Anda di halaman 1dari 12

Bab 1: Tagunggu Tiban

Andayu telah terlewat bangun


dan menyebabkannya lewat
untuk pergi belajar bersilat di
rumah Paduka Mat Salleh.
Andayu teringat akan
peristiwa kapal besar yang
berlabuh di pangkalan sungai
milik penjajah Inggeris.
Andayu juga mendengar bunyi
paluan gong, gendang,
kulintang dan bebandil
dimainkan di majlis
perkhawinan rumah jiran.
Andayu terkenangkan Halipan,
anak sulung Paduka Mat
Salleh. Dia meminati dan
mengagumi permuda itu.

1.

Bab 2: Langgisan
Pada malam itu, di pangkalan
Sungai Sugut, Halipan, Pak Cik
Ali dan rakan- rakannya
memerhatikan beberapa orang
pengawai pemungut cukai pihak
Inggeris sedang berehat sambil
menikmati makan malam.
Halipan mencadangkan supaya
mereka menyerang pemungut
cukai orang Inggeris itu tetapi
Pak Cik Ali menasihati mereka
supaya tidak tergopoh-gapah
dalam membuat tindakan.
Halipan juga turut mengagumi
Andayu dan tertarik dengan
kecantikan serta keberanian
Andayu. Halipan dan rakan-
rakannya pulang ke rumah
Paduka Mat Salleh untuk
memberitahu bahawa Sultan Sulu
telah menyerahkan tanahnya di
Sabah termasuk daerah Inanam
kepada pihak Inggeris. Paduka
Mat Salleh bersemuka dengan
jurubahasa pihak Inggeris. Dia
menetang jurubahasa itu demi
mempertahankan daerah
Inanam.

2.
Bab 3: Tidung
Pak Cik Tidung meminta Paduka
Mat Salleh mengusir pihak
Inggeris yang memaksa
penduduk kampung membayar
cukai. Paduka Mat Salleh
meminta mereka menuruti
kehendak penjajah Inggeris
kerana cara itu yang
membolehkan mereka
menggunakan laluan di Sungai
Sugut. Andayu bergegas ke
rumah Paduka Mat Salleh kerana
ingin mengambil kain mogah
(kain tenunan) yang dipesan Mak
Cik Mala. Dia melihat
perselisihan pendapat antara Pak
Cik Tidung dengan Paduka Mat
Salleh disebabkan oleh
keengganan Paduka Mat Salleh
melawan pihak Inggeris. Pak Cik
Tidung bertegas mengatakan
bahawa walaupun penduduk
tempatan tidak memiliki senjata
api tetapi mereka memiliki
semangat untuk
mempertahankan bangsa dan
tanah air. Andayu teringat akan
perasan Mak Cik Mala yang
memintanya menghantar satu
bundu beras bukit huma ke
rumah Hj.Utih.
3.
Bab 4: Badai Musim
Kemarau
Pada waktu petang, Andayu dan
rakan-rakannya Sirah, Suri dan
Unong menunggang kuda menyusuri
pinggiran Sungai Sugut. Mereka
melihat pergaduhan antara
pegawai-pegawai Inggeris dengan
pedagang-pedagang. Pak Cik Tidung
dan rakan-rakannya menolong
pedagang itu, malangnya mereka
pula ditangkap oleh perjajah
Inggeris. Andayu telah meminta
rakan-rakannya supaya
memberitahu peristiwa itu kepada
Paduka Mat Salleh sementara dia
mengekori pihak penjajah Inggeris
untuk mengetahui tempat mereka
membawa Pak Cik Tidung. Sirah,
Suri dan Unong menceritakan
semula apa yang berlaku kepada
Paduka Mat Salleh. Halipan terkejut
dengan tindakan berani Andayu itu.
Suasana menjadi gempar di rumah
Paduka Mat Salleh kerana semua
orang bimbang akan keselamatan
Andayu dan Pak Cik Tidung.
Penduduk kampung meminta
Paduka Mat Salleh bertindak segera
untuk menyelamatkan nyawa Pak
Cik Tidung dan Andayu.
4.

