan lama tenggelam, lalu
dia mewakafkan sebahagian dusunnya sebaagai tapak baharu. Adnan berpendapat kedudukan
dusun mereka lebih selamat di situ, tetapi Pak Saidi tidak kisah jika sesiapa sahaja datang mengambil
buah-buahan kerana ia amalan sedekah yang bakal menggandakan rezeki (buah lebih lebat).

Perbualan beralih kepada jurai keturunan Minangkabau mereka. Moyang mereka bernama Alang
berasal dari pagar Ruyung lalu menetap di Naning, Melaka. Dia menyertai Penghulu Dol Said
menentang Inggeris yang kali pertama dibantu oleh Rembau dan Seri Menanti, tetapi kali kedua
Inggeris licik memperoleh sokongan Rembau dan Seri Menanti. Alang berundur setelah Dol Said
ditipu oleh Inggeris. Cucu Alang yang bernama Kahar bergelar Datuk Siamang Gagap menentang
Inggeris di Bukit Putus. Inggeris dibantu oleh Datuk Kelana Sungai Ujung menyebabkan beliau
berundur ke Juaseh. Pak Saidi salah seorang anak Kahar. Penentangan tetap diteruskan, tetapi
secara politik dan perundingan menuntut kemerdekaan.

Anda mungkin juga menyukai