Anda di halaman 1dari 8

SULIT*

PKPSMPERLISPKPSMPERLISPKPSMPERLISPKPSMPERLISPKPSMPERLISPKPSMPERLISPKPSMPERLISPKPSMPER
PLPSMPERLISPKPSMPERLISPKPSMPERLISPKPSMPERLISPKPSMPERLISPKPSMPERLISPKPSMPERLISPKPSMPER
900/2 STPM 2009
PKPSMPERLISPKPSMPERLISPKPSMPERLISPKPSMPERLISPKPSMPERLISPKPSMPERLISPKPSMPERLISPKPSMPER
PKPSMPERLISPKPSMPERLISPKPSMPERLISPKPSMPERLISPKPSMPERLISPKPSMPERLISPKPSMPERLISPKPSMPER
112 PENGAJIAN AM
PKPSMPERLISPKPSMPERLISPKPSMPERLISPKPSMPERLISPKPSMPERLISPKPSMPERLISPKPSMPERLISPKPSMPER
PKPSMPERLISPKPSMPERLISPKPSMPERLISPKPSMPERLISPKPSMPERLISPKPSMPERLISPKPSMPERLISPKPSMPER
PKPSMPERLISPKPSMPERLISPKPSMPERLISPKPSMPERLISPKPSMPERLISPKPSMPERLISPKPSMPERLISPKPSMPER
PKPSMPERLISPKPSMPERLISPKPSMPERLISPKPSMPERLISPKPSMPERLISPKPSMPERLISPKPSMPERLISPKPSMPER
KERTAS 2
PKPSMPERLISPKPSMPERLISPKPSMPERLISPKPSMPERLISPKPSMPERLISPKPSMPERLISPKPSMPERLISPKPSMPER
PKPSMPERLISPKPSMPERLISPKPSMPERLISPKPSMPERLISPKPSMPERLISPKPSMPERLISPKPSMPERLISPKPSMPER
PKPSMPERLISPKPSMPERLISPKPSMPERLISPKPSMPERLISPKPSMPERLISPKPSMPERLISPKPSMPERLISPKPSMPER
PKPSMPERLISPKPSMPERLISPKPSMPERLISPKPSMPERLISPKPSMPERLISPKPSMPERLISPKPSMPERLISPKPSMPER
(ESEI)
PKPSMPERLISPKPSMPERLISPKPSMPERLISPKPSMPERLISPKPSMPERLISPKPSMPERLISPKPSMPERLISPKPBMPER
PKPSMPERLISPKPSMPERLISPKPSMPERLISPKPSMPERLISPKPSMPERLISPKPSMPERLISPKPSMPERLISPKPSMPER
PKPSMPERLISPKPSMPERLISPKPSMPERLISPKPSMPERLISPKPSMPERLISPKPSMPERLISPKPSMPERLISPKPSMPER
PKPSMPERLISPKPSMPERLISPKPSMPERLISPKPSMPERLISPKPSMPERLISPKPSMPERLISPKPSMPERLISPKPSMPER
(Tiga jam)
PKPSMPERLISPKPSMPERLISPKPSMPERLISPKPSMPERLISPKPSMPERLISPKPSMPERLISPKPSMPERLISPKPSMPER
PKPSMPERLISPKPSMPERLISPKPSMPERLISPKPSMPERLISPKPSMPERLISPKPSMPERLISPKPSMPERLISPKPSMPER
PKPSMPERLISPKPSMPERLISPKPSMPERLISPKPSMPERLISPKPSMPERLISPKPSMPERLISPKPSMPERLISPKPSMPER

PEPERIKSAAN PERCUBAAN BERSAMA


SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA 2009

ANJURAN
PERSIDANGAN KEBANGSAAN PENGETUA-PENGETUA
SEKOLAH MENENGAH MALAYSIA
(CAWANGAN PERLIS)

Arahan kepada calon:

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA ANDA DIBENARKAN


BERBUAT DEMIKIAN.

