Anda di halaman 1dari 8

SULIT*

PERCUBAANSTPMPAHANGPERCUBAANSTPMPAHANGPPERCUBAANSTPMPAHANGPAHANGPPERCUBAA
NSTPMPAHANPERCUBAANSTPMPAHANGPERCUBAANSTPMPAHANGPPERCUBAANSTPMPAHANGPERCU
900/2
BAANSTPMPAHANGPERCUBAANSTPMPAHANGPPERCUBAANSTPMPAHANGPERCUBAANSTPMPAHANGPSTPM 2010
PENGAJIAN AM
ERCUBAANSTPMPAHANGPPERCUBAANSTPMPAHANGPERCUBAANSTPMPAHANGPERCUBAANSTPMPAH
ANGPPERCUBAANSTPMPAHANGPERCUBAANSTPMPAHANGPERCUBAANSTPMPAHANGPPERCUBAANSTP
MPAHANGPERCUBAANSTPMPAHANGPERCUBAANSTPMPAHANGPPERCUBAANSTPMPAHANGPERCUBAA
NSTPMPAHANGPERCUBAANSTPMPAHANGPPERCUBAANSTPMPAHANGPERCUBAANSTPMPAHANGPERC
KERTAS 2
UBAANSTPMPAHANGPPERCUBAANSTPMPAHANGPERCUBAANSTPMPAHANGPERCUBAANSTPMPAHANG
PPERCUBAANSTPMPAHANGPERCUBAANSTPMPAHANGPERCUBAANSTPMPAHANGPPERCUBAANSTPMPA
HANG
PERCUBAANSTPMPAHANGPERCUBAANSTPMPAHANGPPERCUBAANSTPMPAHANGPERCUBAANSTPMPAH

ESEI
ANGPERCUBAANSTPMPAHANGPPERCUBAANSTPMPAHANGPERCUBAANSTPMPAHANGPERCUBAANSTP
MPAHANGPPERCUBAANSTPMPAHANGPERCUBAANSTPMPAHANGPERCUBAANSTPMPAHANGPPERCUBA
ANSTPMPAHANGPERCUBAANSTPMPAHANGPERCUBAANSTPMPAHANGPPERCUBAANSTPMPAHANG
PERCUBAANSTPMPAHANGPERCUBAANSTPMPAHANGPPERCUBAANSTPMPAHANGPERCUBAANSTPMPAH
TIGA JAM
ANGPERCUBAANSTPMPAHANGPPERCUBAANSTPMPAHANGPERCUBAANSTPMPAHANGPERCUBAANSTP
MPAHANGPPERCUBAANSTPMPAHANGPERCUBAANSTPMPAHANGPERCUBAANSTPMPAHANGPPERCUBA

PEPERIKSAAN PERCUBAAN
SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA
Arahan kepada calon :

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA ANDA DIBENARKAN BERBUAT


DEMIKIAN.

Jawab enam soalan. Pilih satu soalan daripada tiap-tiap bahagian A, B, D, dan E, dan dua soalan dalam
Bahagian C.

Gunakan lembaran kertas yang berlainan bagi tiap-tiap bahagian

Markah untuk bahagian soalan diberikan dalam tanda kurung [ ]

______________________________________________________________________
Kertas soalan ini terdiri daripada 8 halaman bercetak
STPM 900/2 [Lihat sebelah
*kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. SULIT*
1
Bahagian A

Pilih satu daripada tajuk-tajuk di bawah ini, dan tulis karangan yang panjangnya antara 250
hingga 300 patah perkataan. [25]

1. Kejadian jenayah yang berleluasa di bandar-bandar utama mutakhir ini adalah disebabkan
oleh pelbagai faktor. Oleh itu, konsep bandar selamat adalah wajar dilaksanakan untuk
meningkatkan keselamatan awam.
Bincangkan.

2. Media alternatif semakin mendapat perhatian masyarakat kerana mempunyai peranannya


yang tersendiri. Namun, tidak dinafikan media ini juga mempunyai implikasi negatif terhadap
negara.
Bincangkan.

