Anda di halaman 1dari 3

Rencana: Kepentingan Disiplin Diri Kepada Murid-murid

Disiplin amat penting kepada murid-murid. Apabila murid-murid mematuhi peraturan sekolah, ini
bermakna mereka telah berdisiplin. Antara peraturan sekolah yang mesti dipatuhi ialah
menepati masa, memakai lencana, berambut pendek dan lain-lain lagi.

Murid-murid yang berdisiplin akan mewujudkan keadaan yang lebih selesa di dalam kelas.
Mereka akan sentiasa menjaga tingkah laku daripada melanggar peraturan sekolah seperti
berbuat bising, bergaduh, membuli dan seumpamanya. Keadaan ini juga dapat mengelakkan
mereka daripada mendapat masalah seperti di denda oleh guru, tidak dipercayai, ketinggalan
dalam pelajaran dan sebagainya yang boleh menganggu pelajaran mereka

Murid-murid yang menjaga disiplin juga kebiasaannya akan cemerlang dalam pelajaran. Sudah
pasti murid-murid akan lebih selesa belajar dalam suasana disiplin mereka terkawal. Keadaan
ini membolehkan mereka memberikan tumpuan yang sepenuhnya kepada pelajaran serta akan
mendorong mereka belajar dengan bersungguh-sungguh untuk memperoleh kejayaan yang
cemerlang. Justeru, ini akan mencerahkan masa depan mereka.

Selain itu, murid-murid yang berdisiplin akan disukai dan disayangi oleh guru-guru serta rakan-
rakan. Oleh itu, mereka akan dipilih sebagai pemimpin seperti pengawas, ketua darjah,
pengawas perpustakaan dan lain-lain lagi. Ini sangat berguna kepada mereka sebagai
pemimpin pada masa hadapan.

Kesimpulannya, disiplin amat penting kepada murid-murid. Murid yang berdisiplin akan
cemerlang manakala murid yang tidak berdisiplin akan merugikan diri sendiri. Oleh itu, amalkan
disiplin diri untuk kebaikan diri dan menjaga nama baik sekolah.
Kepentingan Menjaga Alam Sekitar

Yang saya hormati Tuan Pengerusi Majlis, Guru Besar, guru-guru dan pelajar-pelajar sekalian.
Tajuk syarahan saya pada pagi ini ialah Kepentingan Menjaga Alam Sekitar. Alam sekitar ialah
alam sekeliling kita. Kita perlu memelihara keseimbangan alam agar kehidupan kita terus aman
dan harmoni. Alam sekitar yang bersih akan menjadikan kehidupan kita lebih baik.

Hadirin sekalian,

Alam sekitar adalah sumber keperluan hidup kita. Misalnya, sungai amat penting untuk
kehidupan kita seharian kerana sumber air adalah daripada sungai. Jika sungai tercemar akibat
sisa buangan kilang dan sebagainya, tentulah kita sukar untuk mendapatkan air yang bersih.
Lautan pula boleh tercemar akibat pelbagai punca seperti tumpahan minyak dari dermaga
minyak atau kapal tangki ke lautan. Hal ini akan menjejaskan kehidupan lautan yang menjadi
sumber makanan kita. Justeru, semua pihak haruslah sedar dan mengambil berat akan
pemeliharaan sungai dan lautan yang menjadi sumber air dan makanan kita ini.

Di samping itu, alam sekitar yang bersih dan terpelihara akan menjadi daya tarikan para
pelancong. Kedatangan para pelancong akan menjadi sumber ekonomi negara dan akan
memajukan sektor-sektor perniagaan di negara kita. Hotel-hotel, syarikat-syarikat pelancongan,
para peniaga dan gedung-gedung perniagaan tentu mendapat keuntungan dengan kedatangan
para pelancong yang berbelanja di negara kita ini. Oleh sebab itu, kita mesti menjaga alam
sekitar untuk menarik kedatangan para pelancong, lantas memajukan ekonomi negara kita.

Hadirin sekalian,

Pemelihara alam sekitar juga akan menjamin keseimbangan alam. Sains menyatakan bahawa
oksigen yang diperlukan untuk bernafas diperoleh daripada tumbuh-tumbuhan di sekitar kita.
Oleh sebab itu, tumbuh-tumbuhan yang terpelihara akan menjadikan udara disekeliling kita
lebih bersih, sejuk dan segar. Hutan pula menjadi habitat semula jadi haiwan. Oleh sebab itu,
alam sekitar yang terpelihara akan memastikan haiwan tidak pupus agar generasi seterusnya
juga dapat melihat pelbagai jenis kehidupan haiwan di dunia ini.

Kesihatan kita juga amat dipengaruhi oleh alam sekitar. Pencemaran alam seperti pencemaran
udara, air dan lain-lain lagi akan menyebabkan kita mudah jatuh sakit seperti demam, batuk dan
sebagainya. Selain itu, banyak tumbuhan-tumbuhan seperti pokok pegaga merupakan sumber
ubat-ubatan kepada manusia. Oleh sebab itu, tumbuh-tubuhan ini perlu sentiasa dipelihara
supaya kita mudah untuk mendapatkan sumber ubat-ubatan disekeliling kita.

Kesimpulannya, semua pihak perlulah bekerjasama memelihara alam sekitar daripada


pencemaran. Ini kerana alam sekitar yang terpelihara merupakan hadiah yang tidak ternilai
kepada generasi yang akan datang. Marilah kita sama-sama menyayangi dan menyelamatkan
alam sekitar daripada dimusnahkan.

Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai