Anda di halaman 1dari 12

Peperiksaan Pertengahan Tahun 2009 SULIT*

PEPERIKSAAN TINGKATAN ENAM SMK TAMBUNAN PEPERIKSAAN TINGKATAN ENAM SMK


TAMBUNAN PEPERIKSAAN TINGKATAN ENAM SMK TAMBUNAN PEPERIKSAAN
TINGKATAN ENAM SMK TAMBUNAN PEPERIKSAAN TINGKATAN ENAM SMK TAMBUNAN
PEPERIKSAAN TINGKATAN ENAM SMK TAMBUNAN PEPERIKSAAN TINGKATAN ENAM SMK
900/2 STPM
TAMBUNAN PEPERIKSAAN TINGKATAN ENAM SMK TAMBUNAN PEPERIKSAAN
TINGKATAN ENAM SMK TAMBUNAN PEPERIKSAAN TINGKATAN ENAM SMK TAMBUNAN
PEPERIKSAAN TINGKATAN ENAM SMK TAMBUNAN PEPERIKSAAN TINGKATAN ENAM SMK
TAMBUNAN PEPERIKSAAN TINGKATAN ENAM SMK TAMBUNAN 2009 PEPERIKSAAN
TINGKATAN ENAM SMK TAMBUNAN PEPERIKSAAN TINGKATAN ENAM SMK TAMBUNAN
PEPERIKSAAN TINGKATAN ENAM SMK TAMBUNAN PEPERIKSAAN TINGKATAN ENAM SMK
TAMBUNAN PEPERIKSAAN TINGKATAN ENAM SMK TAMBUNAN PEPERIKSAAN
PENGAJIAN AM
TINGKATAN ENAM SMK TAMBUNAN PEPERIKSAAN TINGKATAN ENAM SMK TAMBUNAN
PEPERIKSAAN TINGKATAN ENAM SMK TAMBUNAN PEPERIKSAAN TINGKATAN ENAM SMK
TAMBUNAN PEPERIKSAAN TINGKATAN ENAM SMK TAMBUNAN PEPERIKSAAN
KERTAS 2 ( Tiga jam)
TINGKATAN ENAM SMK TAMBUNAN PEPERIKSAAN TINGKATAN ENAM SMK TAMBUNAN
PEPERIKSAAN TINGKATAN ENAM SMK TAMBUNAN PEPERIKSAAN TINGKATAN ENAM SMK

SMK TAMBUNAN, TAMBUNAN SABAH

PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN (PST)

SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA (STPM)

Arahan kepada calon:

Jawab enam soalan. Pilih satu soalan daripada tiap-tiap Bahagian A, B, D, dan E dan
dua soalan dalam Bahagian C.

Gunakan lembaran kertas yang berlainan bagi tiap-tiap bahagian.

Markah untuk tiap-tiap soalan diberikan dalam tanda kurung [ ].

NOTA

Bersama dengan kertas soalan ini anda harus menerima kertas graf. Jika tidak,
sila minta daripada pengawas peperiksaan.

Disediakan Oleh; Disemak Oleh;

(CLARENCE J. GAUBI) (REGINA BOLILIT)


Ketua Panitia, Guru Matapelajaran,
Panitia Pengajian Am, Pengajian Am
SMK Tambunan SMK Tambunan

Kertas soalan ini terdiri daripada 09 halaman bercetak.


SMK Tambunan, Tambunan. www.sementadaily.co.cc

900/2 [Lihat sebelah

*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. SULIT*
Peperiksaan Pertengahan Tahun 2009 2 SULIT*

Bahagian A

Pilih satu daripada tajuk-tajuk di bawah ini, dan tulis karangan yang panjangnya antara 250 hingga
300 patah perkataan. [ 25 Markah ]

1. Pembangunan modal insan telah dicetuskan oleh Y.A.B Perdana Menteri, Dato Seri Abdullah Hj.
Ahmad Badawi dalam Rancangan Malaysia Ke-9 (RMK9) merupakan intipati penting dalam
pembangunan negara. Oleh itu, penambahbaikan sistem pendidikan merupakan salah satu
langkah yang telah dijalankan oleh pihak kerajaan untuk merealisasikan matlamat tersebut.
Bincangkan.

2. Kenaikan harga pelbagai jenis barangan secara drastik akhir-akhir ini menuntut kebijaksanaan
pengguna dalam berbelanja. Pada masa yang sama, pihak kerajaan perlu mengambil langkah
yang berkesan agar hak pengguna sentiasa terpelihara. Jelaskan.

Bahagian B

Pilih satu daripada tajuk-tajuk di bawah ini, dan tulis karangan yang panjangnya antara 250 hingga
300 patah perkataan. [ 25 Markah ]

3. Akuakultur menyumbangkan kira-kira 20 peratus daripada jumlah tangkapan ikan di Malaysia.


Salah satu kepentingan akuakultur ialah membekalkan sumber protein. Sehubungan itu,
pelbagai langkah perlu dijalankan untuk meningkatkan sektor ini.
Jelaskan pernyataan di atas.