Jawab enam soalan. Pilih satu soalan daripada tiap-tiap Bahagian A, B, D, dan E, dan
dua soalan dalam Bahagian C.

Gunakan lembaran kertas yang berlainan bagi tiap-tiap bahagian.

Markah untuk tiap-tiap soalan diberikan dalam tanda kurung [ ].

NOTA
Bersama dengan kertas soalan ini anda harus menerima kertas graf. Jika
tidak, sila minta daripada pengawas peperiksaan.

_________________________________________________________________________
Kertas soalan ini terdiri daripada 8 halaman bercetak.
STPM 900/2
*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. SULIT*
http://smkpbu.blogspot.com
SULIT* 2
© PKPSM 2009

Bahagian A

Pilih satu daripada tajuk-tajuk di bawah ini, dan tulis karangan yang panjangnya antara 250
hingga 300 patah perkataan. [25]

1. Dewasa ini negara kita sering menganjurkan kejohanan sukan bertaraf


antarabangsa. Pelbagai implikasi timbul daripada penganjuran tersebut.
Bincangkan.

2. Membaca merupakan salah satu ciri amalan dan budaya dalam masyarakat maju.
Kempen membaca yang dijalankan oleh kerajaan mempunyai tujuan yang tertentu.
Namun, pelbagai faktor yang menghalang masyarakat dari membudayakan amalan
murni ini. Bincangkan.

Bahagian B

Pilih satu daripada tajuk-tajuk di bawah ini, dan tulis karangan yang panjangnya antara 250
hingga 300 patah perkataan. [25]

3. Dunia hari ini dibimbangi dengan masalah kekurangan bahan makanan.


Penggunaan teknologi dikatakan mampu menangani permasalahan ini.
Bincangkan.

4. Pembangunan lestari memerlukan usaha-usaha yang berterusan dalam menjamin


pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar. Bincangkan.

STPM 900/2
*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. SULIT*
SULIT* 3

Bahagian C

Jawab dua soalan sahaja dalam bahagian ini: satu daripada soalan 5(a) atau 5(b) dan satu
lagi daripada soalan 6(a) atau 6(b). [20]

5 (a) Pengguna perlu diberi penjelasan agar dapat berbelanja secara bijak, terutamanya
dalam memahami iklan yang mampu mempengaruhi pengguna untuk membeli. Pengguna
bertanggungjawab menyedari haknya sebagai pengguna dan perlu bertindak secara bijaksana.
Pengguna mesti diberikan maklumat yang cukup dan tepat untuk memudahkannya membuat
keputusan bijak. Pengiklanan sememangnya mempunyai fungsi yang tersendiri dan mampu
memberikan kesan yang bermakna kepada orang ramai.

(Dipetik dan diubahsuaikan daripada Noor Shuhada Mohammad Yusof,


“Kuasa Iklan”, Dewan Ekonomi, September 2008)

(i) Apakah hak yang perlu diketahui oleh pengguna?

(ii) Dengan menggunakan tidak lebih 50 patah perkataan, bagaimanakah iklan


berperanan dalam mempengaruhi pengguna?

ATAU

(b) “…peningkatan kegiatan jenayah merupakan ‘harga’ yang perlu dibayar atas kerapuhan
nilai masyarakat pada era moden ini, maka pembanterasan jenayah termasuk kegiatan
gengsterisme juga perlu bermula daripada puncanya - membina kembali nilai sosial yang
runtuh. Menangkap dan menghukum gengster yang melakukan jenayah belum tentu dapat
menghapuskan kegiatan gengsterisme. Jadi, jalan terbaik untuk membanterasnya adalah
dengan membetulkan kembali persekitaran sosial yang semakin pincang…”

(Dipetik dan diubahsuaikan daripada Mohd. Shukri Mohd. Ariff,


“Membanteras Jenayah Gengsterisme”
Dewan Masyarakat, Jun 2007)

i) Apakah punca berlakunya peningkatan kegiatan jenayah?

ii) Dengan menggunakan tidak lebih 50 patah perkataan, jelaskan mengapakah


terdapat remaja yang terlibat dalam kegiatan gengsterisme?