Bab 5: Rogon

Andayu berjaya mengekori pihak


penjajah yang menawan Pak Cik
Tidung dan rakan-rakannya di
kota yang terletak di persisir
pantai Pulau Gaya. Andayu telah
melihat Pak Cik Tidung diseksa
oleh tuan besar orang Inggeris
dan pemungut cukai yang telah
menawannya. Andayu bergegas
pulang ke Inanam untuk
memberitahu Paduka Mat Salleh
mengenai keadaan Pak Cik
Tidung dan rakan-rakannya.
Dalam perjalanan pulang, Andayu
teringatkan hasrat bapanya yang
inginkan dirinua menjadi seorang
wanita yang bersopan santun
dan bukannya menjadi seorang
pejuang bangsa. Hj. Utih
berpesan kepada Andayu bahawa
perjuangan mereka memerlukan
pengorbanan, semangat kental
dan tidak mudah putus asa demi
menyelamatkan bangsa dan
tanah air.
5.
Bab 6: Pembebasan
Andayu menceritakan
pengalaman yang dialaminya
kepada Paduka Mat Salleh
terutama mengenai kawalan rapi
di sekitar kota. Askar-askar
Inggeris dilengkapi senjata api
seperti senapang dan di
sekeliling kota itu dipenuhi
dengan beberapa pucuk meriam.
Paduka Mat Salleh mengarahkan
orang-orangnya menyelamatkan
Pak Cik Tidung dan rakan-
rakannya di kota yang terletak di
Pulau Gaya. Tercetuslah
peperangan di antara pasukan
Paduka Mat Salleh dan penjajh
Inggeris. Ramai orang-orang
Paduka Mat Salleh yang cedera
dan Andayu turut memberi
rawatan kepada mereka. Andayu
teringatkan arwah bapanya yang
menerima jawatan pembantu
pemungut cukai dan tidak mahu
menentang penjajh Inggeris.

6.
Bab 7: Pecah perang

Orang-orang Paduka Mat Salleh


berjaya menyelamatkan Pak Cik
Tidung dan rakan-rakannya
daripada mati ditembak oleh
penjajah Inggeris. Walaupun
ramai pengikut- pengikut Paduka
Mat Salleh yang cedera dan
terkorban, mereka berjaya
mengalahkan pihak Inggeris.
Paduka Mat Salleh mengarahkan
Andayu pulang ke Inanam
dengan harapan agar Andayu
dapat merawat pejuang-pejuang
muda yang tercedera. Paduka
Mat Salleh mengarahkan Pak Cik
Ali dan Pak Cik Jonan menjaga
keselamatan pengikut-
pengikutnya di Inanam dan
Mengkabung kerana beliau
khuatir penjajah Inggeris akan
membalas serangan. Andayu
terkenangan bapanya yang
memintanya berkhawin dengan
lelaki pilihan bapanya dan
meninggalkan dunia perjuangan
itu.

7.
Bab 8: Matai kelilahan
nah
Lebih kurang 100 meter dari
pangkalan Sungai Sugut, Pak Cik
Ali, Pak Cik Jonan dan Andayu
telah melihat keadaan huru-hara
yang berlaku di kampung
mereka. Penduduk kampung
telah diserang penjajah Inggeris.
Ramai kaum perempuan dan
kanak-kanak dibunuh. Banyak
rumah dibakar dan harta benda
musnah dalam serangan itu.
Andayu berasa lega apabila
mendapat tahu Mak Cik Mala
terselamat. Orang-orang
kampung sedang berkumpul di
rumah Dayang Bandan untuk
bertolak ke Teluk Merudu.
Andayu teringatkan ayahnya
yang kecewa kerana dia menolak
permintaan ayahnya yang ingin
menjodohkan dengan ketua
pemungut cukai yang bekerja
dengan penjajah Inggeris yang
dianggapnya ‘anjing’ orang
Inggeris. Andayu berasa amat
kesal atas keterlanjurannya
hingga menyebabkan bapanya
merajuk dan mati dipatuk ular
senduk.
8.
Bab 9: Hurul kan
kunisa
Orang-orang kampung Andayu
menyelamatkan diri daripada
diserang pihak penjajah Inggeris
dan bersembunyi di lereng Gunung
Kinabalu, daerah Ranau, Sabah.
Paduka Mat Salleh mengatur
strategi untuk mengawal kubu
meeka daripada diserang penjajah
Inggeris. Malangnya, kubu mereka
telah diserang pada waktu subuh
dan berlaku pertempuran yang
dahsyat. Ramai pejuang Paduka Mat
Salleh terkorban termasuk Pak Cik
Tidung manakala Unong cedera
ditembak. Pasukan mereka menang
dalam pertempuran itu dan pihak
Inggeris terpaksa berundur. Paduka
Mat Salleh meminta anak buahnya
supaya berundur kerana kubu
mereka tidak selamat lagi dan bila-
bila masa sahaja prang Inggeris
akan menyerang semula. Semasa
perjalanan menuju ke tempat
selamat melalui jalan sulit di
belakang kubu mereka, Andayu dan
Halipan saling berharap agar suatu
masa nanti, mereka akan kembali
berjuang dan dapat hidup bersama-
sama.
9.

Anda mungkin juga menyukai