Teknik Menghuraikan Is1
Teknik Menghuraikan Is1
TEKNIK IMBaKUP
I = Isi (apa) - (1 ayat)
M = Mengapa - (3 - 4 ayat)
Ba = Bagaimana (contoh) - (2 - 3 ayat)
K = Kesan contoh yang menyokong isi - ( 2 - 3 ayat)
U = Unkapan Menarik/kata-kata tokoh, peribahasa, hadis, dalil Al-quran
P = Penegas (1 ayat)
CONTOH TEKNIK IMBaKUP
TAJUK: Peranan ibu bapa untuk menangani gejala sosial
Isi:
- memberikan didikan agama
Mengapa:
1. menjadi benteng pertahanan diri yang paling ampuh untuk menangkis anasir-anasir negatif
yang dibawa masuk melalui tingkap globalisasi
2. panduan hidup yang berkesan daripada terjerumus ke lembah kehinaan
3. dapat membezakan permata dengan batu kelikir
Bagaimana:
1. mendidik sejak kecil lagi amal makruf nahi mungkar - melentur buluh biar dari rebungnya
2. memastikan anak-anak tidak meninggalkan solat - solat itu tiang agama - mampu
mencegah kemungkaran
Kesan:
1. takut balasan Tuhan - tidak terlibat dalam gejala sosial
2. dapat melahirkan modal insan yang beriman dan berakhlak mulia
Ungkapan Menarik:
Albert Eistein, “Agama tanpa ilmu akan buta, ilmu tanpa agama akan lumpuh.”
Penegas:
Didikan agama yang mantap merupakan elemen /wahana/wadah yang berkesan untuk
mengekang gejala sosial daripada meruncing.
Contoh perenggan isi yang lengkap
(I) Peranan ibu bapa yang signifikan untuk menangani gejala sosial pada hari ini ialah
ibu bapa perlulah memberikan didikan agama yang teguh kepada anak-anak. (M) Hal ini
dikatakan demikian kerana agama merupakan benteng pertahanan diri yang paling ampuh
untuk menangkis anasir-anasir negatif yang dibawa masuk melalui tingkap globalisasi. Dengan
adanya didikan agama juga anak-anak dapat membezakan permata dengan batu kelikir
kerana mereka telah menjadikan agama sebagai panduan hidup yang paling afdal daripada
terjerumus ke lembah kehinaan seperti vandalisme, gengsterisme, merempit, ponteng sekolah
dan sebagainya. Tanpa agama, kehidupan seseorang itu akan menjadi terumbang-ambing ibarat
kapal tanpa nakhoda. (Ba) Oleh itu, ibu bapa perlulah memberikan didikan agama sejak kecil
lagi kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya. Dengan ini, mereka akan sentiasa
melakukan amal makruf nahi mungkar. Bukan itu sahaja, ibu bapa bapa haruslah memastikan
anak-anak tidak meninggalkan solat kerana solat itu tiang agama yang mampu mencegah
kemungkaran. (K) Sebagai kesan, anak-anak yang memiliki didikan agama yang mantap akan
berasa takut akan balasan Tuhan lalu tidak terlibat dalam gejala sosial yang akan merosakkan
masa depan mereka. Secara implisitnya, usaha kerajaan untuk modal insan yang beriman dan
berakhlak mulia dapat dilahirkan serta gejala sosial dapat ditangani. (U) Benarlah kata Albert
Eistein, “Agama tanpa ilmu akan buta, ilmu tanpa agama akan lumpuh.” (P) Izharlah
bahawa didikan agama yang mantap merupakan antara wahana yang berkesan untuk
mengekang gejala sosial daripada meruncing.
PENANDA WACANA ISI DAN PERKEMBANGANNYA
1. Isi pertama:
- Salah satu langkah yang signifikan ialah ...
- Salah satu punca yang memangkin kepada masalah ini ialah