4. Biodiversiti penting kepada semua hidupan yang ada di bumi ini. Justeru, pelbagai pendekatan
yang proaktif perlu diambil untuk mengekalkan keseimbangannya. Bincangkan.

Bahagian C

Jawab dua soalan dalam bahagian ini . Pilih satu daripada soalan 5 (a) atau 5 (b) dan satu daripada
soalan 6 (a) atau 6 (b). [ 20 Markah ]

5 (a). Sikap saling memahami budaya, bangsa dan agama dalam kalangan pelbagai kaum di negara
ini wajar menjadi teras perpaduan. Kita perlu mempastikan hubungan baik ini berkekalan dan
semangat tolak ansur menjadi pegangan kehidupan seharian supaya generasi masa depan dapat
mewarisinya, sekaligus membudayakan cara hidup ini demi kemakmuran serta keamanan negara…
(Dipetik daripada http://www.bharian.com.my)

i) Apakah yang anda faham tentang teras perpaduan?


ii) Dengan menggunakan tidak melebihi 50 patah perkataan, jelaskan langkah-langkah
untuk merealisasikan perpaduan di negara kita.

ATAU

5 (b). Mencapai kesaksamaan gender dan memperkasakan wanita adalah perlu untuk mencapai
pembangunan sosial, ekonomi dan politik. Hari ini, anak-anak gadis dan wanita masih terus
menerima manfaat daripada perkhidmatan kesihatan dan penidikan. Wanita-wanita di Malaysia juga
kini terlibat dengan lebih aktif di dalam bidang politik dan lain-lain inisiatif di peringkat kebangsaan…
(Dipetik daripada http://www.bharian.com.my)

i) Apakah yang dimaksudkan dengan kesaksamaan gender?


ii) Dengan tidak melebihi 50 patah perkataan, jelaskan langkah-langkah yang telah
dijalankan untuk mencapai kesaksamaan gender di Malaysia.

900/2 [Lihat sebelah


*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. SULIT*
Peperiksaan Pertengahan Tahun 2009 3 SULIT*

6 (a). Sekitar 2000 tahun yang lalu bapa ilmu kedoktoran barat, Hipocrates, berkata bahawa pola
makanan yang sihat dan seimbang dapat menunjang kesihatan seseorang secara optima. Makanan
suplemen merupakan makanan yang mengandungi zat-zat gizi dan non-gizi dalam bentuk kapsul,
cecair dan serbuk yang fungsinya sebagai pelengkap kekurangan zat gizi.
(Dipetik daripada American Cancer Society Journal, 2008)

i) Apakah makanan suplemen?


ii) Dengan menggunakan tidak lebih daripada 50 patah perkataan, jelaskan kebaikan
makanan suplemen.

ATAU

6 (b). Penyelidikan dalam bidang bioteknologi sawit dilaksanakan oleh Pusat Kemajuan Bioteknologi
dan Biakbaka (ABBC) MPOB. Bidang penyelidikan dalam sektor perladangan boleh meningkatkan
keupayaan menjana teknologi dan inovasi bagi merealisasikan matlamat kerajaan menjadi sektor
berasaskan pertanian sebagai salah satu penjana ekonomi Negara…
(Sumber : http://www.mpob.gov.my)

i) Apakah peranan bidang penyelidikan dalam sektor pertanian?


ii) Dengan menggunakan tidak lebih daripada 50 patah perkataan, jelaskan langkah-
langkah untuk meningkatkan penyelidikan dalam bidang pertanian.

Bahagian D

Jawab satu soalan sahaja dalam bahagian ini. [15 markah]

7. Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah, sediakan carta yang sesuai untuk
menunjukkan eksport dan import barangan utama di Malaysia pada tahun 2006.

Pertumbuhan ekonomi yang agak memberangsangkan di negara ini telah menyebabkan


perdagangan Malaysia berkembang sebanyak 23.9% pada tahun 2006. Eksport kasar barangan
utama Malaysia telah meningkat kepada RM480.6 bilion pada tahun 2006 manakala import kasar
Malaysia berjumlah RM250 bilion. Keadaan ini disebabkan oleh penguncupan permintaan barangan
import dalam negeri.

Rakan dagang utama bagi eksport jentera dan kelengkapan Malaysia ialah Singapura. Nilai
eksport jentera dan kelengkapan Malaysia telah meningkat sebanyak 21.6% kepada RM262.3 bilion
iaitu 54.58% daripada jumlah eksport pada tahun 2006. Namun begitu, import jentera dan
kelengkapan Malaysia pada tahun tersebut telah berkurangan kepada hanya RM109.6 bilion.

Malaysia terus aktif mengeksport bahan api galian seperti petroleum ke luar negara. Eksport
bahan api galian terus meningkat sebanyak RM19.8 bilion kepada RM65.6 bilion pada tahun 2006.
Namun begitu, import Malaysia bagi barangan ini tidak berubah dari tahun sebelumnya iaitu hanya
9.88% daripada jumlah import pada tahun tersebut.

Barangan keluaran kilangan merupakan eksport yang ketiga pentingnya bagi Malaysia pada tahun
2006. Malaysia mengeksport barangan kilangnya ke negara-negara ASEAN yang lain. Eksport
Malaysia bagi barangan kilang mencecah RM47.2 bilion. Malaysia banyak mengimport barangan
kilang kerana permintaan tempatan yang tinggi. Nilai import barangan keluaran kilang telah
meningkat sebanyak 17.9% kapada RM29.3 bilion.

Bahan-bahan kimia masih menjadi eksport penting Malaysia pada tahun 2006. Malaysia telah
mengeksport bahan-bahan kimia ke negara jiran serta rakan dagang seperti Amerika Syarikat dan
Jepun. Nilai eksport bahan kimia telah meningkat sebanyak RM1.89 bilion berbanding hanya
RM35.01 bilion pada tahun 2005. Nilai import bahan-bahan kimia Malaysia pada tahun tersebut telah
kekal sebanyak RM20.7 bilion iaitu 8.28% dari nilai import pada tahun 2006.

900/2 [Lihat sebelah


*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. SULIT*
Peperiksaan Pertengahan Tahun 2009 4 SULIT*

Bahan-bahan mentah bukan makanan pula masih kekal menjadi eksport utama Malaysia
walaupun nilainya semakin merosot. Pada tahun 2006, eksport bahan-bahan mentah telah
menyumbang sebanyak 4.68% daripada jumlah eksport kasar manakala nilai import barangan
tersebut telah meningkat sebanyak 3.22% kepada RM16.9 bilion. Dagangan dengan Negara-Negara
Perindustrian Baru Asia (NIE) telah menyebabkan import Malaysia bagi barangan tersebut semakin
meningkat.

Eksport makanan Malaysia telah berkembang dengan pesat sebanyak 32.9% kepada RM18.0 bilion
pada tahun 2006 manakala import makanan pula merosot sebanyak 3.2% kepada RM12.3 bilion
sahaja. Amerika Syarikat merupakan rakan dagangan utama Malaysia. Perdagangan barang-barang
lain telah berkembang dengan nilai eksport RM28.1 bilion dan nilai import pula ialah sebanyak
RM36.5 bilion.
(Dipetik dan diubahsuaikan daripada Laporan
Ekonomi, Kementerian Kewangan Malaysia, 2007)

8. Berdasarkan maklumat yang diberi dalam petikan di bawah ini, sediakan graf yang sesuai untuk
menunjukkan keluasan penggunaan tanah pertanian bagi tempoh tahun 2002 hingga tahun 2008 di
Malaysia.

Sektor pertanian mencatat prestasi yang bercampur-campur dari segi pertumbuhan keluaran.
Walaupun sektor pertanian mengalami kadar pertumbuhan yang lebih rendah, pelaksanaan pelbagai
strategi dan program telah memperkukuh orientasi pasaran sektor ini.

Secara keseluruhannya, pengukuhan pasaran pertanian telah memberikan manfaat kepada sektor
tanaman industri memandangkan penyatuan kebun kecil akan membolehkan faedah ekonomi
bidangan dicapai. Penggunaan tanah pertanian pada tahun 2002 seluas10.970 juta hektar telah
meningkat kepada 11.379 juta hektar pada tahun 2005. Strategi mempelbagaikan makanan telah
mewujudkan asas yang kukuh bagi membangunkan produk makanan bernilai tinggi termasuk aktiviti
hiliran. Hal ini menyebabkan penggunaan tanah pertanian dijangka meningkat kepada 11.556 juta
hektar pada tahun 2008.

Kawasan tanaman kelapa sawit meningkat pada kadar 3.6% setahun mencapai 4.750 juta hektar
pada tahun 2005 berbanding dengan 3.950 juta hektar pada tahun 2002. Bagi memastikan sektor ini
berkembang dan membendung kejatuhan harga minyak, kerajaan telah menyediakan pakej
rangsangan untuk tujuan menggalakkan klon berhasil tinggi. Kerajaan juga menggalakkan
pembukaan tanah baru dan dijangka mencapai 4.955 juta hektar pada tahun 2008.

Pengeluaran getah telah meningkat pada kadar 0.4% setahun walaupun kawasan tanaman getah
pula terus berkurangan lebih kurang sebanyak 2.9% setahun antara tahun 2002 hingga tahun 2005
daripada 2.431 juta hektar pada tahun 2002. Sebagai akibatnya pekebun kecil beralih kepada
tanaman lain yang menghasilkan pendapatan yang lebih tinggi. Keluasan tanaman getah dijangka
berkurangan sebanyak 0.065 juta hektar menjadi 2.250 juta hektar pada tahun 2008.

Pengeluaran padi telah meningkat sedikit pada kadar 0.1 peratus setahun kepada 2.15 juta tan
pada tahun 2005. Kawasan yang dituai telah berkurangan daripada 1.999 juta hektar kepada 1.684
juta hektar pada tahun 2005 berikutan daripada keadaan cuaca yang tidak baik dan penukaran
penggunaan tanah untuk kegunaan lain. Faktor-faktor di atas telah mendorong kepada pengurangan
keluasan tanaman padi dan dijangka penggunaan tanah untuk penanaman padi pada tahun 2008
seluas 1.680 juta hektar.

Bagi memastikan hasil yang lebih tinggi dan meningkatkan pendapatan petani, tumpuan kepada
pengeluaran berorentasikan pasaran yang mencukupi dijalankan. Penggunaan tanah pertanian untuk
buah-buahan dan sayur-sayuran telah meningkat kepada 1.380 juta hektar pada tahun 2005
berbanding dengan 1.328 juta hektar pada tahun 2002. Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan
(FAMA) telah mewujudkan hubungan pertanian secara kontrak antara petani dan peladang dengan
pasar raya utama bagi mengukuhkan pasaran ini. Keadaan ini menyebabkan penggunaan tanah
untuk buah-buahan dan sayur-sayuran dijangka meningkat kepada 1.419 juta hektar.

900/2 [Lihat sebelah


*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. SULIT*
Peperiksaan Pertengahan Tahun 2009 5 SULIT*

Penggunaan tanah pertanian untuk komoditi-komoditi lain telah merosot kepada 1.250 juta hektar
pada tahun 2005 berbanding dengan tahun 2002. Peningkatan penggunaan tanah untuk lada hitam
telah meningkatkan penggunaan tanah untuk komoditi-komoditi lain kepada 1.252 juta hektar pada
tahun 2008.

(Dipetik dan diubah suai daripada Kajian RMK8


dan Kajian Separuh Penggal RMK9, 2001-2007)

Bahagian E

Jawab satu soalan sahaja dalam bahagian ini. [15 markah]

9. Berdasarkan jadual di bawah, huraikan kemasukan pesakit ke hospital kerajaan pada tahun 1999
dan 2000. Jelaskan punca yang menyebabkan kes-kes keracunan makanan semakin meningkat
dalam kalangan murid-murid sekolah.

Sebab Utama Kemasukan ke Hospital Kerajaan di Semenanjung Malaysia,


Tahun 1999 dan 2000

Sebab-sebab Tahun 1999 (kes) Tahun 2000 (kes)

Kemalangan 119 968 212 693


Penyakit berkaitan
85 958 91 028
sistem peredaran darah
Penyakit berkaitan
81 962 81 052
sistem pernafasan
Penyakit berkaitan
56 901 59 503
penghadaman makanan
Penyakit yang
berhubung dengan 15 101 17 471
darah
Keracunan makanan 107 259 131 573

Barah malignant 31 090 44 260

Sebab-sebab lain 286 080 223 163

Jumlah 784 319 860 743

(Sumber: Dipetik dan diubahsuaikan daripada Buku Tahunan Perangkaan


Malaysia, November 2002, Jabatan Perangkaan Malaysia)

900/2 [Lihat sebelah


*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. SULIT*
Peperiksaan Pertengahan Tahun 2009 6 SULIT*

10. Berdasarkan carta aliran yang diberi, jelaskan aliran tebus guna pelbagai bahan buangan yang
boleh dilaksanakan oleh sesebuah firma.

Aliran Kitar Semula Bahan Buangan

(Dipetik dan diubahsuai daripada Laporan Institut Penyelidikan


dan Pembangunan Pertanian Malaysia (MARDI), 2002)

900/2 [Lihat sebelah


*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. SULIT*
Peperiksaan Pertengahan Tahun 2009 7 SULIT*

Skema Jawapan: Cadangan

BAHAGIAN A

2. Pembangunan modal insan telah dicetuskan oleh Y.A.B Perdana Menteri, Dato Seri Abdullah Hj. Ahmad Badawi dalam
Rancangan Malaysia Ke-9 (RMK9) merupakan intipati penting dalam pembangunan negara. Oleh itu, penambahbaikan
sistem pendidikan merupakan salah satu langkah yang telah dijalankan oleh pihak kerajaan untuk merealisasikan
matlamat tersebut. Bincangkan.

Pendahuluan :

• Modal insan merupakan individu yang berilmu, berkeyakinan, mempunyai nilai murni, inovatif, berdisiplin, bersemangat
patriotik, cekal dan berdaya saing.

Isi :
A) Kepentingan Pembangunan Modal Insan

1. Menyediakan sumber tenaga yang berkualiti.

• Lebih 90,000 pelajar ditaja oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Majlis Amanah Rakyat (MARA) untuk
menghasilkan sumber tenaga berkualiti.
• Sebagai contoh, pemberian biasiswa oleh JPA dan MARA.
• Kemudahan pendidikan yang disediakan oleh kerajaan dari peringkat rendah hingga ke peringkat tinggi sudah pasti
akan menghasilkan sumber tenaga yang berkualiti.
• Sebagai contoh, kemudahan Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT) merangkumi semua sekolah, pembinaan makmal
komputer dan penjanaan solar di sekolah pedalaman.

2. Menyediakan masyarakat yang berdaya saing dalam ekonomi.

• Mewujudkan koridor pembangunan ekonomi.