Bahagian B

Pilih satu daripada tajuk-tajuk di bawah ini, dan tulis karangan yang panjangnya antara 250
hingga 300 patah perkataan. [25]

3. Walaupun teknologi perubatan yang canggih dan terkini berupaya meningkatkan taraf
kesihatan masyarakat di negara ini, namun penjagaan kesihatan diri juga tidak boleh diabaikan.
Jelaskan penyataan di atas.

4. Laut yang terpelihara sangat penting kepada hidupan dan kemusnahannya akan membawa
kesan yang serius.
Jelaskan pernyataan di atas.

Bahagian C
2
Jawab dua soalan dalam bahagian ini. Pilih satu daripada soalan 5(a) atau 5(b) dan
satu daripada soalan 6(a) atau 6(b).
[20]

5( a) ... untuk menjadi sebuah negara kreatif, organisasi kreatif dan individu kreatif budaya
kreativiti, invensyen dan inovasi haruslah dipupuk dan diberi penekanan pada pelbagai
peringkat. Selama ini penekanan banyak diberikan terhadap penguasaan ilmu eksplisit seperti
matematik, fizik, kimia dan biologi. Penguasaan dan kemahiran ilmu tasit yang berkaitan
dengan kreativiti dan invensyen kurang diberi galakan. Oleh itu, budaya kreativiti, invensyen
dan inovasi ini haruslah dipupuk sejak di bangku sekolah lagi; selain penekanan yang
menyeluruh diberikan pada peringkat universiti.
(Dipetik dan diubahsuai Mohd. Azhar Abd. Hamid Kreativiti:
Suatu Cadangan Mata Pelajaran pada Peringkat Sekolah Menengah, 2009

(i) Bagaimanakah kreativiti, invensyen dan inovasi dapat dipupuk?.


(ii) Dengan menggunakan tidak lebih daripada 50 patah perkataan, nyatakan rasional mata
pelajaran kreativiti dan inovasi perlu diperkenalkan di peringkat sekolah.

ATAU

5 (b) “Rancangan realiti di televisyen merupakan konsep baru yang menarik minat penonton
dan memberi pendapatan lumayan. Rancangan ini diubahsuai dari negara Barat berbentuk
hiburan dan mendapat sambutan menggalakkan khususnya golongan remaja. Kini penerbit
bersaing untuk menyiarkan rancangan realiti di kaca televisyen ….”
(Diubahsuai daripada Majalah Massa Julai 2005.)

( i) Mengapakah penerbit berlumba-lumba untuk menyiarkan rancangan realiti?


(ii) Dengan menggunakan tidak lebih daripada 50 patah perkataan, huraikan kesan
penyiaran rancangan realiti televisyen kepada ekonomi negara.

3
6(a) Makanan organik mestilah dihasilkan tanpa menggunakan baja asli, baja sintetik, racun
perosak, bioteknologi, pertumbuhan hormon, radiasi dan antibiotik. Pelbagai jenis makanan
boleh dihasilkan secara organik termasuklah bijirin, daging, hasil tenusu, telur dan makanan-
makanan proses. Proses penghasilan yang kompleks menjadikan hasil pertanian organik lebih
mahal daripada hasil pertanian secara biasa.
Dipetik dan diubahsuaikan daripada
Makanan Organik Hanya untuk Si Kaya, Estidotmy, November, 2002
(i) Apakah yang anda faham tentang makanan organik?
(ii) Dengan menggunakan tidak lebih daripada 50 patah perkataan, jelaskan bagaimana
makanan organik dapat membantu meningkatkan tahap kesihatan individu.

ATAU

6 b) “Penggunaan teknologi nuklear tidak seharusnya dianggap sebagai bahan pemusnah


semata-mata kerana teknologi nuklear amat luas dan telah membantu dalam pembangunan
dan sosioekonomi negara. Teknologi nuklear memajukan sektor pertanian dengan
menghasilkan pelbagai variasi dan baka tanaman yang lebih baik, tahan kepada serangan
penyakit serta mampu memberikan hasil yang berlipat kali ganda. Teknologi nuklear juga amat
penting dalam bidang perubatan..”
(Dipetik dan diubahsuai daripada Estidotmy Oktober 2005)

(i) Apakah sumbangan teknologi nuklear kepada sektor pertanian?


(ii) Dengan menggunakan tidak lebih daripada 50 patah perkataan, huraikan
kepentingan teknologi nuklear dalam bidang perubatan.

Bahagian D

4
Jawab satu soalan sahaja dalam bahagian ini. Jawapan hendaklah dibuat pada kertas graf.
(15)

7. Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah, sediakan graf yang sesuai
bagi menunjukkan hasil eksport industri berasaskan pertanian di Malaysia pada tahun-tahun
yang dinyatakan.
Sumbangan hasil eksport sektor pertanian kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK)
dijangka menurun dari 7.0 peratus pada tahun 2005 kepada hanya 6.8 peratus pada tahun
2010. Namun demikian, sumbangan KDNK industri berasaskan pertanian dijangka meningkat
dari 7.0 peratus kepada 7.6 peratus pada tahun 2010. Peningkatan ini adalah disokong oleh
galakan yang diberikan oleh pihak kerajaan dengan mengurangkan duti eksport komoditi
tersebut. Maka tidak menghairankan apabila berlakunya peningkatan nilai eksport industri
makanan berasaskan pertanian daripada RM8,627 juta pada tahun 2005 kepada RM15,803
juta pada tahun 2010. Hasil eksport industri minuman dan tembakau juga telah meningkat
sebanyak 39.37 peratus kepada RM2,446 juta pada tahun 2010.
Dasar kerajaan mengurangkan eksport komoditi balak dan kayu gergaji menyebabkan
hasil eksportnya menurun masing-masing dari RM2465 juta kepada RM2100 juta dan RM4051
juta kepada RM2995 juta. Dalam masa yang sama kerajaan menggalakkan keluaran perabut
yang berinovatif dan mempelbagaikan jenis keluaran perabut yang berkualiti tinggi. Hal ini telah
menyebabkan peningkatan hasil eksport keluaran kayu dan perabut. Hasil eksport industri
keluaran kayu meningkat sebanyak RM4,244 juta kepada RM13,909 juta pada tahun 2010.
Sementara hasil eksport industri perabut pula menyumbang sebanyak RM8,454 juta pada tahun
2005 dan mengalami peningkatan sebanyak 69.56 peratus kepada RM14,335 juta pada tahun
2010.
Dalam tempoh masa yang sama, hasil eksport industri keluaran getah telah meningkat
daripada RM6,923 juta kepada RM11,368 juta walaupun berlaku penurunan kepada hasil
eksport komoditi getah dari RM5,787 juta pada tahun 2005 kepada RM5,156 juta pada tahun
2010. Hal ini berlaku lanjutan dari langkah kerajaan menggalakkan pertumbuhan industri hiliran
untuk menghasilkan barangan sekunder berasaskan bahan mentah tempatan. Hasil eksport
industri kertas pula mencatatkan peningkatan sebanyak RM781 juta kepada RM2,799 juta pada
tahun 2010. Peningkatan hasil eksport industri berasaskan pertanian menggambarkan
pertumbuhan yang baik bagi industri pertanian di negara ini.
(Dipetik dan diubahsuaikan daripada Laporan
Rancangan Malaysia ke Sembilan, 2006 – 2010)