STPM 900/2
*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. SULIT*
SULIT* 4

6 (a) Krisis kesihatan dan pemakanan menyebabkan banyak kajian dilakukan bagi
menghasilkan pelbagai pil kesihatan. Kajian saintifik mengenai khasiat tumbuhan dan haiwan
tertentu menghasilkan pelbagai penemuan baharu yang memberangsangkan. Ahli sains dalam
bidang pemakanan dan bioteknologi kini menghasilkan pelbagai jenis produk pemakanan
dalam bentuk pil yang mudah digunakan. Namun, pil yang dihasilkan hanyalah produk yang
boleh membantu dan bukan resolusi mutlak untuk mengatasi masalah pemakanan manusia.

(Dipetik dan diubahsuaikan daripada Abd. Rahim Abd Rashid,


“Pil Kesihatan Gaya Hidup Moden”, Dewan Masyarakat, Ogos 2007)

(i) Bagaimanakah pil kesihatan dihasilkan?

(ii) Dengan menggunakan tidak lebih 50 patah perkataan, nyatakan tujuan


seseorang mengambil pil kesihatan.

ATAU

(b) “…Sindrom Down (SD) adalah suatu keadaan yang berkaitan dengan genetik, iaitu
sesuatu yang berlaku pada peringkat janin lagi. Terdapat 23 pasang kromosom dalam setiap
sel atau dalam kata lain jumlah kromosom dalam setiap sel berjumlah 46 pasang kesemuanya.
Penemuan oleh Professor Jerome Lejeune, ahli genetik Perancis pada tahun 1959 mendapati
kanak-kanak yang unik ini mempunyai kromosom yang berlebihan iaitu terdapatnya satu
kromosom lebih pada pasangan kromosom yang ke 21 dan menyebabkan jumlah kromosom
menjadi 47 kesemuanya…”

(Dipetik dan diubahsuaikan daripada A.Waty M. Noor,


Mendekati Kanak-kanak Sindrom Down,EhwalPendidikan, Mei 2008)

(i) Apakah punca berlakunya Sindrom Down (SD)?

(ii) Dengan menggunakan tidak lebih 50 patah perkataan, jelaskan masalah-


masalah yang dihadapi oleh orang yang mengalami Sindrom Down (SD).

STPM 900/2
*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. SULIT*
SULIT* 5

Bahagian D

Jawab satu soalan sahaja dalam bahagian ini. Jawapan hendaklah dibuat pada kertas graf.
[15]
7. Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah ini, sediakan carta yang
sesuai untuk menunjukkan perbandingan jumlah kenderaan bermotor yang berdaftar di
Malaysia pada tahun 2006 dan 2007.

Pembangunan ekonomi negara telah meningkatkan pendapatan penduduk sekaligus


meningkatkan kuasa beli masyarakat. Selaras dengan peningkatan tersebut kemampuan untuk
membeli kenderaan juga bertambah. Pada tahun 2006 jumlah kenderaan bermotor yang
berdaftar di negara ini ialah 15,605,496 buah telah meningkat sebanyak 1,185,371 buah pada
tahun 2007.

Kenderaan yang paling banyak berada di jalan raya ialah motosikal iaitu berjumlah
6,943,364 buah pada tahun 2007 iaitu peningkatan sebanyak 485,236 buah berbanding tahun
2006. Bilangan remaja yang ramai dan mempunyai kemampuan untuk membeli motosikal
telah meningkatkan bilangan kenderaan ini. Peningkatan dalam pemilikan motosikal juga
disebabkan oleh kelulusan usia 16 tahun sudah boleh memohon mendapatkan lesen memandu.