• Sebagai contoh, pelancaran Iskandar Malaysia, Wilayah Ekonomi Koridor Utara, Wilayah Ekonomi Koridor Timur,
Wilayah Koridor Pembangunan Ekonomi Sabah (SDC) dan Wilayah Koridor Pembangunan Ekonomi Sarawak
(SCORE) akan menwujudkan rakyat Malaysia yang berdaya saing dalam ekonomi.
• Kewujudan koridor pembangunan ekonomi akan membuka peluang pekerjaan kepada rakyat.
• Para pelabur akan membuka kilang-kilang di Malaysia dan ini akan meningkatkan budaya kerja yang tinggi.
• Penekanan kerajaan di dalam sains, teknologi dan penguasaan bahasa asing boleh menghasilkan masyarakat yang
berdaya saing. Hal ini akan meningkatkan produktiviti negara.
• Sebagai contoh, penguasaan bahasa Inggeris, bahasa Cina dan bahasa Tamil.
3. Melahirkan barisan pemimpin yang berkaliber dan berketrampilan.

• Melalui Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara akan menghasilkan pelajar berkualiti yang akan menjadi bakal
pemimpin pada masa hadapan.
• Penubuhan Institut Integriti Nasional (PIN) juga boleh menghasilkan pemimpin yang telus.

4. Melahirkan masyarakat yang tinggi nilai rohaninya.

• Dasar pendidikan yang menekankan insan seimbang akan melahirkan masyarakat yang tinggi nilai rohaninya.
• Penekanan kepada mata pelajaran seperti Pendidikan Islam, Pengetahuan Moral serta Sivik dan Kewarganegaraan
akan melahirkan warganegara yang mempunyai jati diri yang tinggi.
• Program Islam Hadhari juga boleh melahirkan masyarakat yang berakhlak mulia.

5. Melahirkan masyarakat yang berdisiplin.

• Pelaksanaan PLKN akan melahirkan belia yang berdisiplin.


• Penekanan kegiatan Kokurikulum dalam pendidikan juga akan menghasilkan pelajar yang patuh kepada peraturan
dan menghormati norma-norma masyarakat.

B) Langkah Untuk Membangunkan Modal Insan :

6. Penambahbaikan terhadap sistem pendidikan.

• Memperkasakan sekolah rendah dan menengah melalui Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP).
• Memberi peluang pendidikan percuma untuk semua melalui pemansuhan yuran peperiksaan, memperluaskan Skim
Pinjaman Buku Teks (SPBT) dan pemberian sepasang pakaian seragam kepada pelajar yang miskin.
• 60 buah Sekolah Kluster telah diwujudkan tahun 2008 untuk melonjakkan kecemerlangan pendidikan negara.

7. Membangunkan Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) bertaraf antarabangsa.

• Pada 27 Ogos 2007 Pelan Strategik Pengajian Tinggi telah dilancarkan.


• Kerajaan telah memperuntukkan RM12 billion untuk melaksanakan pelbagai projek untuk membangunkan universiti
bertaraf antarabangsa.
• Sebagai contoh, kewujudan Universiti Malaysia Kelantan, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia dan Universiti
Darul Iman Malaysia.

900/2 [Lihat sebelah


*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. SULIT*
Peperiksaan Pertengahan Tahun 2009 8 SULIT*

8. Mempertingkatkan program latihan dan kemahiran.

• Mewujudkan sumber tenaga kerja dan berdaya saing.


• Sebanyak RM 2 billion diperuntukkan kepada pelbagai agensi latihan kerajaan.
• RM 480 juta pula telah diperuntukkan untuk Pusat Giat MARA, ILP dan IKBN.

9. Mempergiatkan aktiviti Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) dan pengkormesilan.

• Kerajaan memperuntukkan sebanyak RM 230 juta kepada Dana Sains, RM 300 juta Dana Tekno dan RM 546 juta
bagi program R&D institusi penyelidikan.
• Program Aeroangkasa telah dilaksanakan oleh pihak kerajaan untuk mengkormesilkan penyelidikan bertaraf dunia.

10. Melaksanakan program sosial.

• PLKN dan program Rakan Muda diwujudkan untuk membangunkan warga muda ke arah berdisiplin, berdaya tahan
dan berdaya kepimpinan.
• Melaksanakan program tanggungjawab sosial korporat.
• Sebagai contoh, pihak PETRONAS telah melaksanakan tanggungjawab sosialnya dengan membina sebuah hospital
yang dinamakan Hospital PETRONAS.

11. Mempertingkatkan program kerohanian.

• Program Islam Hadhari diperkenalkan bertujuan mengutamakan aspek ketamadunan umat seimbang.
• Sebagai contoh, menaikkan elaun AJK masjid, menaiktarafkan Sekolah Agama Rakyat (SAR) melalui
pengambilalihan oleh pentadbiran Kerajaan Persekutuan serta mempertingkatkan program Rakan Masjid.