8. Berdasarkan petikan yang diberikan, sediakan carta yang sesuai untuk menunjukkan
kutipan cukai tak langsung mengikut kategori di Malaysia pada tahun 2005 dan 2007.
Cukai memainkan peranan penting dalam pembangunan sesebuah negara. Cukai yang
dikenakan tergolong dalam beberapa kategori termasuklah cukai langsung dan tidak langsung.
5
Dalam kategori cukai langsung, kerajaan telah berjaya mengutip RM 24 543 juta
manakala cukai tak langsung pula memperoleh kutipan hasil sebanyak RM 32 510 juta pada
tahun 2005 dan jumlah kutipan cukai tak langsung pada tahun 2007 ialah sebanyak RM 38 897
juta, lebih 10.62% tinggi berbanding tahun 2005. Kategori duti eksport berjaya mengutip hasil
pada tahun 2005 sebanyak RM 4 669 juta atau 14.4% dan bagi duti import pula hasil yang
diperoleh pada tahun 2007 adalah sebanyak RM 5 486 juta atau 14.1%.
Duti eksais juga menunjukkan pertambahan yang memberangsangkan apabila berlaku
peningkatan bilangan barangan dari luar negara seperti kenderaan dan peralatan mewah. Pada
tahun 2005, duti eksais menyumbangkan sebanyak RM 6 750 juta, manakala cukai jualan pula
mencatatkan peningkatan hasil sebanyak RM 4 375 juta, suatu pertambahan nilai yang begitu
ketara pada tahun 2007 berbanding tahun 2005 yang hanya mencatatkan kutipan sebanyak RM
9 241 juta.
Cukai perkhidmatan yang dikenakan oleh kerajaan di pejabat kerajaan dan swasta
menambah pendapatan kerajaan dan pada tahun 2005 kutipan daripada cukai ini adalah
sebanyak RM 2 016 juta. Kutipan lain-lain dalam kategori cukai tak langsung mencatatkan
perolehan tertinggi sejak 2001, dan pada tahun 2005 jumlah yang dikutip adalah sebanyak RM
2 796 juta atau 8.6% dan jumlah kutipan ini meningkat sebanyak 71.75% kepada RM 4 802 juta
pada tahun 2007.
Pertambahan prasarana kepada pengguna menyebabkan berlaku pertambahan kepada
kutipan cukai perkhidmatan dan pada tahun 2007 jumlah yang dikutip adalah sebanyak RM 3
723 juta, manakala bagi cukai eksais pula mencatatkan peningkatan kepada RM 8 002 juta
pada tahun yang sama. Cukai eksport pada tahun 2007 mencatatkan penurunan disebabkan
berlaku imbangan pembayaran positif dan jumlah yang dikutip adalah berkurangan sebanyak
RM 1 401 juta.
Sumber pendapatan negara sebahagian besar diperolehi daripada pelbagai jenis cukai.
Cukai pendapatan merupakan sumber utama cukai kerajaan untuk membangunkan negara dan
rakyat harus memahami keperluan membayar cukai demi pembangunan ekonomi negara.
( Sumber : Dipetik dan diubahsuai daripada
Laporan Kementerian Kewangan Malaysia, 2005,2007 )

Bahagian E

Jawab satu soalan sahaja. [ 15 ]

6
9. Berdasarkan jadual di bawah, tafsirkan keadaan pengeluaran barangan utama terpilih di
Malaysia bagi tempoh 2006 hingga 2008.

MALAYSIA : PENGELUARAN BARANGAN TERPILIH BAGI TAHUN 2006 HINGGA 2008.

2006 2007 2008


Barangan
(000 tan Peratus (000 tan Peratu (000 tan Peratus
utama
metrik) metrik) s metrik)
Minyak sawit 15,881 43.1 16,824 41.3 17,734 42.5
Getah 1,284 3.5 1,200 3.0 1,072 2.6
Gas asli 19,671 53.4 22,669 55.7 22,873 54.9
cecair
Timah 2.4 0.01 2.4 0.01 2.1 0.01
Jumlah 36,838.4 100 40,695.4 100 41,681.1 100
(Sumber: Dipetik dan diubahsuai Jabatan Perangkaan Malaysia 2009/2010)

10. Berdasarkan gambarajah di bawah, huraikan proses yang dilalui oleh penyelidik mengikut
kaedah-kaedah penyelidikan yang digunapakai bagi menjalankan penyelidikan saintifik.

Kaedah-kaedah Penyelidikan Saintifik

Mengenalpasti masalah 7
Penerokaan literatur
Mengumpul data
Mengenalpasti kaedah
penyelidikan
Hentikan Teruskan

Keputusan
Memproses data
penyelidikan
Laporan
kajian,
Penilaian pelaksanaan dapatan
program kajian, teori

Menganalisis data

Laksanakan
cadangan Laporan hasil penemuan
kepada pengurus

Pelaksanaan hasil
dapatan

(Dipetik dan diubahsuaikan daripada


Ahmad Shukri Mohd Nain, Tingkah Laku Organisasi :
Pengenalan Tingkah Laku Individu,hlm.107-111, UTM Sekudai, Johor, 2002)

SOALAN TAMAT

Anda mungkin juga menyukai