Motokar juga adalah kenderaan yang mengalami peningkatan yang banyak iaitu
berjumlah 4,941 996 buah pada tahun 2006. Bilangan ini meningkat sebanyak 477,647 buah
pada tahun 2007. Peningkatan paling ketara ialah pada motokar keluaran tempatan iaitu
Proton dan Perodua. Pertambahan juga berlaku pada motokar yang diimport khususnya
jenama Honda dan Toyota yang dimiliki oleh golongan berpendapatan tinggi.

Pertumbuhan ekonomi negara memerlukan jaringan pengangkutan yang lebih baik.


Oleh itu, bilangan kenderaan barangan turut bertambah. Syarikat pengangkutan barangan yang
sedia ada telah menambah kenderaan masing-masing. Bilangan kenderaan ini pada tahun 2007
ialah 11.4% daripada jumlah keseluruhan kenderaan iaitu meningkat 77,580 buah berbanding
tahun sebelumnya.Perkembangan industri pelancongan dan penambaikan dalam sektor
pengangkutan awam telah meningkat bilangan teksi dan kereta sewa. Walaupun bilangannya
agak rendah berbanding kenderaan lain, namun wujud peningkatan iaitu 820,047 buah pada
tahun 2006 dan bertambah menjadi 840,742 buah pada tahun 2007.

Kecenderungan orang ramai menggunakan kenderaan awam untuk perjalanan jauh


juga turut meningkatkan penggunaan bas sebagai satu pengangkutan alternatif. Bilangan bas
yang berdaftar turut meningkat daripada 690,991 buah pada tahun 2006 kepada 720,308 buah
pada tahun 2007. Penubuhan syarikat pengangkutan baru turut menyumbang kepada
pertambahan bilangan bas yang berdaftar di Malaysia.

Pembangunan ekonomi negara yang pesat menyebabkan kerajaan meningkatkan


pembelian kereta kerajaan untuk memudahkan urusan pengangkutan kakitangan yang
selayaknya untuk tujuan rasmi. Pada tahun 2006 kereta kerajaan adalah 473 722 buah dan
meningkat sebanyak 57,320 pada tahun 2007. Kenderaan-kenderaan lain juga turut meningkat
selaras dengan perkembangan ekonomi negara. Peningkatan perdagangan lantaran
pertambahan eksport dan import telah meningkatkan bilangan kenderaan dalam kategori ini.

( Sumber : Dipetik dan diubahsuai daripada Buku


Maklumat Perangkaan, Jabatan Perangkaan Malaysia, 2008 )
STPM 900/2
*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. SULIT*
SULIT* 6

8. Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah ini, sediakan graf
garis yang sesuai bagi menunjukkan jumlah kematian mengikut kumpulan umur dan etnik di
Semenanjung Malaysia pada tahun 2005

Pada tahun 2005, jumlah kematian di Semenanjung Malaysia ialah seramai 81 231
orang. Jumlah kematian etnik Melayu adalah yang paling ramai iaitu 41 094 orang berbanding
etnik Cina seramai 24 587 orang, etnik India seramai 10 498 orang dan lain-lain etnik seramai
5052 orang. Jumlah kematian mengikut kumpulan umur dibahagikan kepada umur termuda
iaitu di bawah 9 tahun, 10 hingga 29 tahun, 30 hingga 49 tahun, 50 hingga 69 tahun, 70
hingga 79 tahun dan kumpulan umur tertua iaitu 80 tahun ke atas.

Kumpulan umur yang paling ramai kematian ialah kumpulan umur 70-79 tahun, iaitu
seramai 8488 orang etnik Melayu, 6118 orang etnik Cina, 2054 orang etnik India dan 1011
orang lain-lain etnik. Hakikat ini selaras dengan purata jangka hayat penduduk iaitu kira-kira
75 tahun. Jumlah kematian ialah kumpulan umur 10-29 tahun iaitu seramai 3442 orang etnik
Melayu, 1753 orang etnik Cina, 1205 orang etnik India dan 598 orang lain-lain etnik.