12. Mewujudkan program ekonomi.

• Melancarkan wilayah pembangunan ekonomi seperti Iskandar Malaysia, Wilayah Ekonomi Koridor Utara, Wilayah
Ekonomi Koridor Timur, Koridor Pembangunan Ekonomi Sabah dan Koridor Pembangunan Ekonomi Sarawak.
• Kewujudan koridor pembangunan ekonomi akan melahirkan peluang pekerjaan dan pada masa yang sama
mengurangkan masalah pengangguran dan jenayah.

Penutup :

• Modal insan kelas pertama penting bagi menjayakan Wawasan 2020.

Nota : 1. Pendekatan Menjawab = 2 + 2


2. Isi Pertama : wajib ( Penambahbaikan Sistem Pendidikan)
3. Sekiranya tiada isi pertama : Skema diterima = 2 + 1

2. Kenaikan harga pelbagai jenis barangan secara drastik akhir-akhir ini menuntut kebijaksanaan pengguna dalam berbelanja.
Pada masa yang sama, pihak kerajaan perlu mengambil langkah yang berkesan agar hak pengguna sentiasa terpelihara.
Jelaskan.

Pendahuluan :

• Sejak akhir-akhir ini, isu kenaikan harga barangan hangat diperkatakan.

Isi :

A) Sikap Pengguna Bijak :

1. Bijak berbelanja.

• Melaksanakan perbelanjaan berhemat.


• Pengguna yang berbelanja kepada barangan yang perlu sahaja.
• Pengguna sepatutnya menyenaraikan barangan yang diperlukan sebelum membeli.
• Mengutamakan pembelian semasa promosi jualan.
• Menyediakan belanjawan keluarga pada setiap bulan untuk mengelakkan pembaziran serta sebagai langkah berjimat
cermat.

2. Membandingkan harga.

• Pengguna perlu membandingkan harga antara kedai-kedai sebelum membeli barangan


• Membeli di kedai yang menawarkan harga berpatutan dan kualiti yang baik
• Menghindarkan anggapan bahawa harga yang tinggi melambangkan mutu yang tinggi

3. Tidak terpedaya dengan iklan.

900/2 [Lihat sebelah


*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. SULIT*
Peperiksaan Pertengahan Tahun 2009 9 SULIT*

• Bijak dan tidak terpengaruh dengan iklan atau jurujual yang pandai memujuk rayu.
• Langkah ini diambil untuk mengelakkan daripada terpedaya membeli barangan yang tidak diperlukan.
• Pengguna membuat penelitian saksama dan rasional sebelum membeli atau menggunakan sesuatu barangan atau
perkhidmatan.

4. Membeli barangan yang diakui mutunya.

• Membeli barangan yang tidak berbahaya kepada manusia atau alam sekitar seperti barangan permainan kanak-
kanak.
• Merujuk kepada isi kandungan, label dan tarikh luput sebelum membuat keputusan membeli barangan tersebut.
• Mengelakkan daripada membeli barangan yang tidak boleh digunakan agar pembaziran tidak akan berlaku.

B) Langkah-langkah Kerajaan Untuk Melindungi Pengguna :

5. Penguatkuasakan undang-undang.

• Undang-undang meliputi semua aspek sama ada dari peringkat pra pembelian, semasa pembelian dan selepas
pembelian.
• Peraturan juga meliputi berkaitan dengan kontrak, sewa beli, kredit dan sebagainya seperti Akta Timbang dan Sukat,
Akta Perihal Dagangan dan Akta Jualan Murah.
• Undang-undang yang digubal mestilah dilaksanakan dengan tegas dan konsisten tanpa mengira latar belakang.
• Pihak berkuasa sentiasa membuat pemantauan terhadap kenaikan dan juga para peniaga.
• Sebagai contoh, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna sentiasa membuat pemantauan
terhadap kenaikan harga barangan.

6. Mengawal bekalan barang.

• Kawalan meliputi penawaran beberapa jenis barangan keperluan harian dan harganya.
• Sebagai contoh, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna telah menetapkan beberapa
jenis barangan keperluan harian seperti tepung, garam, beras dan minyak masak.
• Mengawal bekalan 21 jenis barangan seperti tepung gandum dan gula perlu sepanjang tahun dan tambahan 25 jenis
lagi (gula, daging dan ayam) semasa musim perayaan.

7. Meningkatkan program pendidikan kepenggunaan.

• Program pendidikan kepenggunaan dijalankan agar para pengguna dan peniaga tahu akan hak dan tanggungjawab
mereka.
• Langkah ini dijalankan oleh persatuan para pengguna seperti Persatuan Gabungan Pengguna Malaysia (FOMCA),
Persatuan Persatuan Pulau Pinang (CAP) dan Persatuan Pengguna Sabah (CASH).
• Menyebarluaskan maklumat dari semasa ke semasa melalui media massa.
• Penekanan juga diberikan kepada para peniaga agar mereka mempunyai nilai moral dalam menjalankan urusan
perniagaan.

8. Peletakan tanda harga.

• Pihak berkuasa mewajibkan para peniaga runcit meletakkan tanda harga pada barangan mereka
• Pengguna akan dapat membuat perbandingan harga
9. Maklumat pada bungkusan barangan.

• Pihak berkuasa mewajibkan maklumat tertentu ditandakan pada bungkusan barang-barang seperti kuantiti, berat,
butiran pengilang, isi kandungan dan tarikh luput.

10. Memberi pengiktirafan.

• Syarikat atau organisasi tertentu diberi pengiktirafan ISO 9000 dan Standard Piawaian Makanan pada barangan dan
perkhidmatan yang diakui bermutu.
• Memberi pengiktirafan kepada kedai harga patut

Penutup :

• Halangan-halangan kepenggunaan semakin mencabar. Hal ini kerana situasi ekonomi negara tidak dapat dielakkan
daripada bertembung dengan pengaruh ekonomi global.

Nota : Pendekatan Menjawab = 2 + 2

900/2 [Lihat sebelah


*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. SULIT*
Peperiksaan Pertengahan Tahun 2009 10 SULIT*

BAHAGIAN B

3. Akuakultur menyumbangkan kira-kira 20 peratus daripada jumlah tangkapan ikan di Malaysia. Salah satu kepentingan
akuakultur membekalkan sumber protein. Sehubungan dengan itu, pelbagai langkah perlu dijalankan untuk meningkatkan
sektor ini. Jelaskan pernyataan tersebut.

Pendahuluan :

• Perikanan akuakultur pada masa kini merupakan sub sektor pertanian yang amat penting sebagai pelengkap kepada
sektor perikanan laut di Malaysia.

Isi :

A) Kepentingan Akuakultur :

1. Membekalkan sumber protein.

• Daripada sumber Jabatan Perikanan, pada tahun 2007 sahaja, akuakultur telah menyumbangkan lebih kurang
729.47 tan metrik bekalan protein kepada negara.
• Justeru, sumber protein yang dibekalkan adalah mencukupi.
• Sektor akuakultur menjadi pembekal tetap kepada negara.
• Sebagai alternatif kepada perikanan marin yang tidak dapat membekalkan ikan sepanjang tahun.
• Sebagai contoh, udang, ikan kerapu dan ikan keli.

2. Menggalakkan program Penyelidikan dan Pembangunan (R&D).

• Perikanan akuakultur turut membantu meningkatkan teknologi dalam negara menerusi program R&D seperti
penyelidikan pembiakbakaan, cara-cara pembungkusan dan kajian pemakanan hasil ikan.
• Sebagai contoh, Jabatan Perikanan dan Institut Penyelidikan Perikanan di Pulau Pinang telah menghasilkan benih
ikan dan udang yang bermutu tinggi.

3. Mengelakkan kepupusan hidupan marin.

• Aktiviti perikanan di laut yang giat dijalankan telah menyebabkan sesetengah hidupan marin semakin pupus. Oleh
itu, dengan adanya sektor akuakultur, spesies marin yang semakin pupus boleh dipelihara seperti ikan kerapu,
udang harimau dan siakap.
• Pihak kerajaan telah menghasilkan pembiakbakaan spesies baru untuk mengelakkan fenomena kepupusan.

4. Mengurangkan kemusnahan dan gangguan ekosistem.

• Tidak melibatkan penggunaan peralatan yang boleh mengganggu dan memusnahkan habitat.
• Sebagai contoh, pihak nelayan tidak perlu lagi menggunakan pukat yang akan memusnahkan batu karang.
• Tidak mencemarkan air kerana menggunakan teknologi mesra alam. Sebagai contoh, penggunaan sangkar dan
tong.

B) Langkah-langkah Memajukan Bidang Akuakultur :

5. Melalui Penyelidikan dan Pembangunan (R&D)

• Aplikasi bioteknologi dalam akuakultur.


• Penyelidikan untuk menghasilkan ikan-ikan yang bermutu tinggi seperti kerapu tikus, siakap dan udang harimau.
• Kajian tentang kaedah penternakan yang mesra alam.
• Sebagai contoh, penternakan ikan keli yang dijalankan di Kelantan dengan menggunakan tong.
• Membuat kajian dan penyelidikan yang berterusan dalam bidang sains pemakanan berasaskan akuakultur.

6. Meningkatkan bilangan tenaga pakar dalam bidang akuakultur.

• Sebagai contoh, Universiti Malaysia Sabah (UMS) telah menawarkan Sekolah Biologi Marin yang memberikan
penumpuan terhadap kepentingan akuakultur.
• Universiti Sains Malaysia (USM) telah memperkenalkan bidang Sains Pemakanan.
• Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) telah memberikan penekanan terhadap cara dan kaedah-kaedah baru
dalam penternakan ikan.
• Latihan kepakaran di negara-negara luar seperti Jepun dan Jerman.

7. Penggunaan teknologi terkini.

• Penggunaan teknologi pembiakbakaan dalam akuakultur.


• Sebagai contoh, teknologi dari Jerman telah digunakan oleh LKIM untuk memajukan kaedah pembiakbakaan di
Malaysia.

900/2 [Lihat sebelah


*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. SULIT*
Peperiksaan Pertengahan Tahun 2009 11 SULIT*

• Teknologi pembungkusan telah dilaksanakan dengan berkesan dan menghasilkan bahan akuakultur yang bernilai
tinggi dan komersil.