Jumlah kematian bagi kumpulan umur di bawah 9 tahun yang berjumlah 8131 orang
adalah terdiri daripada 5943 orang etnik Melayu, 1218 etnik Cina, 865 orang etnik India dan
yang selebihnya lain-lain etnik. Bagi kumpulan umur tertua pula, etnik Melayu dan etnik Cina
mencatatkan jumlah kematian yang hampir sama, iaitu masing-masing 5901 orang dan 5942
orang manakala lain-lain etnik mencecah ke paras 1011 orang dan selebihnya daripada etnik
India. Perbezaan jumlah kematian antara kumpulan umur termuda dengan kumpulan umur
tertua iaitu 80 tahun ke atas ialah seramai 5156 kematian.

Dengan peningkatan taraf kesihatan umum penduduk, jumlah kematian etnik Melayu
bagi kumpulan umur 50-69 tahun ialah 12 611 orang , manakala jumlah kematian etnik Cina
bagi kumpulan umur itu 6662 orang, jumlah kematian etnik India pula ialah 3464 dan
jumlah kematian lain-lain etnik pula ialah 1790 orang.

Jumlah kematian etnik Melayu bagi kumpulan umur 30-49 tahun adalah lebih tinggi
daripada kumpulan umur 20-39 tahun, iaitu 4709 orang , begitu juga jumlah kematian etnik
Cina, etnik India dan lain-lain etnik antara dua kumpulan umur ini sangat berbeza. Jumlah
kematian etnik Cina bagi kumpulan umur ini masing-masing ialah 2912 orang , dan jumlah
kematian etnik India pula ialah 1808 orang manakala lain-lain etnik pula ialah 1206 orang.

(Dipetik dan diubahsuaikan daripada, Buletin Perangkaan Sosial Malaysia 2005,


Jabatan Perangkaan Malaysia, 2006)

STPM 900/2
*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. SULIT*
SULIT* 7

Bahagian E

Jawab satu soalan sahaja dalam bahagian ini.


[ 15 ]

9. Bandingkan pola kes denggi yang berlaku di beberapa buah negeri terpilih antara tempoh
bulan Ogos hingga bulan Disember 2006 dengan bulan Ogos hingga bulan Disember 2007.
Mengapakah berlakunya peningkatan dalam kes denggi?

Pola Kes Denggi di Beberapa Buah Negeri Terpilih Antara Tempoh Bulan Ogos hingga
Bulan Disember 2006 dengan Bulan Ogos hingga Bulan Disember 2007

Bulan Ogos-Disember 2006 Bulan Ogos – Disember 2007


Negeri
Kes Peratus Kes Peratus

Selangor 448 39.16 567 34.87

Pahang 312 27.27 295 18.14

Perak 96 8.39 72 4.43

Pulau Pinang 56 4.90 104 6.40

Kuala Lumpur 84 7.34 245 15.07

Kelantan 116 10.14 132 8.12

Putrajaya 32 2.80 211 12.98

Jumlah 1144 100 1626 100

(Dipetik dan diubahsuaikan daripada Laporan Kementerian Kesihatan Malaysia, 2008)

STPM 900/2
*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. SULIT*
SULIT* 8

10. Berdasarkan maklumat yang terdapat dalam gambarajah di bawah, huraikan kesan
penggunaan racun perosak di tanah tinggi.

(Dipetik dan diubahsuaikan daripada Prof. Madya Dr Dzolkifli Omar,


“Kesan Penggunaan Racun Perosak di Tanah Tinggi”,
Era Hijau, Keluaran 1, 2001)

STPM 900/2
*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. SULIT*

Anda mungkin juga menyukai