8. Mempelbagaikan makanan berasaskan akuakultur.

• Teknologi pengawetan telah menghasilkan makanan berasaskan akuakultur yang tahan lama dan boleh dieksport.
• Pengetinan ikan telah dijalankan seperti ikan keli, siakap dan kerapu.
• Penghasilan makanan berasaskan hidupan marin seperti bebola ikan, keropok udang dan sos tiram.

Penutup :

• Sektor akuakultur sangat penting bagi menjamin bekalan protein yang berterusan.

Nota : 1. Pendekatan Menjawab : 2 + 2


2. Isi satu wajib diberi, jika tiada = 1 + 2.

4. Biodiversiti penting kepada semua hidupan yang ada di bumi ini. Justeru, pelbagai pendekatan yang proaktif perlu diambil
untuk mengekalkan keseimbangannya. Bincangan.

Pendahuluan :

• Biodervisiti merangkumi semua bentuk kehidupan flora dan fauna.

Isi :

A) Kepentingan Biodiversiti :

1. Penyelidikan dan Pembangunan (R&D).

• Biodiversiti telah dijadikan tempat untuk menjalankan pelbagai Penyelidikan dan Pembangunan (R&D).
• Sebagai contoh, penyelidikan berkaitan hutan simpan yang dijalankan di Pahang.
• Penyelidikan yang dijalankan terhadap biodiversiti menjamin kelestarian alam.
• Selain itu, kajian terhadap biodervisiti juga akan menjadi disiplin penting di Institusi Pengajian Tinggi.

2. Membekalkan makanan.

• Flora dan fauna akan membekalkan sumber makanan.


• Rantaian makanan akan terpelihara.

3. Sebagai sumber perubatan.

• Tanaman seperti Tongkat Ali, Kacip Fatimah, ubi jaga, serai wangi dan Misai Kucing boleh dijadikan sebagai sumber
perubatan alternatif.
• Perubatan herba boleh mengubati penyakit tertentu.
• Sebagai contoh, daun misai kucing dapat menyembuhkan penyakit tekanan darah tinggi dan akar pokok bakawali
pula dapat mengubati penyakit diabetis.

4. Mengekalkan habitat.

• Pemuliharaan biodiversiti memberi jaminan pengekalan sumber semulajadi.


• Tempat perlindungan hidupan liar.
• Tempat pembiakan semulajadi.

5. Sebagai penstabil cuaca.

• Menyerap karbon dioksida dan membebaskan oksigen melalui proses fotosintesis.


• Menstabilkan kitaran hidrologi.
• Memberikan keseimbangan suhu.
• Mengurangkan kesan rumah hijau.

B) Langkah-langkah Mengekalkan Keseimbangan Biodiversiti :

7. Pemuliharaan kepelbagaian biologi.

• Aktiviti penanaman semula telah dijalankan untuk memulihara biodiversiti.


• Hidupan liar telah dikawal, dijaga dan dilindungi agar tidak pupus. Sebagai contoh, perlindungan terhadap Orang
Utan, rusa dan badak sumbu.
• Mengisytiharkan sebagai tapak warisan dunia seperti Pulau Sipadan.

8. Penyelidikan dan Pembangunan (R&D).

900/2 [Lihat sebelah


*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. SULIT*
Peperiksaan Pertengahan Tahun 2009 12 SULIT*

• Kajian dan penyelidikan yang dilakukan terhadap sisa kelapa sawit.


• Sebagai contoh, tandan kelapa sawit telah dijadikan sumber biogas manakala sisanya pula diproses menjadi kertas.

9. Pembangunan lestari.

• Pembangunan yang tidak mengenepikan alam sekitar (mesra alam).


• Setiap pembangunan harus mendapat penilaian kesan alam sekitar (EIA) daripada Jabatan Alam Sekitar (JAS)

10. Pendidikan sains dan biologi

• Subjek Sains dan Biologi telah diperkenalkan di setiap sekolah yang memberikan penekanan tentang keperluan
pengekalan biodiversiti.
• Menerapkan kepentingan biodervisiti dalam subjek lain (merentas kurikulum).

11. Program kitar semula.

• Penggunaan bahan kitar semula yang mesra alam.


• Sebagai contoh, besi buruk, kertas, plastik dan kaca.
• Menyediakan pusat pembuangan barang-barang yang boleh dikitar semula.

12. Penggunaan teknologi mesra alam.

• Menggunakan teknologi mesra alam.


• Sebagai contoh, penggunaan kereta mesra alam, teknologi hampas kelapa dan biogas kelapa sawit.
• Penggunaan mikro organisma untuk menjalankan proses pereputan, rawatan air atau sisa kumbahan.

Penutup :

• Biodiversiti perlu dikekalkan untuk diwarisi oleh generasi akan datang.

Nota : Pendekatan Menjawab = 2 + 2

*** soalan Bhg C – E : excel 1 2008

900/2 [Lihat sebelah


*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. SULIT*

Anda mungkin juga menyukai